Get the app for full experience
Setiap malam Inas menghadapi Raif melawan dunia halusinasinya .. kelakuannya lama kelamaan, bertukar lebih positif.. Raif tak lagi melukakan Inas, seperti pada mula-mula dahulu.. cuma masih ada beberapa perkara yang masih Raif takutkan.. Iaitu hujan, petir dan guruh... Inas akan menemani Raif sama-sama berkelumbung di bawah selimut jika cuaca hari itu hujan.. Kemudian, menunggu Raif menceritakan apa yang dia lihat dalam halusinasinya itu.. Raif juga semakin lancar dalam penceritaannya.. dia boleh menceritakan semua gambaran yang dia nampak dengan jelas kepada Inas.. Walaupun tak semuanya dapat dilihat oleh nya, masih bersisa imej yang pecah-pecah dalam halusinasinya itu .. Ianya semuanya berkaitan dengan kemalangan ...