"Eh korang pernah dengar tentang suatu lorong di Sekolah Menengah Utara?"
"Ya, dulu tapi dah tak ingat"
"Disitu banyak terjadi benda pelik jadi"
"benda yang pelik? Mendenya wey?"
"Ya. 27 tahun yang lalu, bermulalah kejadian yang pelik itu. Seorang
pelajar sekolah tersebut dari kelas 4 Biruni dilaporkan hilang dan ditemui
mati kerana dibunuh dengan kejam disitu. Berita itu diketahui oleh ramai
pelajar dan membangkitkan sifat ingin tahu. Mereka pergi ke lorong
tersebut dan hilang. Beberapa orang dari mereka ditemui mati dan
beberapa yang lain tidak dijumpai. Pengetua yang mengetahui kejadian
tersebut, terpaksa menutup lorong itu dengan meletakkan tanda 'DILARANG
MASUK' "
"Siapa pembunuhnya? Dia ditangkap?"
"Tidak tahu, dan tidak dijumpai"
"Betul ke? Bagaimana pelajar itu mati?"
"Mereka ditikam dengan objek yang tajam, yang peliknya semua tikaman itu
sama dan tidak tersasar walau sedikit, dan pelajar yang saya katakan
yang dibunuh dengan kejam itu, muncul di dalam gambar graduasi kelas 4 Biruni "
"Jadi kejadian itu berulang?"
"Ya. Setiap tahun, seorang demi seorang pelajar dari kelas 4 Biruni hilang
dan ditemui mati di lorong tersebut, yang peliknya pelajar yang ditemui
mati itu tidak pernah ke lorong tersebut. Kejadian ini bermula pada 1
April hingga berakhir pada 1 Ogos. Sama seperti tarikh mangsa pertama
yang dilaporkan hilang dan ditemui mati"
"Siapa nama mangsa pertama itu?"
"Tak silap saya nama dia Rin"
"Jika ramai orang yang dari kelas 4 Biruni yang mati, kenapa mereka tidak
ditukar?"
"Tidak. Mereka tidak boleh ditukar. Jika mereka ditukar, mereka semua
akan mati. Kejadian ini pernah berlaku pada tahun ketiga selepas
kejadian pelik itu. Mereka semua mati dalam kejadian tanah runtuh ketika
pulang dari lawatan kelas, dan mayat mereka semua ditemui di lorong itu"
"Jika begitu, kenapa mereka tidak berpindah ke sekolah lain?"
"Itu juga tidak boleh. Mereka yang sudah terlahir dari bandar itu dan
bersekolah di situ iaitu Sekolah Menengah Utara terpaksa menghabiskan
persekolahannya disitu. Jika mereka berpindah, mereka akan mati dan
mayat mereka akan ditemui di lorong itu"
"Kenapa mereka ditemui di lorong itu, sedangkan mereka mati di tempat
yang lain?"
"Saya tidak tahu"
"Jadi bagaimana nak selamat dari malapetaka itu?"
"Tidak tahu"
"Jadi, apakah Rin penyebabnya?"
"Mungkin. Tapi perkara ini tidak boleh diberitahu oleh orang yang bukan
berasal dari tempat tersebut. Jika diberitahu, orang yang memberitahu
itu akan mati"
"Mayatnya ditemui di lorong itu juga ke?'
"Tidak. Mayatnya berada di tempat kematiaannya"
"Perkara ini betul-betul pelik".
"Ada yang mengatakan mereka ternampak bayangan Rin di dalam kelas 4 Biruni
semasa tiada orang"
"Ini betul-betul pelik. Siapa yang sebenarnya membunuh Rin, dan kenapa
berlaku di lorong itu?"
Share this novel