Bab 7

Action Series 9408

Setelah kejadian di restoran Amirul, Anna segera pulang ke rumah ayahnya. Di situ dia lihat ayah sedang bersedia untuk keluar rumah pergi kerja dan kelibat Fatimah tiada di sisi ayah.
“Fatimah mana?”
Soal Anna kasar pada ayahnya. Wajahnya merah menahan marah.
“Masih tidur,.. Kenapa Anna?”
Ayah melihat Anna pelik. Anna mengabaikan pertanyaan ayahnya dan berlalu masuk ke rumah, laju sahaja Langkah dia naik ke tingkat dua di mana bilik ayah dan ibu tirinya berada. Anna tendang pintu bilik tersebut dan lihat Fatimah masih tidur dengan nyenyaknya.
Dengan perasaan marah yang membuak-buak, Anna masuk ke bilik air dan mencapai baldi yang berisi separuh air. Tanpa berfikir panjang lagi dia siram air tersebut pada Fatimah yang sedang nyenyak tidur. Ayahnya yang baru masuk ke bilik gagal menghalang perlakuan Anna.
Fatimah menjerit terkejut dan kesejukkan. Dia segera bangun dari tidurnya dan berdiri dari terus duduk di atas tilam yang basah.
“Anna! Apa kau buat ni!”
Jerit Fatimah marah. Anna segera mencapai rambut Fatimah dan tarik sekuat hatinya. Anna yang masih mamai menjerit kesakitan apabila rambutnya di tarik. Ayah Anna segera memegang Anna untuk meleraikan pegangan Anna dari rambut isterinya namun gagal apabila Anna tepis tangannya.
“Anna, berhenti..”
Kata ayahnya lembut. Anna mendengus kasar.
“Kau dengar sini Fatimah, hari ini aku nak kau call menantu tak jadi kau tu dan kau bagitahu dia jangan kacau life aku lagi. Aku benci dengan dia. Pesan dekat dia jangan kacau Amirul juga kalau dia rasa dia masih nak tengok mak dia sihat! Kau faham tak ni!”
“Sakitlah setan! Lepaskan rambut aku!”
Jerit Fatimah. Namun lagi kuat tarikkan Anna pada rambutnya.
“Kau dengar tak ni? Kau jangan main main dengan aku Fatimah, aku bukan bodoh! Sebelum aku buat benda yang tak sepatutnya, baik kau dengar cakap aku!”
Gertak Anna berang. Lalu dia mencampak Fatimah ke lantai. Terduduk dia di lantai dan dia masih memegang kepalanya yang sakit.
“Anna, kenapa ni, cuba jelaskan dengan ayah…”
Kata ayah Anna lembut. Anna yang masih marah menggelengkan kepalanya kepada ayahnya.
“Kita cerita dekat office nanti.”
Kata Anna kasar lalu dia terus melangkah keluar.

XXXXXXXXXX

“Anna serang Fatimah? Kenapa?”
Soal Hikayat. Wajahnya kelihatan terkejut.
Ya, pagi tadi masa aku nak gerak pergi kerja Anna tiba-tiba datang dan serang Fatimah. Dia siram Fatimah guna air dan tarik rambut Fatimah. Bila aku tanya kenapa dia tak jawab.”
Ayah Anna berkata sedih. Dia kemudian memicit dahi runsing dengan keadaan yang dilaluinya sekarang.
Hikayat yang terkenal dengan sikap suka bergosip segera mencapai telefon pejabatnya dan menghubungi Taufiq. Beberapa deringan sahaja anaknya sudah mengangkat panggilan darinya.
“Taufiq, Anna ada tak?”
“Ada, kenapa pa?”
Soal Taufiq. Dia memandang pejabat Anna yang lampunya menyala namun penghuni didalamnya seperti tiada.
“Panggil dia ke sini. Papa nak sembang dengan dia. Taufiq pun datanglah sini juga.”
“Hah? Papa biar betul, Taufiq takutlah nak panggil dia. Hari ini mood dia swing sikit.”
Bisik Taufiq perlahan takut percakapannya terlampau kuat sehingga ke pejabat Anna.
“Alamak, tak apa, Taufiq masuk je office papa, biar papa call dia sendiri.”
Kata Hikayat lalu dia terus menyambungkan talian ke telefon pejabat Anna. Tidak lama telefon berdering Anna terus angkat dengan segera.
“Ya.”
Sahut Anna dengan nada kasar. Hikayat pula terasa seram ingin menyambung percakapannya.
“Hello!”
Anna lagi sekali bersuara kerana tiada sesiapa yang bersuara di talian. Setelah dia menyerang Fatimah pagi tadi dia terus masuk pejabat dan mengurung diri di pejabat. Dia juga turut menghantar 10 buah fail yang berisi maklumat pekerja dan notis pemberhentian pekerja di setiap fail itu. Taufiq tidak berani bertanya apabila melihat dia yang sedang tiada mood untuk bercerita. Apabila dia menerima fail tersebut dia hanya patuh dan segera buat apa yang Anna arahkan.
Anna setelah Taufiq dan Hikayat memberi dia kuasa untuk menyiasat dan memecat pekerja yang di bayar oleh Fatimah, laju dia membuat kerja. Setiap hari mesti akan ada maklumat terbaru yang diperolehi.

“An… Anna! Pak cik ni. Masuk office pak cik kejap. Pak cik nak berbual dengan kamu.”
Kata Hikayat dengan takut-takut.
“Ni mesti ayah cerita dengan pak cik kan? Ha, tunggu sekejap.”
Bebel Anna selamba. Kemudian dia memutuskan talian.
Tanpa mengetuk pintu Anna terus membuka pintu pejabat Hikayat. Di dalam Ayahnya, Hikayat dan Taufiq sudah menunggu.
Anna terus masuk dan duduk di hadapan mereka. Tanpa sempat mereka buka mulut dan bertanya Anna telah membuka mulut dahulu.
“Semalam Anna pergi makan dan Aliff tiba-tiba datang and merayu dengan Anna ajak Anna kahwin. Ann tolak dengan baik masa mula-mula lepas tu dia paksa Anna lagi. Kebetulan jiran Anna pemilik restoran tu. Dia tolong Anna berlakon jadi boyfriend Anna entah lepas tu Aliff mengamuk dia kata kalau dia tak dapat Anna orang lain pun tak boleh dapat Anna and Aliff pun keluar dari restoran tu. Sebab jiran Anna tu tolong Anna jadi malam tu juga Anna belanja jiran Anna makan, kita orang naik kereta Anna je sebab duduk dekat tempat yang sama. Pagi ni bila Anna hantar jiran Anna pergi kerja, kita orang berdua tengok kereta jiran Anna yang tinggal dekat restoran semalam kena conteng dengan Aliff. Sebab tu Anna serang Fatimah.”
Lancar sahaja Anna bercerita.
“Tapi Anna, Aliff yang serang Anna bukan Fatimah, kenapa Anna serang ibu tiri Anna macam tu?”
Soal ayah Anna. Anna mendengus marah.
“Dia yang cari pasal. Setuju dengan Aliff nak kahwinkan Anna sebelum ni. Kalau bukan sebab dia, Aliff tak akan berani kacau Anna!”
Hikayat menganggukkan kepalanya faham akan perasaan Anna.
“Tak pasal pasal jiran Anna punya kereta jahanam. Anna tunggu masa je ni nak serang mak Aliff.”
“So sebenarnya jiran Anna tu memang jiran jelah, bukan boyfriend?”
Tanya Taufiq sengaja menukar topik. Anna memandang Taufiq geram.
“Baiklah, lepas Anna cerita baru ayah faham. Nanti balik ayah cuba slow talk dengan ibu tiri kamu.”
Anna menganggukkan kepala mendengar kata-kata ayahnya.
“Cubalah slow talk dengan dia, Anna nak juga tengok dia kembali ke jalan yang benar.”
Sindir Anna yang maksudnya cuma, Anna, Taufiq dan Hikayat faham.
“ayah nak keluar kejap, ada fail ayah kena ambil, Anna sambunglah kerja Anna.”
Kata ayah Anna lalu berlalu keluar dari pejabat. Setelah ayahnya pergi Anna segera bangun dan berjalan ke arah pintu.
“Abang, Ada lagi 3 fail Anna akan letak dekat meja abang, sila baca dan buat seperti yang Anna arahkan.”
Kata Anna tegas sebelum dia berlalu keluar dari pejabat Hikayat.
Hikayat memandang Taufiq.
“Dah berapa ramai dia keluarkan notis pemberhentian pekerja untuk hari ini?”
“Hari ini sahaja dah dekat 15 orang pa, tapi semua affective date untuk notis tu berlainan bukan serentak. Anna tak nak ada staff yang report dekat wartawan tentang situasi syarikat kita.”
Hikayat mengganggukkan kepala faham.
“Jadi betul apa yang Anna cakap, pengkhianat dalam syarikat kita bukan seorang.”
Tutur Hikayat lemah. Dia rasa tidak bermaya apabila memikirkan begitu ramai pekerjanya yang memilih untuk khianat syarikatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience