Bab 7

Romance Series 4350

“Good morning, sayang!” Suara Khairul kedengaran ceria saja pagi itu ketika dia menelefonku. Aku yang masih lena cuma menjawab selepas panggilannya yang kelima.

“Kau siap-siap dulu, sekejap lagi aku ambil kau, ye? Kita pergi breakfast sama-sama.”

“Pukul berapa ni?” Aku yang agak mamai mula sedar.

“Enam setengah pagi. Kita kena jumpa jugak sebab your IC is with me now.” Terus aku bangun dari pembaringan. IC?

“Your purse tertinggal dekat dalam kereta semalam.”

“Ohh..”

“Bangun sekarang dan siap, ye! Bye!” Dan talian pun diputuskan.

Aku masih terasa mengantuk namun mengenangkan hari ini merupakan hari bekerja, aku terus bangun. Jika Khairul tidak menelefonku mungkin saja aku masih lena lagi, entah sampai pukul berapa. Ini gara-gara hal semalamlah. Sebaik saja Khairul pulang, jenuh aku termenung jauh memikirkan tentang Khairul. Tentang hubungan kami yang baru. Dulu berkawan biasa namun sejak semalam status kami sudah bertukar menjadi teman istimewa.

Aku menunggu Khairul diruang tamu setelah bersiap. Sudah pukul tujuh kini. Aku bersiap ala kadar saja. Aku meneliti skrin telefon bimbitku. Khairul menungguku dimana? Aku membuat keputusan untuk menunggu panggilan darinya.

Terdetik untuk aku menjenguk keluar rumah dan sebaik saja aku menyelak langsir betapa terkejutnya aku melihat Khairul sedang bersandar dikeretanya diluar pagar rumahku.

Pantas aku mengambil tas tangan dan keluar dari rumah. Khairul menjenguk apabila terdengar bunyi pintu dikunci. Aku menjeling Khairul sambil menyarung kasut.

“Assalammualaikum.” Terdengar suara Khairul memberi salam sebaik saja aku berada disisinya.

“Err, dah lama ke tunggu sini?” Aku bertanya setelah menjawab salamnya. Aku tak tahu panggilan bagaimana untuk aku gunakan. Khairul cuma tersengih.

“Sejak called tadi.” Jawapan Khairul buat aku berkerut dahi.

“Jom.” Khairul tiba-tiba menarik tanganku menuju ke pintu kereta. Aku hanya menurut. Khairul membuka pintu kereta dan setelah aku masuk dia segera menutup pintu kereta untukku.

Jantungku mula berdebar. Seiring itu mataku tetap memerhatikan Khairul yang mula memasuki ke tempat memandu disebelahku. Riak wajahnya ceria sahaja.

Sebaik sahaja Khairul mula memandu, aku mengambil kesempatan dengan meneliti dan menganalisa tingkahlakunya. Walaupun Khairul tampak tekun memandu namun dapat aku perhatikan senyuman tak lekang dari bibirnya.

“Tidur lena malam tadi?” Itu soalan pertama dari Khairul sebaik saja kami duduk untuk bersarapan disebuah kafe.

“Tak sangat.” Jujur jawapan dariku. Aku meletakkan tas tanganku ke kerusi sebelah.

“Kau..” Khairul berhenti bersuara. Aku merenung tepat matanya. Terasa pelik kenapa dia berhenti berkata-kata. Khairul tersenyum membalas renunganku. Oh, senyuman itu! Jika dulu senyuman itu pernah mencairkan hatiku walhal ketika itu kami cuma berkawan, kini setelah beberapa jam dia menjadi kekasih rasmiku bertambah lebur hatiku melihat senyuman macho itu. Sungguh maskulin!

“Kita nak panggil apa, ya? Takkan kau-aku lagi? Kan kita dah couple sekarang ni.” Khairul ketawa kecil. Tampak malu-malu pula. Dah fikir pasal nama panggilan pulak. Rungut hatiku. Sungguh aku tak sangka Khairul akan menyuarakan perkara nama panggilan itu.

“Nak panggil apa?” Aku bertanya.

“Agak-agak apa yang sesuai?” Khairul bersuara manja. Eh, mamat ni lain betul dengan masa dulu yang aku pernah kenal.

“Biasa kalau orang couple, panggil apa?” Aku menyoalnya semula. Entah, aku pun tak pasti nama panggilan apa yang harus kami gunakan kini.

“Kalau panggil abang dengan sayang, okey tak?” Khairul memberi cadangan. Abang? Macam orang dah kahwin pula jika panggil dia begitu. Aku mengerutkan dahiku tanda berfikir.

“Tak okey?” Tanya Khairul seolah faham dengan riak wajahku.

“Lain?” Aku menyoal lagi.

“Kalau panggil B dengan Honey, okey tak?” Khairul tampak girang dengan cadangan keduanya. Entah kenapa mindaku tiba-tiba ligat terfikir akan panggilannya dengan bekas isterinya dulu. Panggilan yang begitukah?

“Dulu dengan ex-wife, panggil dia apa?” Entah kenapa spontan aku bertanya. Rasa cemburu tiba-tiba membahangkan wajahku. Aku mula rasa tidak selesa. Terasa hilang sudah sikap selambaku yang biasa aku tonjolkan kepada siapa-siapa pun.

“Ohh, come on! Janganlah tanya pasal ex pulak.” Khairul meletakkan tangannya ke atas meja seperti mahu menggemgam tanganku. Dia cuba memujukkah? Aku berpaling ketepi dan tak semena-mena aku terlihat Daniel diluar kafe. Dia berjalan seorang diri, entah ke mana. Pantas aku memandang ke arah Khairul semula.

“Whatever panggilan yang sayang nak, I tak kisah. I ikut saja. Okey?” Khairul tersenyum sehingga aku rasakan dengan kedua matanya sekali bercahaya. Ahh, sudah! Aku benar-benar telah terjebak ke dalam alam cinta ni!

“I pulak?” Aku terus ketawa, terasa lucu pula dengan keadaan kami sekarang ini yang serba tak kena.

“Habis, tak tau nak panggil apa. Awkward..” Khairul tersenyum malu sambil menutup mukanya dengan tangan kirinya. Aku tersenyum cuma sambil menyandar dikerusiku. Aku melihat jam ditangan kiriku. Waktu sudah beranjak ke pukul tujuh setengah kini.

“Nak makan apa, ye?” Khairul bersuara lunak.

“Apa yang best kat sini?” Aku bertanya.

“Tak pasti sebab first time datang sini.” Khairul ketawa kecil seperti penuh dengan rasa bersalah. Aku agak hairan.

“Tapi kalau tengok dekat menu dia, nasi lemak, roti bakar, western pun ada. Which one do you prefer?” Khairul merapatkan kerusi agak duduknya dekat dengan meja sambil dia menyua buku menu kepadaku. Aku melihat-lihat senarai menu.

“Nak yang inilah, roti bakar satu set.” Aku akhirnya membuat keputusan.

“Air? Jus epal?” Khairul tak pernah lupa minuman kegemaranku! Aku pula malu-malu kini. Dan aku terus mengangguk-anggukkan kepalaku dengan senyum lebar tanda mahukan minuman itu. Khairul tersenyum juga seolah senang hati dengan pilihanku.

“Okey, tunggu sekejap. I pergi order.” Khairul segera bangun dan menuju ke kaunter dibelakangku.

Aku menghela nafas. Entah bagaimana perasaanku hari ini. Terasa lain sungguh suasana yang aku rasakan kini. Apa yang boleh aku katakan adalah seluruh tingkahlakuku terasa ganjil apabila aku bersama Khairul pagi ini.

Aku diam dikerusiku namun entah kenapa matanya seakan terpanggil untuk melihat sejenak keluar kafe. Dan disitu aku ternampak Daniel. Dia sedang memasuki sebuah kereta dikawasan parkir kafe. Tak semena dudukku terasa tak senang sekali. Kereta itu! Kereta itu seperti pernah aku lihat dulu.

Aku mula terasa pening seakan kafe ini sedang berpusing-pusing. Aku menundukkan kepalaku sambil memejam mata. Tanganku memegang kepalaku.

“Sayang, kenapa ni?” Tiba-tiba Khairul bersuara agak cemas ditepiku. Dia sudah duduk dikerusi sebelah kiriku. Tangan kanannya memegang erat bahu kiriku manakala tangan kirinya pula mengusap kepalaku. Aku cuba membuka mata walaupun masih terasa silau namun aku tak mampu. Aku memejam kedua-dua mataku.

“Kepala tiba-tiba sakit.” Aku memberitahu.

“Kenapa ni?” Khairul semakin cemas.

Tiba-tiba datang pelayan membawakan hidangan. Khairul cepat-cepat mengambil jus epalku dan memintaku untuk minum sedikit. Aku menurut dan selepas minum aku tersandar dikerusiku, cuba menstabilkan keadaanku. Aku memegang kepalaku dengan tangan kiriku.

“Yana, sakit kepala tiba-tiba ni kenapa?” Khairul bertanya lagi. Aku bernafas lemah. Setelah terasa lega sedikit, aku membuka mata dan lihat Khairul tepat merenungku.

“B..” Aku bersuara perlahan. Khairul nampak terkesima namun dia kelihatan bersedia dengan fokus memandang ke arahku.

“Tadi ternampak Daniel dekat luar.” Khairul terus menoleh ke luar kafe. Dia melilau keliling cuba mencari Daniel.

“Dia dah pergi.” Aku memberitahu. Khairul memandang ke arahku semula. Aku bangun sedikit sambil menarik sedikit kerusiku agar dudukku rapat sedikit ke meja. Khairul cuba membantu namun apabila melihat aku sudah semakin stabil dia cuma memerhatikan saja. Aku mula menjamah roti bakar. Khairul masih seperti tadi fokus memandangku.

“Tadi nampak Daniel naik satu kereta. Macam pernah nampak kereta tu dulu tapi bila cuba ingat, tiba-tiba kepala rasa sakit.” Aku bercerita. Khairul memandangku dengan pandangan kosong.

“Kereta jenis apa?” Khairul bertanya. Aku memandangnya. Anak mata Khairul seolah benar-benar mahukan jawapan dariku.

“Kereta Fiat warna maroon.” Sebaik mendengar jawapanku, Khairul tunduk sebentar dan kemudian dia mendongak kembali merenungku.

“Dah, jom kita sarapan.” Khairul akhirnya mematikan perihal Daniel. Dia membetulkan duduknya dikerusi dan mula minum air teh ais kegemarannya. Aku meneruskan kunyahanku dengan perlahan.

“Selalu pergi kerja pukul berapa?” Khairul membuka topik baru antara kami.

“Biasa keluar rumah time macam ni jugaklah.”

“Sejak bila kerja tempat baru?”

“Setahun lepas.” Jawapanku membuatkan Khairul cuma menganggukkan kepalanya. Dia terus menikmati nasi lemak ayam goreng didepannya. Aku memerhatikan saja dia menjamu selera. Ohh, perasaan itu datang lagi.

Sungguh aku terasa bagai berada dialam lain saja. Alam bahagia. Gaya Khairul makan sungguh maskulin. Entah kenapa aku bagai terasuk apabila dia berada didepan mataku.

“Tak nak tanya ke pasal B?” Tiba-tiba Khairul menyoal. Aku terpana seketika.

“Tanya apa?”

“Yelah, pagi-pagi macam ni B rileks je. Tak pergi kerja macam Sayang.” Khairul tersenyum-senyum. Aku juga senyum. Terasa agak lucu apabila melihat riak wajahnya yang seakan malu-malu.

“Yelah, wahai B. Pagi-pagi begini pakai biasa je, tak kerja ke?” Aku sudah habis menjamah roti bakar dan mula minum jusku. Khairul ketawa kecil. Dia juga minum sebentar.

“Sekarang B menganggur tau! Sebab last month baru habis belajar. So, sekarang rileks dulu. Tengahari nanti nak lunch sekali tak?” Khairul menyoalku. Aku agak terkejut dengan kenyataannya.

“Sambung belajar? Selama B hilang dua tahun ni, B sambung belajar? Dekat mana?” Aku menyoal, ingin tahu. Sungguh aku tak tahu tentang itu.

“Ingat tak masa last kita jumpa dulu? Masa tu B macam biasa study kat kolej. Then dapat offer study kat Kanada. Masa tu Elin dah habis study dan nak balik sini. B malas nak jumpa dia so B terus buat pilihan pergi Kanada. Sampai tak sempat cakap apa-apa kat Sayang masa tu.” Khairul tampak muram apabila bercerita.

“Benda dah jadi, B.” Aku berfikiran positif saja.

“So kat sana B further study and after grad B baliklah sini. And now dah moved on pun pasal Elin. B cuma fikir pasal Sayang je masa mula-mula balik sini, tau!” Khairul bercerita lagi. Aku mencebik.

“B cakap betullah.”

“Iye ke?”

“Iyeee..” Memek wajah Khairul agak lucu sehingga menerbitkan tawa dariku.

“Okey, and then?” Aku mahu tahu lagi.

“Then finally dapat jugak jumpa Sayang masa kat kafe hari tu.”

“How about Daniel?”

“Actually mungkin kebetulan masa B lepak rumah Daniel, B ternampak nama Sayang dalam handphone Daniel. Tapi Daniel tu kan jenis serius memanjang. B malas nak tanya lebih-lebih. B buat bodoh jelah.”

“Sayang kawan biasa je dengan dia. Lepas B hilang, Daniel selalu jugak lepak dengan Sayang. Then lama-lama kami jadi kawan.” Giliranku pula bercerita.

“Tapi setiap kali kitaorang keluar, Daniel tak pernah pakai kereta Fiat warna maroon tu. Dia biasa pakai Peugeot biru dia tulah. Dia ada banyak kereta ke?” Aku bertanya lanjut sambil mengacau-ngacau minumanku dengan straw. Khairul cuma angguk.

“Sayang, masuk kerja pukul berapa?” Khairul tiba-tiba bertanya. Aku segera melihat jam tanganku.

“Pukul sembilan.”

“Okey. Sejak bila Sayang pindah rumah baru? Rumah lama apa cerita?” Khairul tiba-tiba menyoal tentang rumah sewaku.

“Lepas B hilang tu Sayang kerja lagi dekat kedai serbaneka tu dalam setahun kemudian dapat offer kerja dekat office jadi Sayang carilah rumah yang dekat sikit dengan office. Sekarang masih sama duduk sorang jugak.” Aku memberitahu perihalku. Khairul cuma menganggukkan kepalanya, tekun mendengar ceritaku dalam masa yang sama dia juga menikmati hidangannya. Dan kami terus berbual.

“Nak masuk office dah ke?” Khairul menyapa ketika aku mula melangkah pergi mahu ke lif. Aku berhenti seraya menoleh ke arah Khairul yang tak sudah dengan senyuman. Khairul berdiri dengan kedua tangan dibelakang tubuhnya.

“Yes? Ada apa-apa nak cakap lagi ke?” Aku tersenyum memandangnya.

“Ni purse ni tak nak ke?” Khairul menayangkan beg duitku ditangannya.

Oh! Aku terlupa langsung tujuan utama aku berjumpanya pagi ini. Aku menjeling sambil mengambil beg duitku ditangannya. Wajahku hampir kejung kerana menahan senyum. Khairul tersenyum lebar kini.

“Thanks.” Ucapku, ringkas.

“Thanks je?”

“Yelah! Habis, nak cakap apa lagi?” Dan Khairul terus menghamburkan tawanya yang entah untuk kali keberapa. Aku tersenyum cuma kemudian mula melangkah masuk ke dalam perut lif yang pintunya sudah terbuka.

“Bye!” Ucapku sambil melambai tangan kearah Khairul. Khairul membalas dengan lambaian jua.

Sempat aku menilik matanya, sinar dimatanya seakan makin terang bercahaya. Senyumku melebar sehinggalah pintu lif tertutup kemudiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience