BAB 4

Romance Series 2713

malunya!kenapala aku pergi tumbuk dia?.kau ni pun satu,dia punya baik nak betulkan seat belt kau yang tersangkut ,boleh pulak kau anggap dia nak buat jahat.malunya aku rasa!! kalau ada plastic bag sekarang ni mesti aku dah masukkan kepala dalam.tapi,lagi bagus kalau ada guni ,boleh aku masukkan badan sekali.Badan aku bukan besar pon .rasanya muat untuk aku masuk.

eh ,Aryana .kenapa kau nak salahkan diri sendiri.memang salah dia ,gatal-gatal nak tolong,kalau dia bijak , dia mesti bangunkan kau dulu,tak nampak ke dia cuba ambik kesempatan dekat kau?.Aku menganggukkan kepala tanda bersetuju namun itu tanpa aku sengaja. ye,aku tak patut untuk dipersalahkan,dia tu memang patut terima balasan dari aku.

''Intan ,kau okey tak ?,''tanya Hawa .pelik,tiba-tiba je si Intan Aryana ni senyum sorang-sorang.lauk dipinggan tidak pula disentuh dari tadi.

Aku mengangkat wajah ke arah Hawa lalu senyuman kecil aku berikan kepadanya.''Gila,''satu patah perkataan yang amat aku benci.Aku mengalihkan pandangan menghadap ke depan ,renungan tajam aku berikan kepada lelaki yang bernama Haritah.

''sorry,''hanya itu sahaja yang mampu aku katakan.aku beralah,tak mahu kami bermasam muka lagi .''heh,sorry,''sinis lelaki itu kepadaku.Apa?kau masih marahkan aku?ok,tak pe .
''dah itu je yang saya mampu katakan agar awak maafkan kesalahan saya walaupun bukan saya yang bersalah,''kataku sambil menyuap nasi ke dalam mulut .Mata aku julingkan keatas dan senyuman sinis aku berikan .ambik kau,nak sangat sinis aku kan,sekarang kau rasakan.

''hei,CIK INTAN ARYANA BINTI SAMAD awak sangka dengan 'maaf'awak tu boleh ubati rasa sakit dihati saya ni,''katanya pula sambil jari ditunding ke arah aku.amboi,mamat ni dah melampau.kesabaran Aryana semakin menipis.semakin mendidih darah dalam badannya begitu juga dengan Haritah .Dia sudah lama menahan sabar ,kalau nak ikutkan hati mahu saja dia teleng kepala Aryana.Namun semua itu tidak akan dia lakukan .

kerana cinta,
aku sanggup menahan sakit,
kerana cinta ,
aku maafkan segalanya.

''hei,mamat ni ..geram aku dibuatnya ..kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni,Hawa apa nama penuh mamat ni?,''aku mengalihkan pandangan ke arah Hawa.dia nak main nama penuh pula,tak pe ..kau tunggu saja malang yang akan menimpa kau nanti.baru puas hati aku,hahahaha,tawaku dalam hati.

Hawa sudah menunjukkan ekspresi bosan.Bosan melihat pertengkaran antara Aryana dengan abangnya.perangai macam budak-budak.
dia memandang wajah Aryana apabila namanya dipanggil.cuak terus wajahnya apabila melihat renungan tajam dari Aryana .Tidak pernah dia melihat Aryana semarah ini.

''Hawa jangan bagi tahu,''Haritah pula memberi amaran.''Hawa aku kawan sehidup dan semati.yang kau ada,lebih baik kau bagitahu cepat,''Aku cuba memerangkapnya dengan harapan dia akan menjawab soalan aku.''Hawa jangan lupa abang ni abang kandung kamu yang hidup bersama dengan kamu sejak kecil''Haritah juga menggunakan strategi yang sama.ish,sibukla mamat ni,gumamku dalam hati.

Hawa semakin buntu,fikiran mula bercelaru.nak bagitahu atau tak nak bagitahu?,Dia berkira-kira memikirkan jawapan.wajah Haritah dan Aryana dipandang bersilih ganti.mampus aku kalau macam ni.''Hawa jangan bagi tahu kalau tak abang ...,''.''Hawa kalau kau tak bagitahu aku ,aku akan bocorkan rahsia kau yang kau...ehem..ehem..ehem...,''laju sahaja aku memotong ayat lelaki itu macam rap je tadi.Aku senyum jahat kepadanya .mata pula aku tenung tajam ke arahnya .

''okla,Engku Abdul Haritah Zamin Alyassa Bin Engku Abdul Hanif zamzami Ilyassa,''akhirnya Hawa membuat keputusan.Dia terpaksa ,mana mungkin dia mahu rahsianya itu bocor sehingga ke tangan abangnya.tak cukup tanah dia lari dikejar abangnya nanti.''Hawa ..kenapa?,''ada sedikit perasan hampa pada suara Haritah.

aku telan liur.mak ai,panjangnya nama .ni kalau buat kad pengenalan ni mesti tak cukup ruang sampai tertutup gambar tu nanti.
Aku cuba mengingati kembali nama yang disebut oleh Hawa sebentar tadi .

''dahla,Hawa tak de selera nak makan malam dengan korang ,lebih baik naik atas dan tidur,korang berdua.kalau nak bergaduh sampai pagi bergaduhla ..orang-orang tua kata,kalau asyik bergaduh nanti kahwin akhirnya,''Hawa mengangkat punggung meniggalkan aku dan Haritah.

Aku tersentak mendengar ayat yang terakhir keluar dari mulut Hawa.kahwin dengan dia?tak hingin aku ,hari-hari aku makan hati berulam jantung.Aku merenung tajam ke arah lelaki yang sedang duduk sambil tersenyum di depanku.Haritah menjongketkan kening sedikit keatas,senyuman gatal dia ukirkan kepada Aryana.Aryana menjeling ke arahnya.pinggan di atas meja segera diangkat ingin cepat pergi dari situ.

''sayang tak nak temankan abang?,marilah kita bergaduh untuk satu malam,''Haritah cuba membuat wajah gatal.semakin lebar senyumannya apabila wajah Aryana bertukar merah kerana malu.

Aku terkejut dengan ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.gila ke?tiba-tiba je nak ber'sayang' dan ber'abang' dengan aku.''Gila,''kataku dan satu jelingan aku berikan lagi kepadanya.lebih baik aku cepat pergi dari sini sebelum keadaan semakin parah.''Abang memang gila,gilakan Intan Aryana,''kata abang Hawa.Jantungku semakin berdegup laju.Aku sukar untuk bernafas.keadaan dah semakin bahaya.pinggan dan cawan cepat-cepat aku basuh di sink.

saat aku ingin memusingkan tubuh untuk melangkah pergi ,''adoii,sakit kepala aku,''aduku apabila kepala terlanggar sesuatu.''ehhh,sayang sakit ke?sorry,abang tak sengaja,''Haritah mula risau.Niatnya bukan untuk menyakiti gadis di hadapannya itu .''ishh,jangan sentuhla,''aku menepis tangan yang mengusap lembut kepala.''Encik Engku Abdul...eh,silap...Encik Engku..Encik Engku..ah,Encik Engku apa-apa jela,lain kali tolong jauhkan diri Encik Engku apa-apa jela satu meter dari saya, dan lagi satu jangan suka-suka sentuh rambut saya ,''aku memberi amaran.perasaan marah semakin membuak-buak.segera aku melangkah pergi meninggalkan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience