DOKUMEN di tangan ditenungnya. Sudah berapa kali dia membaca isi kandungan kontrak yang akan ditandatanganinya sebentar lagi. Tiada apa yang pelik dan tersembunyi. Semua yang dijanjikan telah tercatat di situ. Kalau ada perjanjian lain yang tidak tertulis dalam kontrak itu; hanya dia dan juga pemilik syarikat ini saja yang tahu.
“So, how? Setuju dengan perjanjian dalam kontrak itu?” soal Laila memecahkan keheningan.
Celine di sebelah Leon Shin mengangguk laju. Baginya tiada langsung masalah yang perlu dibahaskan kerana itu impiannya sejak dulu lagi. Jadi apa pun syarat dan clause yang ditetapkan, tetap dipersetujuinya.
“I setuju je. Takde masalah sebab memang impian I nak bekerja dekat sini,” balas Celine bersemangat.
Berdecit Leon Shin mendengar kata-kata Celine itu.
“Good! Semangat macam ni yang I suka. I harap you akan kekalkan semangat macam ni. Untuk Celine, you akan dipantau selama tiga bulan dulu. Selepas tiga bulan baru you dinaik taraf ke pekerja tetap,” beritahu Laila.
“Yes! I faham.”
“So, how about you, Leon? Any problem? Semua apa yang you tetapkan dan apa yang Tn. Da'in dengan Tn. Fa'id janjikan pada you, semua I dah tuliskan dalam kontrak tu.” Laila bertanyakan kepada Leon Shin yang sedari tadi diam tidak bersuara.
Leon Shin tidak membalas. Dia hanya bergumam seraya mengetuk jarinya di atas meja. Celine yang melihat tingkah Leon Shin itu mencebik. Menyampah dengan perangai Leon Shin yang acah-acah cool. Laila yang melihat respon Leon Shin itu langsung tidak terasa dengan tingkahnya. Dia sudah lali dengan orang-orang seperti Leon Shin ini.
“Okey, kalau tiada apa masalah, Y'all boleh turunkan tandatangan dekat kontrak masing-masing.” Laila bersuara lagi.
Tanpa berlengah lagi, Celine terus menurunkan tandatangan pada ruangan yang disediakan. Leon Shin melirikkan mata ke arah Celine yang teruja menandatangani kontrak itu. Tersenyum Laila melihat tingkah Celine itu, namun senyumannya mati apabila melihat Leon Shin yang masih lagi tidak berganjak.
Baru dia membuka mulut ingin bertanyakan perihal kontrak kepada Leon Shin, pintu bilik mesyuarat itu diketuk dan terjengul Audi yang merupakan pengarah producer muzik di situ.
“Dekat sini rupanya you. Puas I cari you,” sapa Audi.
Laila menghela nafasnya lalu membalas, “You cari I, Audi? Ada apa?”
“I sebenarnya nak tanya you pasal…” Terus mati kata-katanya bila perasan gerangan lain yang turut berada di situ.
Tercengang Celine melihat figura itu. Figura yang tidak asing dalam dunia muzik. Audi adalah orang terpenting di Blue Rose Entertaiment. Dia seorang pencipta lagu yang telah menghasilkan beratus-ratus buah lagu dengan pelbagai genre.
“Wait the minute! Are you… Leon Shin, right? Yeah… that’s right. It’s you, Leon Shin,” sambung Audi, terkejut. Berkerut-kerut wajahnya memandang Leon Shin.
Leon Shin pula dengan wajah yang kosong merenung Audi tanpa perasaan.
“What are you doing here?” tokok Audi, bingung.
“Ah…” Laila terus bangun dari duduknya lalu memperkenalkan Leon Shin kepada Audi, “Mulai hari ni, Leon akan bekerjasama dengan kita.”
“What?!” Tergamam Audi. Makin celaru fikirannya apa yang sedang berlaku ini.
“But… how…”
Laila menghempaskan keluhan kecil. Sebenarnya dia sendiri juga terkejut dan bingung dengan apa yang berlaku. Bila Da’in memberitahu bahawa Leon Shin akan menandatangani kontrak dengan mereka, dia cukup terkejut. Tidak boleh difikirnya dengan keputusan majikannya itu. Bukan majikannya itu tidak tahu yang Leon Shin anti dengan Blue Rose dan Jia Bella.
Audi memandang Laila tercengang-cengang meminta jawapan yang bermain di dalam kepalanya. Laila hanya menggeleng tanda dia juga tidak mempunyai jawapan. Dia tidak tahu apa agenda di antara majikannya dan Leon Shin itu. Apa yang pasti ada rahsia di antara mereka.
Audi menghela nafas. Dia sebenarnya tidak kisah siapa yang akan bekerja di situ. Lagi dia suka orang-orang seperti Leon Shin ini bernaung di bawah mereka. Sudah pasti makin gempak dan menghuru-harakan industri muzik.
“Okay! First of all, welcome to the Blue Rose. I harap kita boleh bekerjasama dengan baik,” ucap Audi tanpa buang masa. Dia menghulurkan salam perkenalan mereka.
Leon Shin tanpa suara, bingkas bangun dan menyambut salam itu. Audi lihat saja wajah tegang Leon Shin itu. Langsung tiada senyuman pada wajah itu, tapi dia sukakannya. Dia tahu orang begini sangat kuat pendiriannya.
‘Menarik,’ fikirnya.
“So, Leon Shin. I wonder nama sebenar you, sebab nama pentas you terlalu unik. Like a Japanese name, right?” Audi menyoal Leon Shin.
Leon Shin tidak terus menjawab. Dia tenung saja Audi. Melihat renungan itu, Audi mula gelisah dan akhirnya dia pura-pura ketawa bagi menghilangkan rasa janggal itu.
Leon Shin menjulingkan mata lalu menjawab dengan sangat perlahan tapi boleh didengari mereka.
“Leon Shin.”
Berkerut-kerut Audi mendengar jawapan itu. Dia tidak salah dengarkan?
“What? Takkan nama you Leon Shin. Mesti ada nama sebenar macam I. Nama sebenar I, Ismail dan I terlalu sukakan kereta berjenama Audi tu. Sebab tu I pilih nama Audi jadi nama pentas I.”
Leon Shin tidak membalas. Dia terus melabuhkan punggungnya semula pada kerusi. Celine yang menjadi pemerhati, bengang dengan kelakuan Leon Shin yang baginya terlalu kurang ajar.
Laila pula mendekati Audi lalu berbisik, “Memang nama sebenar dia Leon Shin. Andika Leon Shinichi.”
Terkejut bukan kepalang Audi mendengar kenyataan itu.
“So… that’s your real name. Wow! Are you mixed blood or… what?” Audi makin tertarik perihal Leon Shin.
“Daddy I Jepun dan my mom, Malaysia. But I dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia,” balas Leon Shin, ringkas.
Masing-masing tercengang. Tidak hairanlah kenapa Leon Shin perwatakan seperti itu. Leon Shin pula tidak menghiraukan sekelilingnya. Dia mengambil pen yang memang berada di atas meja itu lalu menurunkan tandatangan pada kontrak tersebut.
Melihat itu, Laila kembali pada duduknya untuk meneruskan agenda seterusnya. Audi pula mengambil tempat berdekatan dengan Laila menghadap Leon Shin. Dia masih merenung Leon Shin. Dapat dia rasakan yang Leon Shin mempunyai satu aura yang tidak dapat diungkapnya. Tidak hairanlah Leon Shin yang selama ini bergerak secara bebas boleh meningkat secara mendadak. Bukan mudah untuk artis yang tidak mempunyai syarikat rakaman berada di tangga ini.
“Tahniah! Anda berdua sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Welcome to you new home!” ucap Laila, kegembiraan.
Tepukan diberikan kepada mereka berdua. Celine turut menepuk tangan tetapi tidak pada Leon Shin. Dia beku di kerusinya sambil memandang Laila dan Audi.
“So, ini kad pekerja y’all. Kad ini juga merupakan access card untuk you masuk ke semua tempat di dalam bangunan ini. Kad ini juga boleh digunakan seperti kredit kad. Y’all boleh gunakan kad ini untuk pembayaran di kafe kita ataupun kedai serbaneka yang berdekatan dengan office ni. Y’all juga akan dapat smart watch. Smart watch ini akan link dengan handphone, tablet dan laptop y’all. Kegunaan lain smart watch sama juga seperti kad pekerja.”
Laila memberikan semua barangan itu kepada Leon Shin dan Celine.
“Kami juga berikan laptop dan tablet. Tapi untuk Celine, laptop dan tablet akan diserahkan setelah kamu selesai training untuk tiga bulan ini,” sambung Laila lagi.
Celine mengangguk faham.
“Okey, if dah takde apa-apa soalan, come. I nak tunjukkan station kerja y’all,” ajak Laila sudah bangun dari duduknya. Terus mereka bertiga ikut bangun dan sama-sama melangkah meninggalkan bilik itu.
SEMENTARA menunggu pintu lift terbuka, Laila memberitahu serba sedikit kawasan yang mereka boleh dan tidak boleh jejaki.
“Di sini kita mempunyai pelbagai kemudahan. Gym dan juga taman luar yang berada di tingkat enam, y'all boleh guna sesuka hati you tidak kira waktu. Tapi…” Sedikit menekan nada suaranya lalu dia menyambung semula kata-katanya, “... Lift di hujung tu y’all tak boleh guna. Sebab lift tu saja yang boleh pergi ke tingkat 10. Dan tingkat 10 tu merupakan penthouse.”
Celine dan Leon Shin, masing-masing mata mereka tertancap ke arah lift yang berada di hujung koridor itu yang berasingan dengan lift yang lain.
“Mereka masih tinggal lagi dekat penthouse tu ke?” soal Celine, ingin tahu.
Memang sudah sedia maklum bahawa keluarga pengasas syarikat ini tinggal di bangunan yang sama sejak awal pertubuhan syarikat ini. Hal ini untuk memudahkan mereka memantau operasi syarikat dan juga menjimatkan wang kerana pada awal pertubuhan syarikat itu, keadaannya bukan seperti sekarang.
“Hanya tinggal anak-anak saja. Dato’ dan datin sudah tinggal di villa mereka. Tn. Da'in adakala saja tinggal di sini sebab dia sudah berkahwin kan. Yang lain masih menetap di sini walaupun mereka dah diberikan rumah masing-masing.”
“Tapi, sejak beberapa bulan ni penthouse tu sunyi sepi. Mungkin sebab Jia Bella takde kut. Haih… entah ke manalah dia menghilang. Dah enam bulan bayang dia langsung tak nampak. Takde sesiapa yang tahu ke mana dia menghilang,” celah Audi bersama keluhan. Pening dia dengan anak majikannya yang seorang itu. Sering menghilangkan diri jika mempunyai masalah.
Laila terus memberikan jelingan kepada Audi. Mulutnya itu langsung tidak boleh ditutup. Celine pula mengeluh. Sedih rasanya kerana Jia Bella kembali hiatus. Tiada sesiapa tahu ke mana dia pergi.
“Agaknya kenapa Jia Bella menghilang, ya? Dia kecewa dengan pihak media ke?” tukas Celine perlahan.
Jia Bella sering dijadikan bahan untuk cerita-cerita panas dan gosip di kalangan pihak media. Mereka sering mencari dan mencipta skandal untuknya. Senang cerita, kontroversi yang memburu Jia Bella, bukan Jia Bella memburu mereka. Muak dengan hidupnya begitu menyebabkan Jia Bella sering menghilangkan diri.
“You fan Jia Bella ke?” soal Laila, melihat riak kecewa Celine itu.
“Yes! That's why I nak sangat kerja dekat sini. Bahkan I juga ‘Siblings’,” beritahu Celine dengan riak wajah yang sudah berubah teruja.
“Wow, interesting.”
‘Siblings’ adalah nama kelab peminat Jia Bella.
“Banyak keistimewaan yang diberikan untuk ahli ‘Siblings’. Macam yang you dapat sekarang ni,” tokok Laila dengan senyuman penuh makna.
Tercengang-cengang Celine dengan ayat terakhir Laila itu.
“Setiap fan club artis di bawah naungan Blue Rose akan diberikan keistimewaan. That's why ramai yang tergila-gila nak join fan club artis kita.” Laila pantas menyambung kata-katanya bagi mengalihkan perhatian Celine.
“You pun mesti ada fan club, kan? Apa nama fan club you? I akan submit ke dalam sistem then setiap ahli akan diberi keistimewaan.” Laila bertanya kepada Leon Shin.
Mendengar itu, Celine menyumbingkan sedikit bibirnya ke atas lalu bermonolog tanpa didengari orang lain, “Habislah. Mesti kecoh nanti.”
“Rimba.” Sepatah saja yang Leon Shin balas.
“What?” soal Laila yang kurang jelas pendengarannya dengan apa yang dikatakan oleh Leon Shin itu. Susah betul untuk mendengar suara jejaka itu. Seperti ada emas dalam mulutnya.
Pantas Celine yang memberikan jawapan kepada Laila. Nak mengharapkan jejaka itu bersuara lagi memang tidak mungkin.
“Haih… berharga betul suara you tu kan,” gumam Audi memerli Leon Shin.
“Audi, dah alang-alang you dekat sini, you tunjukkan Leon Shin studio yang akan dia gunakan,” arah Laila sedikit tegas. Geram pula dia melihat Audi yang ikut menyibuk di situ.
“What? Why me?”
“Sebab I tengok you macam takde kerja je. Daripada you jadi kutu rayau, baik you tolong I. Mudahkan kerja I.” Terjongket kening Laila memandang Audi.
Berdecit Audi, geram. “Nasib cantik, kalau tak malas aku nak layan,” rungut Audi buatkan Celine terkekeh kecil.
Share this novel