CHAPTER 4

Crime Series 4223

“Terima kasih Encik kerana bekerjasama dengan kami” kata Ridhuan sambil menghulurkan tangannya kepada Encik Azhar. Lebih dari satu jam Encik Azhar ditemu bual, semua berjalan dengan lancar.
“Sama sama Encik, seronok dapat membantu” jawab Encik Azhar lalu menyambut tangan Ridhuan.

pintu bilik soal siasat dibuka, Encik Azhar melangkah keluar. Encik Azhar melangkah keluar daripada Balas polis tersebut. Di tempat bahagian parking, terdapat sebuah kereta audi ‘olive green’ parking betul betul di bahagian depan pintu balai. Di luar kereta tersebut, seorang lelaki yang tinggi dalam 176cm, berbaju kemeja hitam yang dilipat lengangnya dan mengenakan kaca mata hitam. Encik Azhar tersenyum.

“Pa” panggil Harith sambil jalan mendekati ayahnya.
“Siapa jaga cafe?” Tanya Encik Azhar. Harith membuka kaca mata hitamnya.
“tak buka hari ni” jawab Harith ringkas.
“Dah jom, adik hantar papa balik” kata Harith sambil memaut bahu ayahnya. Ayahnya yang hanya tinggi 169cm terlihat kecil disamping anaknya.
“Panaskan cuaca hari ni” kata Harith sambil menahan kepala ayahnya daripada cahaya Matahari dengan menggunakan tangannya.

***
Selepas beratur panjang akhirnya Aufal dapat makanan yang dia inginkan, dia terus melangkah menuju ke meja untuk menjamah makanan tersebut. Aufal melabuhkan punggungnya duduk di kerusi. Baru sahaja ingin menjamah makanannya, beberapa saat kemudian, seseorang menarik kerusi di depannya lalu melabuhkan diri duduk satu meja dengannya. Aufal mengangkat mukanya.

“Auf”

“em, kenapa?” Tanya Aufal sambil menyuapkan makanan ke mulutnya.

“Harith mana?“ Tanya Adria dengan muka yang serius.
“Mana la aku tahu, call la dia” jawab Aufal.
“Dah, dia tak angkat” kata Adria.
“Dah tu, asal cari aku?” Tanya Aufal sambil lap bahagian comot dengan menggunakan tisu.
“You housemate dia kan” kata Adria dengan nada geram. Aufal meliht ke arah Adria.
“Tak” Balas Aufal sepatah.

“Tak payah nak tipu la” marah Adria.
“Tak, kau sibuk sangat kenapa? Dah dia memang no longer tinggal dengan aku” jawab Aufal lalu bangun dari tempat duduknya.
“You nak pergi mana?” Tanya Adria.
“Balik la, dah habis makan” jawab Aufal selamba sambil meninggalkan Adria.

***
“Papa tak masak apa apa ni” kata Encik Azhar. Harith yang baru sahaja membuka kasutnya melangkah masuk ke dalam rumah.
“Takpa pa, adik kenyang lagi ni” kata Harith sambil melabuhkan diri duduk di atas sofa. Ayahnya mengangguk.
“Ayah naik atas jap ye” kata Encik Azhar sambil melangkah menaiki tangga. Harith mengangguk.

Harith yang dari tadi bersantai di atas sofa terganggu apabila pantulan cahaya mula memganggu matanya, Harith tukar kedudukkannya. Beberapa saat, dia mula diamkan diri, perasaannya mula terasa seolah olah diperhati. Harith bingkas bangun lalu menuju ke tingkap ruang tamu. Pandangannya tajam memerhati ke luar dengan muka yang serius, pantulan cahaya itu terus hilang.

“Adik” panggil Encik Azhar dari belakang. Harith menoleh.
“Adik buat apa” Tanya Encik Azhar, pelik tengok tingkah laku anaknya.
“Jap” jawab Harith ringkas sambil melangkah menuju ke pintu utama, tanpa teragak Harith melangkah keluar dari rumah.

Harith melangkah menuju ke pagar rumah, dia melihat sekeliling. Beberapa saat, kelihatan sebuah motosikal keluar dari pada lorong selang 2 buah rumah daripada rumah ayahnya. Tanpa teragak Harith terus berlari dengan menggunakan arah yang berlainan, Harith menggunakan jalan belakang rumah ayahnya.
“Eh Harith!” Panggil Encik Azhar.

Sampai sahaja hujung jalan, Harith menyembunyikan diri disebalik dinding pagar. Oleh kerana kawasan itu hanya mempunyai satu laluan untuk keluar masuk, Harith mudah anggar bila motosikal tersebut akan lalu. Beberapa minit kemudian, motosikal itu tadi lintas dihadapannya. Tanpa teragak Harith terus memberikan tendangan sisi badan penunggang tersebut. Penunggang tersebut jatuh di sisi jalan. Harith memegang leher baju lelaki tersebut.

“Kau buat apa!” Tanya Harith.
“Kau kenapa!?” Lelaki cuba untuk memeronta. Harith memegang erat leher baju lelaki tersebut sambil meletakkan lututnya keatas bahagian perut lelaki tersebut.
“Mana camera tadi!” Tanya Harith, lelaki itu enggan memberi tahu.
“aku Tanya mana!” Tanya Harith sekali lagi. Oleh kerana suaranya yang lantang, penduduk disitu keluar untuk melihat apa yang sedang terjadi.

Seorang penduduk cuba untuk menghentikan mereka berdua.
“Takpa pakcik, ni Biar saya settle dulu” kata Harith tanpa memandang kearah penduduk tersebut.
“Aku Tanya sekali lagi sebelum sebelah telinga kau pekak ! Mana Camera tadi !” Tanya Harith sambil mengangkat tangannya sedia untuk menampar muka lelaki tersebut.

Lelaki tersebut terus menunjuk camera tersebut yang sudah jatuh dari motor.
“Pakcik, tolong ambik boleh?“ minta Harith, penduduk tadi terus mengambil camera tersebut lalu hulurkan kepada Harith.

Harith terus menekan badan lelaki tersebut dengan lututnya, camera tersebut dibuka. Beberapa swipe, harith terkejut. Matanya terus melihat tajam ke arah lelaki tersebut.
“Natey Pervert !” Harith terus tampar lelaki tersebut di pipi. Gambar Wanita tadi dipadam serta merta.

Beberapa swipe akhirnya Harith jumpa gambarnya sendiri.
“Siapa hantar kau?” Tanya Harith tanpa memandang ke arah lelaki tersebut.
“Tiada Siapa” Balas lelaki tersebut.
“Takkan kau syok kat aku? There’s no way takda Siapa hantar kau” kata Harith lagi.
“Tell me or..” Harith menggenggam leher baju lelaki tersebut lalu mengangkat sedikit. Harith merapatkan mukanya kepada telinga lelaki tersebut. “aku patahkan jari kau satu per satu” Bisik Harith sambil memegang jari kelingking lelaki itu.
“Tell me” kata Hakim sambil merapatkan telinganya ke muka lelaki tersebut untuk berbisik.

“the g-ghurfan” Bisik lelaki tersebut.
“dah agak” Harith terus mengangkat mukanya dan bangun, dia menarik nafas panjang lalu meletakkan camera tadi ke bawah. Tanpa teragak Harith terus memijak camera tersebut berkali kali.

Harith menyipak rambut depannya ke belakang, tangannya mencengkik pinggang. Dia menarik nafas panjang.
“Bagitahu Dylan, it’s not worth it” Kata Harith lalu campak camera tersebut ke dalam longkang yang tersumbat.

ig : potatocious THANK YOU ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience