“Mak nak balik lah Dik” keluhan Teacher Basirah entah kali keberapa kali Hana Aishah pun tidak tahu. Tubuh Teacher Basirah yang sedang berkemban itu dilap kering.
“Ya. InsyaAllah soon ok. Mak kena sabar sikit” Hana Aishah memujuk seperti semenjak hampir seminggu ini. 10 hari yang berlalu terlalu cepat untuk mereka sekeluarga selepas bergelut dengan ketakutan yang paling besar dalam hidup keluarga Kapten Azam. Kehilangan Teacher Basirah. Tetapi untuk Teacher Basirah , hari berlalu terlalu perlahan. Kehidupannya hanyalah bilik pesakit di hospital pakar jantung di ibu negara itu.
“Mak lemas duduk dalam ni. I want to go back home” Hana Aishah yang tekun mengeringkan rambut ibunya mendengar luahan hati ibunya.
“Luka mak tak habis kering lagi” tenang Hana Aishah memujuk Teacher Basirah.
Selepas lima hari dirawat di unit rawatan rapi jantung , Teacher Basirah dibenarkan untuk berpindah masuk ke wad biasa. Hati Hana Aishah lebih tenang kerana sekurang – kurangnya mereka adik beradik dapat bergilir menjaga. Malam hari , Alif Haziq akan menemani ibunya manakala siang adik beradik perempuannya bergilir.
“I cant even see Adam” Hana Aishah tersenyum mendengar ayat Teacher Basirah itu. Dia menuju ke almari yang menempatkan pakaian ibunya. Antara salah satu cara untuk menggembirakan sedikit hati ibunya , Hana Aishah mengikut sana keinginan ibunya untuk memakai pakaian sendiri.
“Hari – hari adik video call Adam. And hari tu kan adik bawak mak turun tengok Adam dekat lobi” kata – kata Hana Aishah dibalas dengan kemuncungan mulut ibunya.
“Kejap je buat apa. Adam doesn’t even want me to touch him” melihat air mata ibunya yang bergenang Hana Aishah meletakkan T`shirt yang dipegangnya.. Dia menarik Teacher Basirah ke dalam pelukannya.
“Mak janganlah sedih macam ni. I want you to get healthy. Nanti mak dah sihat I`ll be at ease to bring you back” selembut mungkin suara Hana Aishah memujuk.
“Adam just takes time with people. Nanti mak dah balik , dah main dengan Adam … I`m very sure he will love you” Hana Aishah merenggangkan peluakannya sambil tersenyum penuh keyakinan berbicara.
“I feel sick being in hospital. I will definitely feel better at home. I miss home. And now you are back everything is perfect already” air mata Teacher Basirah gugur saat kata – kata yang bersalut nada bahagia itu diungkapkan. Pipi kanan dan kiri anaknya dikucup.
“I miss you so much” penuh kerinduan ibunya berbicara.
“I`m sorry for leaving you and abah. Adik janji adik tak tinggal mak abah dah lepas ni” senyuman lebar menghiasi pipi Teacher Basirah saat kata – kata itu diutarakannya. Hana Aishah dapat melihat tubuh ibunya mengigil kesejukan.
“Kita sentimental sampai mak mengigil dah ni” Hana Aishah cepat – cepat mengambil baju ibunya dan membantu Teacher Basirah menyarung pakaian bersih itu.
“Ahh. Adik slow sikit. Jarum dekat tangan mak sakit” Teacher Basirah mengadu kesakitan saat tangan kirinya dimasukkan ke dalam lengan baju T – Shirt itu. Hana Aishah terus meneliti tangan ibunya yang dipasang jarum untuk memasukkan ubatan dan air itu.
“Astaghfirullahal azim. Mak dah berapa lama merah macam n?” suara Hana Aishah naik satu oktaf saat melihat tangan kiri Teacher Basirah yang sudah bengkak dan merah itu.
“Dari tengah hari semalam after you went back. Mak bangun tidur dah berdenyut dah tangan” mendengar jawapan balas ibunya Hana Aishah terus mengambil telefon bimbitnya.
“Mak tak bagi tau Achik dengan Baby ke? Tu dah infected tu. Sebab tu mak sakit” kemarahan dan kerisauan Hana Aishah jelas saat itu.
“Dah. Baby dua tiga kali panggil nurse dengan doctor tu” Teacher Basirah yang sudah berkerut wajah itu mengadu. Hana Aishah mengeluh kasar saat panggilannya masuk ke peti simpanan suara Alif Haziq. Sah Alif Haziq sedang tidur.
“Mak tunggu sini. Adik pergi panggil staf dekat depan” Hana Aishah memesan sebelum dia menuju ke kaunter jururawat di wad itu. Dia dapat melihat sesi penyerahan tugas yang sedang berlaku diantara staf pagi dan petang.
“Excuse me. Who is incharge of Puan Basirah?” Hana Aishah menahan tona suaranya daripada meninggi saat itu. Waktu tengah hari diwaktu staf pagi sedang menyerah tugas kepada staf petang , soalannya membuatkan beberapa staf memandangnya dengan wajah tidak berpuas hati.
“Kitorang tengah Passover. Kenapa?” jawapan kasar seorang jururawat yang bersolek tebal itu mengoyakkan kesabaran Hana Aishah yang senipis bawang itu.
“My mom branula is infected. I want to know who is the staff nurse in charge if the doctor is not in” wajah Hana Aishah jelas menunjukkan ketidak puasan hatinya.
“Awak pergi tunggu dekat katil dulu. Nanti lepas pass over staf incharge akan datang” selamba jururawat yang sedang duduk itu menjawab.
“I`m asking you guys one more time. Who is incharge of her? Where is the doctor in charge for today” saat kesabaran dia putus, tona suara Hana Aishah melantun ke segenap wad.
“Kitorang tengah sibuk. Doktor pun sibuk. Teruk sangat ke tangan mak awak tu. Sabar la sikit. Ni wad tau , bukan pasar malam nak jerit - jerit” jawapan selamba jururawat yang bersolek tebal itu mematikan niatnya yang mahu bersabar itu.
Telefon ditangannya dibuka. Nombor itu di dail. Mata Hana Aishah menjeling staf – staf yang sedang bergelak tawa sambil menyerahkan tugasan mereka sambil menanti panggilan untuk dijawab. Beberapa orang staf memandangnya sinis.
“Helo. Send Kamal`s number now” suara dingin Hana Aishah kedengaran.
“Sayang. Why do you sound off? Anything wrong?” suara penuh prihatin Fakhrul lagi menyakitkan hati dia saat itu.
“I suruh you send number Kamal. Jangan banyak bunyi. Hantar sekarang” talian dimatikan sebelum mata Hana Aishah meliar mencari sesuatu.
“Where`s your procedure trolley?” suara tegang Hana Aishah bertanya tetapi tidak bersahut. Kebiadapan staf – staf di situ menaikkan darahnya yang sememangnya sudah panas itu.
“I swear to God, if you don’t get me the freaking procedure trolley now , all of you wont have a job by the end of the day” jeritan Hana Aishah mematikan gelak tawa staf – staf yang berada di situ.
“Excuse me..” seorang lelaki yang Hana Aishah pasti seorang doktor menegur Hana Aishah. Hana Aishah perasan semenjak tadi lelaki itu yang sedang duduk berborak dengan seorang lagi jururawat tidak mengendahkan pertanyaan dia.
“Procedure trolley” sekali lagi Hana Aishah meminta.
“Puan. Awak tak boleh sesuka hati nak …..” Hana Aishah memotong laju kata – kata doktor lelaki berbadan sasa yang sedang mahu tunjuk hero saat itu.
“Are you a doctor?” Hana Aishah bertanya tegas.
“Yes. So you cannot…” sekali lagi kata – kata doktor lelaki itu Hana Aishah potong.
“Why when I was asking who is incharge, you didn’t step up?” suara tegang Hana Aishah kedengaran. Matanya menjeling ke dalam mata doktor lelaki itu.
“I was doing work” Hana Aishah tertawa sinis mendengar jawapan lelaki itu.
“You mean chatting with your staff nurse is it?” wajah lelaki yang berkulit sawa matang itu bertukar reaksi.
“Don’t accuse me…” Hana Aishah mengangkat tangannya menandakan dia mahu lelaki itu berhenti berbicara.
“Just keep your mouth shut and write all of your name on a piece of paper and get the freaking procedure trolley. Now” Hana Aishah mengarahkan lelaki itu dan secara tidak lansung staf – staf yang berada di situ. Wajah doktor lelaki muda itu kelihatan tidak berpuas hati.
“Hey. You don’t have right to arah – arahkan people here” suara doktor lelaki itu sudah meninggi saat itu tetapi sedikit pun Hana Aishah tidak gentar.
“Yes I do. Cause right now you are abusing my mother who is a patient here and this is negligence. I can sue all of you” Hana Aishah menjawab selamba. Matanya melawan renungan tajam doktor lelaki yang sedang tunjuk hero itu.
“Aishah?” suara maskulin yang Hana Aishah kenali itu menegur sekaligus merubah air muka staf – staf yang menyaksikan pertembungan Hana Aishah dengan doktor lelaki tadi.
“Dr Kamal. Care to explain why all of your staff is too busy to notice thrombo on my mom branula since yesterday afternoon?” terkulat – kulat muka semua staf – staf di situ termasuk doktor lelaki yang mahu menunjuk hero dengan Hana Aishah tadi.
“What? Who is incharge of her?” mendengar pertanyaan Kamal yang sudah meninggi, Hana Aishah tertawa sinis.
“Don’t bother asking. All of them are currently too busy to attend to my mother” Hana Aishah mengeluh kecewa.
“Can you just tell me where the procedure trolley is at. I can manage her myself” Hana Aishah memandang kearah Kamal yang kelihatan bersalah itu.
“Its ok Aishah. I`ll do it” cepat – cepat Kamal menuju ke bilik prosedur sekaligus membuat staf – staf yang tadi terlalu sibuk mahu menjawab pertanyaannya kelam kabut mahu menolong bos mereka.
“Disgrace” kata – kata itu terungkap dibibirnya dan dia terus melangkah meninggalkan kaunter jururawat itu. Kecewanya tidak dapat dia ungkap. Dia pun staf kesihatan dan melihat sikap staf – staf pada hari itu dia benar – benar kecewa.
Bibir Hana Aishah diam membisu saat melihat Kamal menanggal jarum yang telah dijangkiti kuman itu. Kalau tadi kesemua staf tadi terlalu sibuk mahu melihat ibunya , saat ini bilik itu penuh dengan mereka. Kamal meneliti tangan Teacher Basirah sudah bengkak dan kelihatan merah seperti dipanggang.
“I`m so sorry Aishah. I didn’t know any of this. Her hand looks so bad” kata – kata Kamal itu hanya menambah garam di lukanya. Lagi pula apabila melihat air mata Teacher Basirah yang mengalir kesakitan saat jarum itu ditanggal.
“I`ll make sure action will be taken on those responsible” Hana Aishah tersenyum tawar. Hendak memandang wajah staf – staf yang berada di dalam bilik ibunya itu pun dia tiada hati.
“Ni my mom Dr Kamal. Kalau mak orang lain macam mana. Mungkin anak dia bukan doktor macam I, but that doesn’t mean that she should be treated like this. I`m a doctor too and I`m very disappointed looking at your staff’s attitude today. This is unacceptable and its negligence. My siblings have been informing your staffs since yesterday afternoon” wajah Kamal yang berkulit putih susu itu bertukar merah. Antara marah dan bersalah, perasaan itu menyelubungi diri Kamal.
Dia baru sahaja habis pembedahan untuk hari itu saat mendapat panggilan daripada Fakhrul. Fakhrul bertanya sekiranya ada sesuatu yang berlakukah yang menyebabkan Hana Aishah kedengaran seperti dalam masalah.
Pagi semalam adalah kali terakhir di melihat Teacher Basirah. Semalam pembedahannya habis lambat dan hari ini pula dia yang oncall mempunyai kes pembedahan pada awal pagi. Sepatutnya petang ini dia akan melakukan rondaan petang tetapi begini pula jadinya.
******************************************************
“Alif dah bagi tahu nurse malam dengan pagi tadi. It was the same nurse from yesterday evening till this morning. And then I told again when they did morning round. They said she was being cranky. Memang akan sakit kalau masuk ubat” suara tidak berpuas hati Alif Haziq memberitahu petang itu.
“Kenapa Alif tak bagi tahu Kak Dik. She`s having fever because of that infection” Hana Aishah sedang meribakan Adam saat itu mengeluh kasar.
“I wanted to tell you this morning but Alif mengantuk sangat. Balik terus tidur” Alif Haziq sedang menuam kepala ibunya yang panas menjawab dengan rasa bersalah yang menggunung.
“Adik. Its ok. Mak ok” Teacher Basirah memujuk Hana Aishah yang semenjak kejadian jarum tadi kelihatan risau
“No you`re not. Its too early for you to get an infection” air mata Hana Aishah sudah bertakung.
“Abang tanya Kamal tadi. Her white cell is slightly elevated but they`ve started her on Rocephine. They`ll repeat another fbc tomorrow. Kita doa wc mak coming down” Fakhrul yang semenjak kejadian malam hari itu susah mahu bercakap dengan Hana Aishah memujuk.
“I cant even stay overnight with you” kekecewaan Hana Aishah tidak dapat dibendung hari itu.
“Sorry Kak Dik. I`ll be more alert after this” Alif Haziq benar – benar merasa bersalah. Salah dia kerana tidak memberitahu Hana Aishah tidak kiralah penat mana pun dia. Patutlah sepanjang malam semalam Teacher Basirah tidak selesa tidur. Ibunya tengah kesakitan.
“Bukan salah Alif. You`ve been on night shift with mak since she was transferred to ward. You must’ve been tired. It just frustrates me that I can’t leave him at home. He`s not use to you guys” wajah Hana Aishah kelihatan serabut. Adam yang sudah terlentok di ribanya direnung sayu.
“Adik. Mak tak nak adik tinggal Adam dekat rumah. I`ll be ok. Mak janji. Lepas ini kalau mak sakit mak bagi tahu adik terus. Ok” Teacher Basirah tersenyum menyakinkan anak perempuannya.
“But you are not ok” air mata yang ditahannya mengalir.
“I wont be if you keep on crying like this. InsyaAllah mak doa hari – hari mak dapat balik rumah. Nak dukung Adam , nak peluk Adam and semoga Allah kuatkan kaki mak untuk main kejar – kejar dengan Adam” harapan menggunung Teacher Basirah membisukan mulut mereka semua.
“Mak nak pegang Adam? Fakhrul baringkan sebelah mak” laju kepala Teacher Basirah mengangguk.
Hana Aishah seperti semenjak beberapa hari lepas hanya diam memerhatikan sikap Fakhrul. Perlahan – lahan Adam yang sedang diribakan Hana Aishah diangkat. Kalau sebelum ini setiap peluang yang ada Fakhrul akan menyentuh dia, sekarang sedaya upaya Fakhrul akan cuba untuk tidak bersentuh dengan Hana Aishah.
“Shhh. Shhh. Ok , ok. Go back to sleep sayang” Fakhrul memujuk sambil mendodoi semula Adam. Rengekan yang tadi kedengaran beransur perlahan.
Adam diletakkan di sebelah Teacher Basirah yang sedang separa bebaring itu. Wajah yang tadi kelihatan pucat terus bersinar saat cucu lelakinya dibaringkan di sebelahnya. Pelbagai emosi bermain di dalam diri Hana Aishah saat itu.
Tidak sampai sejam selepas kejadian di wad itu, Fakhrul sampai bersama Alif Haziq dan Adam. Awalnya Hana Aishah mahu memarahi Fakhrul kerana membawa Adam ke hospital tetapi saat Adam yang sedang merengek itu terus senyap di dalam pelukan Hana Aishah hilang terus marahnya.
Bukan mahukan susu, Adam hanya mahu tidur di dalam pelukannya. Rasa bersalah bertimpa – timpa saat itu. Dia cuba untuk mengimbangkan masanya untuk Teacher Basirah di hospital dan masanya dengan Adam tetapi melihat keadaan Adam, Hana Aishah tahu dia gagal.
Setiap kali dia pulang dari menjaga Teacher Basirah , Adam pasti sudah tertidur. Melihat wajah sembap anaknya yang tidur , Hana Aishah pasti Adam menangis menantinya sampai tertidur kepenatan. Di malam hari pula , Adam asyik terjaga ingin memastikan dia ada disebelah.
Sudah empat malam Fakhrul tidur beralaskan toto di ruangan bersebelahan katil di dalam dalam bilik Hana Aishah. Bermakna sudah lima hari bibir lelaki itu seperti digam dengan gam gajah. Hendak dengar satu perkataan pun susah. Hati Hana Aishah lega kerana dia tidak perlu serabut memikirkan tentang masalah mereka berdua. Untuk sementara waktu. Sementara dia mahu menyelesaikan perihal ibunya di hospital.
“Nanti luka nenek dah sembuh Adam tidur atas dada nenek ye” harapan Teacher Basirah mengejutkan Hana Aishah daripada lamunannya.
“Sorry mak. Baby tak alert about your pain” suara sayu Alif Haziq pula menyambung.
“Benda nak jadi. Mak ok. Mak kena ok. Mak nak balik rumah” Teacher Basirah mengusap rambut anak bujangnya yang sudah panjang itu.
“Rambut ni bila nak potong. Makin stress nanti abah tengok rambut baby. By the way you guys didn’t tell him about today incident right?” daripada membebel terus suaranya bertukar cemas mengingatkan suaminya di rumah.
“Tak. Fakhrul cakap dekat abah suruh rehat today. Nanti abah risau dekat mak, abah pulak sakit” senyuman lebar menghiasi bibir lelaki itu.
Fakhrul yang dahulu kedekut dengan senyuman. Fakhrul yang dahulu tidak mengendahkan orang lain. Fakhrul yang dahulu hanya memikirkan kepuasan diri sendiri. Fakhrul yang berhati kering sudah tiada. Lelaki yang berada di hadapan Hana Aishah ini amat lain. Seperti ada satu topeng yang menyembunyikan rupa sebenar lelaki itu.
“You didn’t take your lunch mak?” wajah berkerut ibu mertuanya membuatkan Fakhrul tertawa kerana dia sudah tahu jawapannya.
“Tahu dah. Achik dah siap packing untuk mak tadi. Sayang suapkan mak” arahan Fakhrul membuatkan hati Hana Aishah panas. Suka hati sahaja mahu mengarahkan dia.
“Tak payah nak arah – arah. I tahu la nak suap mak” balasan kasar Hana Aishah memadam wajah ceria lelaki itu. Senyuman yang mengukir bibir lelaki itu terus hilang.
“Adik” Teacher Basirah menegur Hana Aishah tetapi sebelum sempat dia menjawab Fakhrul laju memotong.
“Fakhrul keluar kejap mak” tidak sempat Teacher Basirah menghalang Fakhrul laju menghilangkan diri. Teacher Basirah memandang tubuh menantunya yang hilang disebalik pintu bilik pesakit itu. Keluhan berat dia lepaskan sebelum matanya memandang kea rah Hanan Aishah.
Hana Aishah mengangkat punggungnya sebelum kakinya melangkah menuju ke meja di sebelah katil pesakit. Beg kait berwarna hitam yang dibawa Alif Haziq tadi dibuka. Suasana sunyi menyelubungi bilik itu tidak diendahkan Hana Aishah.
Bibirnya membisu tetapi tangannya lincah menghidangkan lauk di dalam pinggan makan ibunya. Sebal betul hatinya melihat Fakhrul yang berpura – pura. Hipokrit betul. Hana Aishah tidak sebodoh dahulu. Mengingatkan kebodohan dirinya , Hana Aishah dapat merasakan sesak di dadanya kembali.
Hana Aishah yang terlalu bodoh memperjuangkan sesuatu yang menyebabkan dia hilang segala – galanya. Hanya kerana seorang lelaki yang hanya tahu mengaku mencintainya tetapi hakikatnya meruntuhkan segala yang dia bina dalam masa setahun. Kepalanya di geleng perlahan cuba memadam luka yang kembali sakit. Luka yang tidak pernah sembuh kerana selama ini dia hanya menutup dan terus menutup luka yang lelaki itu bagi sendiri.
“Nasi panas sikit mak. Careful” Hana Aishah memberitahu ceria cuba menyembunyikan kesakitan yang dirasainya daripada Teacher Basirah.
Teacher Basirah merenung anak perempuannya sejenak. Mahu berbicara tetapi dia masak dengan perangai Hana Aishah yang sentiasa menyembunyikan segala masalah anaknya. Mulutnya dibuka sebelum suapan anaknya disambut.
“How do you expect her tell you. She was never allowed to make mistake” hati Teacher Basirah berbisik sendiri.
Makanan yang dijamah terus tawar dirasakan saat mendengar suara hatinya. Terlalu banyak harapan yang dia letakkan pada Hana Aishah. Dikala anak – anaknya yang lain berbuat sesuka hati , Hana Aishah akan menurut katanya. Walaupun dalam keterpaksaan untuk tidak melukakan lagi hatinya. Lama kelamaan perkara itu menjadi satu norma.
Harapan demi harapan dia letakkan sehingga satu tahap Hana Aishah perlu menjadi sempurna di mata dia. Akhirnya yang menjadi korban adalah anaknya sendiri. Wajahnya dikawal saat dia merenung Hana Aishah yang sedang berdiri di birai katil menyuapkan makanan.
Kalaulah dia mampu putarkan masa, terlalu banyak perkara yang dia mahu ubah. Tetapi tiada kalau dalam hidup. Segala yang telah dia lakukan tidak mampu Teacher Basirah padam. Yang dimampu hanyalah untuk membetulkan apa yang telah dia lakukan. Rengekan Adam menyedarkannya akan realiti sekarang. Adam dan Hana Aishah memerlukan dia.
“Sayang nenek” Teacher Basirah menolak suapan Hana Aishah. Fokusnya pada Adam yang sudah bergerak – gerak dalam tidur itu. Dengan berhati – hati tubuh cucu diiringkan ke kanan dan punggung Adam ditepuk perlahan.
“Mak habiskan makanan tu. Baby ambik Adam” Alif Haziq yang semenjak tadi mengurut kakinya memberitahu tetapi Teacher Basirah menggelengkan kepalanya.
“Mak. Ni ada separuh lagi nasi. You need your nutrient” Hana Aishah membebel tetapi Teacher Basirah masih fokus untuk menidurkan kembali cucunya.
“Nanti mak makan. I`m full already” Teacher Basirah berbisik perlahan sebelum bibirnya menyambung berzikir menidurkan cucu lelakinya itu.
“I will always be here with you till my last breath” Teacher Basirah berbisik ke telinga Adam yang sudah terlelap kembali. Bibir cucunya mengariskan satu senyuman. Mimpi bahagia ataupun gembira mendengar janji dia, Teacher Basirah pun tidak pasti. Yang pastinya hati Teacher Basirah sudah berbunga bahagia.
********************************************
“You look upset” suara Mikhail yang penuh kerisauan kedengaran di tangga kecemasan hospital jantung itu.
“I miss you” hari itu hati Hana Aishah berat. Selepas kejadian yang menimpa Teacher Basirah, dia menjadi tidak keruan.
“Just let me come there. You need me. I can see it from that beautiful face that I`ve been missing” Hana Aishah merenung kea rah Mikhail yang sedang berbaring di atas katil. Wajah Mikhail berkerut seribu saat kata – kata itu diluahkan dia.
“Tak cantik. Buruk. See this eyebag. This big stuffy nose. This pale lips. Semua buruk” Hana Aishah mencebikkan bibirnya kesedihan memberitahu Mikhail.
Setiap hari Mikhail akan membuat panggilan video. Tanpa penat lelaki itu akan menunggu. Kalau Hana Aishah tidak angkat , Emir akan muncul di hadapan rumah Kapten Azam. Hana Aishah. Hana Aishah akan tersangkut di tengah – tengah setiap kali Emir datang. Dia tahu Emir tidak biasa berjauhan dengan Adam. Begitu juga Scott dan Mikhail. Tetapi kehadiran Emir jelas tidak digemari Kapten Azam.
Tetapi dalam masa seminggu lebih ini dia sedang berusaha untuk menyeimbangkan masanya untuk Teacher Basirah dan membuat panggilan video kepada ketiga – tiga lelaki penting dalam hidup Adam itu. Tubuhnya kepenatan tetapi memikirkan mereka yang merindui Adam , Hana Aishah cuba untuk sekurang – kurangnya menghantar video Adam kepada mereka.
“You mean this gorgeous girl on my phone screen right now. That`s beautiful with her only bare face. This effortless beauty” senyuman lebar menghiasi bibir Hana Aishah mendengar pujian Mikhail.
“Pandai tau nak puji – puji orang suruh senyum” tawa Mikhail bergema. Tawa yang selalu membuatkan hati Hana Aishah kuat kembali kerana dia tahu Mikhail ada bersamanya.
“See that thing on your face Hana?” Hana Aishah cepat – cepat melihat sekiranya ada perkara pelik di mukanya.
“What? Oh my good. My hingus keluar ke? Ke ada boogie?” lagilah kuar Mikhail tertawa melihat Hana Aishah yang sedang mengesat hidungnya dengan hujung lengan baju sejuk yang disarung Hana Aishah itu.
“Ya Allah. This girl is so funny. Gosh I miss you beautiful” Mikhail mengeluh berat saat kata – kata itu meniti bibirnya.
“Suka gelakkan Hana tau. Ishh tak nak kawan la macam ni” bibir Hana Aishah muncung sedepa.
“I`m just missing your smile. You are so beautiful smiling that it’s a crime when you don’t” kata – kata ikhlas Mikhail membuatkan air mata Hana Aishah bertakung.
“How I wish I`m selfish enough to tell you to come here right at this moment” hari itu dia mengikhlaskan hatinya. Apa yang dia rasa semua dia luah. Penat memendam.
“I`m so angry. How could they be so irresponsible. She was in pain the day yesterday till today. They don’t even care. What if I didn’t notice? What is she got endocarditis from this. Her heart is already not at its best state and now because of their negligence she had to endure another cherry on top” air mata yang ditahan mengalir laju.
“I cant even stay with her. Adam need me. He`s already acting up because I`m so useless I cant even manage my time properly” esakan Hana Aishah bertambah kuat.
“By the time I`m home be it early or late evening he will already be sleeping with puffy eyes. It hurt me so much seeing him like that but see what happen when I wasn’t around for a solid 24 hours” Hana Aishah menyembamkan ke pahanya.
“I`m coming” selepas beberapa ketika Mikhail bersuara.
Hana Aishah menangis sepuasnya petang itu. Air matanya seperti tidak mahu berhenti. Dia cuba untuk tidak menangis di hadapan Teacher Basirah kerana tidak mahu ibunya susah hati. Tetapi bebanan yang dia tanggung terlalu berat.
“I don’t think I`m ready to face any of this. With mak health and then my joke of a marriage. Susahnya Mika. Why things couldn’t be easier for me? Why everything have to be so complicated? Kenapa …..” kata – kata Hana Aishah tersekat. Matanya memandang ke arah satu insan yang menjadi punca air matanya tidak pernah berhenti.
“Because you are beautiful. Adam beautiful strong Umi. My beautiful strong Hana. I love you beautiful” suara Mikhail kedengaran di segenap ruangan tangga kecemasan itu.
Sepasang anak mata hitam yang sedang bertaut dengan mata Hana Aishah merenungnya dalam. Untuk sesaat di dibawa pergi ke tiga tahun lepas. Kesakitan yang anak mata itu bawa. Kelukaan yang jelas terpancar seperti malam itu. Malam di mana segalanya berubah. Anak mata yang sama sedang merah merenungnya. Di sebalik kemarahan Fakhrul malam itu, kesakitan yang tidak sanggup Hana Aishah lihat merenungnya. Sama seperti saat ini.
“Adam is crying. If sayang dah habis please come to the room. I think he wants to feed” suara tenang Fakhrul hilang saat lelaki itu berbicara. Getaran yang tidak lagi disembunyikan Fakhrul.
“After everything why does it still hurt seeing him in pain?” bisikan hati Hana Aishah bergema saat dia melihat tubuh Fakhrul menghilang di sebalik pintu kecemasan itu.
Wajah Hana Aishah yang sedang mengisi ruangan skrin telefon Mikhail menunjukkan emosi sebenar Hana Aishah. Mikhail terdiam membisu kerana saat itu keyakinan yang dia ada selama ini goyah. Renungan Hana Aishah yang tidak pernah dia lihat. Sinaran sebegitu di dalam anak mata coklat Hana Aishah tidak pernah sekalipun dia lihat sepanjang tiga tahun dia hidup dengan Wanita itu.
**********************************************
Sayup – sayup suara azan berkumandang kedengaran. Tubuh Hana Aishah mengigil dalam kemamaiannya cuba menarik selimut yang sudah melorot. Saat tubuhnya cuba digerakknya , bentil susunya terasa ngeri kerana Adam kuat mengigit.
“Auhh. Adam don’t bite” suara serak Hana Aishah merungut. Kepalanya terasa berat yang amat sangat. Tangan kanannya memicit dahinya yang berdenyut.
“Ya Allah, sejuknya” terketar – ketar bibir Hana Aishah mengigil. Tangan kanannya yang memicit dahinya diangkat sebelum dengan berhati – hati dia meraba tilam empuk itu mencari selimutnya. Tubuhnya yang berada di posisi mengiring itu sudah kebas tetapi memikirkan Adam yang sedang menyusu dia gagahkan jua.
“Ahh. Found it” suara penuh kejayaan memecah kesunyian bilik yang gelap itu.
Nafas kelegaan dihelakan saat selimut tebal yang dia capai tadi diselimutkan ke tubuhnya. Sejuknya bukan kepalang subuh itu. Tubuhnya yang tadi mengigil terasa hangat. Rengekan Adam kedengaran saat Hana Aishah cuba menyelimutkan tubuh anaknya. Dalam kesamaran dini hari itu, di dapat melihat Adam yang hanya memakai seluar pendek. Bajunya sudah hilang entah ke mana.
“Hai lah intan payung Umi, selimut pun tak suka” Hana Aishah tersenyum mengusik. Pipi Adam yang sedang bergerak – gerak menyusu itu diusapnya.
Dia lansung tidak sedar malam semalam jadi dia tidak tahu berapa lama Adam sudah menyusu. Tetapi melihat tahap kelajuan susuan anaknya , mungkin Adam baru terjaga dari tidurnya. Tidur mati agaknya dia sampai tidak sedar lansung apa yang berlaku.
Apabila pandangnnya semakin jelas barulah Hana Aishah dapat meneliti ruangan bilik tidurnya. Pagi itu sunyinya lain macam. Mengingatkan azan subuh tadi dia pelik kenapa bunyi pancuran air mandi tidak kedengaran.
Hampir seminggu tidur sebilik dengan Fakhrul dia sudah hafal rutin baru lelaki itu. Selalunya Fakhrul sudah ada atas tikar sejadah sebelum azan subuh kedengaran tetapi adalah sehari dua yang lelaki itu masih sedang bersiap sewaktu azan berkumandang. Memandangkan hari itu dia tidak nampak bayangan Fakhrul sedang bersolat dia membayangkan akan mendengar bunyi pancuran air mandi tetapi itu pun tiada.
“Tak akan terbongkang lagi mamat ni. Nak menunjuk dia dah berubah pun cuba lah konsisten. Ini seminggu pun tak tahan” hati Hana Aishah mengutuk.
Selepas pertembungan di tangga semalam , Fakhrul diam membisu. Kalau sebelum ini adalah juga Fakhrul berbicara dengannya tetapi semenjak petang semalam sehinggalah mereka pulang ke rumah Kapten Azam selepas isyak , mulut Fakhrul terus membisu. Dengan Adam pun Fakhrul tidak berbicara.
Antara marah dan simpati , Hana Aishah bertarung sendiri sehinggalah dia terlelap di dalam kenderaan sewaktu pulang. Marah kerana lelaki bernama Fakhrul masih mampu menimbulkan rasa – rasa yang dia tidak suka hadir. Perasaan yang sudah lama dia padam tidak sepatutnya hadir.
Keluhan berat dia kedengaran. Matanya dipejam rapat membuang segala emosi yang cuba mengasakkan minda dan hatinya. Fokusnya sekarang adalah Teacher Basirah. Dia mahu ibunya sihat semula. Dapat pulang ke pangkuan mereka.
“I think I need to take longer leave. But I`m worried about what Prof Angel will think of me. I feel like I`m disappointing her if I postpone my study for awhile” kerisauan yang dia luahkan kepada Mikhail semalam kembali bermain di mindanya.
Teacher Basirah tidak boleh menaiki kapal terbang sekurang – kurangnya 3 bulan dari tarikh terkena serangan jantung. Hana Aishah mahu membawa Kapten Azam dan Teacher Basirah ke London. Tetapi tidak boleh dalam masa yang terdekat ini. Untuk meninggalkan ibunya di sini sendiri dia tidak berani lagi.
“You never know until you talk to her” rindunya dia dengan Mikhail yang sentiasa tahu memujuk hati dia yang sentiasa tidak tenang itu. Hana Aishah yang suka berfikir buruk dahulu sebelum yang baik. Mindanya sentiasa akan memikirkan perkara negatif yang bakal berlaku daripada perkara positif and akibatnya dia kan stres.
“Kak Dik” ketukan di pintu bilik tidurnya mengejutkan Hana Aishah daripada lamunannya. Adam yang sedang sudah terlelap itu ditenungnya. Nasib baik Adam tidak terjaga mendengar ketukan itu.
“Who is that?” suaranya dikawal supaya tidak meninggi. Tidak mahu mengejutkan Adam yang sedang terlena itu. Perlahan – lahan dia memutuskan penyusuan Adam.
“Achik” seiring dengan jawapan itu, pintu bilik tidur Hana Aishah ikut terbuka.
“Kenapa Chik?” Hana Aishah mendudukkan dirinya sambil menepuk punggung anaknya yang sudah ditelentangkan.
“Abang Fakhrul suruh kejut Kak Dik subuh. Dia cakap Kak Dik penat sangat semalam. Dia risau Kak Dik tak bangun” mendengar jawapan balas Hana Aqilah , Hana Aishah merasai pelik.
Tubuhnya dijenjet sedikit melihat ruangan diantara katil dan dindingnya. Barulah dia perasan katil yang sebelum ini mempunyai ruangan di kiri dan kanan sudah dirapatkan ke dinding. Celah katil sudah diletakkan bantal penghalang supaya Adam tidak tersepit di celah katil mahupun terhentak di dinding.
Selalunya Fakhrul akan tidur di ruangan sempit diantara katil dan dinding itu beralaskan toto. Hatinya dilanda gelisah. Ke mana Fakhrul pergi. Hana Aishah lansung tidak dapat mengingati apa yang terjadi selepas dia terlelap di dalam kereta. Tahu – tahu dia sudah terjaga subuh ini.
Selimutnya diselak sebelum Hana Aishah melihat pakaiannya yang sudah disalin. Gaun labuh berwarna krim yang dipakainya semalam sudah digantikan dengan gaun tidur separas lutut. Patutlah dia kesejukan. Pakai baju tidak cukup kain.
“Kak Dik. Jangan tidur balik tau. Solat dulu” Hana Aqilah memanggil Hana Aishah yang sedang mengelamun itu. Kepala Hana Aishah dianggukkan perlahan. Dia pening memikirkan apa yang terjadi semalam selepas dia terlelap.
“Achik” Hana Aishah memanggil saat pintu bilik hampir ditutup. Hana Aqilah yang berbaju tidur kelawar itu memandang Hana Aishah dengan wajah baru bangun tidurnya. Rambut adiknya sudah macam sarang burung saat itu.
“Kenapa Kak Dik?” Hana Aqilah bertanya saat melihat kakaknya yang merenungnya dengan seribu persoalan itu.
“Emm… Aaa… Akak … Did you change my dress? I couldn’t remember what happen last night” Hana Aishah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Ehh tak la. Abang Fakhrul kot. Yesterday when he arrives with you guys , dia yang dukung Kak Dik naik sampai dalam bilik. Kak Dik tidur mati semalam” wajah Hana Aishah bertukar merah saat itu. Suka hati lelaki itu nak tukar pakaian dia.
“Where is he now?” suara tidak puas hati Hana Aishah kedengaran.
“Tak sure Kak Dik. I think after he settle you guys in kot Achik dengar bunyi kereta. Achik ngantuk nak tidur dah time tu. Tadi Beeqa bangun nak susu tu yang Achik perasan whatsapp Abang Fakhrul” Hana Aqilah menerangkan kepada Hana Aishah yang kelihatan marah itu.
“Akak memang tak sedar lansung ke?” Hana Aqilah bertanya lagi. Gelengan kepala Hana Aishah membuatkan bibir Hana Aqilah tersenyum lebar.
“Abang Fakhrul tu memang dari dulu romantic kan. Lat dulu nak la angkat – angkat Achik. Lepas dah beranak , jangan haraplah. You are so lucky Kak Dik” Hana Aqilah melabuhkan punggungnya di birai katil kakaknya. Wajah keruh Hana Aishah membuatkan bicara cerianya terhenti.
“Achik tak baik. Kalau nak compare dengan Kak Dik macam langit dengan bumi” Hana Aqilah tersenyum pahit.
“Tu yang dah dapat balasan lalu Beeqa” tawa pahit Hana Aqilah kedengaran.
“Beeqa?” Hana Aishah bertanya pelik. Apa maksud Hana Aqilah.
“Kak Dik tak perasan kot. Beeqa deaf” air mata Hana Aishah bertakung mendengar realiti yang baru diberitahu adiknya. Ditarik Hana Aqilah rapat ke dalam pelukannya.
“I`m so sorry I left. I left you guys to deal with everything alone” bercucuran air mata Hana Aishah mengalir subuh itu.
“Tak apa Kak Dik. Itu balasan untuk Achik. Dosa Achik banyak” sebak suara Hana Aqilah kedengaran. Sampai ke saat ini hakikat yang anak perempuannya tidak sempurna tidak dapat dia terima. Setiap kali dia membuka cerita perihal Hana Labeeqa , hatinya dicarik kembali.
“Achik. Don’t say that. Ya Allah” Hana Aqilah menangis subuh itu. Sudah lama dia tidak menangis memikirkan nasib anaknya tetapi berada di dalam pelukan Hana Aishah setelah sekian lama, segala kesakitannya diluahkan.
“Kesian Beeqa kak. Kena tanggung dosa yang Achik dengan Lat buat” rasa bersalah menyesakkan jiwa Hana Aqilah.
“Kalau Achik boleh pusing balik masa. Achik akan dengar cakap Kak Dik. Achik tak buat dosa tu Kak Dik” erat pelukan Hana Aishah. Kesakitan yang dilalui Hana Aqilah tidak dapat dia gambarkan saat itu.
“Kak Dik nak tolong Achik. Kak Dik tak nak Achik bergelumang dengan maksiat but in return I hurt you. I hurt you so badly. Achik mintak maaf Kak Dik” Hana Aishah merenggangkan pelukannya. Wajah Hana Aqilah yang sudah basah kuyup itu dilap.
“Bukan semua benda yang kita rasa tak baik itu adalah balasan dari Allah. Jangan bersangka buruk dengan Allah” Hana Aishah tersenyum dalam tangisannya dalam katanya yang disusun berhati – hati.
“How could you forgive after what I did to you? The words that I said to you and Adam.. “ Hana Aqilah menggelengkan kepalanya tidak mampu meneruskan kata – kata.
“Ini balasan untuk Achik. Sebab Achik apikan semua orang after I saw the pictures. Achik … Achik nak Kak Dik sakit. After everything that you did” Hana Aqilah menyembamkan wajahnya ke dada Hana Aishah.
“I`m sorry. I`m so sorry” berkali – kali Hana Aqilah memohon maaf.
“Padan muka Achik. Kan Kak Dik?” Hana Aishah mengusap rambut Hana Aqilah yang kusut itu.
“Sekali pun akak tak pernah doa supaya Achik kena timpa apa – apa musibah. I don’t want any of you to go through the pain that I went through. Kak Dik sentiasa doa untuk kebahagiaan Achik” Hana Aishah tersenyum memberitahu hakikat yang pahit itu. Sejujurnya dalam setiap solatnya dia tidak mahu sesiapa pun melalui apa yang dia lalui. Sakitnya tidak terperi. Matanya dipejam rapat sambil memeluk Hana Aqilah erat.
“Kak Dik baik. Sebab tu Allah bagi Kak Dik untuk Abang Fakhrul. Both of you help me so much. Dari … dari … zaman Achik berzina dengan Lat sampailah sekarang. You both never once look down at me. I`m sorry. I`m sorry” air mata Hana Aishah mengalir semakin laju. Ya Allah, beratnya ujian adik dia Hana Aqilah.
“Hana Aqilah” suara itu. Suara yang bersalut seribu kekecewaan. Mata Hana Aishah terus terbuka. Renungannya bertaut dengan renungan lelaki yang mendidik mereka dengan agama yang cukup. Tidak kurang walau sedikit ilmu yang lelaki ini terapkan daripada mereka kecil sehinggalah sekarang.
Tangisan Hana Aqilah terus terhenti. Tubuhnya tegak dudukkan. Wajah pucatnya seiras dengan wajah kakaknya saat itu. Lidah mereka kelu. Hana Aqilah mengigil ketakutan. Perkara yang paling mereka takuti telah berlaku.
“Allahu Akbar. Allah. Allah” suara Kapten Azam yang tadi kuat menjadi semakin lemah saat kalimah – kalimah itu dituturkan.
“Abah” Hana Aishah menjerit saat dia melihat tubuh bapanya yang tadi berdiri di pintu bilik tidur Hana Aishah sedang terhuyung – hayang. Tubuhnya digerakkan selaju mungkin mahu mencapai tubuh Kapten Azam yang Hana Aishah tahu akan tergolek jatuh tangga pada bila – bila masa.
“Abah” saat mendengar suara Fakhrul , Hana Aishah yang sudah jatuh tersungkur di lantai kerana kakinya berbelit dengan selimut lega.
“Abah. Abah bangun. Abah!” Hana Aqilah sudah menjerit – jerit di dalam bilik saat melihat Kapten Azam yang sedang merenung ke arah dengan mata kuyu. Tubuh Kapten Azam sedang bersandar lemah di anak tangga paling atas sambil ditahan oleh Fakhrul supaya tidak jatuh.
Hana Aishah sudah merangkak keluar menuju kea rah Kapten Azam yang kelihatan semakin lemah itu. Air mata bapanya sudah mengalir.
“Abah. Abah jangan buat adik macam ni. Abah bangun bah” Hana Aishah memeluk erat tubuh Kapten Azam. Tubuhnya yang berbaju tidur itu sudah tidak diendahkan. Ketakutan menyelubungi dirinya. Takut. Takut melalui satu lagi fasa yang baru sahaja mereka lewati.
“Achik mintak ampun Abah. Abah” Hana Aqilah mengucup kaki Kapten Azam. Rasa takutnya tidak dapat dia ungkapkan saat itu. Rahsia yang disimpan akhirnya terbongkar.
“Kenapa Achik buat abah macam ni? Dekat mana salah abah? Ya Allah” lemah suara itu kedengaran. Fakhrul yang baru tiba daripada masjid itu terkejut saat melihat tubuh Kapten Azam yang terhujung hayang mahu jatuh tangga itu.
Dia yang baru pulang dari semalaman di kubur anak sulungnya bingung. Ketenangan yang cuba dia cari di tempat persemadian anak sulungnya menemui jalan buntu jadi dia kembali pulang ke tempat di mana dia tidak mahukan. Tempat yang dia sendiri takut sudah di diami insan lain. Insan yang dia tahu jauh lebih layak untuk Hana Aishah. Dia melihat ke arah Hana Aishah yang sedang meraung di dalam pelukan Kapten Azam.
Share this novel
sambung
eve cepatla satukan hana dengan mika. semakin lama semakin menyampah bila baca fasal fakhrul tu. pepatah ada mengatakan siapa kita nk hukum org. sedangkan nabi ampunkan ummatnya yg berdosa. but hana tu manusia biasa. luka yg ditores oleh fakhrul terlalu dalam. baik dilepaskan drp telan semua kisah lalu dan teruskan hidup dgn org yg sama. cuba la cari kebahagiaan bersama mika pula. biar fakhrul dan keluarga dia hidup sambil muhasabah diri
banyak dugaan utk family mereka