17

Romance Series 93218

Berita kehamilan Aayra kini sudah mula hangat dibicarakan oleh kedua - dua buah keluarga. Sejak semalam, Datin Hana tidak henti - henti menerima ucapan tahniah dari teman - teman dan sanak saudaranya. Tidak terkecuali, Puan Sri Elise juga turut menyampaikan ucapan tahniahnya buat Datin Hana. Masing - masing kelihatan begitu teruja menerima berita gembira itu.

“Alhamdulillah, tahniah Hana! Tak lama lagi you dah nak jadi 'Nanny Hana' la kan? Seronoknya." Ucap Puan Sri Elise teruja.

“Alhamdulillah. Thanks Elise. Rezeki Allah." Balas Datin Hana tersenyum.

“Lepas ni takde lah you sunyi sangat kan? Hari - hari boleh main dengan cucu. I ni tak tahulah bila boleh rasa semua tu. Entah - entah sampai I mati nanti pun tak sempat juga nak rasa semua tu." Ujar Puan Sri Elise dengan nada yang sayu.

Datin Hana terkedu. Wajah sugul Puan Sri Elise dipandang dengan penuh rasa simpati. Tubuh wanita itu didekati lalu bahu Puan Sri Elise dipaut.

“Elise, tak baik you cakap macam tu tau. In Shaa Allah, suatu hari nanti you mesti akan merasai juga detik - detik macam ni. Stay positive and keep praying for the best ok?" Pujuk Datin Hana lembut.

“Entahlah, Hana. Sometimes I rasa give up sangat dengan sikap anak - anak I tu. Nadira dengan cara Nadira. It's been 2 years she's get married but until now she still don't want to be pregnant. Yang I selalu dengar, dia cakap dia tak ready lagi nak ada anak. Nak harapkan Ezmal dan Yasir? Dia orang tu lagilah. Memanjang je busy. Bila cakap soal kahwin, masing - masing mengelat. Especially Ezmal. So what should I do, Hana? To be honest I'm so frustrated, Hana." Adu Puan Sri Elise kecewa.

Entah mengapa timbul perasaan simpati yang mendalam dalam diri Datin Hana. Dia dapat melihat betapa Puan Sri Elise cuba sedaya upaya untuk menahan air matanya dari mengalir, namun sejauh mana wanita itu mampu bertahan. Akhirnya air mata itu mengalir jua membasahi tubir matanya. Datin Hana semakin sayu melihat keadaan Puan Sri Elise lalu tubuh wanita itu dipeluk erat. Dia cuba menenangkan Puan Sri Elise semampu yang boleh.

“Elise, sabar ok? Berdoa banyak - banyak kepada Allah agar terbuka hati anak - anak you tu. You kena ingat, doa seorang ibu ni tiada hijabnya tau. Keep pray for the best. In Shaa Allah, one fine day you will feel this moments too." Datin Hana masih berusaha untuk menenangkan Puan Sri Elise.

Puan Sri Elise tersenyum nipis. Dia tahu Datin Hana cuba untuk menjaga hatinya. Namun perasaannya tidak dapat menipu. Sejujurnya dia berasa kecewa dengan sikap anak - anaknya. Bagi Puan Sri Elise, tiada apa yang lebih membahagiakan melainkan dapat melihat anak - anaknya membina keluarga mereka sendiri sebelum dia menutup mata. Sudah lama dia mengimpikan semua itu namun malangnya sikap anak - anaknya yang langsung tidak peka dengan perasaannya itu semakin lama semakin mencengkam jiwanya.

“I tak tahulah, Hana. I tak tahu sampai bila I boleh bersabar dengan sikap dia orang tu. Especially Ezmal dan Ramona. Dia orang tu dah lama sangat bertunang. Bila ditanya bila nak kahwin, ada sahaja jawapan dia orang. Kadang - kadang I risau kalau - kalau dia orang tu hanyut jauh sangat nanti." Luah Puan Sri Elise tentang kebimbangannya.

Buntang mata Datin Hana mendengar. Pantas lengan Puan Sri Elise ditampar perlahan.

“Astaghfirullahal'azim. Tak baik you cakap macam tu, Elise. You tahu kan kata - kata ibu tu satu doa? Ishhh, minta simpang malaikat 44 lah. Lagipun I tak rasa Ezmal tu akan buat benda - benda macam tu. I know him. Ezmal tu anak yang baik, Elise." Tegur Datin Hana tegas.

Puan Sri Elise menarik nafas panjang. Dia sedar akan keterlanjuran kata - katanya sebentar tadi. Namun perasaan itu tidak dapat ditepis setiap kali dia melihat sikap Ezmal dan Ramona yang tidak ubah seperti pasangan suami isteri. Dari gaya Ezmal mungkin ianya dapat dimaafkan. Tapi bagi Ramona, tidak sama sekali. Sikap keterlaluan gadis itu telah membuatkan Puan Sri Elise sering dihantui perasaan bimbang. Ingin ditegur, dia bimbang Ramona akan berkecil hati dengannya. Apatah lagi setelah gadis itu tidak punya ahli keluarga yang lain selain dari keluarganya sendiri.

“I tahu I tak patut cakap macam tu. Tapi hati ibu mana yang tak risau Hana bila tengok anak - anak dia macam tu? I tahu I tak boleh nak salahkan Ezmal 100% dalam hal ni. Semuanya berpunca dari I sendiri. Kalau dari awal I tegur dan didik mereka dengan cara yang betul, pasti semua ni tak akan jadi kan?" Puan Sri Elise menyalahkan dirinya sendiri.

Datin Hana tidak terus menjawab. Sebaliknya dia meneguk jus oren dihadapannya secara perlahan - lahan. Otaknya ligat memikirkan jawapan yang terbaik yang harus diberikan kepada Puan Sri Elise. Dia tidak mahu jika kata - katanya itu nanti akan mengguriskan perasaan Puan Sri Elise.

“Elise, I rasa kalau I nak tegur you lebih - lebih dalam hal ni pun tak boleh juga. I ni pun bukanlah expert sangat dalam hal - hal berkaitan agama ni. Banyak lagi yang I kena belajar. Tapi I rasa sebagai seorang ibu, tak sepatutnya you meletakkan tanggapan yang buruk - buruk dekat anak - anak you. You sepatutnya kena banyak berdoa kepada Allah agar jauhkan anak - anak you tu dari perkara - perkara yang mungkar. Macam yang I bagitahu you tadi. Doa seorang ibu ni tiada hijabnya Elise. Jadi berdoalah you sebaik - baiknya. Mintalah kepada Allah agar menjauhkan anak - anak you dari perbuatan - perbuatan yang terkutuk seperti itu. In Shaa Allah Elise. Allah itu Maha Mendengar." Nasihat Datin Hana panjang lebar.

Sekali lagi keluhan berat lahir dari bibir Puan Sri Elise. Namun kini wajahnya sudah sedikit berubah. Jika tadi raut wajahnya kelihatan agak sugul, kini ianya sudah kelihatan sedikit tenang. Wajah Datin Hana dipandang sebelum bibirnya mengukir senyuman. Bagi Puan Sri Elise, Datin Hana benar - benar memahami isi hatinya. Tidak hairanlah mengapa mereka boleh menjadi teman rapat sejak di zaman universiti lagi. Siapa sangka perkenalan yang tercipta di zaman universiti itu mampu kekal sehingga kini bahkan lebih menarik lagi ianya telah bertukar menjadi ikatan persaudaraan.

Benar. Perkenalan antara Datin Hana dan suaminya Dato Akhmal telah dirancang sejak dari awal lagi. Ketika itu Puan Sri Elise dan suaminya, Tan Sri Zamir sengaja mengajak Datin Hana menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di kampung. Pertama kali melihat Datin Hana, hati Dato Akhmal sudah mula terpikat dengannya. Sejak dari itu, pelbagai cara mereka aturkan untuk menyatukan Datin Hana dan Dato Akhmal. Akhirnya kedua - duanya telah disatukan dengan sebuah ikatan yang sah. Hasil perkongsian hidup mereka selama 32 tahun, mereka hanya dikurniakan seoarang anak iaitu Harraz Amsyar.

“Eh, dahla. Apa yang dimenungkan lagi tu? Makanlah mee goreng yang I buat ni. Nanti dah sejuk tak sedap pulak." Pelawa Datin Hana sekaligus membuatkan lamunan Puan Sri Elise terhenti.

“Yelah. Buat susah - susah je you sediakan semua ni. I datang just nak ucap tahniah je." Ujar Puan Sri Elise bersama senyuman di bibir.

“Takde yang susah pun. Bukannya selalu kan. Jemputlah makan. Nanti kita sambung borak lagi ok?" Datin Hana terus menyuakan sepinggan mee goreng kepada Puan Sri Elise.
Mereka sama - sama menjamu selera sambil berbual kosong. Adakala mereka berdua dilihat begitu riang tertawa. Hilang segala

kegusaran yang membelenggu di fikiran Puan Sri Elise sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience