BAB 30

Romance Completed 11647

Puas bersujud di tikar sejadah, tangan ditadah meminta pada Yang Esa. Siang malam mengabdikan diri meminta pejunjuk dari-Nya.

Kini, aku yakin dengan pilihanku.

Langkah kaki diatur menuruni tangga. Sebentar lagi aku akan keluar dengan Hamka, mencari baju pengantin. Hamka sudah menungguku di dalam kereta. Selepas menyalami Mak Mah, aku bergegas ke kereta. Sempat dia berpesan kepadaku agar berhati hati.

"Rose, nak beli baju kat mana?" Soal Hamka.

Aku memandangnya hairan. Dahi dikerutkan. Tanya aku? Aku manalah tahu butik pengantin ni. Tak pernah pernah aku ambil tahu hal orang berkahwin. Kak Sofia kahwin dulu pun aku masih kanak kanak lagi, manalah tahu menyibuk dalam hal baju pengantin.

"Tak tahu, ikut je."

Hamka tergelak besar. Hairan, disampuk jembalang agaknya.

"Jom. Hamka tahu."

Kereta dipandu laju. Aku mendiamkan diri, tidak tahu hendak bercakap apa. Hamka pula hanya fokus pada pemanduan. Hanya bunyi kenderaan yang berbunyi. Sesekali terdengar hon daripada kenderaan lain. Biasalah, kesesakan lalu lintas. Rimas.

Lama aku berada di dalam kereta. Sudah kebas punggung akibat terlalu lama duduk. Bibir pula sudah kering, terlalu lama terdedah pada pendingin hawa. Lupa pula hendak memakai pelembab bibir. Muda muda pun dah nyanyuk.

Aku memerhati di tepi jalan, cuba mencari papan tanda untuk mengetahui di mana keberadaanku. Tiba tiba kereta yang dipandu Hamka berhenti tiba tiba. Bunyi hon membingitkan telinga. Tangan ditahan sekuat mungkin di 'dashboard' untuk menghalang kepala terhantuk. Hamka pula kelihatan berpeluh peluh. Nasib baik keadaannya baik, tidak mengalami kecederaan.

"Hamka, kenapa?" Aku bertanya kepada Hamka. Risau jika insan yang aku cintai ini tercedera.

"Alhamdulillah, Hamka okay. Hamka rasa macam ada sesuatu tak kena." Kereta yang hampir terlanggar penghadang jalan diundur perlahan lahan. Untung pemandu lain memahami keadaan kami. Mereka semua memperlahankan kenderaan untuk memberi laluan kepada kami.

"Apa yang tak kena?" Risau pula aku mendengar bicara Hamka yang serius.

"Tadi, ada sebuah kereta cuma himpit kereta Hamka. Sebab tu jadi macam ni."

Aku mengangguk angguk. Siapa agaknya ya? Jay ke? Janganlah dia datang menghancurkan saat bahagia aku bersama Hamka. Aku tidak mahu kembali pada dia lagi.

"Hamka, tak tengok ke nombor plate?" Aku bertanya, seperti polis pula lagaknya.

"Dah. Takpe, nanti Abang Polis siasat." Hamka tergelak.

Aku turut tergelak apabila mendengar tawanya. Mungkin dia cuba menyembunyikan rasa cuak di hatinya.

"Hamka, dah la fikir. Nanti kalau Hamka fikir sangat cepat tua. Kalau dah tua, Rose taknak. Sebab Rose muda lagi. Baru umur 18."

"Apa! Baru 18? Selama ni Hamka tak pernah tahu pun." Hamka membutangkan matanya melihatku. Tak sangka agaknya gadis di sisinya baru berumur 18. Tua sangat agaknya rupaku.

"Kenapa? Nampak tua ke? Lagipun macam mana Hamka nak tahu sebab tak pernah tanya. Nama penuh bakal isteri sendiri pun tak tahu." Aku mencebik. Tidak kisah pun sebenarnya, nama dan umur tidak penting. Asalkan dia kenal peribadi aku, itu sudah cukup.

Hamka menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tersengih menunjukkan barisan gigi yang memutih.

"Sorry sayang."

Aku tidak mengendahkan maafnya. Merajuk sekali sekala tak salahkan. Heh. Tak merajuk pun sebenarnya, tak ada faedah langsung.

Kereta yang dipantu Hamka berhenti di sebuah butik perkahwinan. Kusha Weddings and Events. Aku terpana melihat busana pengantin yang dipaparkan di hadapan kedai itu. Persis baju Elsa dalam cerita kartun Frozen. Mataku tidak lepas memandang busana yang berwarna biru itu.

"Rose, jom lah keluar. Kat dalam nanti boleh tengok lagi."

Aku tersentak apabila suara Hamka menyapa gegendang telinga. Senyuman diukir, cuba menyembunyikan rasa malu. Langkah kaki diatur memasuki butik pengantin di hadapanku.

"Hi. Welcome to Kusha Weedings and Events." Sapa seorang gadis yang memakai baju kebaya mengikut potongan badan berwarna merah jambu. Lehernya yang jinjang terdedah apabila rambut disanggul tinggi.

Aku menghadiahkan sekuntum senyuman kepadanya. Begitu juga dengan Hamka.

"Miss, boleh bawa dia pilih baju yang sesuai untuk akad nikah?"

"Sure." Ujar gadis di hadapanku sambil tersenyum. Dia mengajakku mengikutnya ke arah satu sudut di dalam kedai itu.

"You prefer baju kurung or dress?" Soal gadis di hadapanku.

Busana yang dipakaikan di patung yang mengelilingiku membuatkan aku agak rambang mata. Tidak tahu hendak memilih yang mana.

"Anything but a simple one okay?"

Hah. Keluar juga bahasa Inggeris dari mulutku. Semasa bekerja dengan Jay, ada juga belajar bercakap bahasa orang berkulit putih ni. Tapi cuma yang biasa digunakan dalam percakapan seharian.

Gadis yang bernama Tasya menunjukkan aku tiga pasang busana. Mataku tertacap pada sepasang baju kurung moden. Berwarna seakan akan krim dan dihiasi dengan lace berwarna senada. Manik dan labuci dijahit dengan warna merah menyerlahkan baju kurung moden itu. Aku mencubanya di 'fitting room'. Nasib baik betul betul muat dengan badanku. Malas hendak cerewet, aku memilih baju itu sebagai baju akad nikahku.

Kaki dihayun laju menuju ke arah Hamka yang sedang duduk di atas sofa. Pandangan mata ditahan agar tidak melihat busana lain, risau jika rambang mata.

"Dah."

Hamka yang sedang membelek majalah yang memaparkan pelbagai jenis baju pengantin memandangku.

"Cepatnya." Kata Hamka. Dahinya berkerut. Mungkin hairan kerana biasanya perempuan agak cerewet dalam soal memilih baju, jadi sudah tentu akan mengambil masa yang lama.

Aku mencebik. Mataku melilau mencari busana yang pertama kali aku lihat sebentar tadi.

"Hamka, dah ada orang tempah ke gaun macam Elsa tu?"

"Mana? Yang kat depan tu ke?" Soal Hamka, dia turut memandang ke arah yang sama.

Aku mengangguk. Baru saja berangan untuk memakai baju itu ketika hari persandingan. Tapi lain pula jadinya.

"Ha'ah. Baru je ada orang beli tadi."

Cepat betul orang itu beli. Agaknya terlalu lama aku menukar baju tadi sehinggakan ada orang yang sempat membeli busana persis gaun Elsa itu. Tidak mengapalah, bukan rezeki agaknya untuk memakai busana secantik itu. Aku tidak faham mengapa aku masih berminat pada cerita kartun. Mungkin kerana umurku baru saja 18 tahun.

Tapi, 18 tahun bukanlah muda sangat kan?

Hamka tiba tiba mengajakku pulang. Padahal baju untuk bersanding masih belum dipilih.

"Hamka, baju bersanding?" Tanyaku. Kaki dihayun laju, cuba menyaingi langkahnya yang besar itu.

"Lain kali. Hamka kena masuk kerja." Kata Hamka. Dia terus menghidupkan enjin kereta dan memecut laju Mercedez Benznya.

Aku mengetatkan tali pinggang keledar. Risau jika pisang berbuah dua kali. Sempat dia singgah di 7 Eleven untuk membeli sebotol air 100 Plus. Dahaga mungkin. Dia hanya menghantar aku di hadapan pagar rumah.

"Masuk. Jangan keluar kalau Hamka tak ada. Kalau ada orang tak kenal datang, jangan buka pagar. Faham?" Pesan Hamka. Wajahnya kelihatan serius. Entah apa yang dirisaukannya.

Aku tidak banyak membantah. Aku terus masuk ke dalam rumah. Takut juga sebenarnya. Aku yakin Jay tidak akan berputus asa untuk mencariku. Bagaimanalah agaknya keadaan Kak Sofia menjadi isteri dia? Kasihan Kak Sofia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience