Kemenangan di Papillon sudah setahun berlalu, kini IZA melancarkan serangan berskala besar di Pulau Kemboja.
Misi utama; Rampas pulau tu semula dan lumpuhkan semua laluan penghantaran bekalan mereka.
Bersama-sama muka yang dikenali, ada rekrut baru menyertai. Askar yang lama macam Adzwin, Hasril dan Iszran dipanggil "orang lama".
Lama? Mereka belum pun masuk umur 20-an.
Iszran berbaris masuk dalam sebuah LVT, bersedia untuk misi pendaratan dari dalam IZN LST.
Sarjan Adzwin memandang semua anggotanya,
"Sekarang masanya...
"Bertabah, kita akan hadapi semua ni selama tiga hari saja."
Apabila tanjakan dijatuhkan, LVT dilancarkan ke laut. LVT dari kapal lain boleh dilihat menuju ke Pulau Kemboja.
Beberapa pesawat IZF terbang di atas kepala mereka.
"Tentera laut sudah mengebom pantai ni selama 2 hari. Iszran! kalau di pantai nanti kita dapat tentangan, kau guna radio ni dan minta sokongan roket!"
Sgt.Adzwin memberi arahan ringkas kepadanya.
"Ok."
Angguk Iszran sebagai tanda memahami dan menerima arahan.
Satu pesawat jauh di hadapan mereka ditembak jatuh.
LVT di sebelah mereka hancur oleh peluru artileri, menyebabkan semua askar dalamnya terhumban ke dalam air.
"Bukit belah timur sana! Ada meriam 200mm!"
Kata Korporal Hasril selepas memerhati Pulau Kemboja.
"Satu lagi LVT kena tembak!"
Pvt.Izuwan melaporkan.
"Semua! Rendahkan... kepala... kamu... ke bawah!"
Pinta Sgt.Adzwin.
Pemandu menurunkan perisai di atasnya untuk perlindungan tambahan semasa LVT menghampiri pantai.
Adzwin menenangkan askar yang ketakutan di sebelahnya.
LVT tiba di pantai, bergegar dengan kuat secara tiba-tiba.
"Kita kena turun dari sini!"
Nasihat Pvt.Izuwan.
Kelihatan LVT mereka sedang tersangkut.
"Turunkan tanjakan! Meriam tu boleh tembak kita bila-bila masa."
Sgt.Adzwin memalingkan wajah kearah kerusi pemadu.
Luqman melentokkan kepalanya ke tepi;
"Batu karang. Kita tersangkut atas..!"
Luqman ditembak di kepala dan jatuh ke lantai. Pemandu LVT juga ditembak dan terbunuh, menghalangnya daripada menurunkan tanjakan untuk askar keluar.
Hasril tidak sempat berbuat apa, dia terkejut kerana melihat mayat Luqman, yang sebahagian kepalanya pecah, mendedahkan otak dan tengkoraknya.
"Lompat keluar!"
Peluru meriam mengenai LVT; Iszran terhempas ke dalam lautan. Askar-askar Zehir berterapungan di permukaan air, ditembak mati oleh mesingan dan darah mewarnai air. Iszran ditarik keluar dari dalam air oleh seseorang.
"Iszran! Baguslah kau masih lagi hidup! Situasi kita makin buruk... Elimina sempat lagi bina barisan pertahanan di belakang garis pokok sana.
"Hancurkan sarang mesingan dulu baru kita naik ke sana. Cepat sebelum makin ramai mati."
Sgt.Adzwin mengingatkan anak buahnya itu.
Iszran memanggil serangan roket daripada tentera laut.
Serangan roket dilancarkan dari atas dek kapal tempur jauh di belakang, memusnahkan barisan pertahanan musuh dan menumbangkan beberapa pokok kelapa.
"Kerja bagus, isz... Semua berkumpul di garisan pokok!"
Kata Sgt.Adzwin.
Iszran mengikut yang lain dari belakang, melalui air cetek, menghampiri garisan pokok di tepi pantai.
Artileri musuh masih lagi menyerang di sekeliling mereka.
"Apa yang berlaku?! Tidak sepatutnya ada penentangan lagi!"
Tanya Pvt.Izuwan.
"Jangan biarkan mereka buat kamu takut... Gerak! Gerak!"
Cpl.Hasril memotong soalan Izuwan.
Sgt.Adzwin mengira semua orang yang sudah berada di bawah batang kelapa.
"Semua sedia? Naik! Naik!"
Cpl.Hasril memberi isyarat.
Iszran memanjat batang pokok dan memasuki kawasan yang musnah dibedil tadi.
Dia menyaksikan ada beberapa askar Elimina yang terselamat dan ada yang kehilangan anggota badan merangkak di atas tanah.
"Bayonet! Guna jika perlu!"
Tegas Sgt.Adzwin sesudah beliau menikam askar musuh.
"Tolak barisan mereka!"
Cpl.Hasril berlari ke depan terlebih dahulu untuk meninjau.
"Elimina gloria!!!"
Dari lubang bawah tanah, askar Elimina melakukan serangan mengejut.
"Knight charge! Mereka tidak akan berdiam diri! Bunuh mereka!"
Cpl.Hasril menembak askar musuh.
Iszran berdiri di belakang dinding kayu, ada bunker kecil di seberang memfokuskan tembakan ke posisi askar Zehir yang lain.
Dengan rifle di tangan, dia menyasarkan dan menembak penembak mesingan musuh dengan sendirinya.
Mereka menolak askar Elimina lebih jauh ke bahagian darat dan memasuki parit di sebelah kiri bunker kecil itu.
Askar Elimina menyerang demi mempertahankan parit yang mereka gali.
"Bersihkan parit ni!"
Sgt.Adzwin masuk ke dalam parit dan menggunakan senapang patah.
Mereka membersihkan parit dan bergerak terus ke kawasan di belakang bunker kecil.
Serangan berani mati datang kearah mereka.
"Dalam rumput! Mereka keluar dari rumput!"
Izuwan mendedahkan taktik serbuan askar Elimina ketika yang lain bertaruh nyawa melawan musuh.
Mereka akhirnya sampai ke sebuah trak di hadapan bunker yang terakhir.
"Perhatikan sekeliling kamu. Mereka boleh berada di mana-mana sahaja."
Pesan Adzwin.
"Elimina gloria!!!"
Askar Elimina terus menyerbu mereka dari depan.
"Jangan berpecah! Cari tempat berlindung!"
Hasril menundukkan badan di belakang dinding kayu.
"Isz!! Minta bantuan roket pada bunker! Biar hancur kubu besar tu!"
Teriak Izuwan.
Iszran menggunakan radio dan meminta bantuan. Bedilan roket menghujani dan memusnahkan bunker tersebut.
Sarjan, Korporal dan Iszran mencapai runtuhan kubu; gerbang yang runtuh mendedahkan jalan ke arah hutan menuju ke Kota Kemboja dan lapangan terbang.
Tidak lama selepas itu, 2 kereta kebal Elimina datang dari jauh.
"KERETA KEBAL!!! Panggil serangan roket! SEKARANG!"
Adzwin memberi amaran kepada semua anggotanya.
Rentetan mesingan menghalang kemaraan mereka daripada masuk ke hutan.
Tembakan meriam meledakkan tanah di tepi dan menerbangkan Iszran ke atas tanah.
Radio di tangannya terlepas dan pecah berkecai atas tanah.
Tanah bergegar apabila kereta kebal semakin menghampiri mereka. Iszran ditarik ke belakang oleh Korporal Hasril.
Tiba-tiba, satu daripada dua kereta kebal musuh meletup.
LVT(A)(4) tiba menyelamatkan keadaan, ia berjaya menghancurkan satu lagi kereta kebal musuh.
"Kerja bagus, semua. Tahniah sebab hidup lagi."
Adzwin berasa tenang buat seketika waktu.
Semua askar berkumpul semula berhampiran pintu keluar belakang bunker.
"Apa sekarang, sarjan?"
Hasril menyandar pada kereta kebal.
"Lindungi kawasan sekitar... Tunggu arahan Mejar..."
Adzwin memandang ke laut.
"Bila kita berehat?"
Izuwan duduk atas tanah.
"Tidak lama kemudian izuwan... tidak lama lagi."
Adzwin menurunkan senjata.
"AAARRRRRGH!!"
Ada orang berteriak dari dalam semak.
Adzwin pantas meluru ke arah hutan. Tiba-tiba ada seorang pegawai Elimina menikam terus di dadanya dengan pedang; pegawai itu segera ditembak dengan pistol oleh Hasril.
"Win!!"
Adzwin jatuh ke belakang ke tanah, tercungap-cungap, cedera parah. Izuwan hanya boleh melihat dengan terkejut dan tidak percaya apabila Hasril bergegas untuk membantu ketuanya.
"Win! Tidak... Tunggu... Kau akan baik-baik saja... Medik!!!"
Hasril memeluk Adzwin yang sudah tidak menyedarkan diri.
Ya~ Maaf sebab lambat update bab baru. Aku kusut samada nak letak filler atau tak. Takut korang boring, jadi aku straight to the point. ACTION! kongsi sikit: LVT : Landing Vehicle Tracked LST : Landing Ship, Tank. Terima kasih sebab masih baca cerita ku, kalau rasa seronok, bolehlah kongsi dengan kawan-kawan. Aku akan cuba atasi masalah update tak konsisten ni. Jumpa lagi di bab seterusnya~ semoga kamu sihat selalu.
Share this novel