Bab 81

Romance Completed 207871

Pintu bilik rehat dibuka, Intan dan Caden melangkah masuk. Jam di dinding ditoleh, sudah jam dua pagi. Patutlah mata kelat semacam.

"Sayang mandi dulu, baru tidur. Okay" pesan Caden pada Intan. Intan mengangguk lalu kaki melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah selesai, Intan melangkah keluar dari bilik air menuju ke katil dengan hanya bertuala sahaja. Waktu itu Caden yang hanya berseluar berada di birai katil sedang tunduk memegang kepala. Berat sangat masalah yang dihadapi rupannya tu..

Intan melangkah perlahan menghampiri Caden dan berdiri menghampirinya. Caden yang menyedari Intan berada di sisi, pantas tangannya memeluk pinggang Intan dan disandarkan kepala di perut Intan. Intan perlahan mengusap rambut Caden. Lama mereka berkeadaan begitu.

"Abang.. abang mandi dulu. Nanti sayang buatkan kopi" pujuk Intan. Caden mendongak memandang Intan lalu dia tegak berdiri dan tubuh Intan ditarik rapat ke dalam pelukannya.

Bagaimana lagi mahu abang melindungi sayang. Sedangkan dalam pandangan pun masih boleh dilukai, inikan pula jika abang berada jauh. Caden bersuara dalam hati.

Pelukan direnggangkan dan pinggang Intan ditarik dan didudukkan di birai katil. Caden kemudian bergerak keluar dan tidak lama ada first aid di tangannya. Caden melabuhkan duduk di sisi kiri Intan.

"Sini, abang tukarkan pembalut" pinta Caden. Lalu pembalut yang menutup luka perlahan dibuka, dilihat darah sudah kering. Pilu hatinya bila melihat luka itu, terpaksa dijahit dua kali kerana jahitan kali pertama terbuka semasa bergelut dengan Mario. Lama luka itu ditenung.

"Abang.. kenapa ni? Kalau abang penat, it's okay. Sayang boleh tukar sendiri lagipun luka dah dijahit semula tadikan" kata Intan lalu tangan kanannya naik memegang pergelangan tangan Caden yang terhenti seketika perbuatannya itu.

Panjang nafas ditarik Caden.

"Sayang.. I'm so sorry.. abang minta maaf. Semua salah abang, dari awal lagi memang salah abang" tutur Caden perlahan. Tertunduk wajahnya di sisi Intan.

"Hey.. apa abang cakap ni. Abang tak salah.. jangan macam ni. Sayang yang sama-sama setuju untuk berkahwin dengan abang" jawab Intan sambil dagu Caden ditarik supaya memandangnya. Sebaik Caden memandang wajah Intan, dapat dilihat basah pipi lelaki itu dengan air mata. Jari Intan naik menyeka air mata dari terus mengalir.

"Abang.. sudah ditakdirkan kita bersama. Jangan pernah dipertikatkan perkara ini" jawab Intan lalu tubuh Caden ditarik dalam pelukannya. Diusap lembut belakang badan yang tidak berbaju itu. Lama Caden berada dalam pelukan Intan hinggalah dia merenggankan pelukan itu.

Caden kembali tegak duduknya dan memandang Intan. Lalu bibir itu dikucup perlahan. Kemudian tangannya menyambung kembali kerja yang tertangguh tadi. Setelah siap semuanya. Perlahan lengan itu diusap lalu Caden memandang Intan tepat ke mata.

"Sayang.. abang tak mampu teruskan lagi hubungan ni. Abang tak sanggup lihat sayang jadi macam ni.. Abang tak sanggup sayang.. Betul seperti apa yang ayah minta abang buat. Kita tak patut bersama, abang tak nak nyawa sayang dalam bahaya lagi.." kata Caden pada Intan yang dari tadi tak berkelip mata.

"Abang mandi dulu. Sayang nak pakai baju. Nak tidur. Nanti sayang buatkan air panas untuk abang" balas Intan lalu bangun meninggalkan Caden di birai katil. Caden terdiam tidak faham.

"Sayang.." panggil Caden lalu turut sama bangun mengekori Intan dari belakang. Lalu bahu Intan dipegang.

"Sayang faham tak apa yang abang cakap tadi?" soal Caden semula. Intan ni tak faham atau buat-buat tak faham. Bingung sekejap Caden.

"Abang penat ni.. dah, pergi mandi okay" pujuk Intan pula lalu bibir Caden disapa sekilas lalu kakinya laju melangkah ke closet untuk mengambil pakaian. Setelah pakaian diambil, dibawanya ke katil dan dengan selamba Intan melucutkan tuala dan kemudian menyarungkan baju tidur merah itu.

Caden yang melihat perbuatan itu sudah terkelip-kelip matanya memandang. Kelu lidah untuk bersuara.

Intan kemudian tunduk mengambil tuala di lantai lalu disangkutkan pada penyidai dan terus ke meja solek untuk menyisir rambut. Setelah siap, disembur minyak wangi ke leher dan badanya. Intan tahu Caden sedang memerhatikan tingkah lakunya tetapi dia buat seperti tiada apa.

Caden pula tidak tahu mahu beraksi bagaimana, apabila melihat tingkah Intan. Akhirnya dia mengatur langkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Biarlah, esok sahaja akan dibincangkan semula perkara ini.

Caden sudah tidak sanggup melihat perkara sebegitu lagi berlaku pada Intan. Mujurlah Intan seorang anggota polis dan tidak cepat melatah, jika orang lain sudah tentu menjadi mangsa.

Intan pula terus ke dapur. Malas mahu fikirkan dan semakkan kepalanya dengan apa yang Caden katakan tadi. Apa pun yang terjadi, dia tidak akan sesekali mahu berpisah dengan Caden. Gelas di rak terus dicapai lalu menuju ke peti ais. Daun pintu dibuka dan susu kotak diambil lalu dituang ke dalam gelas. Tanpa menunggu lama, laju susu diteguk. Putih bibir kesan susu.

Setelah selesai bibir dibasuh dan gelas dicuci, kopi panas untuk Caden pula dibancuh. Sesudah itu Intan melangkah masuk semula ke bilik bersama mug berisi kopi panas di tangan.

Caden masih lagi berada di bilik air. Mug tadi sudah diletakkan pada meja sisi lalu Intan memanjat katil dan tubuh dibaringkan. Disebabkan penat, mudah sahaja kantuk menyapa.

Tidak lama Caden keluar dari bilik air dengan rambut yang masih basah dan badan dengan titisan air. Kaki melangkah ke arah katil, dilihat Intan sudah terlena.

Caden bergerak ke closet untuk mengambil seluar. Tuala di pinggang ditanggalkan dan seluar disarungkan pula. Air yang masih menitis di badan dikeringkan dengan tuala. Sesudah itu kaki melangkah menuju ke katil. Dilihat ada mug berisi kopi panas di meja sisi. Mug diambil dan kopi dihirup hingga separuh. Lega sedikit rasanya, ditoleh lagi pada yang dibuai lena. Air kopi di tangan dihabiskan dan mug di bawa ke dapur lalu dicuci.

Kaki melangkah semula ke arah bilik tidur. Penat rasanya hari ni, bermacam-macam perkara berlaku. Perlahan Caden naik ke katil dan baring di sisi Intan. Berhati-hati Caden merapati Intan lalu tubuh itu ditarik rapat dalam pelukan, Intan pula seperti lazimnya, terus memeluk tubuh sasa itu.

Dahi Intan dikucup sekilas. Maafkan abang sayang.. ucap Caden lalu mata dipejam dan terus hanyut dibuai lena.

+++

"Sayang nak ke mana-mana ke pagi ni?" soal Caden pada Intan yang sedang menyapu butter pada roti.

"Rasanya tak ke mana, nak rehat je" balas Intan lalu roti diserahkan pada Caden.

Roti bertukar tangan lalu perlahan disuap ke mulut. Sedang asyik mengunyah roti, telefon Caden di sisi berdering. Ditoleh pada skrin, Leo!

Roti diletakkan di atas piring, lantas telefon dicapai dan panggilan dijawab.

"Hello" ucap Caden.

"Mi dispiace signore che ti dia fastidio, Rick è appena arrivato questa mattina e vuole vederti (I'm sorry sir bothering you, Rick just came this morning and he want to see you)" kata Leo.

"Okay, entro trenta minuti sono arrivato (within thirty minutes I arrived)" kata Caden lalu panggilan dimatikan.

Kemudian nombor Carlos didail.

"Carl, masuk sekarang dengan Fahmi" panggil Caden, kemudian talian dimatikan dan telefon dimasukkan ke dalam poket.

"Sayang makan dulu. Abang ada hal nak keluar sekejap. Fahmi ada di luar, ada apa-apa sayang panggil dia. Okay" ucap Caden lalu menyisip baki air kopi dan mengesat bibir dengan kain. Lantas Caden tegak berdiri dan mahu beredar, tetapi belum sempat kaki mengatur langkah, lengannya disambar Intan.

"Abang nak ke mana?" soal Intan, tegak matanya memandang Caden.

"Ada hal sikit, kejap lagi abang balik." balas Caden tetapi Intan tidak menunjukkan dia mahu melepaskan lengan Caden.

Nafas dihela perlahan. Lalu duduk dilabuhkan semula.

"Leo call, Rick nak jumpa abang" terang Caden.

"For what?" soal Intan inginkan kepastian.

Serba salah mahu Caden terangkan. Mata Intan ditatap dan tangan naik ke pipi Intan. Bibir itu diusap dengan ibu jari.

"Sayang tahukan Rick abang Alice. Abang perlu jumpa dia untuk selesaikan perkara ini. Tapi kali ini, abang mintak sangat-sangat pada sayang, jangan keluar dari bilik rehat ni. Tolong dengar cakap Fahmi. Boleh sayang?" soal Caden bersungguh.

"Abang nak jumpa Rick untuk apa?" soal Intan lagi. Masih tidak puas hati selagi jawapan yang dia mahu belum diperolehi.

"Abang nak berbincang mengenai Alice, apa yang adik dia lakukan pada sayang dan akibatnya kalau bermain api dengan abang!" akhirnya Caden sebut juga. Keras suara Caden.

Caden mendengus!

"Sayang nak ikut" balas Intan.

"Sayang.. tolong faham boleh tak?" kata Caden lagi lalu terus melepaskan pipi Intan. Caden terus berdiri dan melangkah menuju ke bilik kerjanya. Intan tanpa menunggu terus mengekori Caden dari belakang.

"Abang!" panggil Intan. Caden tidak pedulikan lalu kaki terus melangkah masuk ke bilik kerja dan senjatapi diambil bersama megazine lalu diselitkan pada pinggang belakang. Intan yang baru masuk ke bilik itu ditinggalkan di tengah-tengah pintu. Terkocoh-kocoh Intan mengejar Caden hingga ke ruang tamu.

"Abang" panggil Intan sekali lagi lalu lengan Caden ditarik.

Caden berpusing menghadap Intan, waktu itu bunyi beep menandakan pintu sudah dibuka.

"Sayang, dunia abang tak sesuai untuk sayang, itu sebab abang nak kita berpisah! Tak ada cara lain lagi. Abang dah fikirkan masak-masak lepas.."

'Buk'

Tertoleh ke kanan wajahnya.

Terdiam Caden menerima penangan dari Intan. Waktu itu Carlos dan Fahmi yang baru masuk terkejut dengan apa yang dilihat. Terkaku seketika keduanya. Melopong mulut Fahmi dengan mata terbuka besar.

"Uih, ganasnya!" kata Fahmi.

Carlos yang berada di sisi terus menyiku Fahmi. Laju tangannya naik menutup mulut yang terlepas kata.

Caden yang tadi terkejut, pantas naik memegang pipinya yang ditumbuk Intan.

"Jangan disebut lagi perkara ni!" marah Intan sambil memandang Caden dengan wajah yang garang. Caden mulanya mahu membalas tetapi tidak jadi berbuat demikian apabila melihat wajah Intan yang bengis itu. Tidak pernah dia lihat air muka Intan begitu.

"Jangan sesiapa berani nak keluar dari bilik ni selagi saya tak benarkan!" kata Intan dengan wajah yang keras.

"Saya nak ikut!" kata Intan.

Sebaik kata ditutur, Intan pantas masuk ke bilik mengambil pouch bag dan stoking disarungkan pada kaki. Kemudian laju dia mendahului yang lain keluar dari bilik rehat.

Carlos dan Fahmi serentak memandang Caden.

"What?" marah Caden sambil rahang digoyang-goyangkan. Kuat juga penumbuknya.

Kemudian keempat-empat mereka berjalan menuju ke lift untuk turun ke basement. Sebaik tiba di parking, Carlos pantas menekan alarm kereta dan pintu dibukakan untuk Caden manakala Fahmi membukakan untuk Intan.

Enjin kereta dihidupkan dan kereta mula bergerak menuju ke rumah agam semalam. Dalam kereta tiada seorang pun yang berbunyi, diam sahaja hinggalah tiba di hadapan pintu pagar rumah tersebut.

"Fahmi, apa pun yang jadi jangan tinggalkan Afrina. Faham!" arah Caden. Intan di sisi hanya memandang Caden.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience