Empat Belas

Other Completed 44764

Cinta bersiap untuk menghantar pesanan pada Bangunan Guaman sebelah bangunan. Dia menyusun semula bunga kedalam kedainya sebab dia akan langsung pulang selepas itu.

"Ok Settle." Kata Cinta dan akhirnya menapak keluar dari bangunan dimana Thariq menyewakan dia sebuah kedai didalamnya.

Menapak perlahan ke bangunan guaman, Dia menghubungi semula nombor yang menghubunginya tadi.

"Assalammualaikum." Sapa Cinta apabila panggilannya disambut.

"Waalaikumsalam. Masuk je. Saya ada dalam ruangan saya." Kata lelaki itu.

"Baik lah." Kata Cinta.

Cinta masuk kedalam bangunan dan menuju ke lift untuk naik ke tingkat atas.

Dia masuk kedalam satu bilik yang menempatkan seorang PA yang sedang sibuk menaip sesuatu didalam komputer.

"Assalammualaikum." Sapa Cinta.

"Waalaikumsalam." Aidil menyambut salam yang diberi lalu menoleh melihat gadis didepannya.

"Ye Cik." Kata Aidil terpana dengan mata Cinta yang dilihatnya terlalu memukau.

"Saya hantar bunga ni." Kata Cinta berkata.

"Ohh ok." Kata Aidil lalu menyambut huluran Cinta.

"Terima Kasih." Kata Cinta lalu tersenyum dan berlalu meninggalkan Bilik itu.

Didalam ruangan, Luthfi dan Sarah terpana apabila terhidu bauan yang memukau Pakcik dan anak saudaranya.

"Pa? Ni macam wangian Aunty." Kata Sarah.

Luthfi bangun dari kerusinya dan berjalan menuju kepintunya melihat jika ada sesiapa diluar.

Dia melihat Aidil yang sedang leka melihat pintu dihujung ruangan.

"Hoiii!!!" Panggil Luthfi.

"Ahhh ye Bang." Aidil termalu sendiri akibat kesalahannya.

"Nah bunga yang Abang pesan." Kata Aidil lagi.

"Sapa hantar?" Tanya Luthfi.

"Gadis bunga lah." Kata Aidil.

"Hermm." Luthfi pelik. Kenapa susah untuk Allah pertemukan dia dengan gadis bauan bunga ni.

"Err Bang." Panggil Aidil.

"Hah kenapa?" Tanya Luthfi hairan melihat baru kali ni Aidil seperti orang tak betul.

"Mana Abang beli bunga tu?" Tanya Aidil.

"Kenapa?" Tanya Luthfi pelik.

"Errrr sebab... Sebab..." Aidil tergagap.

"Sebab apa?" Tanya Luthfi.

"Saya nak jumpa gadis tu lagi." Kata Aidil.

"Kau jangan nak buat gila Dil." Kata Luthfi.

Luthfi masuk tanpa memberitahu Aidil kedai tempatnya membeli bunga itu.

"Sapa Pa?" Tanya Sarah melihat Papanya meletakkan Bouquet bunga Mawar putih diatas meja.

"Gadis Bunga Kata Uncle Aidil." Luthfi memberitahu.

"Ooo ingatkan Aunty Cinta." Kata Sarah.

Luthfi hanya menggelengkan kepalanya mendengar keluhan anak saudaranya.

"Papa nak tanya, Macam mana hari ni?" Tanya Luthfi. Dia ada peluang untuk bertanya tentang kesihatan Sarah sebelum dia pulang.

"Sarah Ok." Kata Sarah.

"Takde rasa letih?" Tanya Luthfi.

"Takde." Balas Sarah.

"Good girl." Kata Luthfi lalu kembali melihat screen komputer didepannya.

HyQarl yang dalam perjalanan pulang dari Pangkalan terlihat isterinya baru keluar dari bangunan Guaman yang ada ditengah bandar.

"Dia buat apa kat sana?" HyQarl mula menahan amarahnya yang mulai membuak dihati.

"Kau tunggu Cinta." Kata HyQarl lalu memecut keretanya pulang ke Kondo.

Menanti dan terus menanti diruang tamu. Namun kelibat Cinta belum kelihatan lagi.

"Dia pergi mana. Dari tadi belum nampak batang hidung." Kata Mariana pada Marlina dan Syuhadah.

"Entah, Mungkin jumpa buah hati kot." Kata Marlina dan terkejut apabila seseorang menolak pintu Kondo dengan kasar.

"Korang buat apa kat sini hah!!" Herdik HyQarl.

"Balik pun kau. Aku ingat pergi berbulan madu selepas kau rosakkan Syu semalam." Kata Mariana.

"Kau sebut lagi benda tu, Aku pastikan kau akan mulai makan menggunakan hos." Kata HyQarl berang.

"Kau harus bertanggungjawab keatas perbuatan kau Qarl. Kau dah tebuk Syu dan kau nal lepas tangan macam tu?" Tanya Mariana.

"Aku tak buat. Kau faham tak aku tak buat!!" Tengking HyQarl bergema diruang tamu.

"Kau ingat Qarl, kalau Syu mengandung, Anak tu anak kau. dan kau harus bertanggungjawab, Atau aku akan bawa hal ni ke tengah." Kata Mariana mula main ugutan.

"Baik. Kalau Syu mengandung, Aku akan pastikan dia akan berkahwin dengan aku." Kata HyQarl.

"Habis tu perempuan tu?" Tanya Marlina.

"Aku takkan ceraikan dia walaupun aku berkahwin dengan Syu." Kata HyQarl.

"Tapi Syu taknak bermadu." Kata Syu mula bermain adegan air mata.

"Kalau kau tak nak bermadu, Pastikan kau takkan mengandung." Kata HyQarl.

Cinta masuk kedalam Kondo selepas mendengar apa yang mereka cakapkan didalam.

"Assalammualaikum." Kata Cinta.

HyQarl terkejut apabila mendapati Cinta masuk keKondo.

Dia melihat isterinya berlalu kedapur untuk menyediakan bahan masakan selepas meletakkan slingbagnya diatas meja makan.

Mariana berlalu kedapur berpura-pura mengambil air untuk diminum.

"Aku tengok kau ni taklah cantik sangat." Kata Mariana sedangkan hatina berkata lain.

Aura yang dibawakan oleh cinta boleh menggegarkan Iman seorang lelaki. Patutlah HyQarl dltergilakan perempuan yang kini didepannya.

"Eh kenapa muka tu?" Tanya Mariana ingin tahu.

Cinta tak menjawab. Dia melakukan kegiatannya memotong sayur.

"Kau dengar tak apa aku tanya?" Mariana menarik rambut Cinta yang masih tertutup itu.

Namun Cinta menahan rasa sakit. Tak membalas apa perbuatan yang dilakukan oleh Kakak Iparnya.

Mariana yang merasa tercabar menyiram wajahnya dengan air yang ada dalam gelas ditangannya.

"Apa awak buat ni?" Mariana mula berlakon.

Mendengar kecoh dibahagian dapur mereka masuk kesana dan melihat apa yang terjadi.

"Kenapa ni?" Tanya HyQarl.

"Isteri Qarl ni. Simbah Akak dengan air." Kata Mariana.

"Cinta tak buat." Kata Cinta membela dirinya.

Pak!!

Satu tamparan singgah diwajah Cinta. Berdesing telingnya dek tamparan dari Marlinah.

"Kau tu tak berhak nak buat macam tu dengan kakak aku." Kata Marlinah naik angin.

"Aku dah kata, Aku tak buat, Aiuvtak buatlah!!" Kata Cinta mulai tak dapat mengawal emosi amarahnya.

"Kau!!" Mariana mula mengangkat tangannya dan ingin singgah diwajah cinta namun Cinta menangkap Tangan Mariana dan menepis hingga Mariana jatuh tersungkur.

"Kau!!" Marlinah naik hantu dan menarik rambut Cinta yang masih tertutup dengan Shawl dengan dibantu oleh Syuhadah.

"Mak Bapak aku tak pernah buat dekat kakak aku macam tu kau berani buat." Marlinah mula menampar wajah Cinta berulang kali. Begitu juga dengan Syuhadah.

Cinta tak berdaya hendak melawan kerana kesihatannya belum pulih sepenuhnya.

HyQarl hanya mampu melihat isterinya dibelasah oleh 3 perempuan didepannya.

"Dah lah. Mati anak orang tu. Kamu nak bertanggungjawab."Kata HyQarl akhirnya bersuara apabila melihat isterinya yang sudah tak mampu melawan.

"Puas hati aku." Kata Mariana.

Mereka pulang selepas memuaskan hati masing-masing. Melihat ketiga perempuan itu keluar, HyQarl menarik Cintaasuk kedalam bilik mereka.

Dia melayangkan tubuh Cinta keatas katil besar didepannya.

"Kau buat apa kat bangunan Guaman tu hah!!" HyQarl mula membuka tali pinggangnya lalu menghayun ketubuh Cinta.

"Sakit, Cukuplah." Pinta Cinta dalam tangisan.

"Tu baru kakak aku yang belasah kau. Dan sekarang aku ganti mereka untuk belasah kau pulak." HyQarl menghayun lagi tali pinggangnya ke tubuh Cinta.

Hingga Cinta tak mampu nak tampung rasa sakit yang diterimanya. HyQarl melakukannya seperti binatang. Tidak berhati perut.

Selesai melepaskan amarah dan nafsunya, HyQarl meninggalkan Cinta dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Dia perlahan berjalan mengambil Slingbag nya diatas meja ruang makan lalu menekan nombor Dinda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience