Bab 29

Fantasy Completed 13890

Keesokan paginya. Seperti biasa, dani melakukan kerjanya di kebun. Sibuk lelaki itu menyiram pokok bunya yang sedang mekar.

"dani"

Lelaki itu menoleh. Eh! Badannya terundur ke belakang sedikit. Puan erika?

Wanita itu tersenyum manis. "kamu sibuk ke? Nak saya tolong?"

Pantas dani menggeleng. Apa pulak yang wanita tu nak dari dia sekarang ni?

"saya nak cakap sikit dengan kamu"

"hm? Puan nak cakap apa dengan saya? Saya ade buat salah ke?"

Wanita itu menggeleng. "ingat tak perbualan kita semalam? Ade beberapa soalan saya yang awak tak jawab"

Lagi sekali. Dani tersenyum tawar. "ouh. Soalan apa puan?"

"kenapa kamu menangis masa saya pengsan hari tu?"

Dani terdiam. Ligat kepalanya memikirkan alasan.
"sebab.. Puan kan majikan saya"

"ouh.." puan erika mengangguk.
"awak tak pernah jumpa anak saya kan?"

Dani menggeleng.

"tapi, saya pelik lah dani. Macam mana anak saya kenal awak?" ujar wanita itu sambil berpeluk tubuh.

"puan.. Saya.. Mana saya.." dani tergagap.

"diam. Saya belum habis tanya lagi." puan erika menegah. "kenapa waktu anak saya balik awak tak ada? Mana awak pergi? Dan mana awak tahu yang jane ade dekat rumah dia malam tu?" satu persatu soalan keluar dari mulut wanita itu. Jelas riak wajahnya menunjukkan yang dia tidak berpuas hati.

Dani menundukkan wajahnya. Macam mana lah dia boleh terlepas bukti yang besar. "saya..."

"ye.. Saya apa? Jawab lah"

"puan saya ade banyak kerja sekarang. Nanti kita sambung berbual ya?" dani cuba memberi kata putus. Tidak betah dia mendengar soalan wanita itu lagi.

"tak boleh! Beritahu sekarang atau bonda yang akan bongkarkan semua Kai!"

Dani tergamam. Kai? "puan.. Saya bukan kai"

Puan erika tersenyum sinis. "jadi, beritahu saya siapa kamu"

"saya dani.."

"kamu manusia? Macam mana kamu ada aura yang sama macam saya? Macam mana kamu ada mata yang sama dengan kai? Hah?!" tembak wanita itu bertubi tubi.

"puan! Saya bukan kai!" dani bertegas.

"bagus! Kalau kamu bukan kai. Tak ada gunanya saya simpan jane dalam rumah ni lagi! Saya akan suruh dia pergi dari sini." ugut wanita itu. Dia sengaja ingin melihat reaksi lelaki itu.

Dani mengerutkan dahi. "puan tak boleh hukum dia macam tu!"

"soalan saya satu pun awak masih tergagap nak jawab. Jangan berdalih lagi la. Bonda dah tahu kamu tu siapa!" suara puan erika meninggi. Geram dia melihat lelaki itu masih tidak mahu mengaku.

Dani menutup mata dan menarik nafas panjang. Nampaknya puan erika sudah tahu segalanya.

"baiklah. Dah tak guna kai sembunyikan semuanya dari bonda" ujar lelaki itu akhirnya beralah. Perlahan-lahan badannya berubah ke bentuk asal.

Puan erika menggelengkan kepala. "kenapa kai? Bonda ingat kamu pergi tinggalkan bonda lagi. Rupanya kamu menyorok dalam rupa dani"

Kai tersenyum tawar. "kai tak bermaksud nak tinggalkan bonda. Kai minta maaf"

"jadi masa bila makcik tina jadi mak angkat kamu?" ujar wanita itu sambil mengangkat keningnya.

Kai tergelak. "kai saje je la bonda, jangan marah" lelaki itu memeluk bahu bonda nya.

"ok.. Bila nak beritahu jane?"

"ala bonda. Dengan jadi dani je dia nak rapat dengan kai. Kalau kai datang datang dalam rupa macam ni dekat dia. Mesti dia tak selesa."

"yela kai. Suka hati kamu la tapi ingat jadi apa apa bonda tak nak masuk campur" puan erika memberikan Peringatan.

Kai tersenyum. "baik bonda"

"dahla bonda nak masuk dulu, teruskan kerja kamu tu ye 'dani" perli wanita itu sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.
________________

Jane termenung memandang almari di biliknya. Seperti tidak percaya dengan apa yang dia lihat tadi. Sewaktu dia ingin pergi ke kebun untuk berjumpa dani. Dia ternampak apa yang berlaku antara puan erika dan lelaki itu. Sungguh tidak sangka! Jadi maksudnya selama ini dia bersama dengan KAI!

"apa yang aku nak buat sekarang?" jane memicit kepalanya.

Tuk tuk tuk..

Gadis itu memandang lama pintu biliknya. "siapa?"

"ni dani"

Datang la pulak! Apa aku nak buat? Apa aku nak buat?! Jane mula gelabah.

"akak cepat lah bukak!" jerit lelaki itu sambil mengetuk kuat beberapa kali.

"iye lah!" jane turun dari katil dan bergegas membuka pintu.

Kelihatan dani sedang tersenyum memandangnya. "tepi" lelaki itu menolak bahu jane dan terus masuk ke dalam bilik gadis itu.

"hoi! Suka hati kau je kan!" jane memandang geram. Tak kira lah depan dia ni sekarang dani ke kai ke. Suka hati masuk bilik orang!

"ala kak jane. Macam tak biasa, haritu akak tido bilik dani ok je kan?" ujar lelaki itu selamba merebahkan diri di atas katil jane.

Jane menjeling tajam. Dia ingat aku tak tahu ke siapa dia. Tak pe. Gadis itu tersenyum. Nak tipu aku lagi kan?

Jane menutup pintu rapat dan mengunci nya. Dani memandang pelik. "kenapa akak kunci pintu?"

"kenapa?" sengaja jane bertanya semula. Dia memberikan senyuman manis buat dani. Perlahan-lahan gadis itu melangkah mendekati dani yang sedang duduk di atas katilnya.

"kak jane?" dani bersuara. Asal perempuan ni? Makin dekat pulak, dah tak takut dengan aku ke?

Jane tergelak melihat wajah dani yang pucat.
"kau takut dengan aku ke?" ujar gadis itu lagi sambil tertawa.

Dani tersenyum sinis. "kau tak takut dengan aku ke?" giliran dia pula ingin mengenakan jane. Ingat dia penakut?

Gelak jane mati. "aku nak berhenti kerja"

"tak boleh!" larang lelaki itu. Dia menarik tangan gadis itu supaya duduk di sebelahnya.

"asal? Asal kau nak berhenti hah? Tak seronok kerja sini? Kau tak takut ke kena hukum? Kita ade perjanjian tau tak?"

Jane mengangguk dan tersenyum lebar. "aku dah bincang dengan puan besar dan dia kasi aku berhenti"

"apa?!" suara dani meninggi. Bonda kasi jane berhenti?

"kau tak boleh berhenti! Muktamad!" ujar dani tegas dan terus keluar dari bilik jane.

Jane menyembunyikan senyuman. Nampaknya rancangan dia berjaya.
__________

"bonda! Bonda!" panggil kai sambil mengetuk pintu bilik wanita itu.

Prakkk... Pintu terbuka sendiri. Meluru lelaki itu masuk.

"bonda! Bonda kasi jane berhenti kerja?" soal kai lalu melabuhkan punggung di atas kerusi yang terdapat di dalam bilik itu.

Puan erika mengangkat kedua keningnya tinggi lalu dia tersenyum. "aah. Lagipun kai kan dah 'hilang' jadi buat apa dia kerja lagi kat sini, si kerdil boleh masak. Lagipun jane kata dia rindu rumah lama dia. Bonda tak akan halang dia sebab bonda kesian dengan dia"

"bonda...." kai memuncungkan bibir. Huh sebijik perangai dani.

"hah! Kamu semenjak jadi dani. Manja kan?" wanita itu tergelak.

"bonda, jangan kasi jane berhenti" rayu kai sambil memegang tangan bonda nya.

"maaf kai, bonda jenis tepati janji. Kalau kamu tak sanggup tengok dia pergi. Apa kata kamu berterus terang dengan dia?" wanita itu memberi cadangan.

"tapi bonda nanti jane.."

"bonda tak nak masuk campur hal kamu dengan jane. Pandai buat masalah, pandai selesaikan sendiri. Kamu dah besar kai. Bonda pun nak tengok kamu kawin dengan dia" ujar puan erika  tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience