dua puluh lima

Romance Series 207093

Setelah 6 hari bercuti, mereka kembali bekerja semula.

Khalish keluar dari bilik kerjanya setelah jam 7.00am menuju kembali ke bilik tidurnya untuk menukar pakaian.

Masuk saja ke dalam bilik, baju t-shirtnya dibuka dan dicampakkan ke dalam bakul. Pintu kayu ke wardrobe nya dibuka, kata Shira dia sudah menyediakan pakaian Khalish di dalam.

Baru beberapa langkah dia masuk, matanya tertancap pada sehelai baju kemeja lengkap bersut yang suda
h tersedia kemas.

'Bila masa pulak aku beli baju ni? Mesti perempuan tu punya hal.. haih.'

Hanger yang menyangkut set pakaian itu dibawa turun bersama ke tingkat bawah, mencari Shira.

Batang tubuh yang berbaju kurung moden dan bertudung shawl di dapur didekati. Wanita itu sibuk membancuh susu tepung untuk breakfast mereka.

"Awak..." panggilnya meleret.

"Ye..ade apa bang?" Shira menjawab seraya menoleh sebentar. Dilihat baju pilihannya di tangan Khalish yang berwajah mencuka.

"This. Are you kidding me?" tanyanya perlahan seraya menunjukkan set pakaian di tangannya. Tubuh disandarkan sambil bersilang kaki di tepi dinding ke dapur.

Senyuman miang mula terukir di wajah Shira, pemandangan indah di depannya dipandang atas bawah beberapa kali.

Apabila Khalish berdehem barulah Shira tersentak, kening kanan lelaki itu terangkat bertanya.

"Sorry bang hehehe.." Shira ketawa gedik sebelum Khalish didekati.

"Betul la ni baju abang.. tak kan Shira main-main kot. Kan cantik ni.. sesuai sangat dengan abang.." hanger di tangan Khalish diambil dan baju dipadankan ke tubuh Khalish.

"Ha.. handsome je Shira tengok. Kan bergaya macam ni.." mulutnya manis habis memuji agar Khalish setuju dengan pilihannya.

"I hate it. Iron baju lain." balasnya dingin sebelum mahu melangkah pergi. Dia tak mahu bertegang lidah tentang perkara remeh sebegitu.

"Tapi.. kenapa pulak?" lengan Khalish ditarik kembali menghadapnya.

"Hodoh. Tak suka." jawabnya tanpa nada. Khalish hanya menjawab apa yang dia rasa tanpa memikirkan perasaan Shira. Terlalu jujur.

Sentap.

Pegangan tangan di lengan Khalish perlahan-lahan dilepaskan. Serta-merta wajah ceria Shira tadi memudar, muram.

Khalish pula menoleh memandang pelik si isteri. 'Dah apahal ni? Tibe-tibe je.'

"Ni kan baju hantaran Shira kat abang.. kenapa abang tak nak pakai langsung?" soalnya perlahan. Sayu.

Damn.

Khalish telan air liur kesat terasa di kerongkongnya apabila bertentang mata dengan Shira.

'Am so dead..'

"Jam.. perfume.. kasut.. tie.. semua abang tak pernah pakai pun. Shira tak tahu pulak abang tak suka semua yang Shira buat.. sampaikan baju yang Shira pilih pun abang tak sudi nak pakai walaupun sekali.. buruk sangat ke pada pandangan abang?"

soalnya lagi, mendesak.

Wajah sudah mula tersembik comel bagaikan mahu menangis. Tangan pula mula naik menggosok manja mata.

Taktik!

Khalish panik.

"No no no no.. sa..saya bukan berniat macam tu.. shhh.. ja..janganlah menangis.."

Dia cuba menenangkan Shira, tak pernah-pernah lagi perempuan itu menangis di depannya.

'Aduh.. macam mana ni? Aku mana pandai pujuk rayu bagai.. Haishh..' rambutnya yang berjuraian menutup separuh matanya diraup kasar ke belakang.

"Shira... awak janganlah nangis. Saya minta maaf.." dia memujuk lagi. Lebih lembut tapi masih tak berhasil.

Shira pula sudah memaki hamun suami Schizonya itu dalam hati.

'Apa punye fesyen la pujuk bini berdiri jauh-jauh.. amende la laki aku ni. Meh la sini peluk ke.. cium ke.. ni tak.' desis hatinya geram.

"Okay fine.. saya pakai baju ni ye. Dah la..jangan nangis. Saya... naik dulu." itu saja jalan mudah yang Khalish lihat.

Larikan diri dari masalah.

Dia berjalan ke tangga perlahan-lahan, mahu kembali ke bilik semula sebelum..

"Abang ni!! Pujuk la Shira! Ni tak.. orang majuk sikit lari, hish!" Shira mengamuk manja sebelum memeluk tubuh dan memandang ke arah lain dengan wajah cemberut. Merajuk.

Khalish tak faham situasi sebenarnya..

"Awak nak saya pakai baju ni atau pujuk awak sebenarnya?" soalnya polos.

Shira menjeling dari ekor mata sebelum menepuk dahi.

'Alahai.. laki aku sorang ni..'

"Lantak abang lah." Shira berjalan pantas ke dapur semula, menyediakan sarapan. Mulutnya tak habis-habis berkumat-kamit membebel seorang diri.

"Oukay..." Khalish bingung, dia sememangnyalembap soal perasaan perempuan. Fail. Perlahan-lahan anak tangga didakinya semula.

Sesampai di bilik dia mula berfikir cara memujuk Shira. Belakang kepala digaru perlahan,

'Haih.. apalah nasib..'

Pakaian itu dipandang kosong.

"Takpela.. usaha Khalish. Baru bahagia." dengan tak rela set sut dipakai juga di tubuh.

Shira hanya menyediakan French toast untuk dirinya dan cococrunch untuk Khalish.

'Tak faham betul aku. orang nak masak nasi goreng.. mee goreng.. semua tak nak makan. Bende ni jugak dia nak.' kotak cococrunch dipandang sayu.

'Aku ni tak nak pulak..haih.. kalau aku jadi cococrunch pun bagus jugak, setiap hari dia makan.'

Eh.

'Astagfirullah Shira.. otak rainbow betul.' kepala tergeleng-geleng sambil tersenyum kambing.

Derapan kaki dari atas menandakan Khalish sedang turun dari atas. Shira yang duduk membelakangi tangga masih enggan menoleh, merajuk.

"Ehem.." Khalish berdehem di kaki tangga, mengharapkan Shira akan berpaling melihatnya.

Diam.

Kening Khalish terangkat. "Awak.." panggilnya perlahan.

"Hmm.." Shira menjawab dingin. Protes.

Khalish mengeluh perlahan sebelum idea mula muncul. Aha!

Perlahan-lahan Shira didekatinya sebelum...

Tubuh Shira terkejut kecil apabila ada tangan kekar yang melingkari lehernya, matanya membulat melihat tangan berurat lelaki itu.

'Omg sexy seh.. huhuhu.' bibir diketap daripada bersuara.

Dagu Khalish diletakkan di atas kepala Shira, manja.

"Kenapa awak tak nak pandang saya?" suara dinginnya gemersik kedengaran.

'Mak ai.. apahal suara dia romantik sangat ni.. Shira kennot la!' hatinya sudah meraung kegembiraan apabila kepala Khalish diturunkan betul-betul di sebelah wajahnya.

Wajah Khalish dilagakan pada telinga kanan Shira yang berlapik tudung. Shira sudah 'out of her limit.' Dia tersenyum malu sambil melayan cara Khalish walaupun agak pelik.

'Macam kucing je gayanya nak pujuk aku..' fikirnya. Tapi Shira tak kisah kerana dia sukakan layanan lelaki itu.

Bagi Khalish pula dia menganggap Shira sukakan cara Bob. Menggesel padanya. Jadi dia cuba melakukan yang sama tapi tak menunjukkan hasil pun.. hurmm..

"Awak... marah saya lagi ke?" tanyanya polos sebelum pipinya dilagakan bersebelahan dengan pipi mulut si isteri.

Apa lagi.. menggesellah kerjanya.

Suka pula Khalish berbuat begitu, 'Lembutnya kulit dia..'

Tak lama, Shira akhirnya memalingkan wajah dan terus memeluk leher Khalish erat sambil menyeringai suka.

"Eee!! Abang ni!! Sayang dia sangat!!" tanpa amaran, wajah Khalish dicumbu pula tanpa rela.

"Stop it. Aahh.. janganlah.." Khalish yang sememangnya mempunyai self-defense yang noob dicium Shira semahunya pagi itu.

"Waaah... ini barulah En Schizo Shira! Hensem.. comel.. bergaya.. kalah CEO la bang!" sut di tubuh Khalish dikelebeknya.

Dia menjarakkan diri sedikit sebelum memandang atas bawah si suami dengan tangan memegang dagu dan terangguk-angguk sendirian.

'Apa-apa sajelah perempuan ni..' Khalish malas melayan. Dia mengambil tempat duduk di tempat kebiasaannya.

Pagi itu dia dihurungi puji-pujian melambung dari Shira kerana memakai pakaian pilihan perempuan itu.

Malu itu ada tapi Khalish cuba abaikan.

'Ini salah satu usaha untuk aku bahagia..' itu saja konsep di fikirannya.

Khalish memakai pakaian hantaran Shira pada hari pertama kerjanya selepas bernikah.

Tubuh dikenakan double breasted suit bewarna soft pink berbutang hitam, kemeja putih di bahagian dalam dan tie bewarna hitam yang dipinkan dengan silver chain accessory di poket suit sangat bergaya pada tubuh Khalish yang ideal.

Shira hari itu sudah tak mahu membawa keretanya dengan alasan,

"Ala.. save duit minyak. Lagipun kita boleh jadi sweet couple nanti."

Khalish hanya beralah, dia pun tak kisah sangat bertolak sekali dengan Shira. Kata-kata perempuan itu ada betulnya juga.

Bukan tentang isu mahu jadi 'sweet couple', tapi yang difikirkan Khalish ialah bahagian boleh save minyak tadi.

Kereta diberhentikan di bahagian parking di hadapan bangunan syarikat. Memandangkan Khalish punya pangkat, parking khas disediakan untuknya.

Shira sudah berangan berjalan berdua-duaan bersama En.Schizo pujaannya. Mesti bombastic lah!!

Khalish yang baru mahu keluar dari kereta ditahan Shira,

"Hmm?" tanyanya malas.

"Kita catwalk sekali tau!" teruja saja Shira bertutur sebelum keluar dari kereta, Khalish tergeleng-geleng kepalanya melihat perangai si isteri.

'Ade-ade jelah perempuan ni..'

Keluar saja dari perut kereta, Shira terus menyulami jari jemari tangan kiri Khalish. Senyuman bahagia pada wajahnya.

Al maklumlah.. selalunya suaminya itu dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya serba-serbi hitam, tak ada seri langsung.

Tapi hari ini suaminya tampak jauh lebih kacak dan cool daripada mana-mana pelakon tanah air tau..

Macam pergi grand event gayanya. HoHoHo.

'Siapa kata kawin dengan En Schizo tak happy? Akulah orang paling bahagia tau..' dengan bangganya mereka berjalan beriringan masuk ke dalam bangunan bersama.

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-06-30 19:47:22 

stiap novel awak ada indentiti sndri..

Mimie Harmiza
2020-06-30 19:46:31 

sy suka u pnggil my name mie.sb mmg itu pnggilan ringkas sy.hehe

Mimie Harmiza
2020-06-30 19:45:24 

aduii..klako lh khalish ni..aduii.polosnya dia ni..klko bca bab ni..mnja kucing pun kucinglh jnji ada prubahan..sakit pipi gelak.haha


NovelPlus Premium

The best ads free experience