Rate

1

Romance Series 2380

Dengan nafas yang tercunga-cungap aku berlari ke arah sebuah kereta Toyota Hilux berwarna silver. Kelihatan seorang lelaki membuka lock kereta tersebut. Segera aku masuk ke tempat belakang dan bersembunyi tanpa disedari lelaki tadi.
Enjin kereta dihidupkan dan aku pasti kereta sudah bergerak kerana diri ku kini terhuyung hayang. Hampir 20 minit kemudian aku keluar dari persembunyian.

Krekkk.....

Brek mengejut dilakukan oleh lelaki itu. "Who are you? How can you get into my car?" Soal lelaki itu dingin dan merenung tajam ke arah ku. Aku kelu bagaimana hendak menjawab. Tidak berani aku menatap matanya. Gerun!
"Ma...maaf. Sa...saya tak sengaja masuk dalam kereta encik", jawabku gagap. Detakkan jantungku kini bagai baru lepas lari maraton sahaja. Peluh dingin membasahi dahiku.
"What do you mean TAK SENGAJA?" Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalannya. "Hey, you are the girl", sambungnya lagi.
Kejap. Dia kenal aku ke? Ehh silap! Aku kenal dia ke? Wait a minute. Bukan ke lelaki ni yang nak beli aku tadi? Lelaki tersebut membuka lampu di dalam keretanya. Baru wajah lelaki tadi kelihatan jelas. Tampan! Puji hatiku. Bermata hazelnut dan berkulit putih persis kacukkan cina.
Bagai terkene kejutan elektrik. Ketakutan kembali menyerang diriku. " Maafkan saya encik. Tolong jangan apa-apakan saya", rayuku penuh simpati. Air mata sudah kembali mengalir membasahi pipiku. Entah apa akan terjadi selepas ini. Aku hanya tawakal.
Rayuan ku dibalas dengan senyuman sinis lelaki itu. "Tak payah susah susah aku habiskan duit nak beli kau. Aku dah dapat. Free lagi!" Bicara lelaki itu dengan senyuman aku tak dapat tafsirkan. Kemudian lampu dimatikan. Dia kembali memandu
Tak putus- putus aku berdoa agar terselamat dengan jujuran air mata yang membasahi muka. Dalam masa yang sama aku turut kecewa. Sanggup Liya menjual aku kepada bapak ayam. Kejam! Liya sahabat baik ku yang telah berubah. Sungguh aku kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience