13 tahun berlalu
"Adik, jom ikut ibu pergi rumah kawan ibu kejap." laju tangan lembut Puan Mariam mencuit lengan sasa Azmeer.
"Ala ibu, bagi lah peluang kat adik rehat kejap. Hari ni jer satu-satunya peluang adik nak rehat tau." ucap Azmeer dengan suara yang mendatar.
"Ibu tengok awak tak busy pun. Cepatlah, kejap jer. Daripada pagi tadi lagi awak terbongkang jer atas sofa tu, dah-dah bangun cepat.."
Puan Mariam menarik tangan sasa Azmeer membuatkan Azmeer bangun daripada sofa baldu itu.
"Yer lah, tapi kejap ek adik nak tukar baju dulu, kang kalau jumpa jodoh macam mana? Rugi tau adik.."
"Ya lah, pergi pakai baju lawa-lawa yer. Jangan nak lama-lama sangat, awak tu lelaki, tak payah nak bersolek bagai.." ujar Puan Mariam sambil memasukkan kuih ke dalam bekas jenama Tupperware tersebut.
"Okay ibu, adik cepat lah ni.."
Langkah kaki Azmeer laju menaiki tangga ke tingkat atas. Dia menghampiri almari pakaian dan mengambil t-shirt lengan pendek berkolar berwarna brown dan seluar slack berwarna hitam.
Azmeer berlari turun ke tingkat bawah, dia mencari kelibat ibunya tetapi tidak kelihatan. Mana ibu ni, desis Azmeer.
"Adik, sini lah.."
"Oh. Ibu buat apa kat situ?"
"Ni tolong kaitkan buah mangga ni, ibu nak bagi kat kawan ibu."
"Ibu ni biar betul. Takkan lah nak bagi buah mangga ni kat orang. Tak yah la ibu."
"Adik ni dah kenapa? Kait cepat, nanti kang lewat pulak.."
"Yer lah. Pelik-pelik jer lah ibu ni.." ujar Azmeer sambil mendapatkan pengait yang tersandar pada pokok mangga.
Laju tangan Puan Mariam memukul bahu anak lelakinya itu.
"Nah ibu.."
"Letak jer dalam plastik pastu masukkan dalam kereta. Cepat sikit, dah lewat ni.."
"Salah ibu la, nak ambik buah mangga lah, itu lah ini lah, kalau boleh satu rumah ni nak bagi kat orang.." rungut Azmeer dan berlalu ke arah keretanya.
"Eh salah ibu pulak. Awak tu yang lambat, nak tukar baju apa semua, dah macam pempuan dah.."
"Yer lah, adik yang salah. Jom lah ibu.." ujar Azmeer yang telah berada di dalam perut kereta.
Puan Mariam masuk ke dalam kereta dan kereta meluncur keluar daripada halaman rumah.
* * *
Puan Mariam berdiri di hadapan rumah sahabatnya yang sudah lama tidak bertemu.
"Assalamualaikum.." tiada suara sahutan.
Tiba-tiba pintu pagar di buka, Puan Mariam melangkah masuk ke dalam halaman rumah perlahan-lahan dan Azmeer pula memandu dan meletakkan keretanya di halaman rumah tersebut.
"Assalamualaikum.." Azmeer memberi salam selepas keluar daripada perut kereta.
Pintu dikuak daripada dalam. Muncul seorang gadis bermata coklat yang sedang memegang penyapu.
"Waalaikumsalam, yer.."
Azmeer terkesima memandang gadis yang baru sahaja muncul di muka pintu. Cantik, hatinya berbisik.
"Yer encik. Cari siapa?" soal gadis tadi.
"Err..cari.." Azmeer hilang kata-kata.
Puan Mariam menolak tubuh sasa Azmeer ke tepi. "Kami nak jumpa Puan Hayati. Betul ke ni rumah dia?" tanya Puan Mariam sambil melemparkan senyuman manis.
"Yer betul, ni rumah Puan Hayati. Masuk lah.." ujar gadis itu dan membalas senyuman Puan Hayati.
"Yer terima kasih.." ujar Puan Hayati.
Azmeer mengambil bungkusan di dalam bonet kereta, manakala Puan Mariam membuntuti gadis itu dan duduk di atas sofa selepas di pelawa gadis tersebut.
"Silakan duduk yer. Kejap saya panggilkan Puan Hayati.." ucap gadis itu dan berlalu ke dapur.
"Mewah rumah kawan ibu ni kan.." kata Puan Mariam setelah Azmeer melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil matanya meliar melihat sekeliling.
"Isk ibu ni, macam la kita ni duduk kat flat. Jangan malukan diri sendiri yer ibu.." Azmeer mengingatkan ibunya. Matanya melirik melihat ibunya yang seperti beruk mendapat bunga.
"Ibu tahu lah!" balas Puan Mariam. Jari telunjuknya di letakkan di bibir, membuat isyarat supaya Azmeer diam.
Azmeer malas hendak melayan karenah ibunya. Dia mengambil telefon bimbitnya di dalam poket belakang seluarnya. Applikasi tiktok di buka. Sedang ralit mereka membuat hal sendiri, muncul Puan Hayati daripada dapur dan berjalan ke ruang tamu tersebut.
"Err Mariam kan?" tanya Puan Hayati.
Puan Mariam menoleh melihat pemilik suara. "Eh Yati..lamanya tak jumpa you.."
"Yer. Lama sangat. Duduk la. Tak susah ke cari rumah I?"
"Taklah, lagipun tak jauh pun, setengah jam dah boleh sampai. Sejak you pindah dulu, lama sangat kita tak jumpa kan, nasib baik terserempak dengan you masa kat spa hari tu, kalau tak sampai bila-bila lah tak jumpa dengan you.."
"Tu lah. Dah masuk lima tahun kan. Anak you pun dah besar. Dah kawen belum?" soal Puan Hayati sambil melihat Azmeer.
"Err belum makcik.." balas Azmeer ragu-ragu.
"Oh belum. Mesti dah ada calon kan. Budak sekarang kan, dah ada tapi bukan nak cakap dengan kita pun.."
"Cam tu lah Yati, banyak betul rahsia dia orang ni, sampai ke sudah kita tak tahu.." ujar Puan Mariam dengan suara yang sebak.
Jari jemari Puan Mariam digenggam oleh Puan Hayati. Bahunya di sentuh lembut.
Suasana sunyi seketika. Muncul gadis yang bermata coklat dengan membawa dulang yang berisi air tea dan kuih karipap.
"Aqilah, letak kat atas meja tu.." arah Puan Hayati.
Dulang berisi makanan di letakkan di atas meja kopi yang di buat daripada kayu jati itu. Aqilah bangun dan duduk bersimpuh di sebelah Puan Hayati. Puan Hayati mencuit bahu Aqilah dan menggerakkan bebola matanya untuk memberi isyarat supaya Aqilah beredar daripada situ.
"Ohh.."
Aqilah bangun dan berlalu ke dapur. Mata mereka bertiga mengekori kelibat Aqilah sehingga gadis itu hilang daripada pandangan.
"Cantik orang gaji you.." puji Puan Mariam.
"Dia ke?" Puan Hayati menuding jari ke arah dapur. "Tu anak I lah.." sambungnya lagi.
"La yer ker. Sorry la, I tak tahu you ada anak perempuan. I ingatkan you cuma ada anak lelaki jer. Sorry tau.."
"Eh takpa, benda kecik jer. Dia jarang ikut I pergi mana-mana, tu yang orang tak tahu tu. Eh minum la." ujar Puan Hayati.
"Dah kawen ke anak dara you ni?" tanya Puan Mariam, matanya melirik Azmeer yang sedang menyisip air tea.
"Belum, baru jer bertunang. Tahun depan insyaallah kawen la dorang.."
"Owhh yer ker. Ingat belum berpunya lagi. Boleh la I recommendkan anak I ni. Single lagi.."
Azmeer tiba-tiba tersedak mendengar kata-kata ibunya. Beraninya ibu ni, desis Azmeer.
"You ni, tersedak budak tu. Tu lah kan, nak buat macam mana, lambat berjumpa dorang ni. Insyaallah nanti ada lah jodoh dia tu. Orangnya pun handsome, mesti dah ada girlfriend kan?" tanya Puan Hayati kepada Azmeer.
"Err belum lagi makcik. Sibuk kerja, takda masa nak cari. Hihi.."
"Cari pelan-pelan. Ke nak makcik carikan?"
"Eh takpa makcik. Terima kasih." balas Azmeer gugup.
"Budak-budak zaman ni mana naknya orang tua carikan, dorang lagi suka kalau cari sendiri. Eh you, I ada bawakkan mangga untuk you. Azmeer, bagi makcik kamu buah mangga tu."
Azmeer menghulurkan beg yang berisi buah mangga dan kuih dan disambut oleh Puan Hayati.
"Buat susah-susah jer lah you ni. Jom lah kita pergi ke dapur.."
"Ha jom lah.."
Azmeer hanya memandang sepi ibunya dan Puan Hayati berlalu ke dapur sehingga kelibat mereka hilang daripada pandangan matanya. Setelah puas membuka aplikasi Tiktok, Azmeer menyimpan telefon bimbit di dalam poket belakang seluarnya. Dia bangun dan berjalan melihat sekitar rumah tersebut sambil tangannya di masukkan ke dalam poket.
Kedengaran suara ibunya dan Puan Hayati ketawa terbahak-bahak. Sudah terlalu lama Azmeer tidak mendengar suara ibunya ketawa sebegitu. Sungguh bahagia andai di rumah juga ibunya segembira itu, fikirnya.
Perlahan-lahan langkah diatur. Matanya sibuk melihat susun atur perabot di dalam rumah. Satu demi satu frame gambar diperhatikan sehingga matanya tertumpu pada satu frame gambar kecil yang di letakkan di sudut meja. Gambar keluarga lah, gumamnya.
Azmeer memerhatikan frame gambar tersebut dan matanya tertumpu kepada seorang gadis di dalam gambar itu.
"Mustahil!! Aku tak percaya!!" jeritnya separuh berbisik.
Korang, maaf tau Ayana sibuk sangat kebelakangan ni. Ayana harap korang follow novel ni tau. Maybe ayana akan lambat update tapi Ayana akan cuba update sehari satu bab. Doakan Ayana tau. Enjoy yer ^^
Share this novel