Aku menjenguk dapur. Mak sedang gigih menyiang ikan.
"Mak..."
Aku memeluk pinggang Mak dari belakang.
"Na... buat Mak terperanjat je."
Aku sengih.
"Sorry. Ayah mana? Sunyi sepi rumah."
"Ada kat luar tu. Tengah menyembang dengan Lee."
Aku tak nampak bayang dia sejak kes dia merajuk dengan aku tengah hari tadi.
"Oh."
Banyaknya Mak siang ikan. Macam nak buat kenduri pula.
"Ayah beli banyak ikan. Siapa yang nak makan banyak sangat?"
Peti ais dibuka. Aku mengeluarkan fresh Oren sejuk dan menuang ke dalam gelas.
Tekak meneguk dengan rakus.
"Ni Lee yang beli."
Serta merta aku tersedak.
Dia nak berkampung kat rumah aku seminggu dua ke?
"Uhuk... uhuk."
"Elok-elok la minum tu. Kan dah terbatuk."
Aku mengurut dada.
"Nak masak lauk apa banyak-banyak ni?"
Hati aku jadi tak sedap. Lagi lama Qarl duduk sini, semakin tinggi risiko aku dan keluarga terdedah dengan bahaya.
"Lee nak belajar masak Kari Kepala Ikan dengan Ayah kau."
Aku mengesat saki baki air oren di bibir.
"Yang lain tu?"
Mulut aku terjuih menunjuk beberapa ekor jenis ikan.
"Ikan pari ni nak masak Asam Pedas. Ikan tenggiri ni nak masak Lemak Cili Padi. Ikan cencaru ni nak bakar. Dan, ikan kembung ni, Lee request Anna masakkan Laksa untuk dia."
Naik terjojol biji mata aku. Semua jenis ikan ada. Tambah berdesing bila dia petik nama aku suruh masakkan Laksa.
Ewah. Mengadanya. Dekat kampung pun nak buli aku masak itu ini.
Qarl ni pun. Aku tak minta dia berbelanja untuk seisi rumah.
Manja betul dengan mak ayah. Pandai dia nak ambil hati orang tua aku.
"Kenapa pulak Anna nak kena masakkan Laksa untuk dia?"
Aku menayang muka malas.
"Dia request. Mak cakap, Anna terer masak Laksa."
Bibir diketip. Mak ni pandai-pandai je nak promote aku pandai masak itu ini.
"Ala, lagipun Lee cakap, Auntie dia selalu puji Na masak."
Oh, kencing mak aku. Pandai reka cerita.
"Na..."
Mak senyum.
"Mak berkenan la dekat Lee. Dia sepadan dengan Anna."
Mak, dia tu ketua mafia. Dia akan menyusahkan hidup kita.
Aku takut jika Qarl bagi harapan palsu pada aku. May dia nak campak mana?
"Hmmm."
"Na tak suka Lee ke?"
"Na kenal dengan dia baru tiga bulan Mak. Malas nak rushing fikir itu ini."
"Mak ni nak sangat tengok Na kahwin. Mak nak cucu. Kamu tu pun jarang Mak tengok lekat dengan lelaki."
Aku faham maksud Mak. Aku anti social. Berapa kerat je lelaki yang aku kenal. Aku tak pernah ada boyfriend. Bercinta pun tidak.
"At least, Na tahu jaga diri, Mak."
Eleh, kau duduk berduaan dengan Qarl masa dia culik kau. Tu ke maksud jaga diri, Anna?
Tu bukan aku sengaja. Qarl Lee culik aku. Culik.
"Iyela. Kawan la dulu. Tapi kalau serasi, tak payah tunggu lama-lama. Nanti Lee tinggalkan Na, jangan meroyan dekat Mak pulak."
Mak memberi amaran.
"Ayah kau tu lama sangat bersembang kat luar."
Aku menjenguk dari jendela dapur.
"Pergi la hidangkan kuih koci dekat pangkin tu. Tu, Mak da siapkan air kopi."
Aku membuka tudung saji. Memasukkan kuih koci ke dalam piring. Lalu, meletakkan ke dalam dulang yang berisi teko.
Mengatur langkah ke luar rumah. Derapan kaki menghampiri kaum Adam yang rancak bersembang.
"Ayah..."
Aku memaniskan wajah.
"Ada kuih koci sikit ni. Jemput minum."
Mata mencuri pandang wajah dia.
Qarl tidak membalas senyuman aku. Marah betul dia pada aku.
"Borak pasal apa tu, Ayah?"
"Lee ni hah, teringin nak masuk kebun."
Aku senyum mendengar. Qarl Lee mahu jadi pekebun pulak ke?
"Na, nanti kalau ada masa, bawak la Lee ni ronda sekeliling kampung. Tengok sawah padi."
"Boleh je. Nanti saya bawak awak ronda."
"Lee kalau nak masuk kebun, esok pagi jela ye."
Lee senyum. Tapi senyuman dia bukan untuk aku. Masih merajuk dengan aku barangkali.
Ayah menyisip air kopi. Peluh jelas kelihatan di wajah tua Ayah.
"Pakcik nak masuk dalam. Badan ni berlengas. Nak mandi."
Qarl mengangguk.
"Na, bersembang la dengan Lee ya."
Ayah menyelinap masuk ke dalam rumah.
Aku mengambil tempat ayah. Duduk bersebelahan dengan dia.
"Awak masih marahkan saya ke, Qarl?"
Dia tidak menyahut.
"Qarl Lee... I'm talking to you."
Dia pandang wajah aku.
"Hmm."
Hmm je? Mamat mafia ni dah taknak bercakap dengan aku dah ke?
"Saya minta maaf. Saya takde niat nak hina pekerjaan awak. Qarl, saya cuma takut."
"Takutkan apa? Aku?"
Aku tunduk.
"Takut awak tak boleh terima keluarga saya. Keluarga saya bukan orang senang macam awak. Saya taknak sesuatu terjadi kat mereka."
Akhirnya aku meluahkan rasa. Ini yang aku takutkan. Aku takut jika keluarga aku diapa-apakan.
"Anna..."
Dia mencapai jari jemari aku.
"Kan aku dah cakap, aku akan protect kau. Dan juga family kau. Aku betul-betul sayangkan kau."
Mata kami bertatapan.
"Kau jangan risau. Konco aku dan May takkan berani apa-apakan kau. Kau kesayangan aku."
"Apa jaminannya?"
Dada aku berombak kencang.
"Aku."
Debaran kencang datang kembali. Takkan aku dah mula sukakan Qarl Lee? Mana mungkin.
"Sebelum mereka apa-apakan kau, langkah mayat aku dulu."
"Qarl..."
"Dahlah, Anna. Aku takkan paksa kau. Tapi aku harap sangat kau mengerti perasaan aku. Aku serius. Aku cintakan kau."
Qarl Lee cintakan aku? Takkan la dalam tempoh tiga bulan dah mula sayangkan aku.
Dia mengunyah kuih koci.
"Sedap. Kau pandai buat kuih koci?"
Aku mengangguk.
"Nanti kalau kita dah kahwin, selalu buat kuih koci untuk aku tau."
Qarl senyum penuh makna.
Pipi aku dah blushing.
"Aku suka duduk kampung kau ni. Tenang. Nanti petang ni bawa aku ronda sekeliling kampung, boleh?"
"Boleh."
Entah mengapa, ada satu perasaan menyelinap masuk ke ruang hati. Pengakuan jujur Qarl Lee benar-benar buat aku terkedu dan resah.
Share this novel