BAB 10

Humor Completed 78146

ADAM berdehem kecil mahu mengalihkan perhatian Aisyah yang sibuk mengelap dapur.Tak payah sental teruk-teruk dapur tu dah sentiasa bersih dan kemas.

"Baba ajak dinner dekat rumah."beritahu Adam.

Aisyah berhenti mengelap.Dia berpaling seketika pada Adam.

"Baik.Pukul berapa nak pergi Tuan Adam?"Sengaja Aisyah menekan perkataan tuan tu kuat sikit.

"Pukul enam kita pergi.Aku harap kau tak terlepas cakap."

"Tahu lah saya nak berlakon depan keluarga Tuan Adam."Aisyah terus masuk ke bilik dan bersiap untuk ke rumah Dato Rais.Tidak dipedulikan Adam yang masih berdiri berhampiran dapur.

Sampai saja rumah Dato Rais terus Aisyah masuk ke dapur.Tak reti Aisyah nak ramah tamah dengan orang yang tak sudi.Siapa lagi kalau bukan Datin Mazni dan Adella.Asyik jeling Aisyah sejak dari tadi.Lain pula dengan bapa mertua Aisyah.Tak pernah cakap kasar malah lagi lembut dari anaknya Adam.Tu yang buat hati Aisyah sayang akan bapa mertuanya.Saling tak tumpah seperti arwah ayahnya.

"Bik,lain macam saja makan malam ni."

Mana Aisyah tak hairan bila tengok pelbagai jenis hidangan lauk pauk yang sudah tersedia.Rasa lebih dari lima jenis lauk pauk.Pencuci mulut pula ada kek dan buah-buahan yang telah dipotong dan cantik tersusun dalam pinggan.Puding pun ada.

"Lor,Aisyah ngak tahu agaknya.Tuan muda udah pulang dari luar negara."beritahu bibik Shita.

"Tuan muda?siapa tu?"tercengang Aisyah.

"Adiknya Tuan Adam."

Alahai Aisyah.Selama ni dia ingat Adam dan Adella saja anak baba.Rupanya ada lagi seorang.Kenapa dia tak tahu?

"Udah jangan banyak ngomong.Mari kita hidangkan atas meja.Nanti datin marah."kata bibik Rasti.Yang lain lantas mengangkat semua hidangan dan dihidangkan atas meja.Aisyah juga turut membantu walau sudah ditegah beberapa kali.

Segan juga dia dah la datang tak bawa buah tangan apa.Kalau dia tahu makan malam ni istimewa dia tak kan datang dengan tangan kosong.Adam ni pun satu bukannya nak bagitahu.

Masing-masing mengambil tempat di meja makan.Dato Rais berwajah ceria seronok dapat berkumpul anak menantu.Bukan senang nak dapat macam ni.Suami Adella,Huzair pun jarang ke mari.Ni dapat berkumpul kira satu anugerah buat keluarganya.

Baru nak labuh kan punggung tepi Adam.Namanya diseru.

"Humaira?"

Aisyah berpaling ke tepi meja, berdirinya seorang lelaki penuh bergaya dengan kaca mata.Tersenyum lelaki itu saat Aisyah memandangnya kembali.Ingatkan dia silap orang tadi.

Aisyah ikut senyum.

"Aidil?"giliran Aisyah pula menyebut.Dah macam jejak kasih pula.Yang lain memandang mereka berdua serentak bersilih berganti.

"Aidil kenal dengan Aisyah Humaira?"tanya Dato Rais.

"Kenal sangat papa.Humaira junior Aidil masa kat UKM.Kami ambil course yang sama."beritahunya sangat gembira.

"La ya ker.Bagus lah.Aisyah Humaira ni lah kakak ipar kamu sekarang."

Aidil tercengang plus terkebil.

"Dah-dah buat drama akasia kat sini.Nanti -nanti boleh sembang.Orang lain dah lapar ni."kata Satin Mazni.Sakit mata dia lihat Aidil senyum pada Aisyah.

Aidil nak kata sesuatu tetapi tidak jadi.

Masing-masing makan tanpa banyak cakap.Adam di sebelah dah panas punggung.Entah apa yang menganggu fikiran dia.Aidil pula dari tadi mata tak lepas memandang Aisyah.Antara percaya atau tidak.Humaira yang dikenalinya dulu kini sudah menjadi kakak iparnya.Rasa menyesal pula sambung belajar dekat Australia.Untung dia yang kahwin dulu dari Adam.

"Mummy ada jumpa Julia.Dia pun dah balik dari Tokyo.Adam tak ada contact dengan dia ker."Sengaja Datin Mazni bercakap tentang hal Julia.Biar Aisyah sedar dalam hati Adam masih ada cinta untuk Julia.

"Ya ker mummy.Mesti makin cantik kan Julia sekarang.."sampuk Adella.Dia pun sengaja nak sakit kan hati Aisyah.
Ketika itu semua pakat berehat di ruang tamu.Dato Rais masuk ke bilik untuk solat Isyak.Yang lain faham-faham saja lah.Aisyah memang cuti.

"Mummy akan sokong kalau Adam dan Julia berbaik semula.Julia tu rindu sangat dengan Adam.Bagilah dia peluang kali kedua.Mummy percaya Julia dah banyak berubah."Hakikatnya makin teruk.Tapi Datin Mazni tak nampak itu semua.Yang nampak buruk di mata nya hanya Aisyah.

"Tengoklah macam mana.Adam pun dah lama tak contact dia.Nanti Adam call dia."Adam lirik pada Aisyah yang duduk tidak jauh darinya.Sengaja dia mahu melihat reaksi Aisyah bila nama Julia disebut.Aisyah masih tenang saja.Tak ada perasaan kah perempuan ini?

"Kak Adell lagi suka Adam dengan Julia.Nampak perfect sangat."Adella mula mengapi.Huzair di sebelah dah bagi isyarat dan membisikkan sesuatu membuatkan muka Adella cemburut.

"Kesian Aisyah.Jangan cakap bukan-bukan."bisik Huzair.Kesian dia tengok Aisyah terkebil seorang diri.
Adella buat muka juling.Geram laki sendiri pun nak sokong Aisyah.Apa kes?

Kesudahnya Aisyah angkat punggung dan berlalu dari situ.Ikut suka mereka lah nak sembang apa pun.Janji Aisyah tak dengar apa pun.Aisyah duduk di meja tepi kolam.Dia sedar yang dia tak layak untuk Adam.Akan tiba masa dia akan pergi jua dari hidup Adam.

Derapan tapak kaki dan bunyi kerusi ditarik di sebelah mengejutkan Aisyah.Aidil tersenyum.

"Humaira...tak sangka kan awak dah jadi kakak ipar saya.Kecil betul dunia ni.."

Aisyah pandang muka Aidil.Mukanya masih lembab dan rambut sedikit basah.Tentu baru lepas solat.

"Saya pun tak tahu ni keluarga awak."

"Awak tahu tak Humaira.Saya dah lama cari awak.Melepas saya tau..."Aidil ketawa kecil.

"Apa lah awak ni Aidil.Belajar punya jauh tak kan sorang pun tak sangkut.Saya ni macam apa yang awak tengok masih Humaira yang sama.."

"Ya ker.Tengok makin cantik lagi ada la..."Berderai tawa mereka berdua.Rindu juga dengan suara Aidil yang ranjin mengusiknya suatu ketika dulu.

"Ingat tak saya pernah bagi awak bunga.Awak tak layan siap bagi kat kawan awak lagi.Orang tak sudi apa kan daya..."lirih suara Aidil tapi masih dikawal risk kecewanya.

Aisyah ketawa kecil.Berbual dengan Aidil dapat lah hilangkan resah di hati.Bercerita tentang masa lalu mereka di zaman universiti.Ingat Aidil dah lupa Ternyata daya ingatan lelaki ini masih kuat darinya.Sesekali mereka ketawa.Hingga tak sedar ada seseorang di sebalik tiang sedang memerhatikan mereka.Dengan renungan tajam macam pisau belati lagaknya.

Adam tengah cemburu ker tu.Salah orang agaknya.Berapi juga bila tengok adik sendiri dan isteri siap boleh bergelak tawa.Tapi bila Aisyah dengannya tak pernah pun dia lihat gadis itu seceria ini.Senyum pun tak pernah.Cakap pun bila perlu saja.Dengan Aidil tak payah kira berapa kali gadis itu senyum malah pipinya kelihatan merah dengan mata yang bersinar.Nampak sangat dia tak peduli pasal Adam.Eh kesah pula kau ni Adam.

Dekat setengah jam dia berdiri sebalik tiang.Tapi Aidil mahupun Aisyah tidak perasan langsung.Tak boleh jadi ni.Adam mula mencari idea.

Kaki di hayun mendekati mereka berdua.

"Sayang.."panggil Adam.Aisyah terkejut.Siapa yang Adam panggil sayang.

"Sayang.. jom kita balik.Esok abang ada meeting.Nak balik tidur awal."kata Adam sambil tersenyum manja pada Aisyah dengan lirikan matanya.Aisyah gugup.Adam tak kena sampuk kan.Bercakap dengan nada lembut tak macam selalu.

"Awal lagi ni.Bagi lah peluang Aidil sembang dengan Humaira kejap.Dah lama tak jumpa ni.Rindu la dengan semua kenangan lama.Tak puas sembang lagi."Aidil tanpa selindung.

"Lain kali lah.Nanti aku bawa popcorn biar kau sembang lama-lama."Ayat perli tu.

"Aidil,saya balik dulu lah.Insyallah nanti kita jumpa lagi.."Tak rock la dua beradik bertekak kerananya.Dia bukan istimewa pun.

Adam senyum senget.Aisyah masih memilih dia dari Aidil.Dia menang kali ini.Jangan harap nak bagi Aidil peluang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience