Chapter 26

Romance Completed 35261

Jarum pendek di jam dinding menunjukkan angka 7 dan jarum panjang menunjukkan angka 1. Itu bermaksud pukulnya 7.05 petang. Sekejap lagi hendak menunaikan solat maghrib. Iskandar Faiz bersedia untuk bersolat. Azan berkumandang.

Selepas menunaikan solat maghrib, Iskandar Faiz mencapai telefon bimbit miliknya. 23 panggilan dan 34 mesej telah diperoleh dari Wahidah Tiara. Iskandar Faiz sengaja meletakkan telefon bimbitnya dalam mod senyap. Dia inginkan ketenangan. Dia mahukan suasana yang sunyi tanpa sebarang bising.

Songkoknya diletak perlahan di atas meja. Gambar ibu bapanya ditenung. Perbualan bersama ibunya yang berada di kampungnya dikenang kembali.

“Assalamualaikum along.”

“Waalaikumusalam umi. Sihat?” Iskandar Faiz gembira apabila mendengar suara ibunya. Perasaan marah terhadap kekasihnya melayang entah ke mana.

“Umi sihat. Along sihat? Dah lama along tak call umi.” terdapat nada merajuk di hujung perbualan Fatimah.

“Alhamdulillah along sihat umi. Along minta maaf umi. Along sibuk dengan kerja. Itu yang tak dapat call umi.” Iskandar Faiz tidak menghubungi ahli keluarganya sudah lebih seminggu. Diri sendiri pun pening dengan perangai kekasih.

“Tak apa lah along. Umi faham. Minggu depan majlis pertunangan along. Ingat lagi tak?”

“Ah? Minggu depan!” terkejut Iskandar Faiz. Langsung dia tidak ingat tarikh penting itu. Dulu majlis inilah yang diingini oleh Iskandar Faiz. Iskandar Faiz berusaha untuk memujuk Wahidah Tiara untuk bersetuju untuk bertunang. Tetapi sekarang Iskandar Faiz tidak lagi berasa gembira, teruja untuk majlis yang bakal berlangsung minggu depan. Kenapa tiba-tiba perasaan Iskandar Faiz berubah? Adakah percintaan terhadap Wahidah Tiara memudar? Adakah hatinya berubah? Iskandar Faiz sendiri tidak mempunyai jawapan.

“Ye lah along. Along lupa ke?” persoalan Fatimah senyapkan Iskandar Faiz.

“Err. Ye umi. Along lupa. Banyak kerja.” Iskandar Faiz memberi alasan. Dia tidak mahu memberitahu apa yang berlaku antara dia dan Wahidah Tiara.

“Tak apa lah. Nasib baik umi ingatkan along.”

“Bila umi,abi dan Tasha datang Shah Alam?”

“Minggu depan hari Rabu. Kalau tak silap.”

“Baik lah umi. Nanti along sediakan semua keperluan ye.”

“Baik lah along. Jaga diri. Makan ikut masa. Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.”

“Is, kenapa ni? Berapa kali aku kena panggil kau?” Tarshan mengoyangkan bahu Iskandar Faiz yang mengelamun itu.

“Tar, sorry. Aku…”

“Kenapa Is? Ada masalah ke? Share lah dengan aku.” Tarshan duduk di hadapan Iskandar Faiz.

“Tar, aku confuse.”

“Confuse? Sebab?” Tarshan membetulkan kedudukan. Memberi sepenuh perhatian terhadap perbicaraan kawannya.

“Wahidah Tiara.” Iskandar Faiz menghela nafas panjang. Otaknya berserabut memikirkan tentang kekasihnya. Apa punca menjadikan perubahan perangai kekasihnya?

“Kenapa dengan girlfriend kau?”

“Perangai dia dah berubah. Kau tahu kan Tia macam mana. Tapi sekarang ni dia kuat jealous. Sampaikan cederakan orang lain, Tar.”

“Cederakan orang lain? Apa dah jadi Is? Cuba kau cerita dekat aku.”

“Kau masih ingat lagi tak perempuan yang tegur aku masa kita jogging hari itu?” menyoal Iskandar Faiz.

“Minah cantik tu?”

“Ye. By the way, nama dia Sofia Amelia.” memberitahu Iskandar Faiz.

“Wow. Nice name. Ada apa dengan dia?”

“Hari itu dia datang ke office aku. Lepas tu dia kata dia nak aku. Aku pun terkejut. Terus aku tinggalkan dia dan keluar dari office aku. Sofi pula kejar aku. Sebab panas, dia pengsan. Aku tak sampai hati lah nak tinggalkan dia macam tu je. So, aku pun cempung dia hantar ke hospital. On that sama day, aku ada date dengan Tia. Lepas urus Sofi, aku call Tia tapi langsung tak angkat. Aku pun pergilah ke rumah dia. Masa tu, dia mengamuk. Siap tunjuk gambar saya cempung Sofi. Tia terserempak aku dengan Sofi. Tia salahkan aku sebab aku tolong Sofi.” cerita Iskandar Faiz.

“Sofi tu sukakan kau ke?” Tarshan meneruskan sesi soalannya.

“Entah? Aku tak tahu.” jawab Iskandar Faiz. Langsung Iskandar Faiz tidak mengambil serius tentang apa yang dicakap oleh Sofia Amelia di pejabatnya.

“Apa pulak kau tak tahu? Kan dah terang-terang dia cakap dia NAK engkau.” sengaja Tarshan tekankan perkataan “NAK” itu.

“Hish! Kau ni. Sampai ke situ pulak. Dia tu main-main lah.”

“Ye ke dia main-main? Entah-entah she really meant it bro.”

“Aku belum habis cerita lagi!” Iskandar Faiz sengaja menukarkan topik itu. Sama ada Sofia Amelia suka atau tidak, itu bukan masalah bagi Iskandar Faiz.

“Ada lagi ke? Continue.”

“Tadi aku pergi kampus untuk jumpa dengan Prof Muz. Sofia tegur aku kat kafe. Dia just suruh aku untuk teman dia untuk minum kopi. Entah dari mana Tia muncul, dia tolak kuat Sofi. Sampaikan pinggang Sofi bengkak. Masa itu aku memang rasa bersalah tau. Aku rasa sedih bila tengok Sofi tanggung sakit.” meluah Iskandar Faiz.

“Tia ke bertindak macam itu? Aku tak boleh percaya Is. Setahu aku Tia bukan perempuan jenis macam tu. Mungkin dia cemburu apabila tengok kau dengan Sofia Amelia.” berkomen Tarshan.

“Cemburu buta itu namanya Tar. Kenapa tiba-tiba dia cemburu? Dulu okay je? Tia okay bila aku cakap dengan siapa-siapa tak kira lelaki ke perempuan. Why when it comes to Sofi, Tia should behave this way?” menyoal Iskandar Faiz tidak puas hati.

Tarshan yang setia mendengar luahan hati Iskandar Faiz pun berasa keliru. Kenapa Wahidah Tiara perlu melayan Sofia Amelia sebegitu? Kenapa Wahidah Tiara bencikan Sofia Amelia?

“Maybe she feels insecure, Is.”

“Insecure? Sebab?”

“Mungkin Tia takut kalau kau berubah hati. Kalau lama-lama kau berkawan dengan Sofi, kau akan cinta dia. Maybe this is what Tia thinks. That is why she behaves in such a way. Mungkin lah Is. Aku tak tahu apa yang Tia fikir.”

“Itu bermaksud Tia tak percayakan aku. Tak percayakan cinta aku. She doubts my love towards her.”

“Is, aku cakap maybe. It's just my opinion. You don’t jump to a conclusion. Kau cuba slow talk dengan Tia. Dari situ kau boleh dapat tahu masalah dia.” cadang Tarshan.

“Nanti lah aku fikir. Minggu depan majlis tunang lagi.”

“What? Majlis tunang? Tahniah Is. By right, kau kena happy sekarang tau. Sekarang aku tengok kau muram je.”

“Aku tak ada mood lah Tar.”

“Dah! Dah! Kau jangan fikir bukan-bukan. Everything has a time. Just wait for the time. Kau kena sabar. Perempuan ni lain sikit. Emosi diorang tak stabil. Jadi kita sebagai lelaki kena lah banyak bersabar.” nasihat Tarshan.

Iskandar Faiz hanya mengangguk. Dalam otaknya berfikir tentang Sofia Amelia. Adakah apa yang Sofia Amelia berkata hari itu di pejabatnya betul? Atau Sofia Amelia buat main-main?


****************

“Sofi! Sofi! Bangun lah. Dah pukul 11pagi.” jeritan dari Rohani menganggu Sofia Amelia yang dibuai mimpi.

“Don’t disturb me.” Sofia Amelia bersuara dan comforter ditarik hingga ke aras dada. Matanya langsung tidak dibuka.

“Bangun Sofia Amelia!” Rohani masih lagi mengejutkan kawannya. Seperti seorang ibu mengejutkan anaknya dari tidur.

“Aduh! Kau ni apahal Rohani?”

“Bangun, pergi mandi and then sarapan. Aku ada hal nak bincang dengan kau!” Rohani menarik tangan kanan Sofia Amelia. Sofia Amelia pula mendengus dan bangun. Kakinya berjalan laju ke arah bilik mandi. Pintunya dihempas geram.


****************

“Is! Where are you? Kenapa susah nak angkat call aku?”

“Kenapa ni Tiara? Cuba kau tolong mak sikit? Minggu depan majlis pertunangan tahu tak? Masih ingat tak? Persiapan pun belum siap lagi ni.” membebel Linda.

“Kejap lah mak.”

“Kenapa ni Tiara? Kenapa mak tengok kamu ni asyik tengok phone je?”

“Nak ke tak eh aku cerita kat mak? Kalau aku cerita kat mak, mesti mak akan menyalahkan aku.” mengumam Wahidah Tiara dalam hati.

“Tiara?” panggil Linda lagi.

“Ye mak?”

“Mak tanya kan. Jawab lah.”

“Mak sebenarnya kan…”

“Sebenarnya apa? Cepatlah cakap. Mak ada banyak kerja lagi ni.” mendesak Linda.

Wahidah Tiara tanpa ada pilihan mencerita semuanya kepada Linda. Linda yang mendengar cerita anaknya naik angin.

“Itu lah mak dah nasihat kan awak hari itu. Jangan terlalu ikutkan perasaan awak itu.”

“Mak. Tiara bukan sengaja nak tolak dia sampai jatuh.”

“Awak sengaja ke tak sengaja ke, itu bukan hal sekarang. Kalau lah tulang dia patah ke apa ke, awak nak bertanggungjawab ke?”

“Mak, Tiara minta maaf.”

“Minta maaf kamu tu boleh mengundurkan masa ke? Boleh ubah apa yang dah berlaku?”

“Mak…” Wahidah Tiara tidak mampu untuk bersuara. Apa yang dia buat pada Sofia Amelia tetap salah.

“Kalau mak di tempat Is pun, mak akan buat sama.”

“Sampai hati mak sokong Is.” Wahidah Tiara muncungkan bibirnya.

“Awak fikir betul-betul Tiara. Awak ni bukan budak-budak lagi. Apa yang awak dah buat tu memang salah. Pandai-pandai awaklah cari cara pujuk Is. Mak tak nak campur tangan.” katanya Linda. Malas nak menasihati anaknya. Kalau dengar nasihat tak apa, Wahidah Tiara langsung tidak mendengar nasihat. Kalau tak dengar, apa gunanya memberi nasihat kan.


**************************

“Ada apa kau nak cakap dengan aku? Sampai tak sabar aku bangun.” menyoal Sofia Amelia sambil makan roti bakar yang disedia oleh Mak Ziah.

“Sofi, aku minta maaf.”

“Minta maaf? Untuk? Kau buat apa salah kat aku?” Sofia Amelia pelik.

“Sebab aku mencabar kau. Kalau aku tak mencabar kau hari itu, kau tak akan tanggung sakit pinggang semalam.”

“Kau tak payah lah nak minta maaf bagai. Wahidah tu lah yang kena minta maaf pada aku. Mentang-mentanglah dia tu girlfriend Is, dia layan aku macam itu. She has to regret all that she has done!” jelas api benci dalam mata coklat Sofia Amelia.

“Aku tak nak langsungkan cabaran itu Sofi. Let's drop this challenge.” Rohani kata perlahan.

“No! We should continue this! I have to teach that useless girl a lesson!” tekad Sofia Amelia.

“Sofi, dengar cakap aku.”

“Aku cakap tak boleh! Aku nak teruskan jugak!”

“Sofi…” Rohani cuba untuk memujuk Sofia Amelia.

“Tak apa. Macam kau cakap, kita drop this challenge. Dulu ini challenge. Tapi bermula sekarang, ini adalah satu rancangan aku untuk ajar betina tak guna itu. Aku kena ajar dia apa kesannya kalau dia sakiti aku!”

“Sofi, jangan macam ni. Kau jangan buat benda yang tak patut.”

“Selepas ini kau dengan rancangan ni tak ada apa-apa hubungan. Biar aku yang buat apa yang patut. You don’t have to interfere!” arah Sofia Amelia.

“Kau tunggu betina! Kau belum kenal siapa aku sebenarnya! Lepas ni aku akan buatkan hidup kau merana!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience