8

Romance Series 93218

Seperti yang dijanjikan, malam itu Harraz sengaja membawa Aayra keluar dari ibu kota. Sudah lama dia merancanakan semua ini dan malam ini adalah penentu untuk segala - galanya. Harraz memandu dengan penuh tenang sambil ditemani Aayra di sisinya. Sesekali dia cuba memandang wajah ayu gadis itu. Ternyata pada malam ini Aayra kelihatan sungguh anggun dan ayu. Dress labuh yang digayakannya itu sungguh sepadan dengan dirinya. Dalam diam, Harraz tersenyum sendiri. Dia mula berangan - angan andai Aayra menjadi miliknya yang sah. Pasti dunianya terasa sungguh indah dan bahagia.

Setiba di destinasi yang ditujui, Harraz segera membantu membukakan pintu kereta buat Aayra. Secara spontan Aayra terus memaut lengan sasa Harraz itu lalu mereka sama - sama melangkah menuju ke sebuah restoran yang sangat eksklusif. Sebaik kaki Aayra melangkah masuk ke dalam restoran itu, tiba - tiba suasana di dalam restoran itu bertukar menjadi gelap gelita dan yang ada hanyalah sinaran dari cahaya - cahaya lilin. Tidak cukup dengan itu dia didendangkan pula dengan bunyi gesekan violin yang memainkan irama lagu Perfect by Ed Sheeran. Sejujurnya Aayra mula rasa terbuai - buai dengan dendangan itu. Ditambah pula dengan suasana yang romantis seperti itu membuatkan Aayra merasakan dirinya terasa seperti di awan - awangan.

Harraz tersenyum kecil melihat reaksi Aayra. Dia tahu bahawa Aayra masih bingung dengan semua ini namun Harraz pura - pura tidak mengerti. Dia lantas memimpin tangan gadis itu menuju ke sebuah meja yang disediakan khas untuk mereka. Meja itu diletakkan betul - betul di bahagian tengah restoran dan di sekelilingnya dipenuhi dengan taburan kelopak - kelopak bunga ros merah dan putih. Harraz benar - benar berpuas hati dengan pakej yang disediakan oleh restoran ini.

Sebaik Aayra melabuhkan punggungnya, tiba - tiba dia dikejutkan pula dengan sejambak bunga oleh pelayan restoran tersebut. Katanya bunga itu hadiah khas dari Harraz untuk Aayra. Aayra semakin bingung. Wajah Harraz ditenung lama. Dia cuba mencari jawapan tentang semua ini disebalik wajah tenang Harraz. Malangnya lelaki itu langsung tidak memberi sebarang klu kepadanya.

“Harraz, untuk apa awak buat semua ni?" Soal Aayra sebaik pelayan restoran itu berlalu pergi.

Harraz tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya tersenyum memandang ke arah Aayra. Aayra semakin buntu. Tidak lama selepas itu mereka dihidangkan pula dengan segala menu yang sudah sedia dipesan oleh Harraz. Aayra tidak banyak kerenah. Segala menu yang disediakan untuknya semuanya dimakan.

“Kita makan dulu ok? Nanti lepas makan baru saya bagitahu awak kenapa saya buat semua ini." Ujar Harraz lembut.

Aayra mengangguk. Entah mengapa dia merasakan seakan tidak sabar untuk mengetahui niat sebenar Harraz. Hatinya menjadi semakin berdebar - debar. Walaupun pada hakikatnya Aayra berasa sedikit teruja dengan apa yang telah disajikan kepadanya, namun jauh di sudut hati dia turut merasa bimbang kalau - kalau kejutan ini bakal mengubah hidupnya. Atau dalam erti kata lain, Aayra bimbang jika Harraz ada menyimpan sesuatu niat yang tidak baik kepadanya. Bukan niatnya untuk mencurigai niat ikhlas Harraz. Cuma sebagai seorang perempuan, dia harus menyimpan sedikit perasaan curiga itu bagi mengelak dirinya ditipu oleh seseorang yang bernama lelaki. Terutamanya lelaki berhidung belang.

Aayra mengucapkan terima kasih kepada pelayan yang datang menghidangkan menu terakhir buat mereka. Saat ini lagu One In A Million sedang berkumandang sayup - sayup di pendengaran Aayra. Mungkin pengurus restoran ini sengaja memasang lagu itu dengan nada yang perlahan kerana ingin memberi peluang kepada para pelanggannya menikmati makan malam mereka dengan tenang fikir Aayra.

“Aayra... " Panggil Harraz dengan nada yang sangat lembut.

Lamunan Aayra terhenti. Dia segera mengangkat wajahnya menghadap Harraz. Sepasang anak mata lelaki itu ditenung lembut. Mereka saling bertukar - tukar senyuman. Jujur Aayra katakan sejak kali pertama bertemu Harraz, dia sudah tertawan melihat senyuman lelaki itu. Selain itu Harraz juga mempunyai sepasang anak mata yang menawan. Renungannya itu bisa mencairkan hati sesiapa sahaja yang memandangnya.

“Sebenarnya ada perkara penting yang saya nak sampaikan kepada awak." Ujar Harraz membuka bicara.

“Hal apa tu?" Soal Aayra tidak sabar.
Harraz tidak terus menjawab. Dia menarik nafas panjang sebelum dilepaskannya secara perlahan - lahan. Wajah Harraz juga sudah mula kelihatan agak serius. Aayra mula dipanah rasa gusar. Dari riak wajah lelaki itu, Aayra seolah - olah dapat merasakan bahawa perkara yang bakal disampaikan Harraz ini pasti sesuatu yang agak serius.

“Sebenarnya... " Ayat Harraz terhenti di situ. Wajah Aayra masih tetap setia menjadi tatapannya.

“Harraz, awak ok tak ni?" Soal Aayra prihatin.

Belum sempat Harraz ingin membuka mulut, tiba - tiba mereka didatangi oleh seorang pelayan restoran sambil menolak troli. Di atas troli itu terdapat sebuah pinggan yang diletakkan sekeping kad di atasnya. Aayra bingung namun kad itu tetap jua dicapainya. Wajah Harraz dipandang sepintas lalu sebelum tatapannya singgah di atas kad tersebut. Perlahan - lahan Aayra mengeluarkan kad itu dari sampulnya lalu kad itu dibuka dengan penuh debaran.

Aayra..
Let all my happiness be yours.
All your sadness be mine.
Let the whole world be yours.
But only you BE MINE!
Will you marry me?

Sebaik membaca segala isi kandungan kad tersebut, air mata Aayra pantas mengalir membasahi pipi. Hatinya menjadi sebak secara tiba - tiba. Perlahan - lahan Aayra mengangkat wajahnya lalu wajah Harraz dicari. Malangnya lelaki itu tiada di situ. Aayra menoleh ke sana sini bagi mencari kelibat Harraz namun masih jua tidak ditemui. Aayra panik dan dia mula berura - ura untuk mencari Harraz. Namun belum sempat Aayra meninggalkan meja itu tiba - tiba Harraz datang menghampirinya dengan sebuah kotak kecil di tangan. Kemudian lelaki itu mula melutut di hadapannya. Saat ini di sekeliling mereka sudah mula dipenuhi dengan pelanggan - pelanggan restoran yang turut sama hadir di situ. Sorakan demi sorakan diberikan kepada mereka berdua. Aayra mula dipanah rasa malu. Wajahnya juga sudah mula terasa panas membahang.

“Saya akan setia menanti jawapan awak, Aayra." Ujar Harraz lembut dan penuh romantis.

Aayra kaku. Dia tidak tahu apakah jawapan terbaik yang harus diberikan kepada Harraz. Sejujurnya dia terasa sangat bahagia saat ini. Sangka Aayra selama ini hanya dia seorang sahaja yang merasakan perasaan seperti itu. Rupa - rupanya, Harraz juga turut merasakan perkara yang sama. Jadi dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Perlahan - lahan Aayra menarik lengan Harraz agar berdiri. Sepasang anak mata Harraz ditenung dengan penuh rasa cinta. Aayra tida terus menjawab soal lamaran Harraz itu. Sebaliknya dia menghulurkan jarinya kepada Harraz untuk disarungkan cincin itu dan pada saat ini semua yang berada di situ terus bersorak kegembiraan. Aayra tersenyum malu manakala Harraz pula melonjak gembira.

“Thank you, sayang!! Thank you so much. I'm promise you that I will loving you till the end of my life." Ucap Harraz sebaik menyarungkan cincin itu kepada Aayra.

Aayra mengangguk gembira. Jauh di sudut hati, Aayra berdoa semoga Harraz dijadikan sebagai jodoh yang terbaik buat dirinya. Selama ini pun dia sering berdoa kepada Allah agar dengan seseorang yang baik untuk dijadikan sebagai peneman hidupnya dan siapa sangka doanya itu akhirnya diperkenankan oleh Allah S.W.T.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience