DOKTOR MING KEMBALI

Fantasy Series 2324

"Seperti yang saya katakan tadi, Syafiq dan Ali membuat rekod baharu dalam ujian pertama hari ini. Dalam ujian kali ini, kita akan pecahkan kepada empat kumpulan.Dalam tiga kumpulan ada empat teras iaitu Thief, Assassin, Magic dan Knight. Oh ye. Saya Geetha dalam teras Magic."

"Saya pula Leon. Teras Knight. Saya akan mengagih kumpulan. Kita ada 16 ahli. Kumpulan 1- Bulat, Chris, Zass, Roza akan dibimbing oleh Geetha. Kumpulan 2- Khai, Mika, Jet, Moon akan dibimbing oleh saya, Leon. Kumpulan 3- Affrin, Viktor, Sam, Rudy akan dibimbing oleh Dos. Kumpulan 4- Syafiq, Alicia, Ali, Iman akan dibimbing oleh Rizwan."

"Saya Dos. Saya dari teras Thief. Saya akan memberitahu kamu semua teras yang mana kamu akan duduk. Teras Magic- Jet, Roza, Sam dan Alicia. Teras Knight- Viktor, Chris, Mika dan Iman. Teras Thief- Khai, Bulat, Affrin dan Ali. Teras Assassin- Moon, Zass dan Rudy. Ada nama yang tak sebut?" Syafiq mengangkat tangan. "Oh ye. Syafiq, kamu.... kami tak pasti sama ada awak Assassin, Magic, Thief ataupun Knight. Kamu punya kemahiran Knight, Magic, Thief dan Assassin terlalu tinggi. Kamu pilihlah nak masuk apa."

"Aduh. Kena pilihlah pulak. Kalau begitu...saya pilih Assassin lah. Biar nampak seimbang. Baru adil."

"Okey baiklah. Semua dah selesai. Dos, panggil general semua dah siap. Baiklah pelajar, kamu semua akan berjumpa dengan General Rama mengikut pasukan masing-masing yang sudah diagihkan oleh Leon. Kita tunggu Dos beritahu general dulu. Sebelum tu, saya Rizwan teras Assassin." Dos datang dengan memberi signal 'okey'.

Kumpulan 1 masuk dulu berjumpa dengan general. Mengikut nombor kumpulan. Setelah sudah lama menuggu, akhirnya sampai juga giliran mereka. Kumpulan mereka yang terakhir berjumpa dengan general manakala kumpulan pergi berehat di bilik masing-masing.

"Sampai pun kamu. Sudah lama kami tunggu. Kami ada berita buruk untuk Syafiq dan juga Ali. Ada berita tentang kawan makan kawan sendiri pagi tadi. Kamu sudah pun tahu jika berlaku begitu. kan?" ketua teras magic berkata kepada Syafiq dengan muka serious.

Muka Syafiq terkejut apabila dengar kata-kata Ketua Teras Magic, General Rama. "Saya dah agak. Mimpi saya benar. Doktor Ming......kembali untuk balas dendam terhadap kita berdua, Ali. Mimpi saya benar. Doktor Ming ada tiga eksperimen iaitu daripada hasil pertanian, hasil eksperimen dan daripada dadah. Tak mungkin semua ini berlaku. Kita nak buat apa sekarang? Benda itu berlaku hari ini. Maknanya Doktor Ming cari kami berdua. Jadi kami perlu bawa senjata apabila pergi ke sekolah. Kita kena bersiap sedia." Syafiq dah mula merepek dan tak henti bercakap.

"Kami faham perasan awak, syafiq. Kami pun terfikir begitu. Syafiq awak dengar tak apa kami katakan ni? De! Syafiq! Bertenang! Jangan kelam-kabut sangat! De! Bertenanglah!" General Rama cuba tenangkan Syafiq tapi semakin kelam-kabut dia jadinya.

Alicia pun pergi ke Syafiq dan peluk untuk tenangkan dia. Alicia berbisik kat telinga Syafiq. "Saya tahu awak takut tetapi.....tak perlu kelam-kabut sangat. Macam mana awak nak jadi macam abang awak kalau benda kecil pun awak dah kelam-kabut? Bertenang dan kita bincang bersama."
Selepas Syafiq dah tenang, Alicia pergi ke tempat asal dia berdiri semula. Ali hanya berdiam diri selepas apa yang dia lihat tadi. General hanya diam buat sementara.

Ketua teras Assassin, Jin atau dikenali UNO. "Betul juga apa yang Syafiq katakan. Mungkin Doktor Ming buat semua tu untuk balas dendam terhadap Syafiq dan Ali. Disebab kamu berempat sekelas, satu sekolah, saya mahu kamu bersiap sedia."

"Bukan kami berempat je. Mereka dalam kumpulan 1,2 dan 3 juga rakan sekelas kami. Nampaknya General Jin masih tak ingat lagi. Sudah lebih setahun kita berlatih disini, jalankan misi disini. Takkanlah tak ingat." Syafiq perli General Jin seperti kawan sendiri padahal dia lebih muda daripada ketua teras lain.

"Baiklah. Kalau begitu, saya letak awak jawatan ketua secara rasmi. Muktamad. Ketua kepada rakan sekelas awak yang masuk akademi." kata General Jin dengan senyuman yang 'manis'.

"APA!! Ketua kepada mereka? Ahahaha. Saya tolak jawatan tu secara..........oooh. Ooooh. Saya faham. Baiklah saya terima jawatan itu. Terima kasih, General Jin kerana beri saya jawatan tersebut." Syafiq terfikir sesuatu semasa berkata.

Mulalah perbincangan yang kami akan buat apabila berlaku sesuatu yang pelik seperti orang menjerit, kerja orang dan makan orang. Selepas sudah siap berbincangan, kami semua bersurai balik ke bilik masing-masing. "Syafiq tunggu dulu." General Rama panggil.

Ketua teras Knight, General Bakar dan ketua teras Thief, General Karya.
"Kamu sudah dilantik ketua kepada mereka. Jadi tanggungjawab kamu sebagai ketua sangat berat. Kamu sudah fikirkan cara untuk urus 15 ahli?" tanya General Bakar.

"Saya akan agihkan kepada empat kumpulan. Dalam setiap kumpulan akan ada ketua yang bimbing rakan lain dalam kumpulan sendiri. Dan....tugas mereka ialah jaga anak buah sendiri. Jaga mereka walaupun mereka diserang, diganggu atau dibuli dan lain-lain lagilah. Ketua akan pastikan misi kumpulan tu berjaya malah ketua mesti tahu kelemahan ahli sendiri, bijak, pandai cari jalan keluar dan mahir berlawan. Saya akan pastikan setiap kumpulan dapat ketua yang mahir semua tu." kata Syafiq dengan nada dan muka yang serious. Berkata-kata tanpa ragu-ragu.

"Bagus. Kami pun terfikir benda yang sama. Syafiq janji ngan saya. Kamu akan jaga Alicia dengan baik. Alicia sangat percayakan awak dan sukakan awak. Janji, kamu akan jaganya ngan baik." General Rama membuat perjanjian dengan Syafiq.

"Jangan lupa Ali juga. Janji, kamu akan jaga dia dengan baik. Dia murid kegemaran saya tau." General Bakar juga buat perjanjian.

"Eh eh eh.... jangan lupa juga Iman. Kamu tahu yang saya akan buat benda sama macam General Rama dan General Bakar. Iman ahli kegemaran kedua saya. Pertama Viktor." benda sama Syafiq buat dengan General Karya. Syafiq pun dalam perjalanan ke billiknya.

"Syafiq. Jangan lupa jaga diri awak juga. Jangan protective sangat. Diri awak pun penting juga. Jaga diri baik-baik. Selamat malam, Syafiq." pesan General Jin kepada Syafiq. Syafiq hanya dapat balas dengan senyuman dan tanda menang. Sebelum Syafiq tidur, dia fikirkan tentang mimpinya yang menjadi realiti. Sibuk sangat fikirkan mimpinya sampai tertidur.

Pada Keesokan Hari, situasi di sekolah. Syafiq memanggil semua ahli akademi berkumpul di suatu tempat. Mereka mula berbincang tentang pemilihan ketua dalam setiap kumpulan. Mereka akan undi siapa akan jadi ketua dalam kumpulan masing-masing dengan bermain siapa dapat lagi banyak penyokong.

"Okey. Saya sudah dapat keputusan setiap kumpulan termasuk kumpulan 4. Kumpulan 1, yang dapat 15 penyokong iaitu Roza. Roza akan jadi ketua kepada ahli kumpulan 1. Pastikan semua ahli cukup. Kumpulan 2, dapat 11 penyokong iaitu Viktor. Dia akan jadi ketua dalam kumpulan 2. Kumpulan 3, 14 penyokong iaitu Sam. Akan jadi ketua kumpulan 3. Sampai disini sahaja kita punya perbincangan. Semua boleh bersurai." Syafiq kepenatan dengan perbincangan yang dia buat. Semua bergerak masuk ke kelas dengan pantas takut sudah mula belajar.

'BOOM! BOOM! BOOM! TIT TIT TIT TIT TIT TIT! BOOM!!' Bunyi letupan yang kuat di depan pintu sekolah telah ganggu tumpuan kami. Semua pelajar sekolah lari keluar dari tempat tu kecuali Syafiq. Syafiq sebenarnya baru keluar dari tandas. Doktor Ming nampak kelibat Syafiq di tingkat atas.
"17, 18, 19,...... mana Syafiq?! Sesiapa nampak Syafiq pergi mana?!" Cikgu Munah yang bimbangkan keselamatan anak muridnya terjerit-jerit tanya mana Syafiq. "Alamak! Syafiq masih dalam tandas dekat tingkat atas tu!" jerit Ali. Kawan yang masuk akademi je yang tahu. Mereka buat rancangan untuk lepaskan diri daripada Cikgu Munah untuk cari Syafiq.

Ali ambil perhatian Cikgu Munah supaya yang lain dapat lepaskan diri tetapi mereka semua dapat tangkap. "Diaorang ni tak tahu nak buat pelan ke? Kejap. Ini masanya untuk bertindak. Bagus juga pelan diaorang." Alicia terus bergerak cari Syafiq.

Bangunan sekolah teruk dibakar dengan bom Doktor Ming. Sekolah bukan nampak seperti sekolah dah tapi tempat peperangan. Kemunculan Alicia telah rosakkan misi Syafiq yang sebenar. Syafiq konfiden boleh kalahkan Trez tapi sebabkan kemunculannya semuanya gagal. "Alicia?! Kamu buat apa kat sini?! Kamu patut bersama Cikgu Munah! Ini semua salah! Awak tak patut cari saya! Awak dah tahu Doktor Ming akan datang cari saya! Pergi sana bal......!" Syafiq kena tumbuk satu das daripada Trez.

Syafiq jatuh tepat-tepat depan Doktor Ming. Doktor Ming tarik rambut Syafiq dengan kuat dan berkata bahawa dia akan musnahkan semua orang yang Syafiq dan Ali sayang. "AKU DOKTOR MING DATANG UNTUK BALAS DENDAM KEPADA SYAFIQ DAN BUDAK HINGUSAN SI ALI!! SETELAH APA YANG DIA BUAT!!! DIA HANTAR AKU KE PENJARA SELAMA 7 TAHUN DI SEBUAH PULAU!!! SELAMA 7 TAHUN AKU SIMPAN DENDAM AKU!!! DAN SEKARANG AKU DATANG HANCURKAN TEMPAT INI!!! ORANG SURUHAN AKU AKAN DATANG BUNUH AWAK SEMUA DAN MUSNAHKAN AWAK SEMUA!! DI TANGAN AKU ADA BUDAK SYAFIQ YANG LEMAH!! AKU AKAN BUNUH DIA!! HIAAAAAAAAAAH! AAAA TANGAN AKU!" jerit Doktor Ming dengan kuat. Tangannya dipatahkan oleh Alicia. Dia tidak sempat nak musnahkan kepala Syafiq. Dia dapat peluang tetapi dilepaskan begitu sahaja.

Doktor Ming larikan diri apabila dengar bunyi siren polis. Alicia peluk Syafiq dengan erat. Kawan-kawannya baru sampai di tempat tu. Mereka terus larikan diri dengan bawa Syafiq pergi ke akademi dengan cepat. Syafiq cedera teruk lawan dengan Doktor Ming dan Trez. Sampai sahaja di akademi, mereka terus ceritakan pada ketua-ketua teras dan mentor di sana. Syafiq dirawat dekat akademi itu.

"Doktor Ming sudah kembali untuk balas dendam. Syafiq cedera teruk dengan Doktor Ming dan Trez. Ada kesan gigitan pada leher Syafiq. Dia mungkin kawal bahan kajian dia dengan menggunakan kawalan minda untuk serang Syafiq. Sekolah kami sudah hancur. Mungkin kami cuti sebab mengambil masa yang lama untuk baiki pulih sekolah tu. Jadi kami akan duduk di bilik akademi kami. Kami sudah bawa baju untuk tinggal di akademi ini buat sementara. Sementara tunggu Syafiq pulih, kami akan habiskan latihan untuk naikkan lagi bakat." Alicia lapor kepada ketua-ketua teras.

"Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk hadapi semua halangan." pesan General Karya. Semua rakan sekelas Syafiq yang masuk akademi habiskan latihan mereka.

Manakala Doktor Ming pula hasilkan lagi banyak bahan kajiannya untuk musnahkan bandar tu tetapi sudah merebak ke negara lain. Penyakit itu akan terus merebak dan merebak jadi lagi kuat dari yang disangka. Pada hasil pertanian, eksperimen yang tak berhasil dan dadah pada makanan dan minuman manusia. Bukan merebak dari manusia je tetapi haiwan sekali. Kemungkinan besar Syafiq akan berubah menjadi seperti bahan kajian Doktor Ming daripada gigitan pada lehernya. Kemungkinan besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience