Bab 4

Drama Series 6860

Hari ini, nak tak Rainah ikut juga kehendak Johanna. Hanya Johanna, tempat dia melepaskan rindu, tempat bergantung. Dia tiada hala tuju lagi selain dari kakak angkatnya itu.

Langkah Johanna di ikutnya. Dari satu butik ke satu butik. Semuanya Johanna yang pilih. Dia hanya menurut. Di suruh cuba, dia mencuba sahaja. Setelah Johanna berpuas hati dengan segala yang dibelinya, dia mengheret Rainah ke restoran pula.

"Rai nak makan apa?", Johanna bertanya sambil membelek menu di tangan.

"Rai nak minum jer kak...."

Johanna meletakkan menu, sambil memandang Rainah. Pelayan restoran sudah menunggu dengan pen dan kertas di tangan sambil menunggu.

"Makanlah sikit... Dah banyak hari, Rai skip makan... Badan pun dah susut...," Johanna mengusap tangan Rainah.

Melihatkan wajah Johanna yang suram, akhirnya Rainah mengangguk.

Johanna tersenyum. Dia menoleh ke arah pelayan sambil memberitahu menu yang di inginkan. Sebaik sahaja , pelayan beredar. Rainah meminta diri untuk ke bilik air.

Seusai keluar dari bilik air, Rainah di langgar seseorang.

"Buta ker...? Mata letak mana?", tengking seseorang.

Rainah terkesima apabila matanya terpandang wajah bekas suaminya bersama seorang gadis. Zarief juga terkejut melihat Rainah apabila bertembung mata. Wajah cengkung Rainah di pandang. Perut yang memboyot juga sudah kempis. Mereka berdua terpaku, tenggelam dalam kerinduan yang mendalam. Masing-masing dapat melepaskan rindu buat sementara dengan hanya menatap dalam kebisuan.

'Abang sihat? Kenapa nampak makin susut?'

' Sebab Rai tak ada dengan abang... Rai okey ker? Rai nampak kurus. Rai tak jaga makan ker waktu abang tak de?'

'Rai okey jer. Abang jangan risau.'

Mereka hanya berbicara dengan mata.

"Hey... kau pekak ker???", tengking gadis cantik di depannya.

Rainah tersedar. Zarief menoleh, memandang geram.

"You ni kalau bercakap tu biar la elok-elok sikit...", marah Zarief.

Rainah hanya diam. Dia hanya memandang Zarief yang agak susut badannya.

" You kan boleh tak jangan nak menangkan perempuan ni... Siapa isteri you sekarang??"

Rainah kaget apabila mendengar gadis di depannya berbicara. Tunak dia memandang Zarief. Zarief gelisah melihat Rainah yang sudah berubah airmuka. Rainah tidak tahu bahawasanya Zarief sudah menikah selepas seminggu mereka berpisah.

"Saya minta maaf cik...", Rai segera berlalu.

"Hey, aku belum selesai lagi...."

Zarief memegang lengan isterinya.

"Enough Kelly... You kalau tak malukan I dekat khalayak, tak boleh ker? I suaminya you..., hormat la sikit....", Zarief menekan ayat walaupun tidak sekuat mana suaranya berkata.

"Huh.... hormat...?", dengus Kelly sambil menghentak kaki sebelum pergi melabuh ke tempatnya.

Zarief mencari kelibat Rainah. Terpandang di satu sudut, susuk tubuh Rainah yang berhadapan dengan Johanna.

'Maafkan abang, sayang.... Jaga diri...'

Zarief melangkah keluar dari restoran. Kelly yang masih duduk di meja, bangun apabila melihat kelibat suaminya yang sudah keluar. Dia segera mengejar Zarief.

"Zarief....", jerit Kelly.

Zarief tidak menghiraukannya. Terus dia meloloskan diri ke dalam kereta. Kelly berlari sedikit.

"Zarief.... Zarief.....", tangannya menepuk cermin kereta.

Zarief hanya berlalu. Kelly menghentakkan kaki.

"Tak guna kau Zarief... Kau balik nanti. Siaplah..."

Sakit hatinya apabila Zarief tidak menghiraukannya.

******

Rainah memandang kelibat Zarief yang menghilang. Seleranya mati terus.

"Makanlah Rai...."

Rainah makan perlahan-lahan. Nasi yang di kunyah bagaikan terasa seperti pasir sahaja. Namun di gagahi jua menelan. Dia tak ingin Johanna mengetahui apa yang berlaku tadi. Pasti Johanna akan mengamuk dengan Zarief.

Rainah menguatkan hatinya supaya tidak menitiskan airmata di depan Johanna.

"Lepas ni kita pergi spa yer..."

"Tak nak la kak... Rai dah penat..."

Johanna memandang sayu. Sedih hatinya melihat adik angkatnya yang banyak menderita. Wajah ceria yang dulu sudah suram. Bukan dia tidak tahu setiap malam, Rainah menangis.

"Okey... nanti kita balik terus. Rai kena rehat. Esok dah nak kerja....."

Rainah tersenyum.

*****

Setelah menutup pintu bilik, Rainah segera menyembamkan wajahnya pada bantal. Dia teresak-esak menangis. Perit hatinya melihat wanita lain di sisi lelaki yang di cintainya.

'Tak layakkah aku untuk bahagia....?'

Akhirnya dia terlena dengan juraian airmata mengalir di pipinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience