BAB 2

Drama Completed 373

"Chik Long, cincin tu cincin peninggalan arwah Ma kan? Kalau Ma masih ada, Ma mesti gembira kan tengok Chik Long nak kahwin ni?" Aku tiba-tiba bersuara. Dan aku tiba-tiba terasa yang aku telah merosakkan mood malam tu. Chik Long memandangku. Chik Ein dan Chik Da, terdiam seketika, tangan yang lincah tadi membuat kerje tiba-tiba terhenti. Aku menelan air liur, salahkah aku?

"Kalau lah Ma ada, Chik Long pasti Ma gembira dapat menantu pertama..." ujarnye sambil menggosok-gosok perlahan ciccin di jari nya. Air mata ku tumpah. Kenapa aku membawa suasana sedih ini? Aku lihat mata Chik Ein kebasahan, manakala Chik Da pula menunduk ke bawah. Aku dengar sedu sedan Chik Long. Aku faham perasaan mereka, sebab, aku juga rindukan Ma….Ma, Rita dah lama dah tak peluk ma..

“Rita , Rita , bangun sayang, dah pukul enam ni...nanti tertinggal bas pulak..” ujar Ma perlahan sambil mengosok-gosok lenganku. Aku membuka mata, aku melihat Ma di sebelah ku, manakala Chik Da pula ku lihat sudah siap mandi. Aku lantas bangun. Aku tahu aku sudah lewat. Aku segera mengambil tuala ku yang tersidai di tepi tingkat di bilik yang di kongsi empat orang dara, cuma sekarang berkurangan ahlinya disebabkan Chik Long berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Aku segara mandi. Enam setengah nanti, bas yang membawa aku dan kakakku akan datang. Kalau aku lambat, aku akan di tinggalkan bas. Dan terpaksa lah aku menapak di tepi-tepi jalan, menunggu teksi yang akan mengenakan caj yang lebih mahal daripada bas.
Aku segera bersiap. Mendapatkan Ma di biliknya. Melihatkan Ma terbaring, membuatkan kerisauan melanda secara semulajadi. Ma tak pernah terbaring begini, selalunya Ma lah orang yang bersiap paling awal, menyiapkan adikku yang masih kecil. menyiapkan kami sarapan, dan kemudian turun berkerja.

“Ma, kenapa ni? Ma tak sihat ke?” Tanya aku sambil memandang ke arah Ma yang terbaring. Ma tersenyum ke arahku. Aku memegang tanganya. Panas! Aku meletakkan telapak belakang tanganku di dahi ma. Juga panas! Aku lihat muka Ma pucat. Ma mesti demam, kesian Ma.

“Ma okey lah Rita . Cuma penat sikit,” Aku mengeleng-geleng kepala. Okey? Tak mungkin. Ma, jangan lah sorok kesakitan yang Ma alami daripada kami. Kami tidak mahu Ma menanggung seorang diri.

“Ma demam ni. Ma tak yah pergi kerje ye hari ni? Ma rehat kat rumah ye? Rita pun tak nak pergi sekolah lah. Biar Rita jaga Ma.” pujuk ku, Walaupun aku tahu, mana mungkin ma tidak berkerja hari ni, Kalau Ma tidak berkerja hari ni, siapa yang nak bagi kami makan? Siapa yang nak bagi duit belanja sekolah kami esok? Aku tahu Ma memikirkan semua itu. Ingin sahaja aku berhenti daripada sekolah, berkerja, membantu Ma agar Ma tidak terlalu penat berkerja untuk membesarkan kami. Tapi, Ma memarahi aku kerana katanya ilmu itu penting, tanggungjawab Ma untuk mencari rezeki membesarkan kami.

“Tak boleh, Ma kene pergi keja jugak. Rita jangan risau.Rita pergilah sekolah tu. Nanti tertinggal pulak pelajaran. Ilmu itu penting. Itulah harta yang kita ada. Nanti Ma makan ubat, okey sayang?” Aku mengangguk perlahan. Sebak. Sedaya upaya aku menahan air mata daripada menitis. Aku tak mahu memperlihatkan semangatku yang lemah di hadapan Ma. Kalau Ma boleh menyorok kesedihan yang di alami, takkan aku tak boleh meyorok kesedihan ini melihat Ma bersusah payah membesarkan kami seorang dari. Tidak pernah aku melihat Ma menitiskan air mata walaupun setitik sejak Abah meninggalkan kami. Ma wanita yang tabah, dan aku amat menyanyangi ibuku itu. Aku mahu menjadi seperti Ma.

Aku bersalaman dengan Ma. Mencium tanganya. Seperti biasa Ma akan memelukku erat. Terasa kasih sayang yang Ma curahkan kepada kami. Kasih sayang yang mana mungkin di beli di mana-mana. Tidak ternilai harganya, malah aku tak sanggup menjual kasih sayang yang Ma berikan. Ma menggosok-gosok perlahan badan ku. Aku menangis, tetapi di dalam hati. Aku tak sanggup menitiskan air mata di depan Ma, menambahkan kesangsaraan yang Ma alami.

“Rita , belajar rajin-rajin nak. Ma tak ada harta nak bagi, cuma ilmu yang boleh Ma bagi. Ma akan cuba sedaya upaya untuk hantar anak-anak Ma ke universiti. Rita tak payah risau pasal duit, Ma akan usahakan, Rita cuma perlu belajar dnegan rajin. Ma sayangkan Rita , jangan peduli apa orang nak cakap, dah adat orang miskin macam kita ni. Belajar bersungguh-sungguh, harapan Ma hanya nak lihat Rita Berjaya jadi orang yang berguna.” Aku mengangguk. Aku mencium tanganya sekali lagi. Ma memelukku erat sambil mencum dahiku. Terasa kelainan dalam pelukannya itu. Ma...

Aku bangun, giliran kakakku, Chik Da pula bersalaman, Aku melihat Ma berkata sesuatu kepada kakak ku itu. Mungkin Ma juga menyuruh kakak ku itu belajar bersungguh-sungguh seperti mana apa yang di pesan Ma kepadaku tadi. Aku lihat air mata Chik Da bergenang. Tahan Chik Da, jangan buat Ma bersedih dengan air mata kita!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience