BAB 19

Romance Completed 3910

Amirul terpaksa juga mengikut Hajjah Mastura dan Haji Alyas pulang ke Kuala Lumpur. Amirul berat hati nak meninggalkan Nurul di sini,sengaja dia meminta Nurul masuk ke bilik dan memberi alasan agar Nurul menolongnya mengemas bajunya untuk dimasukkan ke dalam beg. Dia cakap,dia pening dan tak mampu nak buat sendiri. Nurul tak membantah,hanya mengikut saja arahan Amirul,tak mahu dia dituduh isteri derhaka yang tak mendengar kata suami.

''Nanti kau jangan lupakan aku ya. Jangan gatal-gatal nak bercinta dengan orang lain, sepanjang aku tak ada ni. Ingat tu,nanti aku tak redha baru kau tahu!'' Amirul memberi amaran kepada Nurul. Mereka mula mengemas baju Amirul dan bersiap, sambil mereka bersiap,mereka berbual. Nurul hanya mendengar tanpa membalas,dalam hatinya sudah wujud perasaan keliru. Dia tak tahu,sama ada dia sedang gembira atau sedih dengan pemergian Amirul ni.

''Kau dengar tak ni?'' bila Nurul tak beriak dengan setiap kata-katanya Amirul mula terasa hati. Nurul pula masih bingung untuk memahami perasaannya sendiri.

''Nurul!!'' Amirul kuatkan suara. Nurul tersentak,tadi fikirannya melayang seketika. Nurul pura-pura membetulkan tudung di kepalanya. Perasaan ego menguasai perasaannya. Rasa sebak yang bertandang ditahan sekuat mungkin,tak mahu nampak lemah di depan Amirul.

''Jangan lupakan aku tau! Aku tau aku jahat tapi aku berjanji akan menjadi suami yang baik dan ayah yang baik untuk anak-anak kita,.'' Amirul terus meluahkan suara hatinya seolah inilah pertemuan terakhir mereka. Dia nak Nurul tahu,dia sudah mula sayangkan Nurul.

''Dalam ni,bukan anak yang sah,kalau benar dia wujud. Harap-harap,.kata-kata Angah tak benar. Aku lebih rela sakit lain daripada sakit alahan. Aku tak mahu kau terdera jiwa dan perasaan kerana mengandung tanpa rela kau. Aku nak kau mengandung bila kau dah rela nak serahkan tubuh dan hati kau,bukannya mengandung sebab kena paksa macam ni,'' Amirul menyentuh perut Nurul dengan kedua belah tangannya. Perut Nurul diusap-usap perlahan. Nurul yang menahan sebak sejak tadi sudah tak mampu menahan perasaannya. Mutiara jernih mengalir juga membasahi pipinya.

''Aku rasa serkap jarang Angah mengena,aku dah rasa lain semenjak dua minggu ni,sebelum hang muntah-muntah lagi. Jadi hang bersedialah nak jadi ayah untuk perbuatan hang ni. Anak ni tak berdosa. Yang berdosa tu hang,jadi aku nak warning hang,kalau anak ni dah keluar nanti,hang jangan nak hina dia pulak. Aku pancung hang hidup-hidup!'' dalam tangisnya Nurul tetap mengugut Amirul. Air mata Amirul berjurai laju. Rasa menyesal mula bertandang,kerana dosanya Nurul dan anaknya turut menanggung beban derita. Ya Allah! Ampunkanlah dosa-dosaku! Amirul bertafakur di dalam hati. Matanya dipejamkan dan air matanya dibiarkan terus mengalir.

''Jom keluar! Nanti teruk kena perli,hang la ni,dok tak dok,buat spektra ayaq mata,pasai pa?'' Nurul bersuara serak. Amirul tergelak perlahan sambil turut mengesat air matanya. Jatuh sudah keegoaan seorang lelaki.

''Aku sayang hiang! Hiang jangan lupakan aku tau!'' Amirul cuba mengajuk percakapan Nurul dengan bercakap loghat Kedah sambil menarik Nurul mendekatinya dan mengucup dahi Nurul. Nurul sudah tergelak senang hati bercampur lucu. Pelik benor bunyinya.

''Woii!!,.bersiap ke buat apa dalam tu,lama sangat! Ingat sama kami yang menunggu di luar ni!'' Rasyid sudah melaung dari luar bilik. Amirul dan Nurul spontan menghamburkan tawa. Dalam hati Amirul dia sudah mengungkapkan syukur, Nurul seperti sudah dapat menerima dirinya.

''Kau sayang aku tak?'' Amirul inginkan kepastian. Nurul tercengang ditanya tiba-tiba dengan soalan itu sedangkan dia sendiri masih keliru dengan perasaannya.

''Tak dak masa nak jawab!'' Nurul sudah melangkah ke pintu namun langkahnya dihalang Amirul.

''Please Nurul! Aku mahukan jawapan buat bekalan aku balik ke KL,'' Amirul terus mendesak. Nurul mengeleng,kalau boleh dia tak mahu menipu Amirul dan dia juga tak mahu menipu diri sendiri.

''Jangan paksa aku! Aku tak tau!'' Nurul jawab sejujurnya. Mungkin kasihnya sudah disemai cuma belum bercambah saja lagi.

''Okey! Aku tak paksa kau,cuma aku nak minta satu ja. Boleh?'' Nurul panggung kepala,matanya dan mata Amirul saling merenung,sekejap cuma Nurul mengalah dan tertunduk kembali.

''Panggil aku abang,please! Sekali saja!'' Nurul panggung kepala sekali lagi dan membuntangkan matanya. Amirul tersenyum dan matanya dikenyitkan. Wink,wink,.

''Huh! Dahlah!,.aku nak keluar,sebelum kena panggil untuk kali ke-3,.'' tombol pintu dipegang,sebelum pintu terkuak Amirul menarik tangan Nurul dengan pantas.

''Payah sangat ke? Sekali ja!'' Amirul terus merayu. Nurul mendengus kasar,rasa berat lidahnya nak berabang-abang dengan Amirul. Walau hatinya sudah membentak di dalam tapi bibirnya sudah menunaikan permintaan Amirul.

''Abang!'' senada saja. Amirul tetap tak berpuas hati.

''Lembutlah sikit. Abang pun tak ada feel dengar ayang cakap macam tu,.'' Amirul bersuara sambil tersengeh.

''Wekk,.meloya tekak dengaq!'' Nurul menjelirkan lidahnya dan pura-pura nak muntah.

''Please!,..'' belum sempat Amirul mengungkapkan ayat seterusnya pintu bilik mereka sudah diketuk bertalu-talu. Nurul tersengeh kemenangan. Amirul memasamkan wajah,tak puas hati. Dahlah paksa dia pulang ke Kuala Lumpur. Tak menyempat-nyempat. Amirul memprotes di dalam hati.

''Depa pangge! Depa tanya,awat lambat sangat. Along dengan abang Mirul bersiap ka,buat pa?'' Nadia di depan pintu bilik sudah tersengeh selepas bertanya. Nurul mengangkat tangan untuk meluku Nadia,pantas Nadia menepis.

''Buat projek untuk kali terakhir!'' spontan Amirul menjawab. Mencerlung mata Nurul mendengarnya. Nadia sudah mengekek ketawa.

''Hiesy!!,.mulut tak dak insuran!'' Nurul memprotes sambil laju melangkah keluar dari rumah,Nadia yang sudah ketawa terbahak-bahak tidak dipedulikannya. Amirul hanya mengikut dari belakang sambil menjinjit beg pakaiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience