Bab 63

Romance Completed 207871

Tok tok tok

"Ish.. Nak apa lagi la makcik ni.." bebel Intan.

"Masuk"

Pintu pejabat dibuka

Intan yang waktu itu kepala menunduk ke meja dan kedua-dua tangan memegang sisi kepala berkata.

"Kau nak apa lagi ni.." kata Intan lalu kepala didongak.

"Eh, Tuan Syam. Masuklah. Ingatkan Shira tadi" sapa Intan sambil tersengih.

Ingatkan Shira yang datang semula, Tuan Syam rupanya.

Intan menjenguk ke belakang Syam.

"Cari siapa?" soal Syam sambil menoleh ke belakang.

"Tuan Syam sorang ke?" soal Intan pula.

"Ha'ah, sorang la, belum berdua lagi" gurau Syam sambil tersengih dan melabuhkan duduk di kerusi di hadapan Intan.

Ketawa Intan dengan gurauan Syam.

"Tuan Syam ni, maksud saya, Tuan Aniq. Biasanya kalau ke mana-mana mesti berdua. Itu yang saya jenguk kat belakang tadi" balas Intan.

"Oo.. Tuan Aniq ada di pejabat. Saya baru sampai, lewat sikit. Semalam dengar budak-budak pejabat bersembang bagitau Intan masuk kerja hari ni. Tu yang saya singgah" terang Syam.

"Oo.." jawab Intan sambil kepala dianggukkan.

"Intan macam mana, dah betul-betul sihat ke masuk kerja ni?" soal Syam.

"Alhamdulillah.. Semalam last check up, Dr. Dani beritahu saya dah sihat sepenuhnya dan dah boleh bertugas" jawab Intan sambil tersenyum.

"Baguslah kalau macam tu. Ada apa-apa yang nak saya bantu ke?" soal Syam.

Iya lah, dah lama tak masuk tugas, pasti ada rasa tidak kena dan perlu bantuan rakan-rakan.

"Eh.. Tak ada apalah, saya okey. Kalau ada nanti saya bagitau Tuan Syam" jawab Intan sambil tersengih.

"Hm.. Saya nak tanya sikit boleh?" soal Syam serba salah.

"Tanya apa, macam serius je Tuan Syam ni" balas Intan lalu fokus pandangan pada Syam.

"Caden" kata Syam sepatah.

"Kenapa dengan Caden?" soal Intan kalut.

"Hm.. Intan tak tau apa-apa pasal dia?" jawab Syam pula.

"Tau apa?" soal Intan kembali.

Tak senang duduk dia bila ada perkara berkaitan Caden yang tidak diketahuinya.

"Nama dia timbul dalam senarai interpol baru-baru ni" jawab Syam pendek.

"Interpol?" soal Intan yang sudah tegak duduknya.

"Lepas tu?" soal Intan tak sabar.

Syam sudah tersengih-sengih, suka tengok wajah kalut Intan.

"Eh.. Cerita la cepat, jangan cerita sikit-sikit macam ni boleh tak. Jadi tak terteram saya" marah Intan.

Ketawa Syam dengan kata-kata Intan.

"Sabar.. Cerita sikit-sikit la baru thrill" gurau Syam.

"Ish, Tuan Syam. Cepatlah, apa bendanya. Lambat-lambat nanti ada pula gangguan lain" balas Intan dengan muka cemberut.

"Macam ni.." baru Syam nak mulakan cerita, pintu pejabat Intan diketuk.

"Ish, Tuan Syam tengok. Kan saya dah cakap" marah Intan.

Makin kuat Syam ketawa.

"Maknanya Dia tak nak saya beritahu pada Intan lagi la ni" hai la, macam cerita tv pulak.

Nak cakap je, mesti ada gangguan. Lepas tu timbul konflik. Kata Syam dalam hati sambil tergeleng kepala.

"Masuk" Intan bersuara.

"Ha, Man. Ada apa?" soal Intan sebaik Koperal Azman muncul di muka pintu.

"Maaf Puan, saya cari Tuan Syam" kata Koperal Azman.

"Cari saya?" soal Syam pelik sambil menoleh ke pintu.

"Ha'ah, Tuan Yunus cari. Call Tuan banyak kali tapi tak jawab" kata Koperal Azman.

"Allah.. Telefon saya silence. Okey, okey. Saya naik jumpa Tuan Yunus. Thanks Man" kata Syam.

Kalut tangan mengeluarkan telefon dari porch bag.

Sebaik telefon diambil.

"Mak oi, sepuluh miss call" kata Syam terkejut.

"Intan, saya gerak dulu la ye. Lain kali kita sambung, sorry" kata Syam lalu bangun dan melangkah ke luar pejabat Intan.

Belum sempat tubuhnya melalui pintu, Syam menoleh ke belakang.

"Italy" sepatah katanya.

"Huh?" Intan dengan wajah tidak faham.

"Misi" Syam beri hint.

Kemudian dia terus menghilang di sebalik daun pintu yang ditutup rapat.

Misi di Italy?

Berkerut dahi Intan memikirkan dua perkataan tu.

Kalau ikutkan, di Italy tu tugasnya lebih kepada misi pemerhati sahaja.

Tapi tak ada pulak nama Caden dalam senarai tu. Takkan dia pakai nama lain.

Kalau ada mesti dah dimaklum awal-awal lagi.

Sedang berfikir mengenai perkara itu. Intan teringat kembali perbualan telefon Caden malam tadi.

Tak pasti dengan siapa Caden berbual tapi Intan yakin, orang itu adalah Carlos.

#Flashback#

"Pastikan dia tak buat masalah di hotel. Kau pun tahukan dia macam mana. Jangan dibawa perangai dari sana tu ke sini sudah!"

"Hm.. Okey"

"Ya, aku terpaksa ke sana. Aku tak nak kalau abang dia datang nanti jadi lebih masalah"

"Aku tau, papa tak suka tapi dia kena terima, lagipun benda ni dah lama"

"Aku nak kau ikut aku ke sana, brief apa yang patut pada Fahmi sebelum kita bertolak"

"Dah tu, kau nak aku buat apa? Dia dah sampai kan. Kalau aku tak ikut, aku bimbang Afrina akan terlibat sama"

"Kau pun tau macam mana aku sayangkan dia"

"Sekarang ni kau buat apa yang aku suruh sebelum kita ke Italy dalam masa terdekat ni"

Klik! Panggilan dimatikan.

#Flashbackend#

Apa yang berlaku sebenarnya?

Kuat Intan mengeluh. Kalau difikir-fikir, semasa penugasan di sana memang ada perkara yang berlaku tetapi tidak melibatkan Caden.

"Bagaimana pula Tuan Syam kata Caden dan Italy pula. Adoi.. Pening la.." ngomel Intan sendiri.

Tok tok tok

"Ish.. Siapa lagi la yang sibuk sangat ni, tak boleh tengok orang senang sikit" marah Intan sendiri.

"Masuk"

Sebaik pintu dibuka salam diberi.

"Assalamualaikum Puan" kata Salim.

"Hah, Lim nak apa" soal Intan dengan wajah tak puas hati.

"Maaf Puan, Tuan Saiful cari Puan" kata Koperal Salim serba salah.

"Cari saya? Kenapa" soal Intan lalu bangun dari kerusi.

"Saya tak pasti la Tuan tapi yang saya dengar ada misi baru cuma tak pasti ke mana" terang Koperal Salim ringkas.

Bercahaya wajah Intan mendengar. Macam best je..

"Oh, ye ke. Okey okey, saya gerak sekarang. Thanks Lim" jawab Intan lalu mengambil buku nota dan pen.

Langkah diatur keluar dari pejabat bersama Koperal Salim.

+++

"Saya tak paksa tapi cuma saya rasa awak yang paling layak dalam tugas ni. Awak fikir masak-masak dan beritahu saya semula"

"Saya tau awak baru pulih tapi tugas tu bukan sekarang. Masih ada masa untuk awak buat persiapan" kata Tuan Saiful.

"Baik Tuan. Saya akan fikirkan dulu dan bila dah dapat jawapan, saya akan maklum pada Tuan semula" jawab Intan.

"Tapi jangan ambil masa terlalu lama, sebab kalau jawapan awak negatif, saya perlu cari yang lain" kata Tuan Saiful lagi.

"Baik Tuan. Sebaik dapat keputusan saya maklum terus"

"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu" Intan meminta izin.

Tuan Saiful hanya mengangguk. Sebaik Intan memegang tombol pintu, Tuan Saiful memanggil Intan.

"Ya, saya Tuan" jawab Intan lalu menoleh ke belakang.

"Hm.. Tak ada apalah" kata Tuan Saiful.

"Tuan ada apa-apa nak beritahu saya ke?" soal Intan sebaik kaki sudah melangkah kembali di hadapan meja Tuan Saiful.

Dapat dilihat, wajah serba salah Tuan Saiful.

"Saya bukan nak busybody tapi awak pegawai di bawah seliaan saya. Saya cuma tak nak awak terlibat dengan masalah" kata Tuan Saiful sambil wajah Intan dipandang.

"Maksud Tuan?" soal Intan tidak faham.

"Caden" sepatah Tuan Saiful kata.

Apahal hari ni orang asyik sebut pasal dia ni? Apa masalah sebenarnya.

"Kenapa dengan Caden?" soal Intan lalu duduk dilabuhkan semula.

"Saya dapat tahu, awak dan Caden dah berkahwin" kata Tuan Saiful.

Terkejut Intan dengan kenyataan Tuan Saiful.

"Mana Tuan tau?" soal Intan bimbang.

"Saya tau dari mana tidak penting. Apa yang penting, awak perlu daftarkan perkahwinan awak dan Caden dengan jabatan."

"Saya tidak mahu nanti disebabkan perkara ini. Awak dapat masalah kerana tidak daftar perkahwinan. Tindakan tatatertib boleh dikenakan nanti" terang Tuan Saiful.

Oo.. Kahwin. Ingatkan ada benda lain.

"Baik Tuan, saya akan uruskan perkara itu secepat mungkin" jawab Intan.

"Ye lah. Kalau tak ada apa-apa, awak boleh keluar" kata Tuan Saiful menamatkan perbualan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience