21

Short Story Completed 49967

Okay sekarang ni, aku dan Farish duduk secara bertentangan. Kami sama-sama menongkatkan dagu dan saling berpandangan mata. Di tengah kami ada semangkuk mi segera yang baru dimasak oleh ku sebentar tadi.

Meja bulat di tengah kami ini sejuk beku terkena pendingin hawa terlali lama.

Farish Mikael tak henti-henti tersenyum ke arah aku dengan gaya comel masih menongkatkan dagunya. Dia mengerutkan wajahnya sambil memuncungkan bibirnya yang merah pekat itu ke arahku. Aushh, comel!

"Asyik lawan pandang je, bila nak makan ni?" Dia bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Tak sekarang ni, ada satu mangkuk je. Kenapa awak tak buat dua mangkuk?" Soalku kembali.

"Eh, pakai satu mangkuk je pun dah cukup. Baru sweet." Balasnya selamba katak.

"Ish, mangkuk betul dia ni." Marahku sambil mengempuk meja perlahan.

"Hahahaha!!!" Dia ketawa kuat melihat telatah ku yang entah apa-apa ini.

Aku biarkan sahaja dia habis ketawa dahulu. Dia ni muka kadang-kadang serius mati tapi bila ketawa, langsung tak ingat dunia.

"Dah you makanlah dulu. I saja je nak kacau. Tak lapar pun sebenarnya." Balasnya setelah puas ketawa.

"Betul tak nak?" Soalku dengan mata bulat.

"Yes." Balasnya ringkas sambil menganggukkan kepala. Kini, kedua belah tangannya di letakkan di atas meja. Dia sambung tersenyum lagi.

Perut aku pun sudah lapar, takkan nak biar mi segera ini kembang sejuk baru nak makan. Aku terus mengambil semangkuk mi segera itu ke arah ku lalu aku menyuap terus ke dalam mulut. Ahhh, sedap.

Farish ketawa sinis sambil memandangku.

Aku memerhatikan ke arahnya. Aku menyeduk sedikit mi segera tersebut lalu aku suakan ke mulut Farish.

Farish tergamam dengan tindak tandukku itu.

"Nah, rasa sikit." Ucapku dengan suara dan wajah yang polos.

"Eh, tak apa... I taknak." Balasnya sambil mengelak jauh.

"Ambik rasa." Paksaku tegas.

Dia memandang ke arah tanganku yang masih ukuh menyuakan mi segera itu kepadanya selama beberapa saat. Perlahan-lahan dia membuka mulut dan menyedut mi segera itu masuk ke dalam mulutnya.

Aku tersenyum.

"Uhuk, huk!" Dia terbatuk. Mungkin terlalu pedas untuknya kerana aku sengaja tambah sos cili tadi sebelum aku masukkan ke dalam microwave supaya kuahnya pekat.

"Pedas! Huk! Huk!" Ucapnya lagi masih terbatuk-batuk.

Aku pula ketawa terbahak-bahak melihat telatah Farish.

'Hahaha. Padan muka!' Kataku dalam hati dengan rasa bahagia dan rasa indah manisnya itu semakin menebal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience