BAB 6

Romance Completed 9492

Tak tenang aku hidup begini. Apalah yang ada kat Kuala Terengganu melainkan Mydin Mall dan Giant Hypermarket. Pusing-pusing pun tempat serupa juga. Punyalah luas dalam giant ni, ada juga dada manusia yang dahi aku terhantuk. Pelik tapi benar.

Bertentang mata dan aku rasa macam nak pengsan. Rupanya dia yang aku langgar. Masya-Allah, Allahu akbar. Ucap aku dalam hati. Semakin tampan cuma riak wajahnya yang tersangatlah serius bila aku mengangkat muka.

Tanpa kata maaf, dia terus berlalu dan aku hanya memerhati dengan hati yang sayu bila dia berbuat begitu. Untuk sekian kalinya, aku menjerit namanya di ruang legar Giant tu dan melaungkan bahawa aku meminta maaf darinya. Hilang perasaan malu aku menjerit di kalayak ramai begitu.

Mungkin dia malu aku berbuat demikian, terus tangan aku dicengkam dan ditarik kuat agar aku mengikutnya. Laju sahaja dia membawa kereta.

“Diam je, bukan ke selama ni banyak cakap ke? Ke dah jadi bisu bila menjerit tadi?” sinisnya bila aku dengar dia berbicara sedemikian.

“Dah jadi baik ke, bila bertaubat dari jadi penipu ni.”

“Erm, aku cakap dengan stereng rupanya.” Sindir dia lagi.

Aku memejamkan mata rapat-rapat kerana tak sanggup untuk terus menghadapi situasi begini. Rasanya sekejap sahaja dia memandu, kereta dah berhenti di hadapan pintu pagar rumahku.

“Mar, bila kau sampai Terengganu ni? Tak bagitau aku pun.” Terkejut bila aku masuk ke dalam rumah melihat keluarga pak cik Shukri dan sahabat baikku di UiTM berada di rumahku sekarang.

“Aku jadi wakil saudara aku, Ain. Abang sepupu aku dah lama nak masuk meminang kau. Cuma aku je yang baru sekarang ni ada masa sikit dan kebetulan abang sepupu aku baru je habis belajar kat Jordan.” Tersengih-sengih Mardhiyah pada aku.

“Aku tak paham apa ni.”

“Nantilah kau paham, sekarang ni boleh tak kau terima je, Ain. Ayah kau, umi kau, semuanya dah setuju. Cuma tunggu keputusan kau je ni.”

“Ain, ayah terima dah ni. Ain boleh terima kan bila ayah buat keputusan macam ni.” Tak sempat aku bertanyakan Mardhiyah keputusan untuk apa, dah disampuk oleh ayahku.

“Keluarga pak cik Shukri nak kita buat secepat yang mungkin. Benda yang baik tak elokkan kita lambatkan.” Lagi aku tak faham bila ayahku berkata demikian. Lagi aku tak faham apa pula pak cik Shukri nak buat ni.

Hampir nak senja tu barulah keluarga pak cik Shukri meminta diri dan aku hanya berkurung di dalam bilik sambil memikirkan sebarang kemungkinan bila umi memberitahu bahawa aku dipinang oleh keluarga pak cik Shukri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience