_HLF 01_

Family Series 1708

Berpusu - pusu orang ramai keluar dan masuk ke pusat beli belah. Ada yang datang seorang diri, berpasangan dan berkumpulan. Di sebalik orang yang ramai itu, tiga sekawan remaja telah pun keluar dari pusat beli belah untuk pulang ke rumah masing-masing.

Seorang gadis hanya berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya kerana rumahnya dengan pusat beli-belah itu tidak jauh. Dia menatap phonenya sambil berjalan, tiba-tiba satu bunyi hon kereta menyedarikannya.

Pin

Pin

Pin

Lantas gadis itu memalingkan muka ke arah empunya kereta itu. Terukir senyuman di bibir sederhana pink milik gadis itu.

Kelihatan seorang lelaki yang kacak berada di dalam perut kereta itu. Jejaka itu menjemputnya masuk ke dalam perut kereta.

"How are you today ?" soal jejaka itu seraya memulakan pemanduan.

"Okay je. Awak jom pergi taman nak tak ?" ajak gadis sambil membuat muka comel. Jejaka itu tertawa halus melihat kekasih.

"Boleh aje sayang. Kita pergi Smart Garden okay ?" cadang jejaka itu. Terus gadis yang berada di tempat duduk hadapan sebelahnya itu mengangguk.

Kereta terus membela jalan.

Smart Garden

Mereka berdua keluar serentak dari perut kereta lalu menuju ke bangku kosong yang berada di bawah pokok. Sungguh mereka kelihatan gembira dan bahagia.

Pemandangan di Smart Garden itu sungguh menarik dan menenangkan fikiran.

Bibir mereka tidak lekang dari senyuman.

Gadis itu mengeluarkan telefonnya lalu menangkap gambar pada suasana yang sungguh indah itu. Si jejaka mula berdehem. Segera si gadis berpaling.

"Mari kita ambil gambar sama-sama" jejaka itu mengeluarkan telefonnya juga. Kamera telefon dibuka. Mereka tersenyum menghadap camera telefon itu.

Klikk

Klikk

"Hantar kat saya, boleh ?" pinta si gadis.

Selang beberapa saat, berderut-derut bunyi notification masuk di telefon si gadis.

"Thank you"

"You're welcome"

Masing-masing melayan telefon sambil tersenyum sendiri.

Tanpa mereka sedari, disebalik pokok yang besar ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka. Wajahnya kelihatan seperti tidak berpuas hati.

"Takpa perempuan, hari ini kau senyumlah puas-puas ya. Esok aku nak tengok kau menangis pula. Tak sabar~" senyuman sinis terukir dibibirnya dan mula ketawa jahat.

Telefon pintarnya dikeluarkan lalu mendail seseorang.

Ah hello

Apa kau nak ?

Aku ada kerja untuk kau

Hmm apa ?

Tolong carikan gambar pasangan berdua-duaan dan edit muka perempuan tu kepada muka adik aku

Ehek eleh. Kerja senang pun tak boleh buat. Ah yela-yela

Ok bye

Sebaik sahaja panggilan itu ditamatkan, dia pun berunsur pergi dengan senyuman jahat. Namun, tidak jauh daripada pokok besar itu, tangannya direntap oleh seorang lelaki.

Dia mendengus kegeraman dan meronta ronta untuk tangannya dilepaskan.

"Lepaslah. You nak apa ?"

Lelaki itu melepaskan tangannya.

"You ni tak serik serik ke ? Dia tu adik you lah" jertah lelaki itu. Dia hanya memberi angin sahaja ketika lelaki itu bercakap.

"Dia bukan adik kandung i pun! Yang you nak melebih ni kenapa ?!" ujar gadis itu dengan sedikit menjerit.

"I tak nak you rosak hubungan family you sendiri! I taknak you buat macam ni sebab i sayang you, but you duk terkejar - kejarkan harta dan kekasih orang lain!" kata lelaki itu dengan amarahnya.

"You sayang i ? Really ? But i tak sayang you pun. I couple dengan you pun sebab harta! Sebab harta! You dengar tak ?!" sungguh kata-kata yang dilemparkan pada lelaki itu menyakitkan. Hatinya bagai ditoreh berjuta-juta kali.

Gadis itu bermain-main pada blazer milik lelaki itu. Dia memainkan jarinya pada blazer itu.

"Daripada i biarkan you ganggu rancangan i , baik i hantar you pergi alam barzakh" pisau lipat dikeluarkan dari poket seluar tanpa disedari oleh lelaki itu. Selang beberapa saat ..

"Arghhhh!!!" Jerit lelaki itu apabila terasa seperti ada sesuatu yang menusuk bahagian perutnya. Dia melihat bahagian perutnya. Darah mula mengalir dengan banyak.

Lelaki itu melulut menahan kesakitan. Gadis itu sudah aru biru, wajahnya kelihatan takut akan perbuatannya sendiri. Tangan gadis itu bergetar lalu pisau lipat itu terlepas dari pegangannya.

Si gadis meninggalkan lelaki itu tanpa rasa bersalah. Sungguh tiada punya rasa bersalah. Lelaki itu terbaring di tanah tanpa nyawa. Malang sungguh nasib lelaki itu.

Skipp

"Assalamualaikum mama, Esya dah balik" sejurus memberi salam gadis itu mula melangkahkan kaki masuk ke dalam banglo dua tingkat itu.

"Waalaikumsalam" jawab mamanya dari dapur. Terus kakinya melangkah ke dapur.

Tangan mamanya dicapai dan menyalamnya sebelum naik ke bilik.

"Ma, Esya naik dulu ya. Nak bersihkan badan, jap lagi Esya turun balik" pamitnya dengan sopan. Mamanya mengangguk.

"Esya"

Belum sampai sekerat jalan, dia berpaling semula kerana terdengar namanya disebut.

"Ada apa ma ?"

"Esok petang teman mama pergi butik Aunty Ima boleh ? Mama nak pergi ambil baju yang mama tempah tu. Itu pun kalau kamu tak sibuk" kata mamanya .

"Anything for you, mom" mata dikenyitkan kepada mamanya dengan senyuman yang menampakkan segaris gigi putih miliknya.

Mamanya menggelengkan kepala melihat perangai manjanya itu.

"Datin Qainara, malam ni datin nak saya masak atau datin yang masak sendiri ?" tanya pembantu rumah dari pintu dapur.

Datin Qainara berfikir sejenak.

"Malam ini biar saya yang masak. Akak sediakan bahan ya" arah Datin Qainara sebelum keluar ke halaman rumah. Pembantu rumah itu mengangguk tanda faham.

Datin Qainara meninjau bunga-bunganya di halaman rumah. Tiba-tiba dia ternampak satu bayangan manusia di luar pagar. Pantas dia melihat.

"Astagfirullah al-azim Rina Aqila! terkejut mama tau" Datin Qainara memarahi anaknya. Lengan anaknya ditampar perlahan.

Rina Aqila tersengih.

"Hehehe.. sorry ma" kata Rina sebelum mengucup pipi dan menyalam Datin Qainara.

"Dah, pergi naik mandi. Kamu tu dah busuk" Datin Qainara acah-acah menutup hidungnya. Rina mencebik.

Setibanya Rina di tangga, dia bertembung dengan Shayla Qhalesya, iaitu adik angkatnya. Senyuman sinis diukirkan. Dia merapatkan jaraknya dengan Shayla. Mulutnya didekatkan pada telinga Shayla seperti dia ingin mengatakan sesuatu.

"Senyum Esya, senyum selagi mampu" kata Rina dengan sinisnya. Berkerut dahi Shayla apabila mendengar kata-kata Rina. Dia cuba untuk memahami maksud kata-kata dari Rina sebentar tadi selepas Rina menghabiskan ayatnya itu.

Shayla menuju ke dapur lalu membuka peti ais dan dia mengeluarkan satu kotak kecil air susu lalu meneguknya.

"Apa maksud dia sebenarnya ?" soal Shayla sendirian sambil menyandarkan badannya dinding sebelah peti ais.

Bekas kotak minuman itu dibuang ke dalam tong sampah. Kakinya mula mengorak langkah entah ke mana kerana dia asyik memikirkan kata-kata Rina itu.

'Takkan dia nak buat aku terseksa ? ke dia saje cakap macam tu sebab dia nak prank aku ?' bisik hati Shayla.

Done?

Share this novel

Sofiah Hayani Bte Tobiaany
2021-01-25 06:45:46 

Macam nak baca penuh ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience