BAB 3

Horror & Thriller Completed 659

Tidak jauh dari Hamdan, terkujur kaku di atas lantai, dua warga tua lelaki dan wanita. Kedua-duanya cedera di perut dan kepala. Kecederaan di perut kelihatan seperti ditikam dengan senjata tajam. Manakala kecederaan di kepala pula seperti diketuk dengan benda tumpul. Namun kedua-dua senjata tidak kelihatan ada berdekatan dengan mangsa. Menurut Sarjan Mat, kedua-dua mangsa ialah Haji Joned Abu dan Hajah Meriam Abdullah, ibu dan bapa kepada Hamdan.

Keadaan hingar seketika dengan suara kanak-kanak menangis dan berteriak. Perhatian Izz Shazzy dan Sarjan ditarik ke arah bahagian dalam rumah. Kelihatan tujuh orang kanak-kanak antara umur tiga hingga 12 tahun sedang dibawa keluar oleh sekumpulan polis wanita. Wajah mereka ditutup dengan kain. Sudah pasti mahu mengelakkan mereka terlihat mayat-mayat yang masih terbujur di ruang tamu.

“Anak-anak dan anak saudara mangsa. Kesemua mereka diikat dan dikurung di bilik belakang. Tak cedera,” lapor Sarjan Mat dengan nada yang lega. Tidak ada apa-apa yang lebih menyayat hati melainkan melihat kanak-kanak menemui ajal dalam keadaan mengerikan. Sudah banyak kali dia menjadi saksi akan kekejaman manusia yang berhati syaitan. Hatta binatang pun lebih berhati perut.

“Ini saja ke mangsa?” Izz Shazzy melepaskan pandnagan ke segenap ruang tamu yang berhias indah. Langsir baharu. Karpet baharu. Kuih raya masih penuh di dalam balang raya yang cantik. Semuanya indah kecuali tiga penghuni yang sudah tidak lagi bernyawa. Suatu hari di hari raya....

“Ada. Di dalam bilik dan di dapur.” Sarjan Mat berjalan mendahului Izz Shazzy.

Sepeninggalan mereka, pasukan forensik menyambung tugas mereka membungkus mayat untuk dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Sebentar tadi sebelum ketibaan Izz Shazzy, mereka telahpun mengambil gambar tempat kejadian dan mengumpulkan bukti.

Di dalam bilik tidur, Izz Shazzy dihidangkan dengan satu permandangan yang lebih sadistik. Mangsa seorang perempuan. Kedua-dua belah tangan diikat dengan selendang pada kepala katil. Kakinya turut diikat dalam keadaan terkangkang. Mangsa disula menggunakan batang penyapu! Modus operandi yang hampir sama dengan kejadian ngeri di negara jiran tidak lama dahulu.

“Siapa mangsa ni pula?” Izz Shazzy keluar dari situ. Tidak sanggup menonton kengerian yang terlalu sadis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience