BAB 4

Horror & Thriller Completed 4375

“Bukan…hati akak tak sedap la tadi. Akak rasa lain macam sangat…sebab tu akak lari keluar dari surau perempuan.”

“Ehhh kak..akak solat kat mana? Azlan tak nampak akak pon kat surau perempuan tadi.” Kata Azlan.

Berderau darah saya.

“Lahh akak solat kat tempat Daud tunjuk tadi la..”

“Hah?? Saya lupe nak panggil akak..surau perempuan kat belakang kami je kak..ingat akak tahu…” Balas Azlan.

Terus berubah muka saya, nampak perubahan muka saya. Daud yang seakan faham perubahan wajah saya terus mengajak saya kembali ke surau tadi..pada mulanya saya tak mahu pergi semula.

Tapi Daud beriya-iya mahu lihat tempat saya solat tadi. Saya pun hanya mengikut mereka patah balik..

Setiba di tempat saya solat, Daud terus masuk. Daud menggeleng-gelengkan kepala dan istighfar beberapa kali..

“Akak…ni tempat uruskan jenazah la kak…” Kata Daud menerangkan apa yang dilihatnya.

Rasa lemah longlai badan saya.

Rupanya,tempat saya berwuduk tadi adalah tempat mandi jenazah. Telekung yang saya pakai pula adalah kain kafan yang digunakan untuk jenazah.

Hanya Allah saja tahu..saya betul-betul takut dan terkejut..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience