"Kau masih ambil benda tu?", bisik Joy. Mata kami saling bertentangan. Pantas aku mengeleng.
"Untuk kurus tu aku stop sejak gugur hari tu. Untuk kulit, last aku cucuk dua bulan lepas. Masa tu aku tak tahu lagi dia dah ada. Takkan la ada effect, vitamin je", soalku mengusap perut dengan hati berdebar, dahiku berkerut. Apa yang Joy tanya tak pernah terlintas di fikiran ku.
"Aku rasa sebaiknya kau berhenti semua tu sementara kau mengandung ni", kata Joy menasihati aku.
"Termasuk shakes yang selalu kau ambil tu". Aku memandang Joy tepat, "seriously?".
"Kau kena jaga makan kan? Kau nak anak ni kan? Jadi makan je makanan sebenar bukan makanan macam yang kau ambil selama ni", nasihat Joy lagi.
"Tapi nanti badan aku...". Aku suarakan kebimbangan yang sebenar. Aku tak nak tubuhku seperti dulu. Aku perlu menjaga penampilan.
"Kau pentingkan badan atau baby?", duga Joy tersengih sebab dia tahu apa yang akan kujawab.
"Ye lahhhhh...".
Kehidupan aku diteruskan seperti biasa. Arif sesekali akan menghubungiku bertanya khabar. Mak masih lagi membeku. Kak Zah ada bercerita yang mak dapat berita aku bermalam di rumah maklong Yam dari jiran kami, mak berkurung dalam bilik seharian. Keluar bila perlu sahaja.
Aku rasa mak makin merajuk dengan kami berdua kerana tak singgah menjenguk dia. Bukan aku tak mahu, bukannya Arif tak ajak cuma aku bimbang mak masih tak dapat menerima kami. Dibuatnya parang panjang tu dah kembali ke tempat asal, mau juga berita ibu tetak menantu akan menjadi headline berita perdana. Lagipun jika mak dah dapat terima kami, pasti mak tak sekat lagi nombor aku.
Angah kembali seperti dulu, jarang pulang ke kampung atas alasan sibuk dengan keluarga. Aku syak mesti sikap mak buat angah jadi begitu. Kasihan angah. Sesekali ada juga kami bertemu di cafe atau di rumah kelab.
Along Paan dan bonda ada juga datang menjenguk aku sesekali dan bermalam apabila along Paan ada hal yang perlu diuruskan di sini. Adakalanya aku terpaksa tinggalkan bonda di rumah atas tuntutan kerja.
Petang ni Arif akan pulang setelah hampir dua bulan meninggalkan aku sendirian di rumah. Disebabkan bukan giliran aku membaca berita malam tu jadinya aku dapat bersedia untuk menyambut suami tercinta. Tempoh dua bulan bukan sekejap bagi aku, apatah lagi dengan perut semakin membesar. Aku nak pergi ke Terengganu ketika bercuti mingguan, Arif tak izinkan atas faktor keselamatan dan jarak. Macam macam dibebelnya. Jadi aku terpaksa menanggung rindu.
Terdengar bunyi autogate tertutup, terus aku mengecilkan api dapur dan meluru ke depan. Kosong, aku hampa. Memang jelas bunyi tadi. Aku menjeling ke rumah sebelah. Ada seorang lelaki sedang membuka bonet. Sah bunyi pagar dia. Kuatnya la bunyi.
Aku kembali ke dapur menyambung apa yang terhenti. Sambil berfikir macam mana nak aku sampaikan berita tentang kandunganku. Sengaja aku diamkan hal ini sewaktu kami berhubung menggunakan telefon. Aku tak mahu mengganggu kerjanya.
"Sayangggggg"
Aku terkejut dengar suara dari pintu dapur sehinggakan terguris hujung jari tengah, aku sedang memotong buah ketika itu.
"Abang!". Arif tersengih dapat melihat aku melatah seketika sebelum tersedar dan nampak dia berdiri di pintu.
"Kenapa pintu dapur? Kan ada pintu depan".
"Abang bagi salam tak jawab. Abang jalan la ke belakang tengok ikan kat tepi tu, tengok pokok. Ada yang dah layu, tak sempat siram ye?". Aku tersenyum sinis rasa bersalah. Memang aku hanya mengharapkan air hujan je. Sesekali jika datang cop R tu baru aku keluar menyiram pokok dan rumput kami. Bonda la yang rajin menanam pokok jika datang bersama along Paan dan kaklong. Pokok daun kari, daun kunyit, daun pandan dan segala macam yang boleh digunakan untuk memasak. Dan dia juga la yang menyiram jika datang.
Aku membuka pintu dapur dan bersalam dengan Arif. Aku pelik orang sebelah balik aku boleh dengar, suami sendiri balik aku tak sedar. Terlalu asyik berfikir. Arif ni pun bukannya takde kunci sampai tak boleh buka pintu depan.
"Eh.. kenapa luka ni?", tanya Arif memegang jariku. Aku memandang sekilas, agak besar juga luka tadi. Aku mengerling pada papan pemotong buah, ada darah di situ. Pantas Arif menyedut darah tersebut sehingga kering di bahagian luka itu sebelum dialirkan air pili pada lukaku. Aku termangu melihat Arif kembali bersama kotak pertolongan cemas. Sekeping pembalut luka dikeluarkan dan dibalut ke jariku.
"Dah, sayang duduk je. Biar abang sambung". Dan seperti biasa, Arif mengambil alih kerja di dapur.
"Abang....", seruku sambil mengelus lembut kelakian Arif yang terbaring, aku tau dia penat. Aku pun sekadar nak melepas rindu je pada si kenit tu. Dah lama tak bersua.
Arif mengiringkan badan kearahku dengan mata layu. Aku pasti dia mengantuk selepas makan malam. Aku masak biasa biasa saja tapi Arif berselera sungguh, katanya dah lama tak makan masakan isteri tercinta. Tangannya menyingkap dress malamku maka terpampanglah perut aku yang semakin bulat lalu diusap.
"Sihat? Aktif?", soal Arif. Tangan Arif kubawa ke sisi bawah perut hampir ke paha.
"Rasa tak?", tanyaku. Arif ketawa besar. Buat pertama kali dia merasa bayi kami menendang. Tadi petang sewaktu Arif pulang, ligat juga dia di dalam - teruja agaknya mendengar suara Arif. Tapi bila Arif memelukku terus dia senyap.
Arif mengucup bibirku kemudian cuba mencari tendangan tendangan lain. Akhirnya tapak tangan itu melekap di kawasan bawah perut. Hangat dan berkuap.
"Abang rindu ni". Aku tau apa kesudahan bila Arif galak menenyeh dan melalukan jarinya berulang kali di situ. Mataku semakin layu dengan sentuhan Arif.
Makanya, berita tentang kandunganku akan tertangguh lagi bila Arif melekapkan mukanya di situ dan aku tak dapat menahan dari dari terus menikmati setelah dua bulan menanti. Erangan dan desahan kami semakin lama semakin kuat.
"Kenapa ada bulat kat gambar gambar ni?", soal Arif pada bulatan yang doktor lukis menggunakan pen marker pada cetakan gambar imbasan sebaik duduk di kerusi di meja makan. Aku membawa dua pinggan berisi sarapan ala barat ke meja dari dapur. Hati aku berdegup kencang.
"Ni baby kita. Yang bulat ni fibroid mama". Arif merenung aku. Sesungguhnya rasa bersalah tiba tiba menyelubungi hati. Aku terduduk dan menangis.
"It's getting bigger sayang. Bahaya tak?", soal Arif menarik kerusi mendekatiku, dikesat air mata yang mengalir dan tanganku digenggam erat.
"Dalam pemerhatian doktor. Mama bimbang, bimbang sangat what if...", ujarku terhenti henti, rasa sendu semakin menjadi jadi.
"Shhhh... jangan cakap". Arif meletakkan jari ke bibirku. Aku menarik tangan ke bawah, aku perlu tau sesuatu.
"Tapi kemungkinan tu ada".
"Abang pilih sayang". Arif bangun memelukku. Sungguh, bagaimana untuk aku tak sayangkan dia.
Elok kami selesai menjamu selera, telefon Arif berbunyi. Segera dia mengangkat manakala aku berkemas. Sejak kebelakangan ni, selera aku dah agak baik berbanding awal dulu. Malah aku rimas tengok keadaan bersepah, Arif pula sekarang suka sepahkan barang.
"Sayang, malam ni duty?", tanya Arif menjenguk kepala saja di dapur sementara aku sedang mencuci perkakas yang digunakan tadi.
"Tak. Esok malam. Kenapa?"
"Jom kita balik rumah bonda kejap", ujar Arif dengan gembira. Aku yang dah merancang mahu mencari pakaian bayi hari ini terpaksa akur bila melihat Arif tersenyum meleret dan menyambung perbualannya.
Takpelah, tangguh ke minggu depan atau bila bila kami free. Yang penting, aku nak pergi membeli dengan Arif agar keseronokan memilih baju anak buat pertama kali kami kongsi bersama.
Tiba di rumah bonda, kami terus makan tengah hari. Bonda sudah siap masak tanpa kaklong. Along Paan dan kaklong ada hal katanya. Dia bosan sendirian jadi itu yang ditelefonnya Arif. Ayah seperti biasa di stesen minyak.
"Makin besar perut tu. Dah siap beli barang baby? Barang berpantang?", tanya bonda ketika aku keluar dari dapur selepas mencuci pinggan. Bonda dan Arif sedang bersantaian di ruang tamu. Kepala Arif di pangkuan bonda sambil tangan bonda menyelak helaian rambut Arif yang panjang bersepah, belum sempat dia ke barber. Anak manja, bisik hatiku.
"Belum lagi bonda. Abang baru sampai maghrib semalam", jawabku duduk di kerusi lain bertentangan mereka.
"Dah boleh beli dari sekarang. Bonda acapkali dengar orang sekarang melahirkan awal dari tarikh sebenar".
Aku mengerling pada Arif.
"Yeh, ada beli kain batik untuk Nura? Lama kan di Terengganu?", tanya bonda. Aneh juga aku bila bonda banyak cakap hari ini. Lain dari kebiasaan.
"Buat apa? Nura tak cakap pun nak kain batik", balas Arif dengan mata masih menatap telefonnya.
"Untuk berpantang la. Takkan berpantang pun nak pakai seluar jeans?", kata bonda sempat mencubit lengan Arif.
Aku ketawa bila Arif seperti terpinga.
"Nura ada kain batik?", tanya bonda padaku pula.
Aku menggeleng. Malu la pula bila bonda tanya begini.
"Nura mana pakai kain batik bonda". Bonda menggelengkan kepala dengan jawapan Arif yang bersahaja. Air muka bonda menunjukkan dia kurang senang dengan kenyataan ini.
"Mari Nura, ikut bonda". Kepala Arif tolaknya agar Arif bangun dari pangkuan.
Aku menuruti langkah bonda menghala le biliknya. Sebaik melangkah ke dalam bilik, sejuk terasa hingga merinding bulu romaku. Cahaya dari luar berbalam balam memandangkan bonda langsung tak membuka tingkap. Bonda menekan suis lampu. Hanya lampu berhampiran almari menyala. Ianya terletak berhampiran pintu bilik mandi. Ada ruang asing khas untuk almari pakaian.
Bonda memegang tanganku buat pertama kali dan membawa aku ke kabinet pakaiannya yang besar itu. Sejuk tangan bonda.
Pintu paling kiri dibuka. Tersusun kemas pakaian bonda. Bonda mengambil beberapa helai kain batik yang elok terlipat dan diserahkan padaku.
"Ni kain batik bonda beli tempoh hari di Bandung. Masih belum berpakai. Nura ambillah, pakai".
Aku tergamam. "Tapi Nura tak pandai pakai kain batik", ujarku tersipu malu. Anak kampung tak tahu menyarung kain batik. Ye la, aku lebih suka berseluar.
"Mula mula pakai malam. Bawa tidur. Rasakan keselesaannya. Sejuk". Aku akur. Masakan aku nak menolak pemberian ibu mentua. Dah la cantik cantik coraknya.
Aku menoleh ke sisi, terasa seperti ada yang memerhati. Kucing tempoh hari sedang duduk di atas katil bonda. Aku mengalih pandang bila terasa kami saling lawan merenung dan renungan kucing itu lebih hebat.
Usai makan malam, aku mengajak Arif ke rumah mak. Sebaik mak mendengar suaraku memberi salam, semua lampu dalam rumah ditutup dan rumah menjadi gelap. Aku tau mak ada di dapur. Itu memang waktu mak makan malam. Mak selalu makan malam selepas solat isyak. Maknanya mak masih tak memaafkan aku.
Malam itu, aku menyarungkan kain batik bonda sebelum tidur. Singlet pagoda Arif kusarungkan ke tubuh. Kelakar, setiap dua langkah aku harus betulkan ikatan. Arif ketawa besar melihat gelagatku.
"Tak payah la pakai", ujar Arif tak henti tawa lagi.
"Bonda suruh praktis. Nanti takde la kekok masa berpantang", balasku sambil jalan melenggok ibarat itik pulang petang di hadapan Arif yang duduk di pinggir katil.
"Orang putih takde pun pakai kain batik. Elok je", ujar Arif.
Aku menjeling pada Arif, maleh nak layan. Suka sangat bandingkan dengan orang barat.
"Sayang seksi sangat la", katanya menampar punggungku kemudian meramas.
"Dah, tak payah nak goda la", kataku sambil menjeling dengan tangan tak lepas membetulkan selitan kain di pinggang.
"Tak goda. Mintak upah sebab pakai baju pagoda abang. Mana ada benda free sekarang".
Malam itu, kain batik terbang melayang. Takde makna pakai kain batik masa pantang nanti, berbahaya kerana mengundang selera Arif.
Aku lihat ada kesan darah kering pada kain batik yang aku pakai malam tadi sewaktu aku menanggalkan dan menyangkutnya di palang dalam bilik mandi. Terus dadaku terasa sakit dan berdebar, bayi dalam perut pun tiba tiba mengeras.
Usai mandi aku segera memeriksa di cadar katil, tubuh Arif yang masih terbaring di atas katil aku tolak ke kiri dan kanan. Sebelah tangan kuletak di perut bagi menenangkan bayi yang ligat bergerak. Kuusap perlahan sambil berselawat.
"Apa ni yang? Tolak abang sana sini. Dah la buka semua lampu", rungut Arif dengan mata sepet baru bangun tidur cuba menyesuaikan keadaan terang di bilik kami.
Aku yang masih berdebar cuba bertenang dengan menghela nafas mengikut cara yang aku tonton di YouTube untuk wanita yang sedang mengalami kontraksi.
"Ada darah kat kain batik mama pakai malam tadi. Ni nak check cadar pula. Tapi takde pun". Akhirnya dapat jua aku keluarkan ayat dari mulut setelah aku rasa degupan rancak tadi berkurangan.
"Mana kain tu?", soal Arif. Aku tunjukkan ke bilik mandi. Bingkas Arif bangun dan berjalan ke bilik mandi.
"Takde pun kesan darah", kata Arif membelek setiap inci permukaan kain batik. Aku yakin aku nampak kesan darah tu.
Share this novel
Nura kena bomoh ke?
Nura kena bomoh ke?
Nura kena bomoh ke?