BAB 2

Humor Series 8150

Waadah Sakinah duduk ralit termenung di tepi jendela rumahnya. Ralit termenung akan setiap persoalan yang sering menyapanya. Soalan yang menyesakkan dada, hati dan segala seribu satu perasaan yang lainnya. Rata-ratanya persoalan itu daripada ibu bapanya, saudara mara, serta jiran tetangganya.

"Awak tu dah bercinta lama sangat dengan si dia tu. Takkan lah si Mika tu tak nak masuk meminang anak mak ni lagi kut? Ke hulu, ke hilir dia bawa awak keluar, Wada. Mak ni bukan nya apa, cuma risau nanti apa kata mulut orang semua dekat korang berdua," Itu kata-kata ibunya, Puan Siti Maryam. Belum masuk lagi kata-kata saudara mara dan jiran tetangganya.

"Hahh, Wada! Bila si Mika tu nak masuk minang kau? Mak Cik tengok bukan main mesra lagi korang berdua. Udah-udah lah tu, bercinta apanya lama-lama sangat. Nikah aje lah, kan lebih elok dipandang orang," Hmm. Itu kata-kata daripada saudara mara terdekatnya.

Dan... Satu lagi! Jeng, jeng, jeng...

"Ehh, Wada! Kamu tu bilanya nak berlangsung dengan jantan tu? Lama-lama sangat berkawan ni tak elok Wada oii! Jangan sampai perut tu membuncit dulu sebelum menikah sudah lah ye!"

Zappppppppp!!! Padu! Memang padu tembakan tu. Sangat pedas. Terlalu pedas yang melampaui tahap sepedas-pedasnya. Terasa sampai ke ulu hati dan segala tulang sum sum. Tidak pernah lagi dia diperkatakan sedemikian. Sangat pedih. Ahhhh!

Di dalam hatinya cuma mampu mengatakan sabar sahaja buat masa ini. Apa lagi yang harus dilakukannya? Bukannya dia tak suruh si Mika masuk meminang, dah suruh. Malah, dah berpuluh-puluh kali dia suruh. Tapi, lelaki itu buat endah tak endah sahaja. Lalu, apa lagi yang harus dia buat? Paksa lelaki itu? Atau kahwin lari? Hushhh! Nanti lagi bising lah mulut-mulut puaka di kampung itu.

Waadah melepaskan keluhan berat. Dia tidak tahu harus berbuat apa lagi. Lelaki yang dicintainya selama lima tahun itu juga sudah mula menunjukkan sikap acuh tak acuh padanya. Bukan sebentar, tetapi lima tahun menyulam cinta. Sejak di bangku sekolah lagi.

Aduh! Beginilah nasib. Wada, Wada..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience