BAB 9

Romance Completed 29760

Sudah dua hari aku monyok sendirian. Masalah hati aku disimpan sendiri. Tapi mak lebih pandai meneka.

“Kamu ni, ada apa-apa ke dengan si budak sombong tu. Sejak majlis hari tu asyik monyok je?”

“Tak adalah mak. Bosan je tak ada kerja.”

“Dulupun kamu asyik tunggu call adik budak tu kan, sekarang dah jadi macam ini pula ? Kamu tahu kan mak tak suka anak mak bercinta sana sini? Akak-akak kamu dulupun bapak yang carikan.”

“Mestilah tau. Fara pun tak minat bercinta sana sini mak.”

“Tapi kalau dia tu memang baik untuk kamu, mak tak halang sebab mak percayakan kamu tak akan buat perkara tak senonoh. Cuma janganlah kawan lama-lama sangat. Tak elok dan kamu pun tahu boyfriend girlfriend ni bukan hubungan yang halal kan?” Aku bersetuju dengan kat-kata emak dalam hati.

Belum sempat aku menjawab datang bapak memberitahu Akram sedang menanti di depan rumah.Tudung segera mak yang disidai di dapur aku capai dan sweater motor bapak aku pinjam untuk menutup lengan yang terdedah.

“Akak sorry ea.” Menjerit Akram sebelum aku sempat menyarung selipar

“Akram dah fitnah Nash. Akram lupalah, Kak Hannah tuh Atuk yang jemput. Mak Kak Hannah tu sebenarnya adik tiri Atuk.Lagipun Nash borak-borak je dengan kak Hannah. Yelah tetamukan. He just being nice.”

“Akak tak marah pun. Akram balik lah. Nanti Nash freak out macam mana?

“Akram nampak akak sedih hari tu. Lagipun dah 2 hari Nash call akak tak angkat kan”

“Yeke? Akak tak perasan pun Nash call” Aku cepat-cepat mengalih pandangan risau tidak mampu menipu secara nyata.

“Please don’t lie. You hardly make an eye-contact when you lie.”

“Akram tak elok keluar sendiri. Balik ye, akak hantarkan naik kereta akak” Aku berusaha memujuk Akram

“Relaks, I’m not alone. Nash yang hantar Akram datang sini.”Mata aku melilau mencari Nash sedang hati aku berdebar-debar. Ikutkan akal aku yang dan separuh waras ini mahu saja aku lari menderu masuk ke rumah tapi bila aku ternampak Nash yang bergerak perlahan menghampiri aku, kaki ku bagaikan digam ke tanah ini.

“I bet you wont talk to me since you ignored my calls so that’s why I prepared this.” Nash menghulurkan sekeping kad. Sebaris ayat dalam perkataan jawi tertera di dalam kad tersebut. Alif.ya sa.alif.ya.nga ya.wau. Perlahan aku mengeja tulisan jawi tersebut dan bulat mata aku memandang Nash yang sedang senyum meleret. You sayang I?

“Marry me!”

“Don’t joke around. I tak nak lah kahwin dengan arrogant boy macam you”

Masam aku mencebik. Rasakan, senang sangat nak nikah dengan aku.

“Sesuailah kita. You pernah cakap yang you ni bukan perempuan baik kan?

Since lelaki baik untuk perempuan baik so lelaki kurang baik macam I untuk perempuan yang kurang baik macam you.” Nash mengetuk lembut hdungku menggunakan kunci keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience