Bab 49

Romance Completed 78329

Akhirnya, selesai jugak sesi photoshoot dan dapat berehat jugak tiga hari sebelum mula fashion show day. Aku ingatkan selama tempoh aku berehat ni, aku nak pergi jenguk butik aku tu sebelum aku balik Cebu. Dah lama rasanya aku tak jenguk sebab selama ni semuanya aku serahkan pada Maya untuk uruskan.

Ketika Gia baru melangkah keluar dari bangunan tersebut, mukanya ditekup dengan kain dan diseret ke arah kereta mewah yang parking tidak jauh dari situ. Gia meronta untuk melepaskan diri tapi tak boleh. Cengkaman pada tubuhnya agak kuat. Maya pulak ke tandas. Maya! Please cepat keluar dari tandas!

Tubuh Gia dihumban masuk ke dalam kereta tersebut. Belum sempat dia bertindak untuk loncat keluar dari kereta, pintu kereta sudah ditutup dan dikunci. Kereta bergerak pergi dari situ.

“Gia!” Maya yang ternampak kejadian tersebut bergegas cuba selamatkan Gia namun tak sempat bila kereta mewah itu menderum pergi dari situ.

“Hayaan mo akong umalis (lepaskan aku)!” Gia
mengetuk-ngetuk cermin kereta dengan perasaan geram.

“Diam!”

Gia memandang ke sebelah. Dia kenal gerangan yang sedang duduk di sebelahnya sekarang ni. Orang upahan Danial!

“Lepaskan akulah!”

“Kami hanya mengikut arahan!”

“Dia suruh kau terjun lubang taik pun kau terjun jugaklah?!” Geramnya aku!!!! Entah apa yang Danial nak lagi dengan aku?! Tak cukup dengan ugut sekarang ni main culik aku pulak?

Dah tu nak call Maya pun tak boleh. Handbag aku pun dia yang pegang. Yang aku tak fahamnya tu handbag aku ke handbag dia?

Sampai saja di airport, mereka menuju ke balai perlepasan sebaik saja mendengar pengumuman untuk penumpang flight Philippine Airlines ke Cebu. Gia nak tak nak terpaksa jugak ikut. Ikutkan hati nak je aku mengadu dekat polis yang jaga pintu balai perlepasan yang kononnya diorang ni nak culik aku tapi aku batalkan niat tu. Sebab macam mana pun aku memang nak balik Cebu. Dari buang masa dan tenaga baik aku balik terus.

MACTAN-CEBU INTERNATIONAL AIRPORT, Cebu City, Philippine.

Selama hampir satu jam dua puluh lima minit di atas flight, akhirnya mereka mendarat jugak di airport Cebu. Kereta MPV sudah pun sedia menunggu ketibaan mereka di tempat mengambil penumpang. Kenal sangat dah dengan kereta MPV ni. Kereta MPV ni milik syarikat daddy. Aku syak aku akan dibawa terus ke ofis.

Beberapa minit perjalan dari airport ke ofis milik daddy, mereka tiba jugak di hadapan bangunan yang berdiri gah diuruskan oleh abang Eric dengan Danial. Yang selebihnya abang Eric yang uruskan while Danial kadang-kadang goyang kaki layan perempuan yang dia bawak sampai ke ofis.

“Welcome!” ketibaannya disambut oleh Danial dengan senyuman penuh makna. Jaranglah mamat ni nak sambut aku bila aku balik tapi hari ni tiba-tiba je sambut. Sangat musykil!

“Kau nak apa sampai suruh orang-orang kau ni culik aku balik sini?”

“Why not kita berbincang dekat dalam?” Gia menjeling sekilas Danial di hadapannya sebelum melangkah masuk ke dalam ofis dan duduk di sofa ruang tengah ofis. Aku tahu dia nak ajak aku berbincang dalam ofis dia. Oh! Memang taklah aku nak tempah bala gatal dia tu.

“Better kalau kita bincang dekat dalam…” Gia mengangkat jarinya suruh Danial berhenti cakap.

“Dekat sini pun boleh bincang. Pilih kau nak bincang dekat sini atau aku balik?” Senang-senang aku ugut je terus. Ingat aku ada masa kot nak layan dia?”
Danial akhirnya mengalah lalu mengarahkan orang-orang upahannya pergi dari situ.

“Kau nak bincang apa?”

“Aku dengar kau hantar mamat tu pergi hospital? Siapa pasang bodyguard? Impressing! Sayang betul eh kau
dekat dia?”

Culik aku dari Manila sampai ke Cebu sebab nak cakap benda ni je ke?

“Kenapa? Aku rasa tak mendatangkan masalah pada kau pun. Aku buat macam tu sebab aku tahu kau takkan pernah berhenti Danial. Aku tak faham kenapa kau buat semua ni sedangkan dia tak kacau pun hidup kau?”

“Kan aku dah cakap itu sekadar pengajaran untuk dia.”
Gia cuba bertenang. “Masalahnya dia tak kacau kau lagi kan?!”

“Wooo…rilekslah. Melenting sangat ni dah kenapa? Kau suka dia ke?”

“Ada masalah dengan kau ke kalau aku suka dia sekalipun?”

Terus Danial merenung tajam tepat ke anak mata Gia.
“Kau kena ingat Gia! Kau tu hanya milik aku!”

“Sejak bila?”

“Sejak dulu!”

“Oh ya? Aku rasa aku bukan hak milik kau kot sebab aku pun tak mengaku yang aku ni milik kau. Stop berangan boleh?” Sinis!

“Aku takkan pernah lepaskan kau! Ingat sampai bila-bila tu Gia walaupun Vi dah gantikan tempat kau dulu!”

“Aku tak terkejut pun kau akan cakap macam ni Danial sebab apa? Sebab kau ni memang tak cukup satu perempuan. Aku boleh kerat jari akulah sekarang ni dekat ofis kau pun ada perempuan yang kau bawak kan dan kau ingat aku pun nak ke dekat lelaki macam kau ni?”

Terus tercabar Danial dibuatnya. “Kau jangan sampai aku dapatkan kau dengan cara keras!”

“Kau pernah ke pakai cara lembut dengan aku dari aku kecil sampai sekarang ni? Pernah?”

Lagi berapi Danial dibuatnya bila Gia sedap je membidas dia sekarang ni. Baru saja nak bidas, suara Eric menyapa mereka membantutkan niat Danial.

“Gia!”

“Abang Eric!” Gia pantas bangun lalu tubuh itu dipeluknya erat. Kalau dengan Danial jangan haraplah aku nak peluk macam ni.

“Amboi! Rindu sangat ke?” tanya Eric bila Gia memeluknya erat.

“Mestilah! Lama kot tak jumpa dengan abang! Abang sekarang macam mana? Sihat? Isteri dengan anak-anak abang?”

“Semuanya sihat. Gia sihat ke? Amboi…makin cantik eh sekarang ni? Lagi cantik dari sebelum ni. Dah ada pakwe ke dekat Malaysia tu?”

“Mana ada abang ni! Biasa je dan Gia still single macam dulu ok. Oh ya! Jom borak dekat ofis abang! Banyak benda nak borang dengan abang…” sempat Gia menoleh ke arah Danial dengan senyuman jahatnya. Nasib baik abang Eric sampai on time. Kalau tak, lagi lama aku nak kena hadap mamat ni.

“Sure! Jom!” Eric membawa Gia ke ofisnya. Dia tahu Gia sebenarnya nak larikan diri dari Danial.

Dia pun nasib baik ada seorang staff ofis ni bagitahu yang Gia sekarang ada dekat sini. Kalau tak, dia pun tak tahu. Dalam masa yang sama dia tahu mesti ada benda Danial rancangkan dalam diam-diam ataupun ada benda yang dia nak ugut dekat Gia. Walaupun selama ni dia nampak macam tak kisah tapi dalam diam-diam dia ambik tahu jugak pasal Danial dan adik tirinya yang satu ini. Pasal keadaan Gia di Malaysia pun semua dia ambik tahu. Bimbang kalau Danial ada terfikir nak buat something tak elok dekat Gia masa di Malaysia. Otak gila Danial bukan boleh buat sembarangan.

“Untung je abang sampai on the time. Kalau tak mesti Gia dah berasap hadap si Danial tu.”

“Itupun sebab ada staf ofis bagitahu abang Gia ada dekat sini dengan Danial. Sebab tu abang datang. Kalau tak abang pun tak tahu yang Gia ada dekat sini.”

“Abang nak tahu? Dia culik Gia elok-elok Gia habis photoshoot. Mula tu ingatkan nak lari dah tapi fikirkan balik alang-alang dia dah suruh orang dia datang culik Gia, Gia pun ikut jelah sebab Gia pun memang niat nak balik Cebu.”

“Pandai eh? So, kenapa Gia balik ke Cebu? Nak jumpa mummy dengan daddy ke?”

“Ikutkan tu nak jenguk jugaklah. Gia balik ni pun sebenarnya nak jumpa dengan Danial. Ada benda Gia nak deal dengan dia. Dia dah melampau sangatlah abang.”

“Pasal Luqman?”

“Abang pun tahu pasal benda ni?”

“Mahunya abang tak tahu. Abang perhati jugak tindak-tanduk Danial. Gia jangan risau. Abang dah cakap dengan dia tapi faham-fahamlah dia kan? Manalah dia nak dengar cakap abang ni. Ugutlah macam mana pun tak jalan jugak.”

“Itulah. Gia pun sakit jiwa dengan dia tau.”

“Luqman macam mana sekarang ni? Dah ok?”

“Emmm…doktor cakap tak ada apa-apa yang serius dekat Luqman. Dengar kata hari ni dah discharge.”

“Nasib baik tak jadi apa-apa dengan dia. Gia…apa kata kalau Gia mengaku je apa yang dah jadi dekat Dariya? Gia jangan risau. Abang akan upah lawyer yang terbaik dekat sini untuk tolong kes Gia. Ok?”

“Bukan Gia tak nak abang tapi…”

“Abang tahu Danial ugut Gia kan?”

“Hmmm…Gia tahu abang berniat baik nak tolong Gia tapi dalam hal ni baik Gia yang uruskan semuanya. Gia tak nak susahkan abang apatah lagi berkaitan dengan mummy.”

“Gia yakin?” Dia mengangguk. Dia tak nak susahkan siapa-siapa semata-mata kes aku ni je. Aku tak nak susahkan sesiapa langsung. Biarlah aku sorang je yang tanggung beban ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience