BAB 5

Drama Completed 373

Petang itu, khabar gembira yang di bawa Chek In mengurangkan sedikit kerisauan dan kebimbangan aku terhadap Ma. Ma dan pun baik sedikit walaupun tidak seperti sedia kala. Doktor yang merawat juga mengatakan Ma sudah boleh di bawa pulang dalam masa terdekat ni. Ma juga sudah boleh bercakap-cakap dengan kakak-kakakku yang menjaganya ketika itu. Ma ku juga berpesan supaya jangan risau sangat dengan dirinya. Ma tahu anak-anak Ma sayangkan dirinya dan Ma juga sayangkan kami. Ma juga berpesan supaya tunggu sahaja kepulangannya. Aku berkeras mahu menjaga Ma juga tetapi Chek In kata Ma pesan supaya buat kerja sekolah.. Mungkin Chek In beritahu Ma yang aku ada tugasan penting yang perlu dihantar esok tetapi aku langsung tidak menyiapkannya.

Mendengarkan perkhabaran Ma itu dan larangannya Ma, aku hanya menurut. Aku tahu Ma tahu apa yang terbaik buat kami. Ma, Rita tunggu Ma di rumah. Cuma mak saudaraku yang sulung, Mak Long dan abangku, Abang Ngah yang pergi ke Hospital Kota Bharu. Menjaga Ma buat malam itu. Aku melambai-lambai ke arah mereka. dan aku berharap agar mereka kembali dengan Ma. Aku sudah mampu tersenyum riang malam tu. Kakakku bercerita mengenai Ma yang sakit di hospital ketika mereka menjaganya. Terasa sedih mendengar Chek In bercerita mengenai keadaan Ma ketika di Hospital. Katanya Ma hanya terbaring tidak sedarkan diri. Ma sering meracau. Tapi, Ma dah tak sakit. Ma dah boleh berbicara. Ma dah boleh mengatakan sayang kepada anak-anaknya.Terubat rinduku mendengar cerita mengenai ma. Ma, Rita rindu Ma sangat-sangat. Rita sayang ma sangat-sangat. cepatlah pulang. Rita nak peluk ma. cium ma. nak tidur dengan Ma. Ma, cepatlah pulang.

Setelah Usai solat Isyak, aku berbaring di atas katil di sebelah Chek In dan Chek da. Dari dalam bilik itu, aku dapat dengar Mak Su menelefon saudara maraku agar jangan terlalu risau kerana Ma ku sudah sihat. dan mungkin akan pulang esok kalau mengikut kata Doktor. Atukku di rumah nye jua begitu. menelefon saudara maraku yang mungkin sedang bersiap-siap mahu pulang. Aku tersenyum. Bersyukur aku kehardat Ilahi kerana di kurniakan dengan keluarha yang penyayang dan mengambil berat. Aku membuka tugasan yang aku perlu siapkan dan perlu di hantar pagi esok. Aku rasa bersalah kerana tidak menyiapkanya awal-awal. Aku mula memegang pen dan menulis -nulis di dalam buku. Semangatku untuk belajar membuak-buak. Ma, nanti bila Rita dah besar, Rita akan bagi apa sahaja yang Ma nak. Rita takkan lupakan jasa Ma. Rita akan jaga Ma macam Ma jaga Rita . Aku menyambung penulisan ku.

"Hawa..hawa.." Aku mendengar seseorang memanggil nama Mak Su. aku kenal suara itu, suara Atukku. Aku memandang kakak-kakakku. Mereka mengangkat bahu tanda tidak tahu. Hati aku mula berdebar. Kerisauan datang semula. Aku meletak pen dan menutup buku. Aku segera bangun dan berjalan keluar dari bilik itu. Aku melihat Mak su di pintu hadapan rumahnya. Atukku pula baru seperti baru berjalan dari rumahnya.

"Ma budak-budak ni dah tiada. Mak Long budak-budak ni telefon tadi. Baru sebentar Arwah di jemput Ilahi. Bagitahu budak-budak tu, aku nak telefon saudara mara kita." Mak su ku mengangguk. aku terkesima di sebalik pintu. Bibirku bergetar. Aku menahan sedu tapi air mata ku tetap ingin mengalir. Aku terasa ingin jatuh. Namun, Mak Su cepat-cepat memelukku. Aku menangis. Mak su memelukku erat sambil mengusap-usap bahuku.

"Sabar Rita ...Allah lebih sayangkan Ma." aku menangis tersedu sedan. Kakakku yang mendengar jua seakan-akan tidak percaya. Mereka berpelukan. cuma aku dengar suara Chek In yang berkata sambil menangis. dia tidak sangka. Tadi dia meninggalkan Ma dalam keadaan yang sihat. Kalau tahu macam ni, dia tidak akan pulang. Ma, kenapa tinggalkan Rita ? ma, Rita tidak ada abah. abah dah tinggalkan Rita . macam mana Rita nak hidup tanpa Ma? Aku berlari masuk kedalam bilik sambil memeluk kakak-kakakku. Adikku yang baru masuk ke dalam bilik turut menagis melihat kami menangis. AKu memeluknya erat..Ma...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience