BAB 3

Drama Completed 373

Aku mengambil beg sekolah yang penuh dengan buku-buku tebal. Chik Da beriringan dengan ku, berjalan ke perhentian bas, aku memandang ke belakang, melihat wajah sayu ibuku itu. Hatiku berat melangkah. Seakan-akan tidak membenarkan aku meninggalkan rumah. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku menjaga Ma di rumah. Namun, aku tahu ma mesti tidak mahu aku ketinggalan. Biarlah kami ketinggalan dalam harta dunia, tetapi, bukan ketinggalan dalam mencari ilmu. Aku melangkah berat. Memandang kakak aku di sebelah yang mengesat air matanya. Aku pura-pura tidak melihat. Aku yakin jika aku menegur perbuatannya itu, air matanya mungkin mengalir dengan lebih laju lagi.

Waktu persekolahan hari ini aku rasakan adalah yang paling panjang dan paling lambat sekali dalam sejarah persekolahan ku. Aku nak balik rumah! Aku menjerit dalam hati. Aku tak dapat fokus dengan apa yang diajar oleh guru.Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Fikiranku di rumah. Entah kenapa aku asyik memikirkan Ma. Aku tak sabar nak balik. Hati ku memberontak. Tepat jam dua petang, aku cepat-cepat ke perhentian bas, menunggu seketika kakakku dan terus menaiki bas pulang. Kenapa lambat sangat bas ni bergerak? Rungutku di dalam hati. Mungkin jumlah yang padat di dalam bas ini yang menyebabkan pergerakan bas ni lembab. Biasa lah tauke bas juga mahu kaya dengan mengaut keuntungan tanpa memikirkan kami di dalam bas itu.

Aku berjalan secepat mungkin. Beriringan dengan kakak ku selepas bas itu memberhentikan kami di perhentian bas berdekatan dengan rumah kami. Aku membuka kasut sekolah dan meletakkannya di tepi tangga rumah. Chik Da pula sedang menanggal kasutnya. Dia menunggu ku membuka pintu rumah.

“Ma…”panggil ku. Aku membuka pintu. Menolaknya. Kunci. Aku memandang Chik Da. Chik Da memandangku.

“Ma dengan Chik Ein pergi kerjelah tu” ujar Adha sambil mengambil anak kunci yang selalunya di letakkan di dalm kasut besar itu. Dan mungkin juga kadang-kadang katak hijau yang keluar yang menyebabkan kami selalu terjerit besar. Dan mungkin tergelak sama. Kami masuk ke dalam rumah, menukar pakaian sekolah, menyangkutnya dengan hanger supaya tidak berkedut, jadi, boleh lah menjimat bil eletrik untuk menggosoknya lagi.

“Adha…!Rita …!” Aku memandang kakak aku yang ketika itu sedang memakai t-shirtnya. Dia turut memandang ke arahku. Itu suara atuk saudaraku, Mak Su, adik nenekku. Chik Da berjalan menuju ke pintu rumah, aku mengikutnya. Melihat kami menghampirinya, Mak Su yang sedang duduk di tepi tangga itu bersuara sambil mengelap peluhnya, mungkin penat berjalan ke rumahku dari rumahnya. Maklumlah, penyakit asmanya kuat meyerang.

“Adha, Rita , Ma kamu ke klinik tadi dengan Chik Ein. Tak balik-balik lagi, Makan lah kat umah Mak Su, Maksu dah masak dah untuk Adha dan Rita .” Aku memangdang ke arah Chik Da, dia mengangguk.

“Baik Mak Su, nanti kami pergi, kami nak sembahyang zuhur dahulu. Chik Ein tak telefon ke?Faizul siapa ambil?” Tanya Chik Da.

“Faizul kat rumah nenek kamu. Atuk kamu yang pergi ambil. Pagi tadi dia ada telefon, Ain cakap Ma kena pergi ke Hospital Machang. Mungkin Doktor nak ambil darah kot. Adha dengan Rita jangan risau ye? Mak Su balik dulu, Jangan lupa datang makan nasi, tak baik biar perut kosong. Mak Su balik dulu.” Kami mengangguk melihat Mak Su berjalan pulang ke rumahnya di sebelah. Perasaan bimbang muncul dalam diriku. Kenapa perlu ke hospital? Klinik dah tak boleh bagi ubat ke? Hanya demam je kan?
Ya Allah, jauhkanlah Ma ku dari apa-apa jua penyakit. Doaku di dalam hati. Hendak menelefon Chik Ein, tidak mungkin kerana Chik Ein tiada telefon bimbit, kami tidak mampu membelinya. Tadi pun, Chik Ein mungkin menggunakan telefon awam. Harap-harap Chik Ein menelefon lagi. Aku cuma mahu mendengar suara Ma. Mahu memastikan yang tiada apa-apa yang berlaku. Aku perlu pastikan tiada apa-apa yang berlaku ke atas Ma.

Petang tu telefon rumah Mak Su berbunyi, Mak Su mengangkanya. Aku benar-benar berharap yang menelefon itu adalah Chik Ein. Memberitahu berita gembira bahawa, tiada apa-apa yang menimpa Ma. Aku benar-benar risau. Sehingga petang ini, Ma dan Chik Ein tidak pulang-pulang. Aku merasa takut tiba-tiba. Aku memandang Mak Su sehingga dia meletakkan ganggang telefon.

“Siapa yang menelefon, Mak Su?” Tanya ku sebaik sahaja atuk saudaraku itu duduk disebelah kami.

“Kakak kamu, Ain. Dia kata Doktor terpaksa tahan Ma kamu sehari dua di hospital. Ain suruh hantarkan pakaian Ma sehelai dua.” Aku mengangguk. Terukkah demam Ma? Sampai perlu di tahan di wad? Aku tak mahu memikirka perkara-perkara buruk tetapi aku ingin tahu. Aku tak mahu sesuatu yang buruk menimpa Ma.

“Teruk ke demam Ma, Mak Su? Rita nak pergi jaga Ma lah,” ujarku. Mak Su memegang tanganku.

“Rita , kena tahan di wad tak semestinya sakit teruk. Mak Su pun pernah tahan di wad dulu, bukan sakit apa-apa pun, kan? Rita jangan lah risau, Tadi Ain cakap Ma dah pesan, Rita pergilah sekolah. Lusa kan cuti, kalau Ma tak keluar hospital lagi, Rita boleh pergi ye?” Aku mengangguk. Ma…

Malam itu aku tidur tak lena. Mak Su menyuruh kami tidur di rumahnya manakala abang-abangku yang lain tidur di rumah Atuk. Aku tidak dapat melelapkan mata. Aku tidak selesa tidur tidak berhimpit dengan kakak-kakakku. Dan paling penting, aku tidak selesa tidur tanpa melihat Ma. Aku tidak selesa tidur dengan Ma berada di hospital. Mesti Ma sejuk kan? Aku mengelap peluhku di dahi dengan tangan. Ma dah janji nak jaga kami, Ma tak akan tinggal kami, kan? Ma takkan tinggal kat hospital lama-lama kan? Akhirnya aku terlelap dengan air mata meleleh-leleh di pipi.

Pagi tu semasa bersiap-siap, aku dengar bunyi telefon rumah berdering. Seperti biasa, Mak Su mengangkatnya. Aku terdiam seketika. Aku cuba mendengar apa yang di perkatan oleh Chik Ein, aku mendekapkan telinga ke dinding di sebelah tempat letak telefon, yang kebetulan di tepi bilik itu.

“Ain, kenapa menangis ni?” itulah ayat pertama yang keluar daripada bibir Mak Su. Aku dengar sedu sedan Chik Ein. Otakku mula memikirkan perkara-perkara yang buruk. Apa yang terjadi? Ma…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience