Seperti yang dijanjikan.. Irsyad dan Ellya kini pindah ke rumah baru mereka..
“Bangun..bangunn..aku yang drive kau yg beria penat..dah sampai ni”
Sambil menggosok matanya Ellya bangun..
“Ni rumah kita ke??”
“Yelah rumah siapa lagi..”
“Besarnya..”
“Hak ah besar..senang nak main lari lari dengan kau dalam rumah..”
Jelingan yang dibalas oleh Ellya..
“Dah cepat..aku excited ni nak masuk..kalau kau nak jadi pak guard jaga depan rumah pun boleh jugak! Hahahahaha”
“Ishh! Benci lah”
“Benci tanda sayang..” Irsyad sudah memasuki perkarangan rumah mereka.. bag dia dan Ellya sudah diangkut sekali..
Sambil meniliti setiap sudut di rumah baru mereka Ellya perasan akan Irsyad yang membawa bag mereka masuk ke bilik..
‘Kena satu bilik jugak ke alaa..’
“Apa yg kau tercegat lagi tu..meh lah naik..tengok bilik..”
“Haa okay okay kejap”
“Ni bilik kita..cantik kan..tu meja kerja aku..meja kerja kau ada kat bilik sebelah..”
terang Irsyad, Ellya yang mendengar bilik sebelah terus menghulurkan senyuman
‘Ingatkan satu bilik tadi..hehe yaayy dapat bilik sendiri’ desis hatinya
“Yg kau sengih sengih kenapa? Meja kerja kau je kat sebelah..tidur dengan aku..”
“Huh..”
“Haa mengeluh mengeluh..berdosa lah kau mengeluh dengan suami..”
“Yelah yelah..suka sangat eh kau guna kuasa veto kau tu..takpa takpa ni ELLYA ARISYA lah takkan mengaku kalah..”
“Ohhh kau pun taknak kalah jugak..okay baiklah Puan Ellya Arisya harini saya mengadakan battle antara kita..siapa kalah or menang itu cerita lain..but now who’s win gonna get a special reward..deal?”
“Deal!”
Mereka bersalaman seolah olah tokoh koperat yang baru habis berunding..
Memandangkan rumah mereka masih baru jadi Ellya memasang niat untuk membersihkan rumah tersebut & menghidangkan masakan yang sedap buat suaminya yang tercinta.
Selesai mengemas baju dia dan suaminya, Irsyad sudah jauh dibuai mimpi..
‘Penat sangat lah tu’
Satu per satu bilik Ellya mengemas, nasib lah hanya 5 bilik sahaja..selesai mengemas dia memandang ke arah jam ‘dah pukul 3..lupa tak solat zohor lagi tadi’ ditepuk dahinya dan membawa diri untuk solat, setiba dia di bilik mendapati Irsyad terlebih dahulu berada di atas sejadah.
“Kenapa tak tunggu aku..boleh jemaah..” Ellya
“Dah kau takda..lagipun dah lambat ni..kau solat lah dulu kejap lagi asar kita jemaah..”
“Okayy..” Ellya mempersiapkan dirinya untuk solat..usai solat dia mengaji dan sambil menunggu asar Irsyad tidak pun menoleh untuk memandang Ellya yang sedang mengaji namun setiap bibit huruf yang Ellya sebut cukup merdu untuk didengarinya..
Selesai mereka solat asar Ellya meminta diri untuk meneruskan kerjanya sebentar tadi.. Irsyad juga turun ke bawah untuk menonton tv..
‘Lapar la pulak..’
“El..el..”
‘Mana pulak dia ni’ sedang asyik mata Irsyad mencari Ellya, dia perasan akan gadis itu sedang seronok mop rumah sambil menyanyikan lagu Dive - By Ed Sheeran
Sambil mulutnya turut menyanyikan lagu itu
So don’t call me baby
Unless you mean it
Don’t tell me you need me
If you don’t believe it
So let me know the truth
Before I dive right into you
Ellya yang tidak perasan akan lantai licin yang sudah di mopnya dia terpijak lalu hendak terjatuh namun sempat disambut oleh Irsyad..sempat juga mereka bertentang mata..
Degupan jantung Ellya sudah tidak mampu bertahan seperti mahu meletop..
Dia lalu berdiri dan pipinya sudah kemerahan..
“Haa tulah kau..syok sangat nyanyi sampai tak sedar orang panggil”
“Nak apa?”
“Nak kau” Irsyad merangkul pinggang Ellya namun cepat Ellya melepaskan diri
“Betul betul lah..”
“Aku lapar lah el..”
“Kan senang kalau cakap lapar..haa kejap lagi sikit je ni pastu aku masak kita makan eh..”
“Okay..dah siap panggil aku, aku kat ruang tamu je”
“Ai ai kapten” Ellya mengangkat tangannya ke dahi seakan menghormat kepada Irsyad..
Selesai mop rumah Ellya berhempas pulas menyiapkan hidangan untuk dia dan suaminya makan..
“Sedapnya bau..”
“Baru bau..belum rasa lagi mesti sedap”
“Eh perasan..aku tak puji kau pun”
“Kalau tak puji buat apa kata sedap bau tadi?”
“Hidung aku problem kot ni..dahh cepat aku lapar ni..”
“Eleh dah puji tu puji jelah..taknak kalah..”
“Memang lah taknak kalah..kan kita tengah battle ni..”
“Yelah Tuan Irsyad Rayqal”
Pantas tangan Ellya menyediakan makanan untuk dia dan Irsyad.. masakannya harini tomyam makanan kegemaran dia juga..
“Erkkkk” Irsyad bersendawa..
“Kata tak sedap..tapi tambah 3pinggan nasi..”
“Eh biarlah..kalau lapar..makan apa pun tak kisah sedap ke tak..”
“Eleh ayat cover line sangat tu syad..hahaha” Seraya itu Ellya mengutip pinggan pinggan yang untuk dibasuh..
“Takpa biar aku basuh..kau dah penat masak..pergi lah ke ruang tamu rehat..”
“Terima kasih suami” Ellya melemparkan senyumannya
‘Err apa aku ni!! Mana boleh tergoda nanti hancur plan aku..no no Irsyad Rayqal stick to the plan kau nak kenakan dia kan..’
‘Tapi dia isteri aku kot..takkan lah tak tergoda’
Irsyad yang melihat Ellya sedang menikmati aiskrim kelihatan menyelerakan..
“Nak sikit..” pinta Irsyad yang kini sudah duduk di sebelah Ellya.
Ellya yang tidak perasan akan situasi mereka kerana fokus sangat pada cerita di tv tanpa menyoal dia terus menyuap aiskrim ke mulut Irsyad.
‘Eh dah kenapa tetiba baik pulak dengan aku..selalu melawan..kan best kalau macam ni..’
“Nak lagi..”
“Eh eh kejap kejap..sejak bila kau takboleh nak suap sendiri ni? Asal aku pulak kena suap kau..pergi lah ambik sendiri”
‘Dah keluar dah perangai dia..kan elok je tadi jadi isteri solehah..’
“Kedekut! Aku yang beli aiskrim tulah..ingat aku heran sangat ke dengan suapan tak ikhlas kau tu!”
“Kalau tak heran pergi lah ambil sendiri! Huh kacau je orang nak tengok tv best ni..”
Irsyad membawa dirinya ke bilik..ditenung kertas kerja yang sudah kian membumbung..’huh kan seronok kalau isteri dapat urut lega sikit.. ni tak dapat isteri macam si El tu..memang idokk lerr’
Sedang asyik menyiapkan kertas kerja mata Irsyad terpandang akan susuk tubuh yang memasuki bilik mereka..
“Bila kau masuk ofis aku nanti?” Soal Irsyad, dia sudah sedia maklum tentang Ellya yang dipindahkan ke syarikatnya dan ditempatkan sama bahagian dengan Arif sahabatnya itu..
“Minggu depan Cik Muiz cakap..surat pun dia baru je Fax..nanti aku tengok lah..”
“Haa bagus lah..nanti kau boleh belajar dengan Arif..kau kenal Arif kawan baik aku tu kan?”
“Haa kenal kenal” mana mungkin Ellya tak kenal, beria pada majlis mereka Irsyad memperkenalkan kawannya itu..
Seperti biasa..setiap pagi pasti Ellya akan mengejutkan Irsyad untuk solat Subuh berjemaah.. walaupun sentiasa bertikam lidah namun sikit pun tidak menimbulkan perasaan benci Ellya pada suami nya..
‘Eleh sekarang yelah tak benci..kalau setahun dua nanti dah asyik bertikam lidah..benci juga lah tu..’
Selesai solat..mereka berdua mempersiapkan diri untuk pergi ke kerja.. mereka pergi ke kerja bersama kerana itu arahan dari Irsyad..
Ellya sudah menyiapkan sarapan untuk mereka..cukuplah Roti bakar bersalut Jem dan Kopi untuk Irsyad..
“Kau nanti..kalau ada orang kacau kau..bagitahu aku..call aku terus..faham??!!”
“Siapa je nak kacau aku..kau ni..merepek..”
“Tak kisah lah siapa ke takda siapa ke, janji apa apa jadi kat kau..call je aku terus”
“Baik tuan..tapi kan..kalau aku yg kacau orang mcm mana?” Ellya sudah memikirkan rancangan nakalnya..
“Kau jangan nak mengada..kau tu bawak maruah aku.. jangan nanti orang cop kau isteri ceo mental pulak..”
“Apa salahnya..kat rumah pun kau mental jugak..”
“Jangan melawan boleh tak??!!”
“Yelah yelahhh..huh..”
Share this novel