Butakan Mata Part 2
“Anak bapak ini istimewa.Berbeda dari orang lain.Nggak sama,”kata lelaki tua bersongkok Jawa itu.Berkerut dahi ayah aku macam disulam-sulam.
“Tapi gimana Pak Joko?”soal ayah aku kepada lelaki bernama Pak Joko.Tiba-tiba aku teringat lagu dangdut..’Aduh..aduh..pipiku..dicium Mas Joko’..Haha sempat aku menyanyi di dalam hati.
“Iya terserah pada yang punya badan..Kalau dia nggak mau ngelihat lagi bisa aja bapak ngubatin,”
“Caranya gimana bapak?”aku perati je ayah aku ni.Sejak bila pula pandai cakap Indon..Alahai bapak aku.
“Butakan matanya,”
“NO WAY!!!’jerit aku.Pehhh…Sesedap hati ayam masak kicap je dia nak butakan mata aku.Dia ingat aku ni apa?Anak ayam yang senang-senang dia nak gula-gulakan..
“Tenang nak..Bukan mata beneran kamu yang dibutakan..Tapi mata ketiga kamu yang bisa ngelihat perkara aneh itu yang harus dibutakan..Bapak bimbang kerana hantu yang selalu mengganggu kamu itu nggak suka dengan kebolehan kamu ngelihat dia.Dia merasa terganggu dengan urusannya,”terang Pak Joko.Entah kenapa lagu Mas Joko tu berulang kali bermain-main dalam kepala hotak aku.Ehh semak lah!Play lagu lain.
“Hantu itu ialah saka keturunan.Kuat sekali.Walaupun dia nggak ada di sini tapi aura yang ditinggalin pada badan kamu cukup kuat.Bapak takut nanti kamu dikenapa-napa kan..Dia nggak enak bila ketahuan kamu bisa ngelihat dia.Jadi bapak sarankan kamu butakan mata ketigamu itu nak.Bahaya..Kerna kamu sudah keteguran sama roh-roh yang tidak tenang…,”sambung Mas Joko lagi..Eh salah..Pak Joko..
“Adik setuju?”tanya ayah.Mak memandang aku jugak.Aku mengangguk.Takut pula aku kalau apa-apa jadi nanti sebab Pak Joko cakap rupanya hantu tu saka keturunan Kak Oreo.Dah passing berkurun lamanya.Sebab tu dia makin lama makin kuat.Saka untuk menjaga keluarga dia.Kat sini aku nak bagitahu perbuatan membela saka adalah salah disisi agama.Tapi aku tak salahkan Kak Oreo sebab mungkin dia tak tahu pun dan tak minta pun dapat saka tu.Saka ini harus diturunkan pada waris sama ada suka atau pun tidak.Kalau tidak saka itu akan mengganas dan mengganggu pemiliknya.Haih lah..menyusahkan aku je.
“Tapi bapak kenapa dulu saya nggak bisa ngelihat hantu Cuma bisa ngerasa kehadiran mereka aja,”wahhh aku pun terjebak cakap loghat Indon.
“Kerna anak sudah akil baligh.Maka kebolehan anak itu makin meluas,”
“Ooo…Begitu,”
“Kalau anak bapak setuju.Besok sore bapak datang dengan anak bapak ya..Kamu jangan berkeliaran di sini.Di Indonesia lebih banyak hantu-hantu kerna banyak tempat pemujaan di sini.Hati-hati ya nak,”pesan Pak Joko.Ayah bersalam dengan orang tua itu.Rumah usang itu kami tinggalkan dan pulang ke hotel.
“Adik tido dengan mak.Jangan pegi mana-mana tanpa mak atau ayah,”aku tengok air muka mak risau.
Pak Joko cakap hantu tu memang berniat jahat.Lepas dia dapat tahu aku boleh nampak dia.Dia sengaja kacau.Sbab kalau korang nak tau..Makhluk-makhluk ghaib ni biasanya takkan tunjukkan muka dia pada kita melainkan dia ada niat sesuatu.Macam kes saka ni dia memang nak takutkan aku sebab tu dia tunjukkan aku wajah dia yang buruk.Tambah Pak Joko lagi hantu-hantu lain mula kacau dengan aku sebab aku pernah berkomunikasi dengan diorang.Patutlah mak selalu pesan jangan cakap dengan diorang..Padan muka kau Eryn sebab degil.
Mak dan ayah bawa aku ke Bali atas saranan kawan dia.Ayah dah buntu sebenarnya sebab aku meracau teruk lepas kes haritu.Adik aku ayah tinggalkan pada makcik aku.Takut tersampuk pula kalau ikut sekali.
“Adik ok ke ni?Jangan takut ayah ada..”
“Ok la..No worries,”
Aku pun cuba lelapkan mata.Tapi telinga supersonic aku ni dapat dengar bunyi.Macam orang berzikir tapi nadanya dalam bahasa asing.Ya Allah tolonglah aku tak sanggup nak dengar.Aku peluk mak kuat-kuat.
“Kenapa ni dik?”
“Nka terberak la..”aku bangun ke tandas.Ayah dah pun lena berdengkur di katil single sebelah katil queen yang aku kongsi dengan mak.Baik aku ambil wudhu.Minta-minta tenang sikit.
“Allah..”sebaik saja aku buka pintu tandas aku nampak dalam tab mandi tu ada seorang lelaki dengan mata dijahit dan mulut dijahit.Matanya mengalirkan airmata darah.Suaranya menangis mendayu-dayu menyeramkan seakan-akan memuja syaitan.Badannya diikat dengan dawai kawat.Lembik kaki aku disitu.Tiba-tiba aku ternampak seakan ada sesuatu berrgerak di dalam perut lelaki itu.Perutnya berdarah.Terkoyak makin lama makin besar sehingga keluar satu tangan hitam berkuku panjang dari perut lelaki itu..
“Mak!!!!”jerit aku.Mak dan ayah bergegas datang kepada aku.Aku tak mampu berdiri.Lemah lutut aku.Ayah mengangkat aku ke katil.Pak Joko dimaklumkan dengan segera.
“Ayo percepatkan upacaranya..Kalau ditangguh bisa memudaratkan..”Pak Joko menyiapkan barang-barang untuk menutup hijab aku.Prosesnya panjang malas untuk aku taip.Cukuplah sekadar aku beritahu akhirnya hijab aku ditutup dan aku tak boleh melihat makhluk ghaib.Tapi deria itu masih ada.Walaupun aku tak nampak tapi aku masih boleh merasa kehadiran mereka.Akhirnya mak pun bersetuju memindahkan aku ke sekolah lain.
Tapi kisah seram aku tak berakhir di sini…
-TAMAT-
Share this novel