Get the app for full experience
Malam ini kali pertama Haziq makan bersama keluargaku. Aku tidak sangka Haziq benar-benar akan menjadi suamiku yang sah. Aku bagaikan di awangan dan seperti tak percaya lelaki yang sangat ku puja sudah menjadi suamiku. Tapi aku masih tidak tahu apa perasaan Pak Cik Haziq padaku. Heh,sekarang bukan lagi Pak Cik lagi tapi dah bertukar abang Haziq. Kerana Haziq tidak pernah pula menyatakan cinta pada aku. Selepas aku meluahkan perasaan cintaku pada Haziq dia hanya setuju nak kahwin dengan aku. Agaknya dia nak kahwin dengan aku tu tanda dia pun suka dekat aku juga la tu. Tak kisahlah yang penting ...