BAB 19

Romance Completed 67139

         SEPERSALINAN baju melayu satin putih yang ditempah khas oleh Aiden disarungkan pada tubuh tegapnya. Tangannya cekap mengenakan butang baju melayunya pada bahagian depan baju tersebut. Kelihatan baju melayu itu melekap sempurna pada tubuhnya.

Aiden melangkah mendekati laci almari peribadinya. Rambut hitam keperangan miliknya digayakan ke belakang menyerlahkan dahi putih yang licin. Dia mengambil jam tangan berjenama Rolex berada di dalam laci meja itu untuk dipakai pada tangan kirinya.

Anak matanya bergerak pada sepucuk pistol Glock 17 yang turut berada di situ. Tanpa berfikir panjang, Aiden mengambil saja pistol kegemarannya itu bersama dirinya. Derapan langkah kakinya menuruni tangga memenuhi ruangan rumah agamnya yang luas dan sunyi.

Irsyad yang setia menunggu di bawah membuka pintu kereta untuk Tuan Mudanya itu. Sebaik Aiden memboloskan diri ke dalam perut kereta, laju sahaja kereta sport itu meluncur di jalan raya.

“Everything's already prepared?” Tanya Aiden dari tempat duduk belakang kereta. Matanya sibuk membaca laporan dari syarikat keduanya di Itali. Semuanya masih dalam kawalan. Nampaknya Dani belum bertindak seperti yang disangka oleh Aiden.

“Semua dah siap, Tuan. Budak-budak semua dah ada dekat sana. List tetamu semua dah checking macam yang Tuan arahkan. The hotel fully secured.”

Lapor Irsyad lancar melaporkan kepada Aiden. Matanya masih tetap pada jalan raya. Memastikan perjalanan Aiden untuk akad nikah tiba dengan selamat.

“Good. Anything else?” Aiden menutup skrin telefon iPhone miliknya serta-merta. Dia ingin memastikan segala persiapan perkahwinan dia dan Adara berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

“Ada pesanan daripada Tuan Muda Aryan, Tuan.” Irsyad sempat mengerling wajah Aiden yang berkerut apabila mendengar nama Aryan.

“Good news or bad news?” Soal Aiden ingin tahu. Memandangkan sebelum ini dia pernah mengarahkan rakan baiknya, Aryan, yang berada di Itali untuk menyiasat keberadaan Dani. Baru sekarang ada khabar berita.

“ Both. Tuan Muda Aryan still tak jumpa Dani. But, he said Dani still in Malaysia. Lebih kurang dua hari lepas orang kuat Tuan Aryan nampak Dani dekat club malam Bukit Bintang. Itu location terakhir Dani setakat ni.”

Aiden diam menerima semua maklumat baharu itu tentang Dani. Tahu pasti ada sesuatu yang dirancang oleh Dani dalam diam. Cuba dia masih tak pasti apa yang akan berlaku.

“Continue, track him. Hantar seorang budak kita dekat Bukit Bintang. Cari semua orang yang ada terserempak or ternampak Dani. Clear?” Arah Aiden, dia membetulkan pistol yang disarungkan pada pinggangnya sekilas.

“Clear, Sir.”

Secara tiba-tiba, telefon pintar milik Aiden berdering. Aiden meleret jarinya untuk menjawab panggilan. Serta-merta, panggilan disambungkan. Butang loudspeaker ditekan. Aiden sempat melihat nama pemanggilnya.

“Apa?” Mendatar sahaja suara Aiden menyapa. Dayyan yang berada di hujung talian bernada biasa.

“Pasal Aris, Aris Hazryn. Dia tak nak bukak mulut pasal Dani. So, kau nak aku buat apa?” Dayyan menjeling pada Aris yang masih diikat.

“Mana dia?” Aiden diam sejenak sebelum membalas.

“Ada dengan aku sekarang.” Dayyan menyelukkan tangannya ke dalam seluar. Suatu kebiasaan yang dia selalu lakukan.

“Pass phone kau dekat dia.” Arah Aiden senada. Dayyan membuka ikatan Aris sebelum menyerahkan telefonnya kepada lelaki itu. Sebuah amaran keras diberikan kepada Aris sekiranya dia ingin mengambil peluang untuk melepaskan diri.

Aris meregangkan urat tangannya yang tegang seketika. Luka pada lehernya masih tidak sembuh kerana tak dirawat dengan baik. Lambat-lambat, dia menyambut huluran Dayyan kepada dia.

Entah apa yang Aiden nak sampaikan pada dia pun dia tak tahu. Telefon dilekapkan pada telinga. Yang pasti, Aiden mesti akan tanya pasal Dani. Sehingga Aris dah muak dnegan soalan itu.

“Aku tak tahu Dani dekat mana-”

“Kerja dengan aku.”

“Hah?” Aris menjauhkan telefon itu daripada telinganya. Tak percaya dengan kata-kata Aiden. Dayyan yang memerhati langsung tak terkejut.

Dah tahu perangai Aiden yang selalu buat kerja gila. Segila-gila rancangan Aiden, semuanya berjaya. Tak pernah satupun yang gagal. Sebab itulah Dayyan malas nak cakap apa-apa.

“Aku bayar berapa yang kau nak. Up to you. Accept or not.” Sambung Aiden lagi tanpa menghiraukan nada Aris yang terkejut sebentar tadi.

“What the hell?” Carut Aris mendengar kata-kata Aiden yang tak masuk akal. Dia nak kerja dengan Aiden? Untuk apa?

“Listen, kau tak bagi apa-apa benefits untuk aku. Kau tak ada maklumat about Dani? Then, leave. Jangan buang masa aku. Tapi kalau kau terima, aku ada kerja untuk kau. That's it.”

Aris tak membalas apa-apa. Dia memulangkan kembali telefon itu kepada Dayyan tanpa memberikan jawapan. Mengambil keputusan untuk memikirkan tentang kata-kata Aiden dahulu.

“Hello?” Suara Dayyan menegur ingin mengetahui sekiranya talian masih disambungkan.

“Lepaskan dia.” Arah Aiden membalas. Dayyan mengerutkan dahi tanda tak faham tindakan Aiden.

“Tapi-”

“Lepaskan dia, Dayyan. Just follow him if he really leave. Maybe dia jumpa Dani, so we can track him. But if he isn't leaving, let it be. Aku ada kerja untuk dia. ”

Terang Aiden ringkas menjelaskan tindakan untuk melepaskan Aris. Dia sengaja menguji Aris mahu memastikan lelaki itu tidak menipu dirinya tentang lokasi Dani sekarang.

“Fine, kenapa tak bagitahu aku awal-awal? Buang masa aku je. Kau tahu tak banyak mana kes aku yang tak selesai dekat pejabat?” Rungut Dayyan, dia mengurut pelipisnya.

“Bukan masalah aku. Got to go. Busy.”
Aiden mahu meletakkan panggilan tetapi ditahan oleh Dayyan.

“Woi, dasar tak guna lah kau ni. Kau sibuk apanya? Sekarang weekend. Kalau aku tahu kau sibuk dengan perempuan macam Aryan-”

“Aku sibuk nak kahwin.”

“What?!”

Aiden segera menamatkan panggilan. Iphone miliknya yang kembali berdering dimatikan serta-merta. Sudah tahu Dayyan yang menghubunginya semula.

Malas mahu melayan segala soalan yang akan ditanya oleh lelaki itu, Aiden menyimpan iphonenya ke dalam poket.

Sedang dia sibuk menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar, sebuah kotak baldu hitam berjenama Tiffany & Co, terkeluar dari poketnya.

Aiden menundukkan tubuhnya mahu mengambil kotak tersebut. Tangannya membuka kotak itu menyerlahkan sebentuk cincin berlian yang ditempah khas oleh dia dua minggu yang lepas.

Khas untuk Adara.

Aiden segera menyimpan semula kotak itu ke dalam poket. Wajah Adara yang sedang tersenyum berlayar di fikiran tanpa dia sedar membuatkan dia semakin tidak sabar menemui Adara.

“Irsyad, drive faster.”

Tanpa berkata apa-apa, Irsyad menekan pedal minyak kereta. Meninggikan kelajuan kereta seperti yang dikehendaki oleh Tuan Mudanya. Sempat dia menangkap kata-kata Aiden.

“I want to see her.”

-

-

-

-

        “AKU terima nikahnya Adara Qalyssa Binti Zarul Haqim dengan mas kahwinnya seratus ribu ringgit tunai.”

Hanya dengan sekali lafaz, Adara sah diijabkabulkan menjadi isteri kepada Aiden. Adara menadah tangan mengaminkan doa. Anak matanya sering bergerak ke arah figura Aiden yang tak jauh dari dirinya.

Pandangannya tertancap pada Aiden yang lengkap berpakaian baju melayu satin putih untuk majlis pernikahan mereka pada hari ini. 
Dia terpegun seketika melihat aura maskulin Aiden pada hari ini.

Bayangan dia saja atau Aiden memang nampak macam putera raja?

Adara mengelengkan kepala. Dia sendiri tak sangka dia sudah menjadi isteri Aiden. Sekali lagi, dia memandang ke arah suaminya. Ceh, suami.

Tanpa diduga, Aiden menoleh ke arah Adara pada masa yang sama seolah mengetahui isterinya sedang memerhatikan dia. Adara segera mengalihkan pandangan. Kepalanya ditundukkan melihat jarinya yang berinai merah. Siap bercorak bunga lagi.

Padahal sebenarnya, malu!

“Oi, yang kau tertunduk-tunduk kenapa? Tu Aiden datang dah. Salamlah cepat suami kau. Kesian dia.” 

Tegur Adila yang menyedari Adara menundukkan wajah dari tadi. Tahulah corak bunga inai tu lawa. Dia yang tolong pilihkan semalam.

Adara mengangkat wajah dengan perlahan-perlahan. Baru sahaja dia mahu membalas kata-kata Adila, baru dia sedar Adila sudah tiada di sebelahnya. Kepalanya ditoleh ke kanan, menemui Adila dan Nek Kalsum yang sedang tersenyum lebar ke arah dia.

Adara turut mengukir senyuman sebagai balasan. Dia menolehkan kepalanya ke hadapan semula. Menemui Aiden yang dilihat dari jauh tadi sudah berada di hadapan mata. Adara menelan air liur apabila melihat senyuman mengejek pada wajah Aiden.

Cuba senyum elok-elok!

Huluran tangan Aiden disalam oleh Adara. Sejuk tangannya dirasakan apabila terasa tangan Aiden yang terasa hangat pada kulitnya. Sebentuk cincin perak disarungkan pada jari Aiden. Adara menarik nafas lega.

Tetapi hanya seketika kerana dia menjadi panik apabila Aiden tak mahu melepaskan tangannya. Anak matanya dijegilkan kepada Aiden sebagai isyarat. Langsung Aiden tak endahkan.

Malah, tangan isterinya ditarik dengan lembut mendekati tubuhnya. Aiden mendekatkan bibirnya pada telinga Adara mahu membisikkan sesuatu.

“Relaks, sweetheart.”

Kedengaran suara Adila menjerit melihat keadaan itu seolah mendengar kata-kata yang Aiden ucapkan hanya untuk Adara. Entah mengapa, hati Adara terasa tenang sedikit mendengar kata-kata Aiden.

Tak lama kemudian, dahi Adara terasa hangat dicium lembut oleh Aiden. Seluruh tubuh Adara seperti dikenakan renjatan elektrik. Membuatkan dia mengigil. Terasa aliran darahnya berkumpul pada wajahnya.

Merah padam muka Adara sekarang menahan malu. Tangan suaminya naik mengusap perlahan pipinya pula membuatkan Adara terasa tenang kembali.

“Takut sangat ke? Aku tak makan kau. Not yet.”

Bisik Aiden pada telinga Adara apabila merasakan tubuh isterinya yang mengigil sebaik dia menyentuh isterinya itu. Adara mencebik. Urgh.

Laju saja tangan Adara mahu mencubit Aiden sebagai balas dendam. Namun Aiden lebih pantas bertindak. Tangan isterinya dipegang lalu dicium lembut membuatkan hati Adara mula memainkan rentak.

“Jangan bukak unless we're divorced.”

Pesan Aiden menyarungkan sebentuk cincin berlian yang dikeluarkan dari poket seluarnya pada jari manis milik Adara. Adara tersentak.

“Beautiful.”

Ucap Aiden perlahan apabila melihat cincin itu yang tersarung kemas pada jari runcing milik Adara. Tangan Adara diusap.

“Tapi bukan kita-”

Kata-kata Adara terhenti apabila Aiden meletakkan jari telunjuknya pada bibir Adara. Dagunya dinaikkan oleh Aiden, dia mahu melihat wajah Adara dengan lebih jelas.

“Shhh... I know, Adara. I know. Just shut up, woman.”

-

-

-

-

             
        ADARA menguntum senyuman kepada tetamu yang hadir. Suaminya entah hilang ke mana. Saudara-maranya yang jauh datang disambut mesra. Nek Kalsum sibuk melayan tetamu.

“Ara, ya allah. Kau ni. Cuba duduk diam. Tudung kau dah senget ni. Cari siapa dari tadi?” Tanya Adila sambil membetulkan tudung Adara. Apa punya pengantinlah kalau selekeh. Orang kahwin nak cantik-cantik. Minah ni? Hmmm malas cakap.

“Macam mana Aiden nak kahwin dengan kau pun aku tak tahulah, Ara.” Adara menjuihkan bibir.

“Kau jangan tanya aku, tanya Aiden. Aku pun tak tahu.” Adara meniup awning tudungnya supaya kelihatan elok. Dah jadi isteri orang kenalah jaga imej.

Lagi-lagi, jadi isteri Aiden.

Adara meliarkan pandangan cuba mencari kelibat suaminya. Hotel mewah bertaraf lima bintang yang ditempah Aiden sebagai tempat majlis perkahwinan mereka pada hari ini
membuatkan Adara tersentuh dengan usaha suaminya dalam menyempurnakan persiapan perkahwinan mereka dalam masa yang singkat.

Walaupun pada dia, perkahwinan mereka adalah hanya kontrak semata. Tetapi tidak bagi Aiden, suaminya itu benar-benar mengambil serius tentang perkahwinan mereka. Adara mendekati Irsyad yang turut berada di situ.

“Irsyad, Aiden mana? Saya cari dia dari tadi tak jumpa.” Tanya Adara ingin tahu.

Belum sempat Irsyad membalas, satu suara mencelah perbualan mereka.

“Cari aku?” Tegur Aiden betul-betul pada telinga Adara. Tangannya dilingkarkan pada pinggang isterinya. Menarik Adara rapat pada tubuhnya. Irsyad segera beredar dari situ.

Adara menoleh menghadap ke arah Aiden. Pegangan Aiden pada pinggangnya cuba dilepaskan. Tapi Aiden semakin ketatkan pegangan. Seolah tak nak melepaskan langsung Adara.

Adara putus asa. Mengada betul Aiden ni. Mentang-mentang dah jadi suami.

“Pergi mana tadi? Penat cari tahu tak? Dah lepas. Nak makan. Lapar.” Adara mencebikkan bibir. Dari tadi dia nak makan. Tapi tak ada orang teman.

Takkan nak ajak Irsyad pulak makan dengan dia tadi? Itupun kalau Irsyad nak.

Eh sebelum ni elok je kau makan seorang-seorang Adara? Dah kenapa nak berteman. Cakap jelah kau nak makan dengan Aiden.

Getus suara hati Adara yang mengkhianati
egonya. Adara mengeleng kepala. Macam-macam. Dia menyedari Aiden yang sudah tiada di sebelah. Mana hilang lagi suami dia ni?

Tiba-tiba, sepasang tangan melingkari pinggangnya membuatkan Adara tersentak. Dia menghela nafas lega apabila itu hanyalah suaminya, Aiden. Jelingan tajam diberikan kepada suaminya. Aiden tayang muka bersahaja.

“Lapar kan tadi? Makan. Nanti naik bilik rest.”

Aiden menarik sebuah kerusi untuk Adara duduk. Mahu isterinya menikmati sepinggan makanan yang diambil oleh dia sebentar tadi apabila mendengar rungutan yang keluar dari mulut Adara.

Bersinar-sinar mata Adara melihat juadah dihadapannya. Tak sabar dia mahu makan melihat makanan yang begitu menyelerakan dihadapannya kini.

“Kau tak nak makan?” Soal Adara yang sudah menyuap makanan itu ke dalam mulut. Aiden mengeleng sebagai balasan. Dia menghirup air dari gelas yang diambilnya tadi.

Adara hanya membiarkan. Tak nak makan sudah. Biar dia yang lapar ni makan. Lagipun dia tanya je.

Sudahnya hanya Adara saja yang makan. Aiden  pula langsung tak lepas memandang isterinya yang terlalu leka menjamu selera. Entah kenapa, setiap tindakan isterinya membuatkan dia lebih tertarik kepada Adara.

“Nak lagi?” Tanya Aiden apabila menyedari pinggan Adara sudah licin. Adara mengeleng kepala tanda tak mahu. Dia bingkas berdiri. Aiden turut berdiri mahu mengikut isterinya tetapi dihalang oleh Adara.

“Tunggu sini.” Pesan Adara kepada Aiden sebelum berlalu pergi. Aiden menghantar pemergian Adara dengan pandangan. Sesekali dia akan memeriksa Adara. Risau sekiranya isterinya diculik atau diganggu oleh sesiapa.

Tak lama kemudian, Adara kembali bersama sepinggan nasi di tangan. Aiden mengerutkan wajah.

“Kenapa tak cakap nak tambah lagi?” Tanya Aiden tak suka Adara tak memberitahunya tadi.

“Bukan untuk akulah. Untuk kau. Makanlah.”

Adara mengambil tempat duduknya tadi. Dia menongkat dagu melihat Aiden. Rasa bersalah dia apabila dia saja yang makan tadi. Tak elok pula sebagai isteri layan suami dia macam tu.

“Aku kenyang.” Tolak Aiden tak mahu. Dia menolak pinggan itu kepada Adara.

“Tak kira, makan jugak.” Adara menolak kembali pinggan itu kepada Aiden. Tak nak mengalah.

“Fine.” Adara tersenyum kemenangan.

-

-

-

-

            MAJLIS resepsi mereka berdua hari ini akhirnya menemui penghujungnya. Nek Kalsum sudah pun naik ke bilik hotelnya untuk berehat.

“Eh, kau tak nak naik bilik ke Ara?” Tanya Adila yang mahu pulang ke bilik hotel. Dia sendiri terasa penatnya walaupun bukan dia yang kahwin hari ni.

“Kejap lagi kot. Nanti aku naiklah. Nenek dah naik bilik ke?” Adara memanjangkan leher cuba mencari kelibat Nek Kalsum.

“Dah lama dah. Aku naik dulu tau. Kau tu naiklah bilik cepat. Aku tak sabar nak jadi aunt ni.” Usik Adila sebelum berlari anak melarikan diri daripada Adara.

“Dila!” Marah Adara geram. Haih nasib kawan. Dia bukan tak nak naik bilik. Tapi dia segan nak berdua dengan Aiden nanti.

“Jom.” Ajak Aiden yang datang di sebelah isterinya untuk naik ke bilik mereka berdua. Dia menarik tangan Adara. Tetapi, Adara tak nak bergerak.

“Kau naiklah dulu. Nanti aku naik.” Adara memberi alasan. Aiden mengangkat keningnya. Dipandang isterinya atas bawah sebelum dia mencempung tubuh isterinya secara bridal style dibawa ke bilik.

Membulat mata Adara terkejut dengan tindakan suaminya. Tangannya menepuk lengan sasa Aiden mahu diturunkan secepat yang mungkin. Bertambah malu dia dibuatnya apabila ramai yang memandang ke arah mereka.

“Aiden, turunkan! Nak turun! Aku boleh jalan sendiri!” Rungut Adara tak henti. Aiden langsung tak mengendahkan rungutan isterinya.

“No. Duduk diam-diam. Jangan degil. Nak aku lepaskan kau jatuh?”

Aiden menundukkan wajah menemui wajah Adara. Adara mengeleng. Riak mukanya dimasamkan. Tangannya dipaut pada batang leher Aiden. Takut sekiranya terjatuh apabila terlepas.

Aiden mengatur langkah ke arah suite hotel yang sudah ditempah olehnya. Tangannya menekan kod kata laluan pada pintu bilik dengan menggunakan sebelah tangannya.

Sebaik pintu bilik terbuka, Aiden menurunkan Adara. Laju saja Adara berlari menuju ke pintu bilik air selepas menjeling Aiden dengan geram. Suka hati je nak angkat orang!

Aiden mempamerkan riak muka tak bersalah. Tubuhnya dihempaskan pada katil king yang empuk itu. Terbit nafas lega dari mulutnya setelah dapat berehat untuk seketika. Matanya dipejamkan. Ingin melelapkan mata sementara menunggu isterinya membersihkan diri.

Setelah beberapa ketika, akhirnya Adara telah selesai mandi. Dia sudah siap-siap menukar pakaian di dalam bilik air. Rambutnya yang basah dikeringkan. Matanya memandang Aiden yang sedang tidur dia atas katil mereka berdua.

Rasa simpati mula hadir melihat suaminya yang kepenatan. Tahu Aiden tak pernah tunjuk atau berkata apa-apa. Semuanya diselindung disebalik wajah dingin tanpa riak suaminya itu. Tapi dia tahu Aiden penat. Dia pun manusia juga.

Adara melabuhkan punggung di hujung katil. Wajah Aiden dipandang lama. Serba salah tak mengejutkan suaminya yang sedang tidur dengan nyenyak. Adara mendekatkan diri pada tubuh Aiden.

“Stop staring, wife.”

Aiden menarik tubuh Adara pada tubuhnya. Mahu merapatkan lagi kedudukan mereka. Adara menarik nafas. Aiden membuka mata. Dia sudah lama terjaga setelah mendengar pintu bilik air yang terbuka.

And he's light sleeper.

“Ei lepaslah. Pergi mandi. Busuk. Orang nak tidurlah.” Adara menutup hidungnya seolah bau badan suaminya menggangu dia. Dia cuba berlagak biasa padahal sebenarnya hati dah bergetar hebat.

“Tak nak. Aku nak kau.” Aiden menarik Adara pada tubuhnya. Wajahnya disembamkan pada leher jinjang milik Adara. Tangannya dilingkarkan pada pinggang isterinya.

“Wangi.” Puji Aiden perlahan pada telinga Adara. Adara menelan air yang terasa kesat. Situasi ini pernah berlaku dalam mimpi dia. Tanpa amaran, Aiden menolak tubuh Adara di atas katil. Tubuhnya memerangkap Adara daripada bergerak.

“Aiden...” Panggil Adara sudah berona merah wajahnya. Aiden bergumam tanda mengiyakan. Tangannya bermain-main dengan rambut hitam milik isterinya.

“Yes, sweetheart?”

Aiden memandang anak mata Adara. Tubuhnya masih berada di atas isterinya. Adara menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya malu. Aiden mengigit bibir menahan dirinya daripada tersenyum melihat gelagat isterinya yang comel itu.

Cute.

Perlahan-perlahan, tangan Aiden merayap naik ke dalam baju Adara. Tangan kasarnya mengusap lembut sisi tubuh milik Adara. Membuatkan Adara melepaskan tawa kecil. Aiden menghentikan tindakannya.

“Janganlah. Geli.” Adara menahan tangan Aiden daripada bergerak. Dia sendiri tak tahu mengapa dia membiarkan saja Aiden menyentuh dirinya sebegitu.

“What? I can't hear you.” Aiden mula menggeletek Adara sehingga membuatkan Adara melepaskan tawanya sepuas-puasnya.

“Aiden! Stop! Geli!” Adara sedaya upaya cuba menghentikan serangan suaminya. Tak henti dia menjerit nama Aiden mahu suaminya berhenti. Akhirnya, Aiden berhenti. Dia melepaskan Adara.

“Tunggu aku. Jangan tidur lagi.”

Pesan Aiden sebelum bingkas berdiri menuju ke bilik air. Adara tak membalas apa-apa. Dia menyorokkan mukanya ke dalam selimut. Matanya mengintai figura suaminya yang sudah masuk ke dalam bilik air. Adara menghela nafas lega.

“Mati aku kalau hari-hari kena serang dengan Aiden.” Adara mengeleng kepala. Dia menyelimutkan diri dengan duvet mahu menghangatkan tubuhnya yang sejuk terkena penghawa dingin yang terpasang.

Takut tertidur kerana rasa sejuk itu mula membuatkan dia mengantuk. Namun akhirnya, Adara kalah dan terlelap juga apabila rasa kantuk menguasai dirinya lebih daripada segalanya. Penat selepas seharian menjadi pengantin.

Aiden yang baru keluar dari bilik air mendekati isterinya. Rambutnya yang sedikit basah diraup ke belakang. Dia mengenakan sehelai short pant hitam saja untuk dibawa tidur. Tubuhnya yang berat menenggelamkan katil membuatkan Adara bergerak-gerak ingin terjaga.

Aiden menepuk lembut belakang badan isterinya memujuk isterinya tidur semula. Adara kembali lena dengan nyenyak. Aiden berbaring di sebelah Adara. Wajah Adara yang terselindung di sebalik rambutnya diselak oleh Aiden ke belakang.

Pinggang Adara ditarik lembut ke dalam dakapan Aiden. Dia mengetatkan pegangan pada tubuh Adara. Aiden mengukir senyuman nipis melihat wajah polos Adara yang nyenyak tidur. Berbanding wajah Adara yang menjerit namanya mohon dilepaskan sebentar tadi.

“I told you before, I'll make you scream my name till the world know you're mine. Sweetheart.”

Updated! Happy reading Stay tune

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience