Niza tersedar dari ilusinya. Nafasnya tercungap-cungap. Mukanya berubah menjadi pucat. Lantas pintu kereta dibuka. Asri menurut langkah Niza.
“Kenapa ni,Niza? Apa yang berlaku?”soal Asri bingung melihat reaksi Niza. Niza membuka bonet belakang dan mengeluarkan penyodok serta botol air kosong.
“Aku dah tahu punca sebenar kepada hal yang berlaku ni. Sebelum rumah ini dibina ada seorang wanita mati dibunuh dan mayatnya telah ditanam di hutan itu.”balas Niza. Asri tampak terkejut dengan jawapan Niza. Niza membuka tangki minyak dan mengisi minyak ke dalam botol tersebut.
“Jadi apa yang kau nak buat sekarang ni?”soal Asri. Niza mengalihkan pandangan ke arah Asri sekilas.
“Aku nak gali semula kubur itu dan..bakar tulangnya.”jelas Niza. Asri ternyata terkejut.
Mereka berjalan beriringan menuju ke hutan belakang rumah dengan berpandukan lampu suluh. Sambil itu pandangan dihalakan ke serata tempat. Bimbang jika menjadi serangan gila Atilia yang kerasukan. Tiba di kawasan belakang rumah.Niza dan Asri terperanjat. Mayat Atilia yang berlumuran darah terbaring dengan lidah terjulur panjang. Matanya terbeliak terbuntang. Perutnya dirobek. Mereka menghampiri mayat Atilia.
“Aku tengok mayat dia dah macam dah lama mati. Darahnya telah mongering..dan tubuhnya juga telah sejuk mengeras.”ujar Asri sambil memeriksa fizikal Atilia. Niza sedikit tergamam melihat rakan karibnya yang mati dalam keadaan mengerikan itu.
“Kalau dia dah lama mati,siapa yang berada dengan kita sepanjang di rumah tadi?”soal Niza sambil memandang wajah Asri yang tampak kosong. Tiba-tiba jeritan wanita nyaring kedengaran memecahkan kehenian malam. Asri dan Niza melingas ke serata arah. Kemudian mereka bangun lantas meninggalkan mayat Atilia.
“Cepat! Kita dah tak ada masa.”ujar Asri sambil berlari pantas. Niza menurut di belakang. Mereka bergerak jauh masuk ke dalam hutan.
“Kita berhenti di sini.”arah Niza sebaik mereka tiba di satu kawasan yang ditumbuhi semak samun. Dia berkira-kira sendiri sambil melihat tanah di sekitarnya itu. Asri mengerutkan keningnya. Niza membenamkan mata penyodok ke tanah lantas memulakan penggalian. Firasatnya yakin bahawa kubur wanita itu telah ditanam disitu. Asri juga turut membantu dengan mengais tanah-tanah tersebut menggunakan tangan.
Share this novel