BAB 23

Romance Completed 67139

           “KITA nak pergi mana?” Tanya Adara menoleh ke arah Aiden yang sedang memandu. Tertanya-tanya apabila dia ditarik masuk ke dalam kereta tanpa tahu apa-apa. Irsyad pula mengekori kereta Aiden daripada belakang.

“Somewhere.” Jawab Aiden sepatah. Pandangannya tetap pada jalan raya. Jawapannya lansung tak menjawab soalan Adara tadi. Adara mula tak senang duduk. Tak puas hati dengan jawapan Aiden.

“Yelah. Tapi pergi mana? Kita nak jumpa nenek ke? Jumpa Dila? ” Teka Adara mula teruja. Aiden menoleh sekilas ke arah Adara untuk seketika.

“No.” Aiden kembali mengembalikan pandangan pada jalan raya semula. Adara bersandar pada seat kereta dengan tangan disilangkan ke dada. Mata memerhatikan sisi wajah Aiden macam nak tembus.

Cuba meneka apa yang berada di dalam fikiran Aiden membawa dirinya ke mana. Aiden yang menyedari Adara mula senyap menoleh ke arah isterinya semula. Wajah Adara yang tak puas hati terpamer.

“Pavilion. Puas hati?” Sambung Aiden lagi. Adara mengerutkan dahi. Pelik dengan jawapan Aiden.

“Lah dah kenapa nak pergi sana? Baik jumpa nenek dengan Dila lagi bagus.” Balas Adara hairan dengan Aiden yang suka merancang tanpa beritahu dia dulu.

“Is it wrong I want to spend time with my own wife? ” Aiden menoleh ke arah Adara dengan kening yang terangkat. Adara mengeleng perlahan.

“Tak... Tapi kita kan cuma kahwin kontrak. Aku tak nak kau layan aku macam ni.” Jujur Adara berkata. Dia takut. Takut jatuh cinta dengan Aiden dengan semua layanan suami dia kepadanya.

“Then, don't catch feelings with everything I do. I don't want to play with your feelings, Adara. Kau sakit sebab Iqbal. Aku tak nak sakitkan kau lagi. I don't want to hurt you in anyways. Just let me heal you in my own way. Aku suami kau bukan Iqbal.”

Jelas Aiden tanpa melihat wajah Adara. Tangan Adara diambil menyulamkan tangan mereka bersama. Adara diam hanya membiarkan. Dia sedar Aiden selalu meluahkan perasaan dalam setiap tindakannya dalam diam.

He's not the type to talk.
But he's more to action.

“Even it's just a contract I still want to do everything with you. Understand? ” 

Adara mengangguk faham. Dalam diam dia suka dengan sikap Aiden yang selalu mementingkan dia lebih dari yang lain. Membuatkan dia rasa istimewa.

Aiden memberhentikan kereta. Memarkir sport car miliknya pada tempat parking yang disediakan. Irsyad memarkir kereta tak jauh daripada mereka. Kawasan sekeliling diperhatikan sekiranya musuh berada berhampiran.

“Ish, kenapa tak boleh bukak ni.” Rungut Adara cuba membuka seatbelt dari tubuhnya. Aiden yang sudah keluar dari kereta mengatur langkah ke pintu Adara. Mahu membuka untuk isterinya.

“Kenapa?” Tanya Aiden apabila melihat Adara yang sedang bersusah payah cuba melepaskan diri daripada tali pinggang keledar tadi. Aiden menahan senyuman melihat wajah Adara yang berkerut bergaduh dengan seatbelt keretanya.

“Aiden, tolonglah. Nak keluar. Seatbelt ni rosak ke. Ish.” Adu Adara tiada pilihan lain daripada meminta tolong Aiden. Penat tangan dia menarik tali pinggang sehingga sikunya terhentak. Adara meringis kesakitan.

Tak guna kau, seatbelt!

“Careful, sweetheart.” Aiden mendekatkan tubuhnya pada Adara. Tangannya bergerak pada sisi tubuh Adara mahu menekan butang tali pinggang Adara. Nafas hangat Aiden dihembus pada leher Adara membuatkan bulu roma Adara menaik.

“Done.”  Aiden menjauhkan dirinya semula. Adara bingkas bangun membolos keluar dari kereta. Dia membetulkan pakaiannya cuba melupakan hal tadi.

“Kereta je mahal. Tapi huh. Tak sayang kereta ke?” Adara pandang Aiden mahukan jawapan. Aiden mengangkat bahu sebagai balasan.

“I don't care about the car. Aku boleh beli berapa banyak lagi kalau rosak. It's you I care about, woman.”

“Aiden, aku boleh jaga diri-”

“Shhh, I'm the husband here. Not you.”

-

-

-

             AIDEN memegang tangan Adara sepanjang berjalan di dalam mall Pavilion tersebut. Tak mahu Adara hilang daripada pandangannya walau sesaat. Adara hanya mengekori langkah Aiden ke mana sahaja Aiden pergi.

Tahu Aiden tak suka bila dia banyak tanya. Tapi nak buat macam mana. Kalau bukan banyak mulut, banyak tanya, suka menjawab, itu bukan Adara Qalyssa namanya.

Sesekali Adara akan menoleh ke arah Irsyad yang sentiasa berada di belakang mereka.

Butik Padini dimasuki oleh Aiden. Adara meliarkan pandangan pada semua jenis pakaian yang dipamerkan di dalam kedai pakaian berjenama terkenal itu.

“Nak beli baju untuk siapa ni? Untuk kau ke?”

Adara melepaskan tangannya daripada pegangan Aiden. Mahu merasa tekstur kain velvet yang kelihatan lembut pada pandangan matanya. Seraya itu, Aiden mengambil semula tangan Adara mahu merasakan tangan kecil Adara di dalam pegangan tangannya yang besar.

“Untuk mama. Mama nak jumpa kau. So, kita pergi sana two days from now. Aku nak belikan something untuk mama as a gift. Can you choose for me?”  Jelas Aiden memandang bahagian pakaian wanita. Mahu mencari hadiah yang sesuai untuk ibunya, Puan Rossa.

“Oh reti pun nak mintak tolong? Hari tu aku nak tolong tak bagi.”

Perli Adara dengan keningnya digerakkan. Mengungkit pada kejadian dia mahu menolong Aiden dahulu untuk menyiapkan beberapa dokumen penting tetapi ditolak oleh Aiden sendiri.

“Woman...” Panggil Aiden meleret. Wajahnya berubah kelat. Adara tahu setiap kali panggilan itu disebut bermaksud Aiden tak suka.

“Okay, fine. Stop looking at me like that. Mama suka apa? Dress? Skirt? Blouse?”. Tanya Adara ingin tahu. Dia berjalan ke arah bahagian wanita. Mahu mencari yang sesuai dengan ibu mertuanya.

“Dress.” Jawab Aiden. Tahu Puan Rossa selalu mengenakan gaun labuh setiap kali sebarang majlis istimewa diadakan. Adara mengangguk kecil. Kakinya pantas diatur pada bahagian dress.

“Yang macam mana?”

Adara membelek beberapa gaun di situ. Pandangannya jatuh pada tanda harga yang berada pada gaun yang menarik perhatiannya. Matanya membulat melihat harga yang mencecah ribuan ringgit hanya pada gaun pendek yang sedikit terdedah.

Gaun tak cukup kain pun dah beribu. Kalau dress panjang entah berapa la pulak. Cekik darah!

“I don't know. That's why i need your help, dear. Ambik je mana-mana.” Aiden menarik beberapa helai gaun yang berada dalam pandangannya. Lalu, diberikan kepada Adara.

“Ish, jangan la membazir! Takkan tak pernah beli untuk mana-mana perempuan sebelum ni?” Marah Adara, kepalanya digelengkan. Baju-baju tadi diletakkan semula pada tempat tadi.

“I'm gonna pretend i didn't hear that. I don't do relationship, mí lady. Aku tak ada masa untuk tu semua. You're the first.”

Aiden mengalihkan pandangan pada bahagian gaun yang lain apabila pilihannya ditolak oleh Adara. Sehelai gaun bercorak bunga kegemaran Puan Rossa berada dalam pandangan. Aiden mengatur langkah ke situ.

Adara pula masih berdiri di tempat tadi. Masih tak percaya dengan kata-kata Aiden. Dia yang pertama? Adara geleng kepala. Lupakan Ara. Lupakan...

Adara membelek baju-baju di situ sekadar mahu mengalihkan perhatiannya pada Aiden. Lama dia berada di situ. Salah seorang pekerja menegur Adara.

“May I help you, miss?” Sapa pekerja bernama Narina kepada Adara. Adara tersenyum manis. Kepalanya digelengkan. Narina membalas senyuman Adara. Dia kembali pada tempatnya semula apabila Adara tidak memerlukan pertolongannya.

“Nak baju tu ke?” Tegur Aiden muncul daripada belakang Adara. Adara segera melihat baju yang dipegangnya dari tadi tanpa sedar. Terkejut dia dibuatnya apabila menyedari sepasang gaun jarang pendek berkain lace yang dia pegang dari tadi.

“I bet it will look good on you, babe.” Senyuman nakal terukir di wajah Aiden kini. Pandangannya mata jatuh pada Adara dari atas hingga ke bawah.

Adara bertindak pantas menolak tubuh Aiden jauh daripada dirinya apabila melihat pandangan Aiden yang mula bertukar miang. Pipi yang sudah merah padam langsung tak disorok.

“Pervert!” Aiden melepaskan tawa halus. Dia menyerahkan sehelai gaun yang dipilih untuk Puan Rossa kepada salah seorang pekerja di situ. Manakala, sehelai gaun putih yang bermanik-manik kristal bersama kain lace diberikan kepada Adara.

“Try them on.” Arah Aiden dengan nada lembut. Adara pandang wajah Aiden silih berganti dengan gaun yang dihulurkan oleh suaminya. Berkira-kira mahu menyambut huluran Aiden atau tidak.

“Untuk apa? Tak naklah.” Tolak Adara tanda tak mahu. Tak selesa menerima sebarang hadiah atau apa-apa daripada Aiden.

“Go change or aku pakaikan. Choose wisely, sweetheart.” Aiden mengoyangkan pakaian itu di hadapan Adara. Adara merengus geram. Mata dijulingkan ke atas. Seraya itu, pantas saja dia merampas pakaian itu daripada Aiden.

“Good girl.” Puji Aiden. Dia tersenyum berpuas hati.

“Shut up, Aiden.” Bidas Adara sebelum pergi.

Sempat jelingan maut diberikan kepada suaminya. Tetapi dibalas dengan senyuman yang mencairkan hati daripada Aiden membuatkan dia hampir jatuh tersungkur.

“That smile already make me addicted.”

-

-

-

            AIDEN menunggu Adara sejak dari tadi. Jam tangan dikerling apabila merasakan Adara sudah pergi terlalu lama. Dia sendiri tak dapat fikir apa yang dibuat oleh Adara sehingga membuatkan dia menunggu selama ini.

“Where's my wife?” Tanya Aiden pada pekerja wanita yang berada di situ. Tertunduk-tunduk wanita itu menahan malu apabila Aiden mula bercakap dengannya. Wajah tanpa riak Aiden membuatkan wanita itu gugup.

“There she's, Sir.” Jawab wanita itu apabila menyedari Adara sedang berjalan ke arah mereka. Aiden segera menoleh ke arah Adara tanpa membazirkan sesaat pun.

Adara pula berjalan kekok ke arah Aiden dengan gaun yang tersarung pada tubuhnya. Tak dapat dinafikan kain gaun itu terasa lembut dan selesa pada tubuhnya.

Ringan dan elok saja terletak mengikut potongan badannya. Menyerlahkan pinggang rampingnya yang selalu tersorok daripada pandangan. Tak terlalu ketat tetapi tak terlalu longgar. Melekap sempurna pada tubuhnya.

“Okay ke?” Tanya Adara kepada Aiden takut-takut. Mana tahu dia syok sendiri. Lagipun dari tadi Aiden langsung tak mengeluarkan sepatah perkataan sekalipun.

Adara menoleh pada pekerja wanita yang sibuk memandang Aiden dari tadi. Dia pun sedar wanita itu bersembang dengan Aiden semasa dia datang ke situ. Hmmm.

Adara segera memaut lengan Aiden seerat yang boleh. Kepalanya dilentokkan pada bahu Aiden. Aiden hanya memerhatikan tindakan isterinya. Adara mula membisikkan pada telinga Aiden.

“Kau menggatal dengan perempuan tu masa aku tak ada eh?” Bisik Adara dengan nada garang cuba mengugut Aiden. Ikut siapa tak tahulah.

“Jealous aren't you?” Aiden memeluk pinggang Adara dari tepi. Adara mengangkat kepala yang dilentokkan pada bahu Aiden tadi.

“Mana ada. Dah menggatal tu mengaku jelah. Urgh.” Adara tayang muka menyampah. Dia memandang wajah pekerja wanita tadi dengan pandangan tajam yang selalu diberikan kepada Aiden.

Apa pandang-pandang? Sibuk pandang laki orang dah kenapa?

Laju saja, wanita itu beredar dari situ apabila menyedari pandangan Adara terhadapnya. Adara tersenyum kepuasan. Tahu takut.

Aiden mengetatkan pegangan pada pinggang Adara. Perasan apa yang dilakukan oleh isterinya pada pekerja yang tak bersalah apa-apa tu.

“You're more beautiful than her, angel. No need to be jealous.” Pujuk Aiden. Adara melepaskan pegangan Aiden daripada pinggangnya.

“Hmm. Baju ni okay ke tak?” Adara cuba menukar topik. Padahal dalam hati nak tersenyum macam orang gila.

“Not bad.” Adara tampar lengan Aiden apabila mendengar pujian tak ikhlas yang keluar daripada mulut suaminya. Ish orang baru nak happy, orang puji.

Adara berjalan meninggalkan Aiden mahu menukar bajunya semula. Langsung tak menoleh kepada Aiden lagi. Aiden tersenyum nipis.

Dia duduk kembali menunggu Adara selesai bersiap. Pandangannya langsung tak lepas memandang belakang tubuh Adara. Gaun putih yang tersarung pada tubuh Adara cukup menawan berjaya menarik hati Aiden pada isterinya dengan lebih lagi.

Sempurna. Suci. Seperti bidadari. Tiga perkataan itu sudah cukup menggambarkan Adara kepada Aiden. Bidadari kepunyaan dia.

His angel.

“Tuan.” Panggil Irsyad melalui earpiece yang disambungkan pada iphone Aiden. Aiden menoleh pada Irsyad yang sudah tidak berada di tempatnya tadi.

“What? Mana kau?” Aiden mencari kelibat pengawal peribadinya.

“Tuan, ada something tak kena. Ada empat orang lelaki yang dari tadi tak keluar-keluar. Ada dua orang sebelah kanan Tuan. Dua orang lagi dengan aku.” Lapor Irsyad mengekori dua lelaki yang sedang memerhatikan Tuan Mudanya sejak dari tadi. Menunggu masa yang sesuai untuk menyerang.

Aiden menoleh ke arah sebelah kanannya. Jelas kelihatan dua orang lelaki berbadan besar berpakaian serba hitam berada di situ. Aiden menilik pakaian salah seorang  daripada mereka.

Dia menyedari sepucuk pistol disorokkan pada bahagian pinggang setiap seorang. Lengkap bersenjata. Pandangan mereka bertembung membuatkan Aiden serta-merta mengenal pasti identiti salah seorang lelaki itu.

“Orang papa. Kau handle yang ada dengan kau. Aku handle yang lain.” Aiden menamatkan panggilan. Wajah menjadi tegang serta-merta. Dia mula bergerak pantas apabila teringatkan sesuatu.

“Shit, Adara.”

-

-

-

        “TUAN Malik, Aiden ada dengan perempuan tu sekarang.” Lapor seorang lelaki serba hitam yang merupakan pembantu kepada Malik, ayah kandung Aiden.

“Bawa perempuan tu jumpa aku. Entah betina sundal mana dia kutip jadi isteri.” Arah Malik dengan nada tak puas hati dengan sikap Aiden yang suka bertindak sesuka hati sendiri. Di sisinya terdapat seorang gadis muda berskirt pendek. Terlalu muda nak dibandingkan dengan umurnya yang sudah mencecah 50-an.

Hubungan retak antara mereka anak beranak langsung tak pernah dipedulikan oleh Malik. Dia hanya mementingkan syarikat di bawah Aiden dan dia. Itu saja keutamaan hidupnya dari dulu sampai sekarang.

Duit, perempuan, business. Tiga perkara yang menemani Malik walaupun usia yang semakin lanjut. Personalitinya jelas jauh berbeza dengan Aiden. Menjelaskan mengapa mereka berdua tak pernah sependapat walau sekali.

“Pastikan anak aku hidup. Kalau dia halang kau, suka hati kau nak buat apa dengan dia. Yang penting perempuan tu berambus dari hidup anak aku. Dasar bawa malang. Ranap business aku nanti.”

Arah Malik betul-betul tak mahu Aiden bersama dengan Adara. Bagi dia Adara hanya akan membawa malang kepada Aiden.

Pembantu lelaki itu hanya mengangguk faham.

“Baik, Tuan.”

-

-

-

        ADARA membetulkan tudungnya pada cermin panjang di dalam bilik persalinan khas di situ. Gaun putih yang dipakai tadi disangkut pada penyangkut yang ada pada dinding.

Secara tiba-tiba, pintu bilik itu diketuk kuat oleh seseorang dari luar. Terhenjut bahu Adara terkejut dengan bunyi kuat tersebut.

“Sorry, ada orang.” Maklum Adara dengan sopan. Walaupun tadi pintu itu diketuk bagai nak runtuh macam orang tiada adab.

“Buka pintu ni.” Satu suara garau seseorang bersuara disebalik pintu tersebut. Adara pelik. Yang pasti itu bukan Aiden. Setahu dia, bilik yang dia berada sekarang khas untuk pelanggan perempuan sahaja.

“Ini tempat perempuan, encik. Encik salah bilik ni.” Tegur Adara cuba menegur lelaki itu dengan baik. Dia hanya berfikir positif lelaki itu tersalah bilik. Dan bukannya mahu mengendap pelanggan perempuan yang sedang menukar pakaian di dalam bilik tersebut.

“Buka pintu ni, perempuan. Aku cakap bukak. Bukak!” Tempik lelaki itu tiba-tiba. Pintu diketuk sekali lagi berkali-kali. Tombol pintu dipusing mahu membuka pintu itu walaupun terkunci. Adara mengurut dada menahan rasa takut di dalam diri.

Tak faham bahasa betul jantan ni.

“Baik encik pergi, sebelum saya jerit panggil suami saya!” Adara meninggikan suara cuba menyaingi bunyi pintu yang diketuk oleh lelaki itu. Tiba-tiba, ketukan di pintu terhenti. Hanya ada bunyi sesuatu yang jatuh berselerakan di luar. Adara mula tertanya-tanya apa yang berlaku.

Dia memberanikan diri membuka pintu. Mahu mengintai apa yang terjadi di luar. Tombol pintu dibuka perlahan-lahan. Ruang kecil yang terhasil membenarkan dia melihat apa yang terjadi.

Adara tersentak apabila melihat seorang lelaki sudah tersungkur di atas lantai dengan wajah yang penuh lebam bersama kaki yang sudah patah meringkuk terbaring di situ. Aiden menjeling ke arah ruang kecil yang dilihat oleh Adara.

Tak semena-mena, Aiden menghempas kuat menutup pintu tersebut kembali. Masih tak puas membelasah lelaki yang dihantar oleh bapanya untuk menganggu dia dan Adara. Dalam masa yang sama, tak mahu Adara melihat semua itu dengan matanya sendiri.

“Bagitahu bapak aku, jangan kacau hidup aku kalau dia tak nak business dia bankrupt. Kau dengar tak?” Aiden menarik rambut lelaki itu mendongak menghadapnya. Belakang badan lelaki itu dipijak kuat oleh Aiden tanpa belas kasihan.

“Sekali lagi aku tahu kau datang cari aku dengan Adara, aku bunuh kau dengan tangan aku sendiri. Don't test me.” Satu lagi amaran diberikan Aiden sebelum dia memijak kaki lelaki itu yang patah. Jeritan lelaki itu menarik perhatian ramai orang. Termasuklah pihak sekuriti yang sudah dipanggil di tempat kejadian.

Aiden menyerahkan lelaki itu kepada pihak sekuriti. Dia mengatur langkah mahu mendapatkan Adara. Pintu dibuka menampakkan Adara yang sedang berpeluk tubuh.

“Adara...” Panggil Aiden membuatkan Adara mendapatkan Aiden. Aiden menghentikan Adara daripada memeluk lengannya.

“Jangan bukak pintu macam tadi. Macam mana kalau aku tak ada? Kau nak mati awal ke?” Keras nada Aiden membuatkan Adara menundukkan wajah. Tak pernah lagi Aiden menggunakan nada sebegitu apabila bersama dia.

“Bukan salah aku.” Balas Adara perlahan. Dia berjalan melepasi Aiden. Tak menyangka Aiden akan melayan dia sebegitu. Tangan Aiden yang menarik tangan dia dilepaskan. Tak mahu melihat wajah suaminya.

“Damn it.” Carut Aiden apabila menyedari seorang lagi lelaki upahan ayahnya mendekati Adara yang sudah jauh dari dia. Aiden serta-merta berlari mendapatkan Adara.

“Lepaslah!” Marah Adara tak suka apabila Aiden menarik tangannya. Aiden tak mengendahkan rungutan Adara. Matanya mengerling pada lelaki yang masih mengekori mereka.

Aiden segera menarik Adara masuk ke dalam sebuah kedai kosong yang gelap. Mahu menyembunyikan diri daripada lelaki yang bersenjata tadi. Aiden menutup mulut Adara daripada mengeluarkan apa-apa bunyi yang akan mendedahkan kedudukan mereka.

Matanya mengerling pada lelaki tadi yang masih berkeliaran tak jauh daripada tempat mereka berada bersama pistol di tangan. Kedudukan mereka yang jauh daripada orang memberikan kelebihan untuk melepaskan tembakan.

“Shhh...” Pujuk Aiden tak mahu Adara terus cuba melawan dia. Tangan Adara yang tak henti memukul dadanya dipegang kemas. Dia menyatukan dahi mereka berdua membuatkan Adara kaku.

“I'm sorry, sweetheart. Aku tak ada niat nak marah kau. So please, be quiet. Do you trust me?” Aiden memandang tepat ke dalam anak mata Adara. Lembut saja nada Aiden kali ini. Tidak lagi kasar sebentar tadi.

Adara diam. Pukulannya pada dada Aiden dihentikan serta-merta. Adara memalingkan wajah. Perlahan-lahan, kepalanya dianggukan sebagai balasan. Seraya itu, Aiden menarik lembut wajah Adara menghadap wajahnya semula.

Dia mengucup dahi Adara sekilas. Sebelum merapatkan kedudukan bibirnya pada telinga Adara mahu membisikkan sesuatu. Adara menahan bahang yang terasa pada wajah apabila diperlakukan sedemikian.

Walaupun sebenarnya dia masih marah terhadap Aiden, perasaan itu hilang serta-merta sebaik suaminya melakukan perkara sebegitu.

“Give me your phone, Adara.” Bisik Aiden pada telinga isterinya. Adara tetap memberikan sahaja telefon Samsung miliknya kepada Aiden seperti yang dimahukan. Tanpa amaran, Aiden mencampak jauh telefon Adara ke hujung ruang tersebut tanpa rasa bersalah.

Adara membulatkam mata tanda tak percaya dengan apa yang dilakukam oleh Aiden. Kalau tadi rasa marahnya hilang. Kini, amarahnya kembali dengan berkobar-kobar.

Samsung aku!

“Kau-mhmmm. Mhmmm! ”. Mulut Adara ditutup semula oleh Aiden. Aiden mengeleng kepala tanda tak membenarkan Adara mengeluarkan sebarang bunyi. Adara pantas mengigit tangan Aiden membuatkan Aiden meringis kesakitan.

“Woman, no. Shhh.” Arah Aiden dengan nada masih berbisik. Adara mengeleng tanda tak mahu. Dia menudingkan jarinya pada telefonnya yang kini retak dicampak oleh Aiden.

Aiden segera menghubungi telefon Adara membuatkan telefon itu berdering menarik perhatian lelaki tadi. Aiden menarik tubuh Adara supaya berdiri belakangnya. Revolver Glock 17 yang sentiasa dibawa bersama dikeluarkan.

“Stay behind me. No matter what happens. Stay behind.” Arah Aiden memegang bahu Adara. Adara mengangguk faham. Dia kini faham tindakan Aiden tadi yang hanya mahu memerangkap lelaki jahat yang mengekori mereka berdua.

Aiden mengacukan pistol tepat pada arah lelaki itu berdiri. Jarak mereka yang semakin dekat memudahkan tembakan Aiden mengenai sasaran. Picu sudah ditekan. Hanya tinggal melepaskan tembakan.

Klik!

Kedengaran bunyi sesuatu membuatkan lelaki itu menghentikan tindakannya serta-merta. Aiden menurunkan pistol.

“Tuan, Everything under control. ” Lapor Irsyad yang sudah tiba bersama pihak sekuriti yang di tempat Aiden dan Adara berada.

“Good.” Aiden menamatkan panggilan. Pistol dicampak ke tepi. Tangan dilingkarkan pada pinggang Adara serta-merta. Menarik Adara ke dalam pelukan. Sebelah tangannya mengusap belakang kepala Adara. Satu nafas lega terbit dari bibir Aiden pada saat itu.

“Aiden...” Panggil Adara. Kepala didongak mahu melihat Aiden. Tetapi, dihalang oleh Aiden apabila kepalanya disembamkan pada dada bidang milik suaminya. Wangian maskulin Aiden menusuk ke dalam rongga hidung.

“Stay like this for a while.”

Aiden mengetatkan pelukan. Adara terdiam tak membalas apa-apa. Perlahan-lahan, dia membalas kembali pelukan Aiden. Terasa degupan jantung Adara berdegup kencang kerana kejadian tadi kini tenang di dalam pelukan Aiden.

“Promise me you won't do that again. I will be crazy if you hurt yourself, angel. ”

      

Updated! Reallyyy sorry for the late update I will be updated daily but it will late okay? Happy reading Stay tune <333 Nite

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience