Bab 73

Romance Completed 207871

"Kita nak dinner di mana?" soal Intan pada Caden yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala.

Terhenti gerakan tangan Caden.

"Sini" jawab Caden sepatah sambil meneruskan gerakan tangan mengeringkan rambut Intan. Intan pula yang duduk di hadapan cermin memandang bias figura Caden.

"Dalam bilik rehat ni ke?" soal Intan tidak faham. Berkerut dahi. Biar betul.

"Sayang ni.. Takkan dalam bilik rehat ni pula. Di restoran hotel la, abang dah minta Carlos uruskan" terang Caden.

Ting tong

Bunyi bell bilik rehat.

"Sayang tunggu kejap, abang pergi tengok. Rasanya Carlos tu, dia hantar baju sayang" kata Caden lalu meletakkan tuala di meja sisi.

Sebelum melangkah, sempat bibir Intan dipaut. Tersenyum Intan dengan tingkah Caden.

Caden terus melangkah menuju ke pintu, tanpa melihat pada skrin, pintu terus dibuka.

"Alice! What are you doing here?" terkejut Caden dengan kehadiran Alice dengan pakaian yang seksi. Skirtnya hanya bawah sedikit sahaja dari punggung, dah tu terbelah pulak di tepi. Aduh.. Seksi sungguh.

Tanpa sempat membuat apa-apa, laju tubuh Caden dipeluk Alice dan dada itu dicium bertalu-talu.

Terkebil-kebil Caden dengan apa yang berlaku. Sungguh tidak disangka dengan tindakan berani Alice itu.

"Hey! stai attento (watch out yourself)" marah Caden lalu menolak tubuh Alice ke belakang. Puas mahu meleraikan tangan Alice yang melilit tubuh Caden, macam digam dengan gam cap gajah.

Sebaik pelukan berjaya dileraikan, Caden terus mengambil jarak dari Alice, bimbang Alice akan menerkamnya semula.

Caden juga tidak mahu Intan salah erti dengan dirinya nanti. Kepalanya sudah tertoleh-toleh ke arah bilik, manalah tau Intan melihat apa yang berlaku tadi dan berlaku salah faham. Tidak sanggup Caden.

"Caden.. Come osi farmi così (How dare you make me like this)" Alice bersuara seakan sedih sambil berjalan menghampiri Caden.

"Fare? Te l'ho già detto, non sono innamorato di te! Non capisci? (Do what? I already told you, i'm not in love with you! Don't you understand?)" soal Caden dan berundur dari dihampiri Alice. Takut perkara tadi berulang semula.

Entah bagaimana, semasa mengundurkan diri, kaki Caden tersadung hingga terlentang di sofa. Sungguh seksi keadaan Caden waktu itu yang hanya bertuala.

Mujur tuala hanya terselak dan menampakkan pahanya sahaja, kalaulah terselak lebih banyak.. Tidak sanggup mahu memikirkannya.

Alice bungkum di depan Caden terkejut. Tanpa menunggu lama, kaki laju diatur menuju ke arah Caden yang mahu bangun membetulkan diri. Kalut tuala dibetulkan untuk menutup apa yang terdedah.

Sedang Alice membuka langkah ke arah Caden. Tiba-tiba ada satu tangan dengan pantas menyentap baju Alice dari belakang hingga jatuh terlentang Alice di ruang tamu.

"Auch!" kuat Alice menjerit. Sakit juga apabila jatuh terlentang begitu walaupun lantai dilapisi carpet tebal.

"Hey, Non hai vergogna. Questo è mio marito (Don't you have a shame. This is my husband)" soal Intan di sisi Alice yang sudah terlentang tadi.

Tajam pandangan Intan pada Alice yang terkejut dengan tindakan tidak sangka Intan.

Kelam kabut Alice bangun dan laju tumbukan di hayun ke wajah Intan. Pantas Intan mengelak. Mujur dia sudah menukar pakaian kepada tshirt milik Caden. Jika tidak tak pasal-pasal terlebih seksi pula dia nanti. Tidak dapat dibayangkan jika dia bergasak dengan Alice kalau hanya bertuala.

Alice semakin geram, lalu serangan diatur untuk menjatuhkan Intan. Kaki panjangnya ditendang ke arah perut Intan tetapi dihalang dengan kaki Intan yang dilipat naik.

Serangan bertubi-tubi diberikan. Intan hanya menahan dan mengelak sahaja. Bukan tidak mahu membalas tetapi tidak mahu keadaan bertambah buruk. Sudahlah kejadian siang tadi masih belum selesai.

Caden yang tadi kalut mahu bangun dari sofa terus terkaku. Biar betul, boleh diaorang dok bergasak dalam ni.

Caden tahu, Intan bukan tidak mahu membalas tetapi hanya beralah kerana tidak mahu memburukkan keadaan.

"Stop!" jerit Caden tetapi Alice masih lagi mahu menyerang Intan. Intan hanya bertahan, tapi jika Alice tetap juga mahu menyerangnya, Intan tidak akan teragak-agak untuk menyerang semula.

Waktu itu, jangan diminta belas kasihan. Tahap kesabaran Intan sudah menipis, sekali lagi tangan Alice naik, memang tahulah nasibnya nanti.

Caden sudah melihat wajah Intan sudah bertukar riaknya. Jika tidak ditahan, lunyai Alice kena belasah dengan Intan kejap lagi.

"Stop! I said stop Alice! You came here and made a fuss. What do you want?" jerkah Caden.

Terhenti tindakan Alice. Merah padam wajahnya dimarah begitu.

"How dare you, to say like that to me, all of this because this woman? This woman?" balas Alice pula sambil jarinya ditunding pada Intan.

Besar matanya memandang Intan tidak puas hati. Bergetar tanggannya menahan marah kemudian perlahan tangannya diturunkan ke sisi.

"How many time must I told you Alice. Non ti amo. Ti prego di capire (I don't love you, please understand)" ucap Caden yang sudah pun berada di sisi Intan. Pipi Intan dicium sekilas sebelum tubuh itu ditarik rapat ke tubuhnya.

"Now.. Please leave" pinta Caden.

"Please Alice.. Non voglio creare problemi (I don't want to make any trouble)" kata Caden lagi.

Tajam pandangan mata Alice pada Intan yang dalam pelukan Caden.

"Aspetta e basta! (you just wait!)" kata Alice berbaur ugutan. Lalu kaki terus melangkah keluar dari bilik rehat.

Kuat dengusan nafas Caden.

"Sorry sayang.." ucap Caden lalu tubuh Intan dipeluk erat.

"It's okay" balas Intan sambil kedua tangannya naik memeluk tubuh Caden.

"No sayang. Salah abang. Kalau abang tengok dulu skrin sebelum buka pintu tadi, tentu tak jadi macam tu" kata Caden yang sudah menunduk. Kepalanya diletakkan di bahu Intan.

"Abang.. Sayang tak apa-apa la.. Tadi pun bukan sayang tak nak balas serangan Alice, sayang takut muka Alice yang cantik tu lebam kena penumbuk sayang je" jawab Intan lalu tubuh Caden ditolak perlahan untuk merenggangkan pelukan.

"Abang tau.. Kalau abang tak hentikan tadi, rasanya mau lunyai Alice kena dengan sayang" jawab Caden sambil senyum tersungging di bibir.

"Tau pun" jawab Intan yang turut sama tersenyum.

Tiba-tiba Intan diam tidak berkutik. Tajam pandangannya ke arah dada Caden. Caden yang menyedari pandangan Intan tunduk memerhatikan dadanya. Bulat mata Caden apabila menyedari ada beberapa kesan lipstik bibir Alice di dadanya.

Pandangannya diangkat dan memandang Intan di hadapan. Mak oi, macam mak singa tercekik tulang. Tertelan liur Caden dibuatnya.

Tanpa membuang masa, laju Caden berlari ke bilik air untuk membersihkan dadanya itu. Sebelum jadi apa-apa, baik cuci dulu.

Tajam jelingan Intan mengiringi Caden yang berlari ke dalam bilik.

Tidak lama Caden keluar dari bilik air. Kesan lipstik di dada sudah dicuci. Dilihat Intan yang hanya memakai tshirt besar Caden sedang baring dengan santai di atas katil sambil memerhatikan Caden.

Caden pula terus ke closet untuk mengambil pakaian. Tiba-tiba telefon Intan berdering. Laju Intan bingkas bangun dari katil nenuju ke almari solek dan mengambil telefon dari pouch bagnya.

"Hello" jawab Intan.

"Ya Lim, ada apa?" soal Intan.

"Puan masuk pejabat tak petang ni?" soal Salim

"Saya rasa tak sempat nak masuk pejabat petang ni" jawab Intan sambil mata menjeling pada jam di dinding.

"Ada apa-apa yang penting ke?" soal Intan pula.

Kaki yang tadi tegak berdiri di sisi meja solek, pantas berjalan ke arah Caden yang sedang duduk di birai katil. Lalu ribaan Caden menjadi sasaran duduk Intan. Caden hanya membiarkan sahaja, suka lagi ada. Pinggang ramping Intan pantas dipeluk.

"Minggu depan ada latihan tembak dan Puan wajib hadir untuk ujian bagi membolehkan Puan untuk menggunakan semula senjatapi" terang Salim.

"Oh, bila tu. Saya akan hadir" jawab Intan sambil jemari kiri Intan mengusap pipi Caden.

"Dalam semboyan ni, hari Selasa hingga Jumaat Puan, di Lapang Sasar Bentong" jawab Salim.

"Bentong? Kenapa jauh sangat?" soal Intan pelik sambil wajah Caden dipandang. Caden membalas pandangan Intan dengan mengangkat kedua-dua kening, seakan menyoal mengapa.

"Yang dekat di sini, Kuala Kubu Bharu ada perkhemahan dan latihan oleh kadet sekolah Puan" terang Salim di sebelah sana.

"Patutlah.. Okay. Thanks Lim. Saya akan hadir pada salah satu tarikh tu nanti" jawab Intan sambil mengangguk. Macam la si Salim tu nampak.

"Baik Puan. Kalau tak ada apa-apa, saya letak dulu. Assalamualaikum Puan" akhir kata dari Salim.

"Ye lah. Terima kasih. Waalaikumussalam" jawab Intan lalu panggilan dimatikan.

"Ada hal penting ke?" soal Caden yang masih lagi memeluk pinggang Intan. Matanya ralit memandang wajah Intan.

"Tak.. Salim bagitau minggu depan ada latihan tembak, dan sayang kena hadir untuk ujian kelayakan bagi menggunakan semula senjatapi" jawab Intan lalu telefon di tangan di baling ke atas katil.

"Okay.. Jadi sayang nak pergi bila?" soal Caden berminat.

Intan seakan sedang mencongak hari yang sesuai. Kemudian pipi Caden dicium sekilas.

"Rasanya hari khamis sebab khamis dan jumaat tu tak ada apa-apa, boleh la nak pergi. Jauh juga tu, di Bentong" kata Intan sambil bibir diherotkan. Malas betul nak drive jauh-jauh.

"Hm.. Nanti abang hantar sayang. Boleh kita honeymoon sekali" cadang Caden sambil mempamirkan senyuman. Selepas berkahwin, macam-macam yang jadi, tak sempat nak honeymoon.

"Betul ke abang nak ikut sekali?" soal Intan. Bulat matanya tidak percaya.

"Iya sayang.. Nanti kita tidur di resort papa di sana" terang Caden.

"Thanks abang. Bestnya.." ucap Intan lalu bibir Caden yang sedang tersenyum itu disapa dan Caden turut membalas. Tangan kanan yang memeluk pinggang Intan sudah mula bergerak di belakang tubuh Intan lalu diusap dan gosok perlahan.

Sedang asyik keduanya melayan kasih, bell pintu bilik rehat berbunyi lagi.

Terhenti tindakan kedua mereka dan saling memandang. Perlahan Intan bangun dan bergerak ke sisi Caden.

Caden pula terus membuka langkah menuju ke pintu tetapi kali ini dia terlebih dahulu melihat di skrin wajah gerangan orang yang menekan bell tersebut.

Oh, Carlos.

Pintu dibuka, dilihat Carlos bersama pakaian yang diminta oleh Caden. Selepas barang bertukar tangan, pintu kembali ditutup.

"Sayang.. Baju dan kasut sayang dah sampai" ucap Caden yang melangkah masuk ke dalam bilik bersama pakaian dan kasut Intan di tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience