Bab 24

Fantasy Completed 13890

"BIBIK!" panggilan kuat itu mematikan lamunan jane.

"ye saya datang" pantas jane berlari ke depan.

Kelihatan hanya kai seorang yang masih duduk sambil menghirup teh panas. Mungkin puan dah naik? Matilah aku!

"kemas semua ni" arah kai sambil menjeling ke arah gadis yang masih tercegat di tepi meja.

"cepatlah kemas! Kau tunggu apa lagi?" arah kai dengan suara agak tinggi.

"ya ya, maaf" cepat cepat jane mengemas. Mengangkat cawan dan piring dengan berhati hati menuju ke sinki.

"jadi, ni kerja kau sekarang ke?"

Pantas gadis itu menoleh. Kai sedang berpeluk tubuh memandang tajam mata jane.

"jadi pembantu rumah. Lebih tepat lagi dekat pembantu rumah aku" kai tersenyum sinis.

"tuan muda.. Ada apa apa yang saya boleh tolong?" jane cuba menutupi perasaan gugup nya.

Kai melangkah perlahan-lahan mendekati gadis itu. "tolong? Kau mampu tolong aku apa?" kini lelaki itu sudah berada betul betul di hadapan jane.

"tuan cakap je apa tuan nak nanti saya sediakan" jane menjarakkan sedikit badannya. Namun gadis masih terperangkap dengan sinki di belakangnya.

"apa pun?" soal kai perlahan. Dia memandang tepat anak mata jane.

"ye..tapi tuan kena err jauh sikit dari saya"

"baik" kai menjarakkan diri. "tadi kau kata kau akan bagi aku apapun kan?"

"ye.. Tapi saya.."

"bagus" potong kai. "ikut aku" tangan jane ditarik kasar supaya mengikutinya.

"tuan.. Kita nak ke mana?" soal jane gelisah. Hatinya sangat tidak tenteram. Ke manalah si kai ni nak bawa dia.

Kai menolak salah satu almari besar di ruang tamu. Perlahan-lahan almari itu bergerak membentuk sebuah laluan rahsia.

Sejak bila wujud benda ni?! Jane terlopong. Tangan gadis itu ditarik masuk ke dalam laluan tersebut. Perlahan-lahan pintu itu tertutup kembali. Gelap! Jane mula ketakutan.

"tuan.."

"diam" tegas kai bersuara. Sampai di sebuah bilik di hujung laluan dia melepaskan tangan jane.

Aduh.. Jane menggosok-gosok pergelangan tangannya. Matanya memerhatikan sekitar bilik itu. Semuanya batu!

Hanya terdapat satu kerusi dan satu meja serta tiga buah obor yang menerangi kawasan bilik itu.

"kita buat apa dekat sini tuan?" jane memandang kai.

Kai gelak sinis. "tadi kata kau akan buat apa je kan?"

Jane terdiam. Dia berundur setapak demi setapak ke belakang.

"nak pergi mana? Kau tak boleh lari" kai menarik lengan jane mendekatinya.

"kai.. A.. Awak nak buat apa ni?" jane menolak dada bidang lelaki itu.

Kai menarik tangan jane ke arah kerusi yang ada di situ. "duduk!" arah lelaki itu lagi.

Cepat cepat jane menurut.

"sekarang aku nak dengar cerita kau. Apa yang jadi dekat kau lepas kau selamatkan mak kau malam tu?"

Jane menggeleng. Gadis itu tersenyum sinis. "nak buat apa? Dah terlambat! Awak tak payah tahu pun tak apa" ujar jane sambil menggenggam penumbuknya kuat. Entah mana datang keberaniannya ketika itu.

"kau jangan degil boleh tak?!" kai mula menengking. Terhenjut bahu jane kerana terkejut.

"kenapa? Kenapa nak tahu sekarang kai? Mak saya dah mati tahu tak?! Dah mati!" air mata gadis itu mula mengalir perlahan.

Kai meraup kasar mukanya. Hatinya sedikit tersentuh melihat air mata gadis itu. "jane.." panggil lelaki itu lembut.

"dah jom.. Jom keluar" kai menarik tangan jane bangun. Sempat lelaki itu mengelap air mata jane sebelum memegang tangan gadis itu lembut dan keluar dari tempat itu.
_______________

Jane mengetuk kepalanya kuat. Jane! Asal nangis depan dia! Kau bukan lemah! Kalini dia rasa nak hempuk kepala dekat dinding.

Tuk tuk tuk.. Pintunya di ketuk kuat.
"woi budak! Ni si kerdil"

Laju Jane membuka pintu. "kenapa? Makanan tak cukup ke?" soal gadis itu melulu.

"baik kau pergi jumpa tuan muda sekarang."

"kenapa?" jane menggeleng kepalanya laju.

"aku tak tahu tapi dia nampak sangat marah, baik kau pergi sekarang" ujar si kerdil dan terus berlalu pergi.

Habislahhh! Apa yang aku dah buat?!
______________

Jane memandang pintu bilik kai. Kalaulah dia boleh lari... Perlahan-lahan tangannya mengetuk pintu.

Pintu dibuka kasar. Kai menarik tangan jane masuk.

"kau yang kemas bilik aku?"
"aku tanya kau ke yang kemas bilik aku?!" tengking kai kuat.

Jane mengangguk perlahan-lahan. Dia cuba menahan air matanya dari gugur.

"mana kotak bawah katil ni?" suara kai kendur sedikit.

"jawablah! Aku bukan nak tengok kau bisu depan aku!"

Jane menundukkan wajahnya memandang lantai. Kalau dia kelip mata, pasti air matanya akan jatuh.

"dekat dalam stor tuan."balas jane perlahan.

"kau pergi ambik sekarang bawak sini, sekarang!" arah kai sambil menunjuk pintu keluar.

Dengan pantas jane berlari keluar. Air mata gadis itu jatuh juga akhirnya. Gadis itu berlari menuju ke stor di dapur. Dia mencuci mukanya beberapa kali di sinki.

Ok, tak nampak macam nangis kan. Jane memandang wajah sendiri di cermin. Gadis itu menarik nafas panjang. Pantas dia berlari ke bilik kai sambil memeluk sebuah kotak lama.

"tuan. Ni kotak" jane menghulurkan kotak itu kepada kai yang sedang memeluk tubuh.

"letak atas meja" arah lelaki itu lagi. Kakinya dihalakan ke arah pintu dan dikunci rapat.

Jane memandang pelik. "tuan, ada apa apa lagi?"

"kau tahu kenapa aku nak sangat kotak buruk ni?" tanya kai perlahan sambil matanya memerhatikan kotak lusuh yang berada di atas meja.

Jane terkebil kebil. "kenapa?" soal gadis itu ingin tahu.

Kai tersenyum tipis. "dalam kotak ni, ada satu satunya gambar mendiang bapa aku, sama macam kau. Bapa aku mati sejak aku masih kecil" lelaki itu menoleh sekilas ke arah jane.

Jane diam tidak bersuara. Banyak juga rahsia yang lelaki ni sembunyikan.

"cantik rantai" tegur kai sambil matanya memandang ke luar tingkap.

Jane tersentak. Lantas dia memandang lehernya. Patutlah, rantai itu sudah keluar dari bajunya.
"terima kasih" cepat cepat gadis itu menyembunyikan rantainya.

Kai tersenyum sinis. "siapa bagi?" soal nya lagi.

Jane menelan air liur. Dia lupa pula nak buka. Macam mana ni?!

"jawablah!" gesa lelaki itu lagi.

"kawan saya yang bagi, tuan" beritahu jane perlahan.

Kai ketawa besar. "kawan? Siapa? Dani ke?" serius wajah kai menyoal.

Jane hanya berdiri tegak tidak menjawab. Gadis itu menggenggam hujung bajunya kuat.

"kau suka dani ke? Atau.. Kau masih simpan perasaan pada aku?" kai bertanya dengan nada suara yang agak sinis. Kini dia merenung tepat anak mata jane.

Gadis itu mulai gelisah. "tuan.. Saya keluar dulu"  jane meminta diri. Pantas tangannya memulas tombol pintu. Baru dia hendak melangkah keluar, tangannya dipegang.

"jane. Antara aku dengan dani. Kalau aku muncul, dani akan hilang. Kalau dani muncul, aku yang akan hilang." bisik kai perlahan sebelum menolak tubuh gadis itu keluar dari biliknya.

Jane tercengang. Dani? Kai? Hilang? Apa maksud dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience