BAB 13

Romance Completed 20321

“Kau suka Durrah?” Raid bagaikan tersepit di antara kejujuran dan kebohongan yang bakal diluahkan oleh bibir. Tidak betah dia duduk lama-lama di sini, berhadapan dengan lelaki yang menjadi ‘saingannya’. Wajah tenang Imtiyaz langsung tidak sanggup untuk dipandang biarpun untuk sesaat cuma. Imtiyaz yang menghubunginya dan mengharapkan dia untuk memunculkan diri di restoran ini. “I don’t think I need to answer your question. I’ve got to go now, if you don’t mind.”

“Wait. Aku tahu kau sukakan Durrah.”

Raid tergamam sejenak dengan wajah pucat tidak berdarah. Kata-kata Imtiyaz membuatkan lidahnya kelu untuk bersuara, apatah lagi untuk menafikan kebenaran yang sedia ada. Terhenti perbuatannya untuk bangun dan meninggalkan tempat yang menyesakkan dada ini. Terasa pahit untuk dia menelan air liur di celah-celah kerongkong. “Apa maksud kau? Aku tak faham.”

Imtiyaz senyum. “Durrah sukakan bunga mawar putih. Durrah sukakan coklat Cadbury tapi dia tak makan coklat putih. Kalau nak bagi dia hadiah, a teddy bear will be just fine for a sweet girl like her. She loves food, of course but she doesn’t like to eat puddings,” laju satu demi satu perkara yang disukai dan tidak disukai oleh Durrah diberitahu kepada Raid. Melihat wajah Raid yang semakin keliru dengan tindakannya, Imtiyaz menyambung lagi. “Kau jangan jadi macam aku. Aku lelaki yang tak reti menghargai permata yang sudah dikurniakan untuk aku. Aku sia-siakan Durrah dan aku tak nak kau ulangi perbuatan yang sama. Aku kau sukakan dia. Kalau tak, mana mungkin kau sanggup hubungi aku untuk beritahu semuanya tentang Durrah?” tebaknya.

Semakin tergamam Raid dibuatnya. Dia tahu?

“Aku masih tak boleh lupakan dia, tapi aku tak paksa dia untuk terima aku lagi. Bila aku dengar dia cakap tentang hikmah Allah, baru aku sedar yang aku ada Julia yang boleh menggantikan tempat Durrah. Ya, mungkin Julia tak seperti Durrah tapi… dia lain daripada yang lain. Alhamdulillah aku dah boleh terima dia. Dia pun dah banyak berubah. Dan sekarang, aku nak tebus kesalahan aku kepada Durrah.”

“Jadi apa kena mengena semua ni dengan aku?” Raid mencelah.

“Kau boleh bahagiakan dia, kan?” Imtiyaz menambah lagi. “Durrah dah tak ada sesiapa lagi dalam hidup dia. Dia pun bukannya kaya mana, dan mungkin sebab itulah ibu tak nak aku teruskan hubungan aku dengan Durrah. Mungkin aku memang dah tak ada kena-mengena pun dengan dia sekarang, tapi dia tetap bekas isteri aku. Aku tahu dia kenal kau dan aku tahu… kau dengan dia mesti rapat, kan? Aku tahu kau boleh bahagiakan dia.”

Satu lagi tekaan tepat mengenai batang hidung Raid. Terasa hendak pitam pun ada juga. Selama ini, dia cuba menyembunyikan perasaannya daripada dibaca oleh sesiapa. Egonya ditinggikan dan perasaan heartless ditebalkan untuk mengaburi mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Orang akan kata dia ibarat tunggul kayu. Orang akan kata yang dia ni memang langsung tak ada perasaan tapi di dalam hati ini hanya Allah yang tahu. “Tak mungkin. Aku bukan kau, Imtiyaz. Aku tak layak untuk bahagiakan dia. Aku bukan sesiapa.”

“Sesiapa sahaja boleh cakap yang kau tak layak untuk bahagiakan dia! Tapi kalau dia jodoh yang Allah beri untuk kau, kenapa kau mesti menolak? Kalau kau berdoa dan bertawakkal tanpa usaha, macam mana Allah nak tolong?”

Raid kaku tidak bergerak, memandang wajah Imtiyaz tanpa beriak. “Imtiyaz…”

“Kalau kau sia-siakan Durrah, aku cari kau sampai ke lubang cacing. Bukan setakat lubang cacing, dengan lubang kuman pun aku cari kau!”

Bingkas Imtiyaz bangun dan berlalu meninggalkan Raid bersendirian di situ. Raid meraupkan wajahnya sebelum tersenyum nipis. Memikirkan tentang kata-kata Imtiyaz sebentar tadi membuatkan dia tersedar dari terus menutup pintu hatinya untuk terus mencari seorang bidadari di dalam hidupnya. Benar, tiadalah hasilnya seandainya tiada usaha, doa dan tawakkal. “Thanks, Imtiyaz,” gumamnya dan pantas melangkah keluar dari restoran dengan nafas yang baharu. Azam yang baharu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience