MULUTNYA ditekup, bibirnya dikemam menahan emosi. Kenapa jururawat ini boleh pecah lubang? Nak sahaja dia keluar dan jelaskan semuanya tapi apa dayanya untuk berdepan dengan semua ini. Dia hanya mampu mematikan diri mendengar bicara mereka.
"Ya mak cik. Dah berapa malam tunang dia jaga. Breakfast ni untuk dia. Saya keluar dulu."
"Terima kasih nurse."
Qal memandang ibu dan isterinya dengan dahi berkerut. Pandangannya dialih ke wajah perempuan yang masih terbaring tidak sedarkan diri.
"Siapa pula tunang Along ibu? Qal tak pernah tahu pun?" soal Qal.
"Mungkin kawan istimewa Kak Long rasanya abang, ibu. Dia kata tunang biar jururawat bagi dia jaga Kak Long," sampuk Anis.
"Mungkin juga. Dani... Dani... ada kawan lelaki tak nak bagitahu Ibu. Bila ibu tanya mengelak."
Qal sepertinya susah untuk percaya dengan semua ini. Tidak mungkin lelaki itu muncul lagi selepas apa yang dia lakukan dulu dengan Along. Kejadian lalu cukup memberi kesan ke kakaknya hingga sekarang.
"Tapi bu... bukan ke lelaki tu dah...."
“Qal, Anis!”
Jeritan Puan Shikin mematikan bicara anak lelakinya.
"Dani sayang... dengar ibu tak? Qal! Ibu rasa jari Along gerak!"
Qal tersentak. Dia memandang tangan ibu memegang tangan kanan Along.
"Akak dengar la tu ibu. Alhamdulillah syukur."
××
Tiada siapa yang tahu ada manusia berada di bawah katil pesakit. Daniel tersedar dari lenanya hingga dia lupa di mana dia berada. Saat diri dalam keadaan separuh sedar dia bangun laju menyebabkan badan dan kepalanya terhantuk di besi katil.
"Adoi, kepala aku! Bengong betul kau Dany," bisik batin Daniel.
Cerah terus pemandangannya selepas merasa sakit di kepala akibat terhantuk.
"Huh, kenapa bergegar katil? Gempa bumi? Bunyi apa tadi?" gumam Danies.
Danies cemas mendengar bunyi kuat dari bawah katilnya. Pada masa sama katilnya bergoyang secara tiba-tiba. Dia mengucap dan membaca serangkai dua doa demi menghilangkan rasa gemuruh.
"Omak kau!"
"Datang dari mana pula manusia ni? Kirimanan Tuhan?" bisik batin Danies.
Daniel keluar dari bawah sambil menggosok kepalanya yang sakit. Mulutnya sedang mengomel terhenti apabila melihat Danies yang selama ini terbaring kaku sekarang sedang memandangnya dengan riak wajah ketakutan.
"Dah bangun pula buat hati aku ni," bisik batin Daniel.
"Allahuakbar. Awak siapa? Datang dari mana? Saya ada dekat mana?" soal Danies.
Berubah riak wajah Daniel. Dia membeku sekejap. Seminit kemudian Daniel menoleh ke belakang melihat siapa lagi yang ada dalam ruang ini selain dia. Minit kedua Daniel memandang Danies semula dengan senyuman tawar. Soalan buah hatinya langsung tidak dijawab.
"A... awak dah sedar. Bila awak sedar? Saya rasa pagi tadi awak belum sedar lagi rasanya? Doktor tahu tak awak dah sedar?"
Daniel mengawal kecemasan di hati. Serentak itu rambutnya dileperkan menutup dahi. Sedaya upaya dia cuba mengubah personalitinya. Degupan jantung Daniel berubah mendadak. Dadanya dipegang terasa sakit. Sakit atau takut dengan perempuan di atas katil ini dia sendiri keliru.
"Saya baru sedar. Belum lagi sempat buat apa-apa, awak muncul. Awak datang dari mana?" soal Danies.
"Saya memang ada sini dari semalam. Saya ambil barang jatuh bawah katil tadi," dalih Daniel panik.
Suasana sunyi tanpa bicara sekejap. Danies memandang wajah lelaki di hadapannya dengan penuh rasa curiga. Siapa lelaki ini dengannya?
"Saya rasa... saya macam...."
"Sekejap ya. Kita tukar cerita dulu. Doktor tahu ke awak dah sedar? Nak saya panggilkan?" Sengaja Daniel memotong bicara Danies.
Danies mengangguk perlahan.
Daniel menjaga langkahnya dengan perlahan menghampiri Danies. Secalit senyuman diberikan saat tangannya menekan butang memanggil jururawat.
"Awak tak kenal saya ke?" soal Daniel cuba berlagak tenang. Daniel cuba bersikap bersahaja ketika wajah perempuan bernama Danies dekat dengan tubuhnya.
Danies tergumam. Terdongak Danies ketika mencari wajah lelaki itu. Bau wangi lelaki muda ini mengingatkan dia sesuatu.
"Rasa macam pernah kenal dia tapi di mana?" gumam Danies.
"Saya tanya awak, awak kenal ke tidak? Kenapa mengelamun?” Jarinya ditunding ke wajah Danies menunggu jawapan.
Berapa minit kemudian jururawat dan doktor muncul sebelum sempat Danies menjawab soalannya.
"Ekk, eleh! Cepat pula kau muncul. Masa ni pula dia nak on time... sengaja betul potong line," keluh batin Daniel.
Daniel berganjak sedikit jauh daripada mereka. Dalam gembiranya melihat Danies sedar ada juga terbit rasa takut untuk berdepan dengan Danies. Dia berdiri menunggu dengan penuh sabar.
××
“Kau nak suruh aku rahsiakan?! Kau nak aku mati? Kau tahu Daniel sayangkan kandungan tu. Dia perlu tahu anak dia dah tak ada Dani,” bebel Adel.
“Aku bukan nak rahsiakan selamanya. Aku nak Daniel dengar dari mulut aku sendiri. Please Adel... tolong aku simpan rahsia ni,” rayu Danies.
“Suka hati kau Dani. Dari dulu lagi aku dah pesan jauhkan diri kau dari Hans tapi kau degil. Kau sibuk sangat dengan kisah silam kau. Kau tu mana ingat masa silam kau dengan lelaki tak guna tu.. Sekarang tengok apa jadi?” Sempat Adel menampar lembut pipi rakannya tidak puas hati.
Danies menahan air matanya dari mengalir saat Adel mula berleter. Danies sedar memang salahnya kerana degil dan terlalu mengikut perasaan. Dirinya keliru dengan hasutan Hans tidak habis-habis memburukkan suaminya sendiri. Apa yang menyakitkan hatinya adalah Iqah. Hingga sekarang Danies masih simpan marahnya dengan sikap Iqah bermesra dengan suaminya.
“Aku tahu kau jumpa Hans tu lagi lepas ni... aku tak teragak-agak call bagitahu suami kau. Kau dengar tak Dani?”
Wajah Danies berubah apabila rakannya Adel cuba mengugutnya.
“Adel, Hans banyak tolong aku dulu tapi aku tak sangka dia berubah.”
Adel menolak pipi Danies. Kali ini sedikit kuat.
“Siapa kata dia tolong kau. Hal semalam jelas tunjukkan Hans memang lelaki tak guna. Dia tu lelaki yang tak bertanggungjawab. Buktinya dia dah tolak kau sampai jatuh, sikit pun dia tak ada niat nak tolong kau apa lagi bawa kau ke hospital.”
Danies mengeluh kesal. Pandangannya dibuang ke arah pesakit di hujung kakinya. Susuk tubuh suami pesakit itu persis seperti suaminya. Tidak mungkin Daniel sedangkan Daniel tidak tahu hal ini, melainkan?
“Apa tengok-tengok?” sergah Adel.
Wajah Adel ditenung lama. Keningnya sedikit terjongket mencari jawapan. Adakah Adel selama ini diam-diam berhubung dengan suaminya atau dia memang sedang berhalusinasi.
“Kenapa pandang aku? Marah? Tak suka aku tegur kau?” tanya Adel.
“Sekejap Adel... kau bagitahu aku Hans lari. Jururawat bagitahu aku kau dengan lelaki bawa aku ke sini. Siapa lelaki tu?” tanya Danies. Dia memandang wajah Adel sedang menarik zip beg di sebelahnya.
“Itu bukan Hans. Kau jangan perasan. Cousin aku tu... yang duduk sini temankan aku bawa kau.”
“Adel jangan tipu. Kau tak pernah cakap pun kau ada cousin area Dungun?”
Danies menoleh ke arah lelaki di katil pesakit sana menunggu jawapan Adel.
“Aku baru jumpa dia masa kau pengsan. Dia tak rapat mana pun dengan aku. Kau ni tanya beria sebab apa? Boleh tak bertenang... atau kau sebenarnya dah berubah hati nak suruh aku bagitahu Dany?” usik Adel.
Lengan Adel dipegang erat menghentikan Adel dari mengemas. Danies masih tidak puas hati jawapan Adel. Wajah Adel ditenung sebelum dia mengalih pandangannya ke arah pesakit tadi. Lelaki tadi sudah tiada di kerusi itu.
“Dani kau dah kenapa macam nampak hantu jea? Ada masalah?”
Adel memandang ke arah pesakit di depan Danies dengan dahi berkerut.
“Aku nampak Daniel. Aku nampak suami aku.”
Adel ketawa sinis. Tangannya direntap dari pegangan Danies. Dia hanya mampu menggeleng.
“Kau rindu dia. Tengok suami orang pun kau nampak dia.”
“Tak... itu memang....” Jari Danies masih menunding ke arah pesakit di katil sana.
××
" Ini lagi sorang penipu. Awak ingat saya tak tahu ke awak yang follow saya tiap-tiap malam. Saya dah baca semua surat dari DSS bila saya pindah rumah ayah. DSS cakap dia kena pergi London sebab nak jumpa kak Long kesayangan dia."
"Eh, mana ada. Dany yang menipu."
"Saya tak kira.. pesan ke Daniel Syahril tu saya nak jumpa dia malam ni. Suruh dia datang rumah ayah kalau dia rasa dia masih suami saya. Dia tak datang...." Danies sengaja menghentikan bicaranya.
"Dia tak datang?"
"Dia tak datang, saya bakar motor yang dia bagi tu." Danies beredar meninggalkan Danish dan Hans dengan perasaan marah.
Maaf ya lama tersidai 25Minit. Alhamdulillah berjaya juga win sudahkan setelah setahun lebih tersadai. Cerita ini sebenarnya kisah benar seseorang yang dekat dengan win... setelah dicampur, digaul dan dituang secukup rasa jadilah ia. Sampai sekarang dia masih sabar melayan isterinya yang hilang ingatan. Indahnya cinta mereka. Semoga semua terhibur. Terima kasih menyokong win. ;) winkwink
Share this novel