Semua perasaan bergabung menjadi satu. Aku tak tahu nak gambarkan rasa ini. Arif pun sama aku rasa cuma dia tak tonjolkan. Gerak gerinya sejak dari kami bangun dari tidur, resah. Dia tak diam duduk setempat seperti biasa, memang nampak sangat dia tak tenang. Sehingga aku terpaksa menarik dia kembali ke katil dan memeluknya. Kami hanya berpelukan tanpa bicara apa apa.
Penerbangan kami di tengah hari. Hanya ada tiga penerbangan ke pulau dan dari pulau tersebut. Awal pagi, tengah hari dan petang. Untuk mengambil penerbangan pagi, aku tak mampu bangun dan jadi manusia normal. Rasa morning sick masih ada walaupun sedikit, aku tak mahu mengambil risiko. Lagipun keluarga Iza saja dah penuh tiga suku dari kerusi yang ada dalam kapal terbang comel itu.
Pakaian kotor dari percutian kami, Arif hantar ke dobi. Katanya tak sempat nak dicuci. Arif sudah berjanji dengan bondanya yang kami nak tiba di kampung sebelum maghrib.
Aku dan Arif sekadar mencapai baju dari dalam almari untuk dua malam. Apapun berlaku, malam ni kami akan bermalam di sana samada rumah keluarga Arif atau pun hotel. Rumah mak? Entah la. Aku rasa mak masih marahkan aku. Aku dah cuba menelefon mak namun masih sama.
Sesekali Arif menggenggam tanganku dan mencium. "Sayang, apa pun yang terjadi. Ingat satu je abang sayang isteri abang sampai mati. Dan abang tetap sayangkan sayang walaupun sayang dah tiada".
"Abang ni, pasal mati pula", selarku. Aku penat.
"Sempadan hidup kan mati?", ujar Arif bersahaja. Aku menelan saliva.
Apakah ini pengakhiran kami? Mati. Jika sebelum ni, mak tak bersedia malah along menolongku menyembunyi parang panjang. Tapi kali ini, bonda dah sedia menanti kepulangan kami. Kebimbangan Arif buat aku semakin gelisah. Namun hatiku tetap mengatakan maklong Yam akan menerima aku sebagai menantu.
Sebaik memasuki pagar rumah Arif, aku rasa sesuatu yg lain. Ahhh.. tadi aku dah cuba tenang, ni makin ribut. Debaran di hati makin kuat terasa. Apatah lagi ketika itu mata Maklong Yam yang sedang menyiram pokok melekat pada aku sehingga aku terpaksa melarikan pandanganku kepada Arif di sebelah. Sejuk kaku tubuhku dibuatnya. Hanya dengan renungan.
Sebaik enjin kereta dimatikan, Arif menarik nafas dalam sebelum melepaskannya dan berkata, "this is the time baby". Aku mengangguk tanda bersedia walau hati kecut bak asam masin dalam masakan ikan stim.
Kami buka pintu bersama. Aku tak mahu Arif membukakan pintu untukku, bimbang dengan tanggapan Maklong Yam. Perkara kecil sebegini harus diambil kira, ianya boleh menjadi isu besar. Nanti maklong Yam ingat aku ni queen control, mengada, naik lemak... ala pendek kata semua yang negatif.
Arif menantiku di muncung kereta, sebaik aku mrnghampirinya, digenggam tanganku dan kami berjalan ke arah Maklong Yam yang menutup pili air.
"Assalamualaikum bonda".
Tangan dihulurkan dan disambut mesra. Arif mencium kedua pipi bonda. Aku hanya bersalaman dan mencium tangan Maklong Yam, aku takut nak berlebih lebih. Aku rasa Maklong Yam ni memang raut mukanya begini la. Serius. Tiada garis senyum di bibirnya. Berbeza sekali dengan anak anaknya, raut wajah mesra. Atau mungkinkah hanya dengan aku dia begitu?
"Yeh, masuk. Kejap lagi maghrib. Nura tu mengandung. Tak elok maghrib masih di luar", jerit along Paan dari beranda. Arif menoleh dan mengangkat ibu jari. Tanganku yang masih bersalaman dengan bonda, aku cuba tarik tapi bonda tak lepaskan. Malah sebelah tangannya, menyentuh perutku. Dan ia membuatkan aku terkejut.
"Berapa bulan dah ni?", tanya bonda suaranya monotone. Matanya merenung aku.
"Baru masuk 4 bonda", jawab Arif bagi pihak aku.
"Ni kandungan kedua?", tanya bonda lagi. Aku memang terkejut seketika sebelum mengiyakan bila bonda bertanya begitu. Sedang mak aku sendiri pun tak tahu aku pernah keguguran. Kemudian terfikir pula, mungkin Arif pernah beritahu along Paan tentang ni.
"Jom sayang, kita masuk rumah", pelawa Arif.
"Tak bawa beg baju Yeh?", tanya along Paan sebaik kami sudah berada di anak mata tangga pertama. Untuk memasuki rumah agam Paklong Sudin, ada dua pintu. Satu bahagian rumah utama, pintu kayunya setinggi dua orang berdiri. Laluan yang akan kami lalui ini, laluan kedua - gaya rumah lama. Ada empat mata tangga kemudian beranda sebelum tiba di pintu.
Arif meninggalkan aku di situ dan dia ke kereta bagi mengambil beg kami. Aku menunggu dia di situ namun along Paan mengesa aku naik. Aku menolak, malu la nak naik rumah mentua buat pertama kali. Sesekali aku pandang ke kaki, seperti ada benda merayap di betis. Aku memakai baju kurung ketika itu, jadi aku kibas sedikit demi sedikit. Malulah nak tarik tinggi untuk melihat. Banyak semut kat tangga rumah Arif rupanya.
"Pergilah bersihkan badan dulu. Kejap lagi kita berjemaah kat hall sebelah", ujar along Paan setelah kami berdua masuk ke dalam rumah. Hanya ada along Paan di situ. Aku lihat along Paan sudah lengkap berbaju melayu, berkopiah dan berkain pelikat.
"Abang masuk toilet dulu ye, yang. Dari tadi tahan", ujar Arif. Aku mencebik, benarlah telahan aku maklong Yam ok je. Tak melatah macam mak. Mungkin sebab along Paan sempat brainwash semalaman kot.
Aku melentang di katil bilik Arif sambil memerhati sekeliling. Bersih, kemas. Bau bilik pun segar. Ada radio lama jenama Sanyo, boleh mendengar siaran radio dan juga memainkan kaset. Pasti itu milik Arif semasa remaja. Sementara menunggu Arif keluar dari bilik air, aku cuba menghidupkan radio tersebut. Gagal. Dah rosak agaknya. Di atas meja tulis, ada beberapa album gambar. Aku buka satu persatu. Semuanya gambar lama. Ada juga terselit gambar kami adik beradik. Bahu aku disentuh lembut ketika aku ketawa kecil melihat gambar gambar tersebut. Lalu kutoleh ke belakang. Arif baru melangkah keluar dari bilik air dari arah bertentangan. Aku memandang dia dengan terkebil kebil sementara dia tersenyum. Pasti Arif sudah lapang dada.
"Sayang mandilah. Kejap lagi azan. Abang tunggu sini. Cepat sikit. Dalam kabinet putih tepi pintu toilet, ada tuala", gesa Arif. Aku pun tak berlengah. Mana boleh nak mengelak dengan alasan datang bulan, aku kan tengah mengandung.
Baju kutanggalkan depan Arif, hanya seluar dalam dan coli masih melekat. Arif tersenyum lebar, dia tahu aku sedang memancing. Selalunya, memang aku akan jadi mangsa terkaman jika di rumah.
Pancuran air dingin menyegarkan tubuh aku yang mulai terasa lesu. Setelah bersabun, aku menutup mata membiarkan air jatuh ke tubuh. Nyaman benar hinggakan aku terkhayal. Tiba tiba mataku terbuka luas bila ada sentuhan asing di perut, aku pandang ke pintu. Tertutup. Dadaku berentak laju. Jika ada Arif di situ, mungkin aku boleh bertenang. Aku menutup pili sebaik terdengar azan dilaungkan. Tuala kelabu belang putih kubalut ke tubuh. Dengan tergesa gesa aku keluar. Arif melihatku aneh.
"Kenapa yang?"
"Dah azan. Orang kata jangan duduk dalam toilet masa azan. Banyak syaitan", ujarku spontan. Arif ketawa dengan penjelasan aku sambil mengangguk angguk.
Aku sarungkan jubah yang kubeli melalui online. Aku minta Arif menunggu aku berwudhu sebaik azan habis dilaungkan. Telekung warna putih pemberian Arif kusarung sebelum kami keluar bersama sama menuju ke hall sebelah. Bukan la hall sangat, cuma ruang lapang di antara ruang tamu utama dan ruang makan. Ada along Paan dan isterinya. Kami bersalaman. Hatiku tertanya tanya bila Arif melafazkan iqamah namun bonda masih tiada. Apatah lagi bila along Paan mengangkat takbir, kelibat bonda masih tidak kelihatan.
"Nura, welcome to the family. Maaf, hanya kami yang ada hari ni. Adik beradik kami yang lain sibuk dengan urusan mereka. Ye la kan, impromptu macam ni memang tak dapat la semua nak ikut serta", kata along Paan sebaik kami habis memgaminkan doa.
"Takpe Long. Ni pun dah ok. Bonda tak sempat ikut kita solat ya?", tanyaku. Along Paan tersenyum sinis tapi Arif kelihatan berbeza dengan along.
"Bonda solat dalam bilik. Dia kata tak mampu nak ikut orang muda solat. Laju pergerakan, laju bacaan". Aku sekadar mengangguk perlahan dengan penjelasan along.
Isteri along menyentuh lenganku, "Jom kita masuk dapur kejap lagi. Kaklong dah masak asam rebus ikan tenggiri, goreng ikan rebus dengan sambal belacan macang. Nura makan tak?"
Laju saja aku mengangguk, itu menu membuka selera. Kalau malam la, kalau pagi pagi letak la apa pun aku tak makan.
Bonda dan Paklong Sudin, a.k.a ayah mentuaku masing masing duduk di hujung meja. Kami berempat duduk di sisi meja, bertentangan. Lauk pauk yang kaklong masak enak enak belaka tapi aku tak mampu menikmati bila dua pasang mata merenung setiap apa yang aku lakukan. Dah la bawah meja ni ada kucing parsi menggesel di kakiku. Tiap kali aku cuba pandang, kosong je. Cepat betul kucing ni menyorok.
Mereka berkumpul di ruang tamu keluarga seusai kami makan. Sementara aku dan kaklong mengemas dapur dan ruang makan. Kaklong menatang dulang berisi cawan dan teko kopi. Hati aku berdebar melihat bonda dan ayah duduk bersebelahan di sofa menghala ke laluan dari dapur, Arif dan along Paan masing masing menanti kami berdua. Langkahku tak tegap, terasa lembik dengan keadaan sekarang ini.
"Sejuk tangan sayang", kata Arif menyentuh hujung jariku yang aku letak di atas sofa, sebelah pahanya.
"Basuh pinggan tadi", balasku memandang pada kaklong yang menuang air. Aku biarkan dia buat. Aku tak rasa aku mampu lakukan tuangan yang baik dengan keadaan sedikit menggigil bercampur cuak dalam hati.
"Jadi ini menantu ayah?". Suara paklong Sudin bergema pada pendengaranku, matanya masih tersorot padaku dari tadi.
"Ya ayah", jawab Arif perlahan namun jelas.
"Angkat muka tu, pandang sini. Ayah nak tengok. Dari tadi tunduk". Arif mencuit lenganku. Aku rasa perintah itu keras sangat. Aku mengangkat sedikit kepalaku dan memandang ayah. Rasa nak tercabut jantung ni. Bukan sebab paklong Sudin masih kacak di lewat usia tapi sebab renungan sepasang suami isteri ini, sangat tajam. Tiba tiba aku terperasan hujung bibir bonda sebelah kanan terjungkit sedikit seperti tersenyum, namun hanya seketika.
"Cantik anak Ndak Biah ni. Pandai Arif pilih. Menantu ayah mesti kena cantik, cerdik, terkenal. Baru cucu cucu ayah pun cantik, kacak dan pandai".
Terkenal?? Aku setakat baca berita saja. Aku mengerling pada kaklong yang duduk di sebelah along Paan. Riak wajahnya berubah bila ayah berkata demikian.
Bonda hanya berdiam diri, masih tak habis memandang aku. Sebutir kata pun tak diucap sejak dari kami makan tadi. Terasa pula di hati ini, seolah tak mengalukan kedatangan aku. Apapun, aku lega. Layanan mereka berbeza padaku beebanding layanan mak terhadap Arif. Aku rasa malu bila mengingatkan peristiwa itu.
"Sayang, penat ye?", tanya Arif bila aku melucutkan pakaian dan menyarungkan kaftan sebelum baring di katil.
"Penat sangat bang", balasku. Aku rasa perjalanan yang kami lakukan hari ini memang memenatkan tubuhku yang hamil muda. Arif keluar seketika kemudian masuk semula dengan sebotol air dan secawan air.
"Yang, tadi masa abang nak ambil air ni kaklong ada kat dapur. Kaklong suruh sayang minum air ni. Katanya elok untuk tubuh lesu". Hulur Arif.
Aku mengambil cawan tersebut. Airnya agak suam dan rasanya kelat manis sedikit. Aku teguk dan terus terlelap sejurus selepas itu.
Share this novel
kesiannya..mst jadi apa² pas mnum air tu
kesiannya..mst jadi apa² pas mnum air tu
kesiannya..mst jadi apa² pas mnum air tu