Chapter 8

Horror & Thriller Completed 5356

Part 8.
{ Daiyan POV }

"Tunggu. Apa mereka buat tu?" Tegur Emylea ketika kami sudah pun separuh jalan untuk keluar dari istana. Aku berhenti dan terkejut gila bak hang apabila aku memandang ke arah tempat itu.

"Mamalah!"

"Mummy!"

Serentak aku dan Fayzal memanggil nama wanita yang kami kasihi. Macam tak percaya! Mama dan mummy Fayzal tertangkap.

"Macam mana boleh tertangkap?" Soalku. Emylea sudah memandangku dengan muka kasihan.

"Aku.. Aku.. Aku tak tahu!" Kata Fayzal. Huh, dia.. Tak tahu? Macam mana dia boleh tak tahu pulak?

"Nanti, tu bukan Khayrul ke?" Tegurku. Hurm, macam aku tak tahu Khayrul tu rapat dengan si Fayzal ni. Emylea kelihatan bingung apabila nama Khayrul disebut. Memanglah. Dia mana kenal siapa Khayrul tuh.

Haa, tadi bukan Fayzal kata mama dan mummynya ada bersama Khayrul ke? Huh, apa? Jangan risau?

Kami melihat perlakuan Khayrul. Makin berapi aku apabila ternampak Khayrul siap berchit - chat dengan goblin gendut tu. Nak bersalam bagai. Sah, dia bersama dengan musuh. Dasar talam purple dua muka! Kenapa purple? Sebab tu fauvorite aku. Heheh.

"Apa kita nak buat ni?" Emylea bertanya. Terserlah kerisauan dari riak mukanya.

"Semua ni salah kau!" Kataku. Aku tak menuduh. Ni kebenaran berserta bukti. Bukti dah ada depan mata.

"Aku? Kenapa aku pula?" Soal Fayzal. Merah sudah mukanya. Marahlah tu. Ada aku kesah? Apa, ingat dia sorang je boleh marah ke?

"Kau yang menyebabkan goblin tu dapat tangkap mama aku!" Marahku lagi. Sedih sebenarnya. Aku terasa bahang di mukaku.

"Kau nak tuduh aku apehal? Apa kau ingat mama kau je ke yang kena tangkap, hah?" Marah Fayzal lagi. Eh, eh. Over pulak dia. Ceh, nak putar belitkan cerita lah tu. Ingat dia ular apa, nak belit - belit?

"Kau yang bagi tanggungjawab jaga mama dan mummy kat Khayrul, kan? Salah aku ke? Aku ke yang suruh Khayrul jaga? Aku ke yang serahkan mama dan mummy kat musuh? Aku ke? Tak.. Tu semua kau yang buat! Kau!" Marahku balik. Nafasku sudah turun naik. Geram betul dengan perangai Fayzal yang selalu dia saja nak menang. Aku pun nak menang jugak.

Fayzal terdiam. Huh, dah mengalah ke? Maksudnya aku menang ke?

"Kenapa diam pulak?" Tengkingku. Saja nak tunjuk garang. Kerek lebih.

"Well, well. Look who's here. Wow, best friends were fighting? What a suprise! Ermm, let me guess, since the competition? Woah, that means almost 3 years, right? Hahah. Kau tak pernah berubah, kan Daiyan? Selalu salahkan orang lain walaupun kesalahan tu berpunca dari kau sendiri. Tak pernah nak terima kelemahan diri sendiri. Kau pulak Fayzal, kau terlalu lemah untuk pertahankan hak kau. Sampai kawan kau sendiri pijak kepala kau. Haha. Memang senang diperdaya betullah." Berdesing telinga aku bila ada orang kutuk aku depan - depan macam tu. Siap ketawakan aku lagi. Apa? Aku pusing. Hah, Khayrul? Seperti yang aku jangka.

Beberapa ekor goblin sudah mengepung aku dan Fayzal. Okay, jalan mati.

"Huh, kesah pulak aku! Kau lepaskan mama aku sekarang! Kalau tak.." Tak sempat aku nak sambung di Khayrul bajet pandai ni pi menyampuk. Biadap betul.

"Kalau tak apa? Kau nak buat apa kat aku? Kau nak salahkan aku macam yang kau tengah buat dekat Fayzal tu ke? Atau kau nak bagi aku buat aku rasa macam orang bodoh sebab asyik layan perangai tak matang kau tu?" Sampuk Khayrul. Khayrul sudah memandangku sambil buat muka kesah-pulak-aku kemudian berpaling kepada Fayzal yang dari tadi hanya diam.

"Berani kau!" Jeritku. Aku cuba untuk menyerang Khayrul namun ditahan oleh para kuli goblin Khayrul. Aku cuba melepaskan diri dari goblin yang menahanku namun gagal. Almaklumlah, goblin kat sini semuanya sado. (Ceh, tak guna punya author! Berani dia buat aku nampak lemah!)

"Lepaskan aku!" Jeritku sambil meronta - ronta untuk melepaskan diri. Fayzal dari tadi hanya menjadi penonton bagaikan melihat Mega Movie di tv3. Langsung tidak bergerak. Walau semilimeter pun.

Khayrul memdekatkan mukanya ke mukaku. Ergh, dia nak buat apa ni? Khayrul tersenyum sinis.

"Kalau aku tak nak?"

"Er," aku dah kehilangan kata. Tak tahu nak cakap apa. Hurm.

"Wargh, lepaskan kawan aku!" Jerit Fayzal sambil menghunus pedangnya. Aku terdiam. Dia.. Masih nak selamatkan aku walaupun aku dah buat banyak salah kat dia?

Khayrul sempat mengeluarkan pedangnya dan menahan hunusan pedang Fayzal tadi. Fayzal kelihatan bersungguh dalam perlawanan pedang itu. Aku hanya melihat bersama goblin yang menahanku. Takde sapa nak tolong si Khayrul tu. Sebab nak kena tahan aku punya pasal.

Beberapa kali juga Fayzal hampir tertusuk pedang Khayrul. Perasaan serba salah mula menyerbu diriku. Fayzal.. Kau sanggup gadaikan nyawa kau demi aku?

Akhirnya Khayrul terbaring di atas rumput dengan pedang Fayzal terletak kemas di lehernya. Kenapa Khayrul tak lawan? Sebab pedangnya sudah terpelanting jauh dari capaiannya. Yeah, Fayzal menang. Okay, i have to admit it. He's greater than me.

"Lepaskan kawan aku dan pulangkan mama kami!" Tengking Fayzal serius. Namun Khayrul masih lagi boleh menggelakkan Fayzal pada masa itu. Eh, sewel ke mamat ni?

"Kalau tak, kau nak bunuh aku? Hahah! Hahahah! Kau bunuhlah aku, tapi kau takkan jumpa kawan kau lagi. Apa nama dia? Emylea, kan?" Ucapan berserta ketawa gaya saintis gila dari Khayrul itu benar - benar membuatkanku terkejut. Bukan terkejut sebab tawanya yang memang sah kena daftar kat Hospital Tanjung Tembikai tapi macam mana dia boleh tahu Emylea. Emylea, macam mana aku boleh lupa!

"A.. Apa kau dah buat kat dia?" Jeritku dari jauh. Kan jauh, takkan nak berbisik kot. Kang 20 tahun kemudianlah kau dengar.

"Owh, awek kau eh? Hurm, aku bawak dia jumpa mak dialah!" Kata Khayrul selamba dek je. Macam tiada apa - apa yang berlaku sedangkan sebilah pedang sekarang ini berada di lehernya. Hanya menunggu masa untuk ditarik sahaja dan menamatkan riwayat mangsanya.

Kata - kata Khayrul membuatkan aku terfikir sejenak. Mak Emylea? Maksudnya, mak Emylea ada kat sini? Emylea boleh diselamatkanlah!

"Tak guna!" Jerit Fayzal sambil pemegang pedangnya menghentak kepala Khayrul. Khayrul pengsan.

"Siapa pulak lepas ni?" Soal Fayzal sambil mata pedangnya dilalukan di hadapan goblin - goblin yang menahanku. Lintang - pukang mereka lari. Rasa lawak pulak tengok goblin gemuk lari. Bergegar satu badannya. Hahha. Jangan fikir negatif, ya?

"Daiyan, kau okay?" Soal Fayzal kepadaku. Aku memandangnya kemudian mengangguk. Tak nampak langsung kebencian pada dirinya terhadapku. Serius weyh, aku rasa serba salah!!

"Fayzal, aku mintak maaf." Ujarku perlahan.

"Aik, kau dah kenapa? Feeling semacam je? Aku tak kesahlah. Aku dah lama maafkan kau." Kata Fayzal sambil tersenyum. Aku memalingkan mukaku untuk mengesat air mata yang jatuh. Huhu, malulah kalau Fayzal nampak. Hehhe.

"Ait, nangis ka?" Tegur Fayzal lagi. Erk, kantoi sudahh. Aku memandang Fayzal semula. Merah sudah hidungku. Ah, lantaklah. Aku tersenyum memandang Fayzal.

"Thanks, weyh! Sayang kau! Aku bukan gay, okay. Aku sayang kau. Aku dah anggap kau macam abang aku. Terima kasih sebab kau sabar dengan perangai aku. Aku mintak maaf sebab selalu sakitkan hati kau." Luahku. Kemudian aku ketawa. Fayzal kelihatan terkejut pada mulanya kemudian dia turut ketawa bersamaku.

Fayzal memelukku.

"Aku pun sayang kau." Ucapnya. Aku terkedu. Lepas beberapa saat, aku membalas pelukannya. Hangat betul. Hangat, ya. Bukan hangit, okay?

"Ergh, kepala aku." Suara Khayrul telah meleraikan pelukan antara aku dengan Fayzal. Ah, lupa pulak mamat mental ni ada kat sini.

"Ah, bisinglah kau!" Marah Fayzal lalu bangun menuju ke arah Khayrul kemudian pemegang pedangnya dihentakkan lagi sekali ke kepala Khayrul. Lalu Khayrul black out lagi.

Khayrul kami ikat kat pokok coklat Cadburry sekuatnya supaya bila dia sedar nanti tak terlepas. Kemudian kami berehat sebentar memikirkan cara untuk menyelamatkan mama, mummy dan Emylea.

"Argh, peningnya." Hurm,dah sedarlah tu. Aku bangun dan duduk mencangkung di hadapan Khayrul. Fayzal mengikuti langkahku dan duduk mencangkung di sebelahku.

"Woi, lepaskan aku!" Marah Khayrul. Okay, dah biasa dah dengar dialog tu. Aku buat muka blur. Saja buat - buat tak faham.

"Kalau aku tak nak? Apa kau nak buat? Kau nak suruh goblin tu tahan aku sampai malam atau kau nak kutuk aku sampai mati?" Aku tiru balik ayat yang dia cakap kat aku tadi. Khayrul nampak pucat. Aih, takut ke? Tadi bukan main eksyen. Fayzal tersenyum memandangku.

"Bagi tahu aku sekarang mana korang letak mama, mummy dan Emylea kami?" Soal Fayzal serius. Hal ni tak boleh bawak bincang elok - elok. Kena gertak dulu baru nak bagi tahu.

"O.. Okay, okay." Akhirnya Khayrul kalah dengan kami. Hip hip, hooray! Hip hip, hooray. Hmm, senangnya.

{ End Daiyan POV }

***

{ Ratu Marissa POV }

"Oi, kau mungkin akan ada kawan baru nanti." Kata Jimbo, goblin yang ditugaskan untuk mengawalku. Aku dan dia dah macam kawan dah. Cukuplah aku menangis merayu meminta supaya dilepaskan. Baik aku berbaik dengan goblin ni, mana tahu nanti dia kasi aku lepas ke.

"Ye ke? Siapa? Perempuan ke lelaki?" Soalku ramah. Bosan sebenarnya. Dahlah busuk dalam ni. Sebelum ni kakiku dirantai. Tapi sekarang tiada lagi. Inilah faedah aku berbaik dengan goblin ni.

"Perempuan. Tak silap tadi aku dengar nama dia.. Emylea kot. Tu yang aku dengarlah." Ujar Jimbo.

Aku tersentak. Emylea? Emylea! Mungkinkah.. Ah, mustahil!

"Kenapa kau diam? Kau kenal dia ke? Terkejut semacam je." Jimbo mengejutkanku dari khayalanku sebentar tadi. Riak mukanya menunjukkan rasa curiga padaku.

Hah, err.. Takdelah. Kalau macam tu seronoklah saya lepas ni dah ada kawan baru." Kataku menutup rasa curiga Jimbo. Kalau betul tu Emylea aku, aku tak boleh bagi orang lain tahu. Bahaya nanti.

"Okay. Nanti jangan tinggalkan aku pulak kalau kau dah ada kawan baru. Nanti tinggal aku sesorang je. Takde sapa nak kawan aku." Tu diaa.. Jimbo dah bukak cerita sedih daa. Aku tersenyum. Walaupun muka nampak ganas dan hodoh, tapi hati dia sebenarnya lembut dan hensem.

"Baiklah. Awak jangan risau." Kataku. Jimbo tersenyum menampakkan gigi taringnya yang tumpul serta senget.

"Jimbo, tuanku ingin berjumpa dengan kau sekarang." Panggil satu suara dengan tegas. Jimbo berpaling kemudian menggangguk.

"Aku pergi dulu, ya." Kata Jimbo lembut. Aku tersenyum lalu mengangguk.

Ah, kini aku berseorangan. Emylea, jika benar kau adalah Emyleaku.. Aku harap kau bukan dalam bahaya.

Terasa masih segar di mindaku peristiwa yang pahit itu. Aku menutup mata. Perlahan air mataku mengalir membasahi pipiku. Oh, Emylea. Mama rindukan kamu.

***

"Lea!" Panggilku.

"Lea. " panggilku lagi apabila tiada sahutan yang berbalas.

"Yea, mama!" Sambut Emylea. Dia bangun sambil tersenyum kemudian terus berlari ke arahku.

Terus aku peluknya. Oh, Emylea. Kau terlalu kecil untuk ditinggalkan. Maafkan mama, sayang. Mama terpaksa.

"Lea, janji dengan mama yang Lea takkan marahkan mama kalau mama tinggalkan kamu." Kataku bergetar. Aku cuba menahan tangis yang akan memainkan lagunya tak lama lagi.

"Mama nak tinggalkan, Lea? Kenapa? Mama tak sayang Lea ke?" Tanya Emylea sudah teresak. Aku ikut teresak sekali. Sebak rasanya. Tak sanggup. Tapi demi tanggungjawab yang telah disandangkan kepadaku, aku mesti lakukannya.

"Tak, mama sayang Lea. Tapi mama terpaksa tinggalkan Lea. Mama janji mama akan datang jumpa Lea balik, ya?" Kataku kemudian memeluk Emylea dengan lebih kuat. Kami dua beranak masing - masing melayan perasaan sendiri.

Emylea terlalu kecil untukku bawa bersamaku. Tak, terlalu bahaya untuknya. Lagipun ketika ini dunia di sana sedang berperang. Aku taknak gadaikan nyawanya demi aku. Takkan lagi.

"Okay." Jawab Emylea dalam sendunya. Kami masih lagi berpelukan. Maafkan mama, Emylea.

***

Aku tersedar dari tidur. Tak sangka bermimpi tentang tu pula. Hurm, dah sekian lama. Memori lama berulang kembali.

"Lea, mama rindukan kamu!" Jeritku. Tapi cuma dalam hati. Aku tak mamapu nak luahkan.

{ End Ratu Marissa POV }

***

{ Emylea POV }

"Lea, mama rindukan kamu!"

Aku terbangun. Argh, berdesing telinga aku. Terasa berpusing dunia ku. Pening teramat. Aku kat mana ni? Kenapa setiap kali aku bangun mesti aku tak tahu aku kat mana? Why is this happening to me? Why? Why me? Why? Ceh, terover pulak. Heheh.

Suara tu. Haa, mungkinkah tu suara mama? Maksudnya, benarlah mama dalam bahaya?

"Lea, mama rindukan kamu!" Terngiang - ngiang suara itu di kepalaku. Pening kepalaku bertambah. Aku kembali tidur kerana tak tahan. Ah, lantaklah aku kat mana pun.

{ End Emylea POV }

ToBeContinue.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience