Bab 78

Romance Completed 78329

Luqman berterima kasih kepada nurse yang membawa sarapan pagi untuk Gia. Untuk sarapan pagi hanya disajikan bubur ayam dan air mineral. Since Gia pun tak bangun lagi, dia meletakkan sarapan pagi itu ke tepi.

Dah tiga hari Gia duduk di hospital dan tiga hari tu jugak dia buat solat istikharah mintak petunjuk dari Allah sama ada Gia benar-benar adalah jodoh yang ditetapkan untuknya atau sebaliknya.

Taufiq menghampiri Luqman yang masih lagi termenung memandang Gia di atas katil. Mamat ni kebelakangan ni kerap-kerap pulak termenung. Entah apa yang dia menungkan pun aku tak tahu. Bila aku tanya, tak ada apa-apa. Tapi, aku rasa dia fikir pasal apa yang Madam Valona cakap dekat dia haritu.

“Bro, lama sangat tu tengok anak dara orang? Kenapa? Fall in love dah ke?” Sengaja Taufiq menyakat Luqman. Bukan selalu.

“Ada pulak kau ni. Tapi bro, aku ada benda nak cakap dengan kau. Kita cakap dekat luar boleh?”

“Huh? Kenapa? Tak boleh ke cakap dalam ni? Dalam ni sejuk sikit kena aircond,” Taufiq tersengih. Banyak akal!

“Tak boleh! Jom!” Luqman melangkah keluar dari wad. Taufiq nak tak nak kena jugak ikut Luqman keluar dari wad. Kalau tak ikut, macam mana dia nak tahu apa yang Luqman nak cakap dekat dia.

“Kau nak cakap apa?”

“Aku dah dapat jawapan.”

“Jawapan apa?”

“Hesy! Pasal apa yang Madam Valona mintak tulah!”

“Then? Apa jawapan kau?” Tak sabar pulak dia nak tahu sama ada Luqman setuju atau tak. Kalau Luqman setuju, itu satu keajaiban yang berlaku.

“Emmm…”

“MAMA? Dah kenapa duduk sorang-sorang dekat luar ni? Ada apa-apa yang jadi ke?” Zahirah menarik kerusi dan duduk di sebelah mamanya sambil memandang langit malam yang kelam. Tak ada bintang malam ni. Nak hujan ke apa?

“Mama terfikirkan pasal apa yang abang kamu cakap dengan mama pagi tadi.”

“Huh? Abang Luqman cakap apa?”

“Dia ada call mama dan tanya pasal Gia. Dia buat keputusan untuk kahwin dengan Gia.”

“Hah?! Kahwin dengan Gia?! Tapi kenapa pulak tiba-tiba?!” Terkejut tahap beruk dah aku ni. Bukan beruk tapi dah upgrade ke cipanzi.

“Tak tahulah nak cakap tapi dia bagitahu dekat mama yang dia sukakan Gia. Tapi, mama tak percaya yang dia nak kahwin dengan Gia sebab dia suka je. Mesti ada sebab dan mesti ada benda yang terjadi masa dekat Filipina.”

“Ira pun fikir macam tu jugak ma. Sebab selama ni abang Luq benci dengan Gia tapi kenapa sekarang ni tiba-tiba dia boleh nak kahwin dengan Gia kan? Musykil…tak pun mama dia kena ugut tak?” Zahirah buat suara saspens.

“Hesy Ira. Mama rasa tak sebab cara abang Luq cakap tadi macam dia tak kena ugut pun. Ira sendiri pun tahukan yang abang Luq kamu tu memang tetap dengan pendirian dia. Kalau setakat kena ugut, takkan jalan punya.”

“Hmmm betul jugak.”

Habis tu? Nak terima alasan apa? Nak terima alasan yang kononnya abang Luqman memang dah jatuh cinta dengan Gia? Mungkin ya mungkin tidak.

“KAN aku dah cakap dengan kau bro? Dari dulu lagi masa kau bertengkar dengan Gia…kau mesti akan jatuh cinta dengan Gia punyalah. Tengok sekarang? Memang masin betul mulut aku,” Fahim ketawa besar di dalam talian. Tak sangka mulutnya masin jugak akhirnya.

“Pasal mulut kau masinlah aku jadi macam ni sekarang. Kenapalah mulut kau masin sangat? Tak boleh ke jadi manis je mulut tu?”

“Kang kalau mulut aku manis, kau jatuh cinta dengan aku pulak!”

“Tak ada makna! Heee! Gay detected!” Gila ke apa aku nak jatuh cinta dengan si biul Fahim ni? Mahu menangis tak berlagu aku dibuatnya.

“Hahahaha!!! Sedap hati kau je cop aku gay! Kalau aku gay, kaulah partner aku untuk forever!”

“Gelilah aku! Tukar topik!” Makin layan makin menjadi si Fahim ni. Dah lama tak makan kaki gamaknya.

“Ok! Ok! By the way, aku tertanya satu benda je. Kau jatuh cinta dengan Gia since bila?”

Soalan yang susah untuk dijawab!

“Aku tak tahu.”

“Ye ke? Macam mana pulak kau boleh tak tahu? Sendiri punya hati jatuh cinta pun tak tahu ke?”

“Aku tak sure. Tapi aku rasa aku suka dekat dia since dia berbaik dengan aku dan tolong aku jauh dari si Danial tu? Perhaps?”

“Macam mana pulak perasaan kau untuk arwah Dariya? Kau pernah cakap dekat aku yang arwah akan sentiasa ada dalam hati kau dan takkan siapa dapat ganti tempat arwah?”

“People heart can change bro. Aku pun tak sangka hati aku dapat berubah pada Gia secepat ini walhal baru nak dekat setahun je aku kenal dengan Gia. Tapi for sure aku takkan pernah lupakan Dariya.”

“Tulah aku cakap…kebaikan seseorang dapat mengubah hati kita. Apa-apa pun aku wish the best for you dan aku harap keputusan yang kau buat ni betul. By the way, kerja kau aku dah siapkan. No worries ok?”

“Ok…thank you bro. Aku balik Malaysia nanti aku belanja kau makan.”

“Serius ni? Jangan mungkir janji ok!”

“Ye! Oklah…aku off dulu.”

“Ok. Take care bro.”

“Thank you.” Panggilan diputuskan.

Luqman kembali melangkah masuk ke dalam wad. Dia
memandang Gia yang sedang menikmati makan malam yang dibawa oleh Madam Valona pada waktu petang tad. Dapat dia lihat riak gembira yang terpamer pada wajah Gia.

“Amboi…makan macam tak ingat dunia? Sedap ke?”

Gia mengukirkan senyum kepada Luqman lantas kepalanya dianggukkan. “Mestilah sedap! Masakan mummy selalu sedap!”

“Dah berapa lama kau tak makan masakan mummy?”

Gia berhenti mengunyah isi ayam. Luqman dipandang dengan senyuman tawar. “Dari saya kecik lagi.”

“Hmmm?”

“Tak ada apalah Luqman. Masalah keluarga kan?”

“Kalau kau tak kisah, kau share lah dengan aku? Aku tahu kau ada problem kan dengan mummy kau?”

“Saya tak bersedia nak share problem saya dengan siapa-siapa. Cukuplah apa yang jadi hanya saya dan orang terdekat je yang tahu. Saya tak nak ingat benda yang dah lalu.”

“Ya…aku faham. Aku tak paksa pun kau buka cerita kau.”

“Thanks.”

“Oh ya, esok pagi kau dah boleh discharge since keadaan kau dah makin pulih. Flight kau esok pagi jugak.”

“Esok ke balik Manila?”

“Ya…mummy kau dah uruskan semuanya.”

“Kenapa cepat sangat?”

“Sebab tak lambat.”

“Luq!!!” Geram pulak aku dibuatnya dengan jawapan selamba Luqman. Luqman ketawa bila bahunya dipukul lembut oleh Gia.

“Saya suka tengok awak senyum macam ni Luq.”

“Kenapa?”

“Sebab saya suka. Saya tak suka nak kena hadap muka ketat awak 24 jam macam dulu. Sakit jiwa tahu tak?”

“Aku baik dengan kau sebab aku tahu kau baik dan kau dah selamatkan aku dari Danial. Aku terhutang budi dengan kau. Yelah, kalau kau tak tolong aku mungkin yang tengah baring atas katil ni aku.”

Hampir saja tangannya naik menyentuh pipi Luqman tapi cepat-cepat dia menarik kembali tangannya. Dia masih ingat lagi sewaktu mereka di campsite dulu. Luqman kalau nak bantu dia dulu selalu berlapik. Katanya dia sebagai seorang Muslim tak boleh menyentuh perempuan yang tak ada pertalian darah dengannya seperti adik-beradik atau isteri. Haram hukumnya. Masa Luqman tolong angkat dia sebab cramp kaki pun berlapik dengan baju dia.

“Saya buat apa yang saya mampu je Luq. Saya tak nak mama awak dengan ibu sedih dengan kehilangan awak pulak. Saya nak buat sesuatu untuk arwah Dariya selagi saya mampu. Perasaan bersalah saya takkan pernah habis sampai bila-bila sebab sayalah punca awak bersedih dengan kehilangan Dariya.”

“Thank you…”

“Untuk?”

“Selalu ada dengan aku waktu aku dalam kesusahan dan sanggup bahayakan diri kau sampai macam ni sekali. Cuma aku nak tanya…kenapa kau tak bagitahu dekat aku yang kau kena tembak? Kenapa kau diam tahan sakit?”

“Saya tak nak susahkan awak Luq.”

“Kau tahu tak kalau aku tak bawak kau ke hospital dengan kadar segera, kau boleh mati! Untung je peluru tak terbenam dalam sangat. Kalau tak kau akan hadap dengan komplikasi yang lain pulak! Kau tahu tak bila aku dapat tahu kau kena tembak, risau aku dekat kau macam mana? Kau tahu tak?” Emosi Luqman dibuatnya.

“Rilekslah Luq…”

“Kau suruh aku rileks? Kalau jadi apa-apa dekat kau, aku takkan maafkan diri aku sendiri!”

Suasana antara mereka berdua tiba-tiba jadi krik-krik. Luqman pandang Gia, Gia pandang Luqman. Tiba-tiba rasa awkward.

“Emmm…aku ke toilet kejap.” Luqman segera mengatur langkahnya ke tandas. Berdebar lain macam jantungnya.

Bukan jantung Luqman je berdebar tapi Gia pun sama. Berdebar bagai nak rak. Jantung! Jangan buat hal please! Stay calm! Tarik nafas…hembus nafas…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience